FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / MCA / KOMUNIS BATANG KALI. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / MCA / KOMUNIS BATANG KALI. Show all posts

Thursday, 13 August 2009

PERISTIWA BATANG KALI : SUDAH-SUDAHLAH MCA !






Penghuni Gua : Sudah-sudah lah MCA. Jangan menjadi hipokrit lagi. Tak payahlah nak mengambil kesempatan tentang isu penyokong komunis ini yang ditembak mati lebih kurang 50 tahun dahulu.

2.Kalau nak jadi pembela sangat, belalah perajurit kita yang terkorban dan juga keluarga rakyat yang menjadi korban dan dibunuh oleh pengganas komunis ini. Peristiwa Bukit Kepong dan ramai lagi yang memakai kaki palsu iaitu yang terdiri dari pasukan polis hutan dan Tentera Malaysia kerana terkena jerangkap samar. Setakat ini berapa bantuan yang telah MCA keluarkan untuk membantu mereka ini?

3. Kalau sudah MCA prihatin sangat, terutama kepada Dato Liong Tiong Lai, tumpukan masa, fikiran dan tenaga anda bagi mengatasi krisis selsema babi yang tidak menampakkkan pengurangan pun. Juga tumpukan usaha MCA bagi memperkuatkan parti agar diyakini oleh masyarakat cina di Malaysia agar menyokong BN di PRU 13.

4. Juga kalau masih banyak lagi masa, baik tumpukan tenaga dan fikiran anda bagi memperbaiki nama baik MCA yang Presidennya sedang bergelut dengan tuduhan rasuah RM 10 juta yang diterima dari Syaraikat Kuala Dimensi . Selesaikan hal ini dari sibok dengan peristiwa Batang kali yang semasa itu adalah zaman perang dengan pihak komunis.

5. Dalam mana-mana peperangan, motifnya adalah kemenangan. Kita terpaksa dan pihak pasukan keselamatan mana-mana negara pun jika dalam perang akan menggunkan segala kaedah bagi memenangi peperangan tersebut. Hakikatnya yang terbunuh itu pun semuanya penokong komunis dan sebahagaianya adalah pembekal makanan dan logistik kepada komunis.

6. Jadi jangan memutar belit kejadian ini. Jika tidak ditangani dengan betul ianya akan menjadi isu perkauman dan bangsa. Adakah ini yang MCA mahukan. Dan berapa banyak lagi isu begini yang akan MCA perjuangkan? Dan apa kesudahannya?

7. Jangan sesekali MCA di lihat seperti parti yang bodoh yang hanya dipergunakan dan rela digunakan oleh pihak tertentu hanya untuk kepentingan mereka dan kemudian MCA diperbodohkan lagi. Carilah isu nasional yang boleh menyakinkan masyarakat cina keseluruhannya agar lebih yakin kepada MCA / BN.

8. Sudah-sudahlah...

Nota : Bila negara sudah aman sekarang, banyak pihak pulak yang pandai sangat bercakap tentang keselamatan, hak asasi dan sebagainya. Semasa negara kacau bilau , semuanya mendiamkan diri dan setengahnya melarikan diri keluar negara. Nak menyertai pasukan tentera pun langsung tidak mahu. Setengahnya mengelar pasukan ini anjing kerajaan. Akhirnya anjing kerajaan inilah yang terdiri dari mereka yang papa kedana ini yang mempertahankan negara dengan nyawa dan air mata mereka.

PETA PELAYAR