FOLLOWERS

Thursday 21 October 2010

TIADA MASALAH JIKA RAKYAT BERPEGANG KEPADA KONTRAK SOSIAL : TUN DR MAHATHIR !!!





KUALA LUMPUR: Negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata jika rakyat Malaysia berpegang kuat kepada perjanjian asal yang dipersetujui oleh pemimpin daripada pelbagai kaum sewaktu merdeka dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak akan ada pertikaian hak.

"Kita telah mempunyai satu formula yang berjalan dengan baik selama 50 tahun. Mengapakah kita mahu menukarnya? Mengapakah anda mahu menimbulkan ketegangan antara kaum," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Perhimpunan Agung UMNO ke-61 oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. ............................................................Dr Mahathir, bekas perdana menteri keempat negara, berkata ucapan Najib itu tepat pada masanya bagi menjelaskan dan memperingati perjanjian yang sekian lama didokong antara pelbagai kaum dalam negara ini. .........................................................

Dr Mahathir yang turut menyifatkan isi kandungan ucapan Presiden UMNO itu baik, berkata adalah penting bagi rakyat patuh kepada perkara dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh diubah tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Dr Mahathir berkata, mereka yang cuba meminda Perlembagaan Persekutuan sebenarnya tidak faham mengenai isi kandungannya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Masalahnya kerana banyak pihak nak jadiu juara. Masalah sekali kerana Melayu yang nak jadi juara dan gila dalam politik. Asal hajatnya boleh jadi PM , apa poun akan diubahnya.

2. Sebab itu makin ramai yang makin besar kepala sekarang ini. Kerana ubat besar kepala ini diberikan oleh pemimpin Melayu yang gila kuasa tersebut. Asal hajat mereka tercapai, apa yang kukuh termeteri nak dirungkaikan.

3. Itulah perangai peliwat. Liwat apa sahaja.

15 comments:

  1. Salam PG
    Memang betul. Benda dah ok pandai2 nak tukar. Masa buat perlembagaan tu, planning skit punya lama. Semua kaum pun dah setuju. Tengoklah apa jadi pada sambutan setahun presiden indonesia - demonstrasi dan rusuhan, bergaduh dengan polis.

    Kita sume jangan lupa catitkan dalam sejarah dan bagitau anak cucu kita bagaimana juburi menghancurkan perpaduan kaum. Harap jangan dibenarkan keturunan juburi sambung kerja gila ni lagi. Kalau nak jadi pembangkang, jadilah pembangkang yang intelek dan maju.

    PG, kenapa letak gambar tangan robot hehehe?

    ReplyDelete
  2. KERASNYA PEGANGAN KITA. KITA PEGANG KEMAS PERLEMBAGAAN. ITU JANJI TOK NENEK KITA SEJAK DULU. JANGAN RUNGKAIKAN HANYA BAGI MEMENUHI IMPIAN SEGELINTIR MAKHLUK.

    ReplyDelete
  3. SAPA YANG KEMARUK SGT NAK JD PM TU PG? ATAU PM TU YANG GILA KUASA NAK MEMPERTAHANKAN KUASA PERDANA MENTERINYA?

    CAKAP NAK PINDA PERLEMBAGAAN NI CERITA KARUT JER?..UMNO DAH TAK DE IDEA NAK SEKAT PEMBANGKANG, LALU HEBOHKAN ISU NAK PINDA PERLEMBAGAAN OLH PEMBANGKANG APA BILA MEREKA BERKUASA...PADA HALNYA ITU ADALAH MIMPI UMNO SAJA...

    ...DAN KINI MASA AYAM BETINA MENGAWAN..SIANG, MALAM, PAGI PETANG, TAK KIRA MASA, SI AYAM BETINA ITU RIUH RENDAH BERKETUK2, BUKA RADIO DIA BISING BERKETUK2, BUKAK TV DIA HEBOH BERKETUK2, BACA AKHBAR USAH CERITA LAH..PENDEK KATA, MUSIM AYAM BETINA MENGAWAN NI, RIUH RENDAH BETUL SI AYAM BETINA NI BERKETUK2...NAIK MELUAT KITA MENENGARNYA..NAIK MUNTAH TELINGA MENDENGAR RETORIKA SI AYAM BETINA GATAL NI...AK TAHU SAPA SI AYAM BETINA BISING2 NI...IAITU SUARA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO!!! MCM NAK KIAMAT PULAK!!!

    RIUH...MEMBOSANKAN!!

    ReplyDelete
  4. Habis....yang diam2 tu kerja nye MELIWAT...habuk pun takde. Baik kita sokong yang riuh!

    ReplyDelete
  5. ORG KERJA KUAT2 TAK DE LAH MERAPU2 KECOH SEKELILING DUNIA...NAIK MELOYA MENDENGARNYA..
    RASA2 NAK HEMPUK JE TV,ASYIK2 DENGAR AYAM BETINA RIUH RENDAH MACAM KEMARUK NAK BERLAKI...
    KALU AKU FIKIR TV AKU NI SINGGIT DUA, HARI2 AKU HEMPUK DAN TERAJANG SEBAB TAK DE BENDA LAIN NAK DENGAR, KECUALI DENGAR SI AYAM BETINA GATAL UMNO GILA NAK MENGAWAN...RIUH...MACAM LAH BAGUS!!! ELLEHH!!

    ReplyDelete
  6. "ORG KERJA KUAT2 TAK DE LAH MERAPU2 KECOH SEKELILING DUNIA...NAIK MELOYA MENDENGARNYA"
    ---Anon 20:55, mu kato kat dirimu sendiri ke?

    ReplyDelete
  7. AMENDE LAH UMNO...BISING2 KAT PWTC...MACAM PASAR BORONG!!! KAH..KAH..KAH..(WALHASIL BALIK ASAP)

    ReplyDelete
  8. PG,
    blog saudara ada virus ke?
    Nampak gayanya anon 21:59 dah terkena virus dan semakin sewel.
    Dia dah tak tahu memberikan fakta, cuma dapat menggunakan ayat-ayat sampah saja.....

    ReplyDelete
  9. Kini PM sudah memahami artikel 153 Perlembagaan, kedudukan Raja-Raja Melayu dan orang Melayu dan natif-natif diMalaysia. Bila sudah memahami baharulah boleh memperjuangkan dan melaksankan dasarnya. Tidak kurang ramai yang mengaku, kononnya mereka pakar perlembagaan.

    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HakMelayuterkuncikemasdalamPerlembagaan_Najib/Article/index_html
    Hak Melayu terkunci kemas dalam Perlembagaan: Najib

    2010/10/21
    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kedudukan dan hak-hak Melayu dilindungi sepenuhnya serta "terkunci kemas" dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa dapat digugat lagi dan kenyataan ini wajar diterima oleh semua kaum negara ini.

    Najib yang juga Presiden Umno berkata asas berkenaan adalah kontrak yang dimuafakat bapa-bapa pengasas yang mewakili semua kaum ketika negara di ambang kemerdekaan.

    "Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis (Raja-Raja) yang dianggotai sembilan orang Raja-Raja Melayu.

    "Dalam kata lain, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2010, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini,hari
    ini.
    .......

    Abdul Rani

    ReplyDelete
  10. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Taksubsainspuncasejarahdipinggir/Article/index_html

    Taksub sains punca sejarah dipinggir
    Oleh Zanariah Abd Mutalib

    2010/08/25
    Sejarawan, Profesor Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, berkata Penyata Razak yang dikeluarkan pada 1956 sudah menggariskan bahawa objektif utama sistem pelajaran adalah perpaduan, namun perkara itu tidak dapat dilihat dalam sistem pendidikan hari ini yang menuntut pelajar mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

    Disebabkan itu, katanya, gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sukar difahami generasi hari ini, malah ada yang menyamakannya dengan slogan Malaysian Malaysia oleh DAP yang menuntut kesaksamaan antara semua kaum, sedangkan keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

    1Malaysia bukan minta Perlembagaan dipinda secepat mungkin. Dari dulu keistimewaan orang Melayu sudah diperakui iaitu sejak dari zaman British kerana mereka adalah rakyat Raja Melayu.

    Bagaimanapun, pada masa ini, ada orang nak timbulkan kekacauan yang bukan-bukan termasuk mempersoalkan Perkara 153 (Perlembagaan Persekutuan) yang tidak ada kaitan dengan logik dan undang-undang, katanya.

    ReplyDelete
  11. ANON 23:41

    HAI! BARU SKANG NAK BACA HAK2 MELAYU DLM PERLEMBAGAAN? SELAMA NI UMNO TAK BACA KE? KOT2 BARU JUMPA KOT PHRASE PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TU KOT!! YE LAH KAN SELAMA NI ASYIK MENGEJAR DUNIA JER, WAWASAN 20 LAH, BLA..BLA..

    UMNO BACA HAK MELAYU DLM PERLEMBAGAAN TU WAT PER? BACA PULAK DI DEPAN ORG2 BAJU PUTIH MERAH KAT DEWAN PWTC? DIORG PUN TAK FIKIR APA PUN, KEPALA LIGAT FIKIR PROJEK!!!

    KESIAN UMNO...MASIH DIULIT MIMPI, BARU SKRG DAH 53 TAHUN MEMERINTAH, BARU NAK BUKA PERLEMBAGAAN NEGARA....SOALNYA SIAPA YG PERSOALKAN PERKARA 153 TUH? SAPA BRO? KECUALI YG MEMPERSOALKAN ADALAH UMNO SENDIRI...

    ReplyDelete
  12. http://www.sahabat-gunung.com/2010/10/pm-hak-melayu-terkunci-kemas-dalam.html
    21 October, 2010

    PM: Hak Melayu Terkunci Kemas Dalam Perlembagaan

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedudukan dan hak-hak Melayu dilindungi sepenuhnya serta “terkunci kemas” dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa dapat digugat lagi dan kenyataan ini wajar diterima oleh semua kaum negara ini.

    .....Najib berkata orang Melayu sebenarnya telah membuat pengorbanan terbesar bagi mencapai sebuah kemerdekaan, apabila sanggup berkongsi pemilikan Tanah Melayu yang menjadi negara tanah tumpahnya dengan kaum-kaum lain.

    “Penerimaan kerakyatan yang berasaskan prinsip jus soli atau hak tempat kelahiran berbanding prinsip jus sanguinis yakni hak darah dengan sekelip mata telah mentransformasikan landskap sosiopolitik Tanah Melayu untuk selama-lamanya,” katanya.

    .....Menurutnya rakyat negara ini perlu menghayati konsep “ikrar setia” dan menghormati “muafakat murni” yang menyaksikan Melayu dan bukan Melayu ketika menuntut kemerdekaan sanggup “timbal balas” bagi kepentingan bersama.

    “Orang bukan Melayu telah sanggup menerima prinsip hak keistimewaan sebagaimana termaktub di bawah peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Kemudian itulah, kewarganegaraan Malaysia pada dasarnya bukan lagi bersifat sama rata dan sama rasa tetapi telah disesuaikan dengan realiti yang ada demi matlamat dan kepentingan jangka panjang nasional,” katanya.

    .....Ia terkunci kemas dalam artikel-artikel Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, Perkara 38 berkait Majlis Raja-Raja, Perkara 152 tentang Bahasa Kebangsaan dan Perkara 153 mencakupi antara lain perizaban kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu,” katanya.

    Najib berkata pindaan terhadap artikel-artikel itu tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan.

    “Ia ditambah kukuh pula oleh Perkara 10 Fasal 4, yang memberi kuasa kepada Parlimen, bagi menggubal undang-undang, melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan Bahagian 3, Perkara 152, 153 dan Perkara 181,” katanya.

    Najib berkata perkara itu tidak perlu dibincangkan dalam mana-mana forum kerana perbahasan mengenainya dibimbangi akan membangkitkan keresahan serta mengapi-apikan naluri asal wujud antara etnik.
    ..........

    ReplyDelete
  13. ELOOOOOOOOOO BEWAK2 PEJUANG MELAYU.....

    HAMPA CAYA KA KAT PEDUKANG BEKAIH PALA BEWAK TU.
    TUHAN BAGI IDUP SUH TOBAT LA.......

    he he he
    gurau ngan puak2 bewak

    ReplyDelete
  14. ELOOOOOOOO BABI2 PEJUANG BROTHER A.B.I,

    Hangpa percaya kat LORDbuRIED pemuja Brother A.B.I tu.

    Tuhan bagi idup suh tobat la....


    he he he

    gurau dengan puak-puak babi

    ReplyDelete
  15. Memahami kedudukan Keistimewaan Raja-Raja Melayu, orang-orang melayu dan natif-natif merupakan suatu hal, namun pelaksanaannya adalah hal yang lain. Bila sudah faham artikel 153, perlulah juga faham perlaksanaannya agar 153 itu tidak disalahgunakan bagi kepentingan lain.

    Apakah ianya 153 bila balak di kawasan natif-natif diambil oleh sebuah syarikat yang tiada kena mengena dengan natif-natif tersebut, dan hasilnya di bawa keluar kawasan dan diperlarikan keluar negara? Mana perginya equiti 30% natif-natif tersebut? dimanakah pembangunannya bagi natif-natif tersebut? Ibarat penyewa yang mengambil rumah tuanrumah dan kemudiannya menyewakan rumah itu kepada Tuanrumah itu. Akhirnya penyewa itu bukannya tuanrumah itu yang menikmati pembangunan.

    Apakah ianya artikel 153 jika sesuatu lesen diberikan kepada orang perseorangan? Bukankah ianya sepatutunya diberikan kepada suatu badan berkanun, yayasan, koperasi dan seumpamanya yang ada kaitan dengan orang-orang melayu. apakah 153 boleh digunakan untuk mengkayakan satu , dua atau segelintir orang Melayu? Ianya 153 jika sesuatu peruntukkan contohnya diberikan kepada sebuah IPTA yang sebahagian besarnya adalah orang-orang melayu namun apakah ianaya 153 jika peruntukkan universiti itu sendiri diagih-agihkan oleh pihak bermuasa universiti tersebut dikalangan adik beradik mereka yang berkerja diIPTA tersebut?

    Abdul Rani

    ReplyDelete

PETA PELAYAR