
Dipetik dari Blog : House PK
Penaja Haji TGNA dan Keluarga.
...................................Aziz untuk mengerjakan ibadah haji adalah Abroad Technology Centre Sdn Bhd, syarikat ini mendapat hak ekslusif memasang Billboard di seluruh Kelantan di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Seperti yang kita sedia maklum bahawa PMBK diterajui oleh menantu Nik Aziz bernama Ariffahmi. Pakej yang telah diberi oleh Abroad Technology ini berharga RM65,000 satu kepala kepada Nik Aziz dan keluarga.
Yang akan mengikuti rombongan haji tajaan syarikat yang telah disebut di atas tadi ialah, Nik Aziz dan isteri, Menantu Nik Aziz (Ariffahmi) dan isteri, setiausaha sulit Nik Aziz beserta dengan Nordin (tuan punya Abroad Technology) dan isteri!Kesemua pakej rombongan diatas dibuat bayarannya melalui TH Travel Sdn Bhd! Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Jika benarlah ini syarikat yang menaja TGNA dan keluarga untuk menunaikan fardhu Haji di Mekah pada bulan ini, ianya adalah sah satu jenayah rasuah.
2. Apa fakta dan dalil undang-undang pun , tetap ia satu jenayah rasuah. Dalil dan hujah agama pun tetap rasuah. Yang lebih rasuah dan terang rasuah ialah si menantunya. Ini kerana ia berurusan terus dengan syarikat berkenaan dari segi kontrak papan iklan dengan PMB Kelantan.
3. Dengan keadaan ini, siapa lagi yang kita boleh percaya dan merujuk perkara-perkara dalam hal agama? Semuanya sama. Semuanya sudah menjadi penjenayah tegar. Jenayah rasuah pun hampir dihalalkan kalau kita melihat alasan yang TGNA berikan. Inilah akibatnya apabila bijak pandai agama dan ulama berpolitik.
4. Syarikat ini memberi secara ikhlas ke atau tidak bukan isu. Ia mempunyai konflik kepentingan bagi TGNA apatah lagi kepada menantunya. Atau mungkin menanunya lebih bijak dari TGNA ( TGNA yang mendakwa begitu sebab itu ia lantik jadi Pengerusi PBMK ) ia itu Ia menggunakan Nama TGNA agar pemberian rasuah ini dapat dilindungi dan nampak seolah bukan satu jenayah rasuah. Menantunya inilah " kepala pengat " sebenarnya. TGNA sebenarnya diperbodohkan oleh menantunya sendiri.
5. Rasuah, tetap rasuah selagi kita pegawai kerajaan dan berkepentingan. Salam menerima sebarang pemberian seperti tiket penerbangan, sponsor dan sebagainya. Yang terbaharu kes seorang ketua pengarah di beri rasuah perubatan pergigian oleh sebuah syarikat setelah mendapat kontrak dari sebuah jabatan kerajaan ( kementerian pelancungan ) / Walau pun KSU tersebut dibebaskan , ia hanya sebab teknikal. Jadi ia sama dalam kes ini.
6. Rasuah tetap rasuah. Dalam kes TGNA ini, biarkan rombongan rasuah ini pergi menunaikan fardhu haji semuanya. Dan kita semua pula beramai-ramai menghanar mereka ke Lapangan Terbang.
7. Kepada SPRM : Tangkap mereka ini selepas pulang dari menunaikan fardhu haji. Biar SPRM sambut di Lapangan Terbang. Tangkap selepas tunai haji adalah lebih afdal.......Fahamkan maksud PG..... Tangkap selepas mereka menunaikan haji.... Jangan sebelumnya.
Apa itu rasuah ( lebih kuranglah . Semua dah tahu )...cuma pura-pura tidak tahu ...
i. Meminta/Menerima Rasuah.
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan
ii. Menyalahguna Jawatan/Kedudukan.
Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu - nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.
