JASIN: Sekolah Harapan yang menempatkan remaja hamil di sini menyambut kelahiran bayi pertama - lelaki seberat 3.6 kilogram.
Bayi itu dilahirkan pada pukul 8 pagi, Isnin lepas di Hospital Jasin, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencetuskan idea penubuhan sekolah itu.
"Saya difahamkan bayi tersebut akan diambil oleh keluarga kepada remaja perempuan itu," katanya kepada pemberita hari ini.
Mohd Ali berkata, di samping memberi perlindungan kepada remaja hamil, penubuhan sekolah itu juga dapat mengelakkan kes pembuangan bayi.
Sekolah itu mula dibuka pada 17 September lepas, kini menempatkan sembilan lagi remaja yang sedang hamil.
Sekolah berasrama itu dikendalikan Majlis Agama Islam Melaka. - BERNAMA
Penghuni Gua : Tahniah kepada Datuk Ali Rustam . Tahniah kerana dengan ideanya itu telah menyelamatkan satu nyawa yang tidak berdosa dari dibuang di merata-rata.
2. Walaupun banyak pihak mempertikaikan idea beliau, tetapi KM Melaka ini tetap meneruskannya. Kepada PG, ia satu idea yang amat baik. Pencegahan bagi isu mengandung luar nikah ini , pihak lain fikirkanlah samada nak guna cara islam ke , atau apa ke! Tetapi bagi yang dah megandung luar nikah, inilah penyelesaiannya. Takkan nak biarkan remaja ini tanpa panduan dan kemudiannya membuang kandungannya merata tempat.
3. Sekali lagi, tahniah kepada Datuk Ali Rustam. Beliau tak cakap berdegar tetapi lebih kepada tindakan. Tahniah kepada semua petugas di Sekolah Harapan. Tahniah kepada Majlis Agama Islam Melaka atas pengurusan Sekolah Harapan berkenaan.
4. Penyelesaian jangka panjang tu, kita sama-sama fikirkan. Bukan asyik mengkritik dan menghentam idea Sekolah Harapan ini, tetapi tiada sebarang cadangan dari mereka yang bermulut besar ini. Semua faham siapa dia. Takat ini , apa yang dah mereka lakukan untuk atasi isu ini?
5. Kosong!!! Hanya kritik yang orang lain buat bolehlah.....................!!!!!!!!!!!!!
Terima Kasih PG, satu ulasan yang positif. Bukan setakat Sekolah Harapan sahaja yang telah berjaya diujudkan dimana Dtk. Ali Rustam telah pun berjaya ujudkan satu lagi Badan Kebajikan untuk Warga Emas yang terlantar dan tidak dapat bergerak. Ianya berfungsi sebagai badan sukarela yang membantu warga emas tersebut yg sering ditinggalkan kesaorangan dirumah disebapkan anak yg menjaga keluar bekerja. Pasukan ini akan berkunjung kerumah tersebut dimana ia akan memandikan dan sebagainya dan akan dibawa kepusat jagaan termasuk pemeriksaan kesihatan. Warga Emas tersebut akan di pulangkan kepada penjaga atau keluarga sekembalinya dari kerja. Ianya percuma. Badan kebajikan ini ditubuhkan dibawah DMDI.
ReplyDeletetahniah. abangselamba. semuga semua pihak yang prihatin tu, mendapat keberkatan dari Allah hendaknya . Amin.
ReplyDeletetahniah..bukan macam pihak yang cuma berkokok siang malam.tapi cuma bijak bercakap.
ReplyDeletesemoga ALLAH memberkati usha dan niat murni ini.
Salam tuan PG & Sema2...,
ReplyDeleteSEKOLAH HARAPAN : TAHNIAH DATUK ALI RUSTAM !!!!!
Pang5B amat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana telah mengurniakan idea yang sangat baik untuk dikongsi menyelamat nyawa yang tidak berdosa, Dato Seri Mohd Ali Rustam - Ketua Menteri Melaka. Kepada yang memandang jijik idea samada mencemoh dari pandangan Islam dangkal tu fikir2kan lah.
Tahniah Dato, semoga terus sihat dan dapat mencetuskan idea lebih murni...
Pang5 Beliung sentiasa mencari kedamaian..
Tak fahamlah kenapa ramai yang menentang penubuhan sekolah harapan dengan alasan akan menggalakkan hamil luar nikah. Takkanlah sebab dah ada sekolah untuk pelajar hamil ramai pula anak gadis yang nak hamil. Tentangan dan komen negatif yang diluahkan mungkin disebabkan rasa cemburu dan irihati kerana YAB lebih kehadapan dalam idea ini untuk menjaga kebajikab pelajar terbabit.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Akhirnya saya bertemu juga dengan komen2 yang positif. Saya sedang mencari isi kertas kerja saya mengenai isu pendidikan di malaysia. Saya tertarik dengan setiap komen yang diberikan dalam blog ini. Apabila kita membuat kebajikan memang banyak dugaan yang mendatang kerana syaitan tidak suka kepada kebaikan. Bagi mereka yang berfikiran negatif, fikir-fikirkanlah bilamana anak atau cucu kita yang tergelincir dari landasan sepertimana mereka yang berada di sekolah harapan ini,...adakah kita akan menutup peluang keinsafan bagi mereka. Sedang ALLAH sendiri telah memasukkan ke dalam syurga seorang pelacur yang telah memberi minum seekor anjing yang kehausan.
ReplyDelete