FOLLOWERS

Friday, 22 October 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES HABEAS CORPUS / ASAS TAHANAN / BAHASA PEMBERITAHUAN !!


[1993] 1 MLJ 214
Lim Thian Hok v Minister of Home Affairs & Anor and other applications
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (PENANG) — CRIMINAL APPLICATION NOS
44–65–92, 44–190–90, 44–72–91, 44–100–91, 44–127–91, 44–130–91,
44–133–91, 44–159–91, 44–198–91, 44–219–91 AND 44–39–92

Judges VINCENT NG JC

Date 19 SEPTEMBER 1992

Citation [1993] 1 MLJ 214

Catchwords:

Constitutional Law — Preventive detention — Detention order — Grounds for detention — Detention order stating grounds of detention in the alternative — Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act 1985 s 6(1) — Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance 1969 s 4(1)

Constitutional Law — Preventive detention — Detention order — Grounds for detention — Whether grounds appropriately or satisfactorily explained to detenu

Bahasa Malaysia Summary:

Pemohon telah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (‘Akta itu’) kecuali pemohon di dalam Permohonan Jenayah No 44–65–92, yang telah ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 (‘Ordinan itu’). Kesemua pemohon telah mempertikaikan penahanan mereka di atas alasan bahawa perintah tahanan menyebut tahanan mereka dalam alternatif di bawah Akta dan Ordinan tersebut untuk kes masing-masing. Kedua, alasan penahanan tidak diterangkan kepada pemohon dalam bahasa atau loghat yang difahami oleh mereka.

Diputuskan:
Diputuskan,membenarkan permohonan dalam Permohonan Jenayah No 44–190–90, 44–72–91, 44–100–91 dan menolak permohonan yang lain:

(1) Mahkamah tidak dibenarkan mengkaji semula keputusan subjektif Menteri dan juga fakta yang menjadi asas bagi keputusan beliau. Ini diperkukuhkan dengan penambahan s 11C melalui Akta A738 kepada Akta itu.

(2) Kedua-dua alasan penahanan di bawah s 6(1) Akta itu harus dibaca bersama kerana kedua-dua alternatif merujuk kepada satu objek yang sama, iaitu mengedar dadah berbahaya. Oleh itu pihak yang menahan tidak boleh dikatakan telah membuat perintah penahanan secara kasar atau secara automatik.

(3) Seksyen 4(1) Ordinan itu harus dibaca berasingan kerana ia memberi kuasa kepada Menteri itu untuk mengeluarkan suatu perintah penahanan berdasarkan kepada salah satu alasan di dalamnya. Perintah penahanan harus menyebut di bawah ‘limb’ yang mana seseorang tahanan ditahan oleh kerana Ordinan itu tidak menyebut cara perintah penahanan itu harus dikarang. Ini adalah mandatori untuk mengelak sebarang cabaran terhadap perintah penahanan itu atas alasan bahawa ia tidak jelas atau dibuat secara automatik menurut bahasa s 4(1) Ordinan itu.

(4) Pemohon akan dibebaskan jika alasan penahanan mereka tidak didengan memuaskan atau secukupnya sama ada dalam masa penahanan, apabila perintah penahanan disampaikan atau apabila pemohon dibawa ke tempat penahanan. Tidak menjadi ‘fatal’ jika lebih daripada satu bahasa atau loghat digunakan untuk menerangkan atau memberitahu orang tahanan alasan penahanan itu asalkan beliau memahaminya.

Per curiam:

Seksyen 366 Kanun Acara Jenayah (FMS Cap 6) mewajibkan supaya pemohon menyatakan dalam afidavitnya setakat mana yang diketahui, fakta-fakta berkenaan dengan penahanan tersebut dengan tujuan meyakinmahkamah. Oleh yang demikian, pemohon harus menyatakan semua perkara yang relevan kepada penahanannya dalam afidavitnya dan tidak dibenarkan menimbul hujah-hujah yang di luar afidavitnya.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Nota : Untuk makluman pembaca, MLJ ini adalah dokumen awam dan boleh di akses di laman web badan kehakiman dan buku-buku yang serta disemua perpustakaan awam dan universiti. Paparan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi adalah bagi pedoman kepada semua di samping memberi panduan dan sedikit kefahaman undang-undang kepada semua pihak . MLJ adalah sebahagian dari undang-undang yang digunapakai oleh semua pengamal undang-undang. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR