FOLLOWERS

Showing posts with label Rasuah politik. Show all posts
Showing posts with label Rasuah politik. Show all posts

Wednesday, 1 April 2009

BELI CALUN : PKR TAK BUAT REPOT KE TENTANG POLITIK WANGNNYA !


Agendadaily

RM50 ribu lawan RM60 ribu

Calon Bebas yang menggunakan lambang kapal terbang bagi pilihan raya kecil Bukit Selambau, T. Chandrarajan mendakwa PKR menawarkannya habuan RM50 ribu sekiranya beliau bersetuju untuk menarik diri daripada bertanding. Namun secara sinis beliau sebaliknya menawarkan kepada PKR sebanyak RM60 ribu sekiranya calon parti itu yang menarik diri. "Saya bertanding bukan kerana wang atau jawatan," katanya kepada Agendadaily hari Selasa.- 31/3/2009


Penghuni Gua : Kepada PKR yang nampaknya amat tegas hal rasuah buat juga kerja yang sama ? Buat lah repot polis dan kepada SPRM tentang ini kepada orang anda sendiri. Itu cabaran saya. Jika anda jujur buatlah. Kalau kena pada UMNO tak sempat seminit anda semua berduyun-duyun buat repot kononya bersih sangat. Sekarang buat le repot.


Juga apa cerita dengan Tim. Ketua Menteri Pulau Pinang tu. Tak rasuah ke. Senyap-senyap anda minta letak jawatan kerana bimbang untuk menghadapi pengundi di Bt selambau dan Bt gantang. nak lari luar negeri lagi secara senyap-senyap melalui Singapura supaya tak dapat dikesan. Pandai le anda. Tindakan YB Fairos tu tak ubah sebiji macam DSAI. Jenis sorok-sorok dan begitu taktikal ini serahlah pada DSAI. Jadi si Fairos tu lari waktu suboh ke Singapura tu nak elak ditangkap sebelum PRK.


Nampak gaya penyeludupannnya untuk bersembunyi diluar negeri melalui Singapura dengan alasan nak belajar tak menjadi. Kerana apa, Fairos dan semua yang sama dengannya adalah jenis yang memperlekehkan kekuatan orang lain.


Tak berbunyi langsung PKR tentang isu ini. Kemetot semua. DAP pulak yang lebih sikit dengan tindakan menutup 2 kuari tu semalam. Jawab le PKR. PAS pun boleh lah bantu sama untuk menjawabnya.Penghuni Gua : Tak makan rasuah tapi makan hati aje.

Friday, 13 March 2009

DATUK NORZA ( MT UMNO ) DI DAKWA : PEMBANGKANG AMBIL IKHTIBAR !


Berita Harian Terkini : 13 mac 2009

Berita


Norza tiba di mahkamah untuk sebutan pertuduhan


TEMERLOH: Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Norza Zakaria, tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira jam 10 pagi tadi bagi sebutan pertuduhan dakwaan terbabit politik wang menjelang pemilihan parti akhir bulan ini.

Beliau yang berbaju kemeja putih bersut kelabu tiba bersama peguamnya, Datuk Muhammad Shafee Md Abdullah, serta diiringi beberapa penyokongnya. Puluhan penyokong lain turut berada di perkarangan mahkamah seawal jam 8 pagi.

Penghuni Gua : SPRM bertindak lagi. Tahniah. Moral dari peristiwa ini ialah semua pihak yang menuduh kerajaan membuat tuduhan dan pendakwaan terpilih adalah fitnah sama sekali. Kerajaan tidak akan melindungi sesiapa jika melindungi kesalahan. Tuduhan pendakwaan terpilih, hidden agenda dan campur tangan tangan - tangan ghaib hanyalah tuduhan dan fitnah sahaja. Tidak berbunyi sepatah perkataan tahniah dari pihak pembangkang dan penyokong mereka tentang kejayaan SPRM membongkar kesalahan ini. Sepatyutnya semua pihak melahirkan penghargaan tentang kejayaan ini oleh semua pihak.


Yang bersalah tetap tidak akan terlepas. Kepada pembangkang, jika pemimpin anda melakukan perkara yang sama dan jika didakwa di mahkamah terima lah dengan berhemah dan dengan hati yang terbuka serta berpandangan positif. Tiori-tiori konspirasi dan sabotaj serta adanya hidden agenda dari pihak tertentu itu, baik dilupakan sahaja. Pandang positif. Jangan membela yang melakukan jenayah. Biar proses mahkamah yang menentukannya. Berhentikan berpolitik sekejap. Ingat apa yang anda cakap dan tuduh kepada orang lain tanpa bukti akan diadili di padang masyar nanti. Jika ada bukti buat lapuran. Jangan hanya sekadar tuduhan dan andaian. Kerana kedua faktur inilah yang menyebabkan kita semua asyik bergaduh dan membuang masa berceramah sana sini yang hanya membuang masa dan tenaga. Tenaga dan kebijaksanaan anda diperlukan dalam membina negara bangsa. Bukan memfitnah. Syabas SPRM.

PETA PELAYAR