
Konvensyen BN: Noh Omar minta maaf
Lee Way LoonApr 8, 105:28pm
Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar hari ini memohon maaf berhubung ucapannya di konvensyen BN Selangor semalam sekiranya ia menyinggung perasaan mana-mana pihak.
"Saya telah membaca petikan ucapan daripada mendiang Tun Tan Siew Sin dan Mendiang Tun Sambanthan," kata Noh yang juga menteri pertanian dan asas tani. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Tindakan Dato Noh ini, PG tidak dapat menerimanya langsung. Bukan apa, apa salahnya ucapan beliau sehingga perlu beliau meminta maaf? Nampak sangat kebodohan dan dayusnya pemimpin UMNO ini. Berapa kali lagi pemimpin Melayu kita perlu minta maaf.
2. Hanya sekadar memetik ucapan pemimpin Cina dan India terdahulu , adakah ianya satu kesalahan? Ia adalah sejarah. Sejarah tidak akan berubah. Cuma yang menjadi masalah , mereka yang buta sejarah dan tidak mahu mengenali sejarah. Termasuklah Noh Omar yang meminta maaf.
3. Tindakan anda hanya untuk menyedapkan hati pemimpin parti dari MCA dan MIC yang sejak tsunami politik 2008 , mereka langsung tidak buat sesuatu untuk memulihkan keyakinan pengundi kepada BN. Yang mereka tahu hanyalah mendesak pemimpin melayu UMNO meminta maaf. Itu sahaja. Otak mereka yang rasis. Mereka menyampok dalam hal hukuman sebat Kartika tempohari ( semasa AGM MCA ), mereka tidak minta maaf pun kepada UMNO dan orang melayu islam walau di desak! Apa hak mereka nak mencampuri hal ehwal hukum islam di Malaysia.
4. Tetapi kita hanya berdiam diri. Macam tidak ada telor. Ini bukan rasis. Tetapi kenyataan, Ia berkaitan sjarah apa yang Noh sebutkan. Jadi mengapa Noh minta maaf?
5. Nak menang PRK Hulu Selangor pun tak perlulah Noh mohon maaf. Ia tak menyumbang apa-apa pun. Orang cina dan India tetap mengundi PKR atau DAP. Tak guna pun seribu kali meminta maaf. Tak ada apa pun yang MCA dan MIC boleh lakukan. Mereka sudah jadi paria dalam politik Malaysia. Cakap mereka aje banyak bagi menutup kelemahan mereka.
6. Jadi kepada Noh dan pemimpin UMNO dan Melayu lain, cukuplah meminta maaf. Jadi jadi pondan dan dayus. Gasak mereka agar lebihkan kerja untuk menarik sokongan pengundi dari kaum masing-masing dari mencari kesalahahan yang tidak berhujung pangkal ini. Jadi janganlah lagi anda semua sebagai pemimpin mencalarkan maruah orang melayu. Permintaan maaf itu bukan memalukan anda sahaja tetapi memalukan kami juga.
7. Ingat, MCA dan MIC tak menyumbang apa pun sejak PRU 2008. Pedulikan mereka. UMNO wajib menumpukan kepada usaha menarik lebih ramai pungundi muda melayu agar bersama BN. Ini yang penting dan utama , bukan meminta maaf. Ia satu perbuatan dayus. DAYUS.
8. DAYUS..............Ingat Noh ! DAYUS. Noh .....Hati kami ni amat sakit dan amat panas sekarang.............
