FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / PARTI SAMPAH. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / PARTI SAMPAH. Show all posts

Saturday, 21 May 2011

ADIL. ADIL, MAHKAMAH MEMANG ADIL !!!!!!








Mei 20, 11 4:14pm



Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini membebaskan Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri daripada tuduhan menipu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB).

Peguamnya Ahmad Nizam Hamid (kiri) mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini sebentar tadi.

Banyak pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan itu di laman-laman Twitter dan Facebook. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua
: Mahkamah adil. Mahkamah berhati perut. Mahkamah bukan pandikuty, mahkamah tidak dikawal BN, mahkamah bebas . Tiada tangan ghaib mengarahkan mahkamah melepaskan makhluk di atas.


2. Mahkamah di Malaysia telus. Mahkamah di Malaysia ....................Ketua Hakim tak jumpa pun PM selama 6 jam.


3...........................Perkataan di atas akan keluar apabila puak mereka menang dalam kes di mahkamah. Cuba jika kalah....................................Siaplah.......................YB Zuraida cemuh mahkamah dan YAA Hakim sebagai pandikutty. Dah sebut pun sebelum ini oleh YB Puaka tersebut ..................


4. Itulah standard keadilan mengikut acuan parti sampah ini. Fikirkan...................


5. Tak gitu ?

Monday, 4 October 2010

PKR : HANYA PARTI PENUNJUK PERASAAN HARAM !!!



BISIK-BISIK

PARTI Keadilan Rakyat atau PKR hanyalah satu nama yang kini tidak menggambarkan sifatnya yang sebenar.

Ia jelas terbukti semasa proses pemilihan parti itu sekarang yang memperlihatkan banyak berlaku tipu muslihat dan keganasan bagi memenangkan pihak-pihak tertentu.

Rakyat sedang memerhati dengan penuh teliti perkembangan haru-biru parti itu.

Mereka mulai sedar sekarang, itulah jenis parti - dianggotai oleh para penunjuk perasaan jalanan, yang sanggup merosakkan harta benda awam demi orang yang mereka puja. Anwar Ibrahim nampaknya dalam suasana sekarang tidak bersuara langsung.

Mungkin beliau sudah menjangka itulah akhirnya yang terjadi kepada partinya.

Beliau sendiri tidak adil apabila mempunyai mata airnya sendiri untuk menentukan jawatan tertinggi, sehinggakan mengetepikan keadilan. Itulah jadinya jika parti itu ditubuhkan tanpa asas perjuangan dan falsafah yang jelas.

Yang jelas, parti itu hanya memperjuangkan falsafah Anwar bin Ibrahim, tidak lebih daripada itu.

Sebagai rakyat yang matang dan telah melihat banyak proses demokrasi berlaku, PKR bukanlah sebuah parti yang mempunyai hala tuju yang jelas.

Rakyat sepatutnya tidak boleh memperjudikan anak cucu mereka hanya berasaskan kepada sikap kasihan kepada Anwar. Orang macam Anwar ini akan datang dan pergi.

Jika kita sayangkan agama, bangsa dan tanah air, maka fikirlah secara jujur dan rasional.

Kuasa di tangan anda. Salah percaturan akan hancurlah apa yang dibina lebih 53 tahun ini. Perlembagaan yang menjadi tonggak negara ini pun bisa tumbang.

Awang - Nilai baik dan buruk

Penghuni Gua : Inikah parti yang nak kita berikan amanah untuk mentadbir negara. Parti ini penuh dengan samseng dan penunjuk perasaan ganas. Pemilihan partinya terikut dengan perangai biasa mereka.

2. Fikirkan pengundi muda, fikirkan.

PETA PELAYAR