FOLLOWERS

Monday 25 October 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES KEMALANGAN !


[1994] 3 MLJ 105
Lim Chai Oon & Anor v Normah bte Ismail & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (JOHOR BAHRU) — CIVIL APPEAL NO 12–40–91

Judges JAMES FOONG J

Date 28 MAY 1994
Citation [1994] 3 MLJ 105


Catchwords:

Damages (Personal Injury or Death) — Fatal accident — Contributory negligence — Whether damages reduced proprotionately — Whether deduction could be made for income earned by dependant from deceased’s estate — Whether income was a benefit — Civil Law Act 1956 ss 7, 8, 12(4)

Bahasa Malaysia Summary:

Pada 1 Mei 1988, sebuah motokar yang dipandu oleh defendan pertama dan dimiliki oleh defendan kedua telah berlanggar dengan motosikal yang ditunggang oleh suami plaintif pertama (‘si mati’) dan anak perempuan mereka, plaintif kedua, yang mengalami kecederaan parah. Plaintif pertama telah membawa tuntutan kehilangan tanggungan ini terhadap defendan bagi pihak dirinya sendiri dan anak-anak beliau di bawah s 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956 (‘Akta itu’). Hakim mahkamah sesyen memutuskan bahawa defendan pertama dan si mati sama-sama bersalah atas kemalangan itu.

Bagaimanapun, hakim itu telah mengawardkan ganti rugi sebanyak RM300 sebulan berdasarkan liabiliti 100%, mengikut keputusan Mahkamah Tinggi di dalam kes Veronica Joseph, an infant & Anor v Tu Kon Lin & Anor [1987] 1 CLJ 81. Defendan telah membuat rayuan. Isu yang timbul adalah: (i) sama ada kehilangan tanggungan seharusnya dikurangkan mengikut peratus liabiliti yang ditanggung oleh si mati; dan (ii) sama ada suatu penolakan seharusnya dibuat untuk mengambil kira pendapatan yang diperolehi oleh plaintif pertama daripada mengambil alih dan menguruskan ladang Felda si mati.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) Seksyen 12(4) Akta itu jelas menyatakan bahawa di dalam tindakan yang dibawa di bawah ss 7 dan 8, ganti rugi yang boleh diperolehi akan dikurangkan berkadar dengan takat kesalahan si mati. Tidak ada keperluan bahawa harta pusaka si mati mesti didengar atau dijadikan suatu pihak sebelum pengumpukan ganti rugi boleh dibuat seperti yang dinyatakan di dalam kes Veronica Joseph. Oleh kerana benefisiari sesuatu harta pusaka juga biasanya merupakan orang tanggungannya, amalan yang dinyatakan di dalam kes Veronica Joseph tidak seharusnya digalak supaya dapat mengelakkan bilangan guaman yang banyak mengenai perkara yang sama. Oleh demikian, ganti rugi itu dikurangkan sebanyak 50%.
(2) Wang yang diperolehi oleh plaintif pertama tidak seharusnya ditolak daripada kehilangan tanggungan kerana ia merupakan suatu hasil kerjanya sendiri dan bukan suatu keuntungan yang diakibatkan oleh kematian si mati. Di dalam suatu tuntutan untuk kehilangan tanggungan, orang tanggungan itu tidak dikehendaki mengurangkan kehilangan mereka.

(3) Kehilangan tangunggan itu seharusnya digantikan dengan jumlah yang dipersetujui sebanyak RM500 sebulan dan bukannya RM300. Award yang diberikan adalah: RM18,000 untuk kehilangan sebelum perbicaraan, iaitu RM500 x 36 bulan; RM36,000 untuk kehilangan selepas perbicaraan, iaitu RM500 x 72 bulan; dan ganti rugi khas sebanyak RM11,800. Kesemua jumlah tersebut mesti dikurangkan sebanyak 50%.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Nota : Untuk makluman pembaca, MLJ ini adalah dokumen awam dan boleh di akses di laman web badan kehakiman dan buku-buku yang serta disemua perpustakaan awam dan universiti. Paparan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi adalah bagi pedoman kepada semua di samping memberi panduan dan sedikit kefahaman undang-undang kepada semua pihak . MLJ adalah sebahagian dari undang-undang yang digunapakai oleh semua pengamal undang-undang. Tq

1 comment:

  1. This is people's life ok. Leave us alone. That's why your life sucks!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR