
PG pernah berkhidmat di Terengganu dari tahun 2002 hingga 2006 . Pada PRU 11 PAS kalah di Terengganu. TGHH juga kalah di parlimen Marang dan kalah di DUN Rhu Rendang.
2. Antara faktur kekalahanTGHH adalah kerana isu TGHH berkahwin/ berpoligami untuk kali ketiga ( isteri ketiga ). Heboh diperkatakan dan sok sek di kalngan warga Terengganu terutama sekali wanita bahawa TGHH berkahwin dengan seorang doktor yang bertugas di Hospital Kuala Terengganu.
3. Inilah mengapa dan menjadi penyebab kekalahan TGHH di dua kawasan berkenaan. Banyak lagi faktur lain tetapi faktur ini dikatakan memainkan peranan utama kerana di kedua-dua kawasan DUN dan parlimen yang di tandingi TGHH kalah disebabkan undi wanita termasuk dari muslimah PAS tidak mengundi pemimpin agung mereka. Muslimah mereka amat marah dan kecewa dengan tindakan TGHH berkahwin untuk kali ketiga. TGHH bila di tanya kebenaran perkahwinan ini hanya membisu.
4. Akhirnya kalah.
5. PG percaya , dalam PRU13 nanti , muslimah PAS dan pengundi baru wanita yang akan mengundi pada PRU 13 tidak akan memberi undi kepada PAS keseluruhannya khasnya kepada TGHH kerana isu Bai'ah ( cerai talak tiga jika melompat dari parti PAS ). Riak ini , PG sudah nampak dan wanita, muslimah amat marah bila mengetahui tentang bai'ah ini. Pada mereka , murahnya wanita dan muslimah di sisi PAS. Amanah Allah ini hanya barang gadaian.
6. Jadi PG yakin inilah diantara faktur kejatuhan PAS. Bia'ah. wanita dan muslimah akan menunjukkan kuasa mereka sekali lagi. Lihatlah nanti. Muslimah PAS pun akan bertindak mengikut cara yang sama. Inilah undi senyap yang akan menjatuhkan PAS. Kuasa mereka kerap PAS perlekehkan sehingga ada satu ketika dikeluarkan haram wanita bertanding sebagai calun PAS di DUN atau di parlimen. Sebelum 1990 tiada calun wanita dalam PAS.
7. Kita tunggulah PRU 13. Sekelian muslimah, wanita, perempuan : tunjukkan sekali lagi kuasa anda dengan menjatuhkan mereka yang memperdagangkan wanita hanya untuk politik murahan....
