FOLLOWERS

Showing posts with label SOSIAL / SEKOLAH HARAPAN. Show all posts
Showing posts with label SOSIAL / SEKOLAH HARAPAN. Show all posts

Thursday, 7 October 2010

SEKOLAH HARAPAN : TAHNIAH DATUK ALI RUSTAM !!!!!





JASIN: Sekolah Harapan yang menempatkan remaja hamil di sini menyambut kelahiran bayi pertama - lelaki seberat 3.6 kilogram.

Bayi itu dilahirkan pada pukul 8 pagi, Isnin lepas di Hospital Jasin, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencetuskan idea penubuhan sekolah itu.

"Saya difahamkan bayi tersebut akan diambil oleh keluarga kepada remaja perempuan itu," katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd Ali berkata, di samping memberi perlindungan kepada remaja hamil, penubuhan sekolah itu juga dapat mengelakkan kes pembuangan bayi.

Sekolah itu mula dibuka pada 17 September lepas, kini menempatkan sembilan lagi remaja yang sedang hamil.

Sekolah berasrama itu dikendalikan Majlis Agama Islam Melaka. - BERNAMA

Penghuni Gua : Tahniah kepada Datuk Ali Rustam . Tahniah kerana dengan ideanya itu telah menyelamatkan satu nyawa yang tidak berdosa dari dibuang di merata-rata.

2. Walaupun banyak pihak mempertikaikan idea beliau, tetapi KM Melaka ini tetap meneruskannya. Kepada PG, ia satu idea yang amat baik. Pencegahan bagi isu mengandung luar nikah ini , pihak lain fikirkanlah samada nak guna cara islam ke , atau apa ke! Tetapi bagi yang dah megandung luar nikah, inilah penyelesaiannya. Takkan nak biarkan remaja ini tanpa panduan dan kemudiannya membuang kandungannya merata tempat.

3. Sekali lagi, tahniah kepada Datuk Ali Rustam. Beliau tak cakap berdegar tetapi lebih kepada tindakan. Tahniah kepada semua petugas di Sekolah Harapan. Tahniah kepada Majlis Agama Islam Melaka atas pengurusan Sekolah Harapan berkenaan.

4. Penyelesaian jangka panjang tu, kita sama-sama fikirkan. Bukan asyik mengkritik dan menghentam idea Sekolah Harapan ini, tetapi tiada sebarang cadangan dari mereka yang bermulut besar ini. Semua faham siapa dia. Takat ini , apa yang dah mereka lakukan untuk atasi isu ini?

5. Kosong!!! Hanya kritik yang orang lain buat bolehlah.....................!!!!!!!!!!!!!

PETA PELAYAR