[1992] 1 MLJ 206
Public Prosecutor v Yap Thiang Wah
Case Details:
Malaysia HIGH COURT (JOHORE BAHRU) — CRIMINAL TRIAL NO 47–7
OF 1989
Judges LC VOHRAH J
Date 26 OCTOBER 1991
Citation [1992] 1 MLJ 206
Public Prosecutor v Yap Thiang Wah
Case Details:
Malaysia HIGH COURT (JOHORE BAHRU) — CRIMINAL TRIAL NO 47–7
OF 1989
Judges LC VOHRAH J
Date 26 OCTOBER 1991
Citation [1992] 1 MLJ 206
Catchwords:
Criminal Law — Discharging pistol shot with intention of escaping from lawful custody — Whether there was intention to cause death or grievous hurt — Whether accused in lawful custody at time of escape — Firearms (Increased Penalties) Act 1971 s 3
Criminal Procedure — Sentence — Alteration of sentence by trial court after pronouncing sentence — Whether court empowered to do so — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 278
Evidence — Burden of proof — Duty of prosecution to prove every essential ingredient of charge — Whether defence obliged to tender evidence disproving charge — Evidence Act 1950 s 103
Bahasa Malaysia Summary:
Bahasa Malaysia Summary:
Si tertuduh telah didakwa di bawah s 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana merampas selaras pistol daripada seorang pegawai penjara dan melepaskan sedas tembakan ke arah pegawai itu yang boleh menyebabkan kematian atau cedera parah dengan maksud beliau boleh melarikan diri daripada penjagaan yang sah di sisi undang-undang.
Si tertuduh telah lebih awal lagi ditangkap pada 12 Januari 1986 dan didakwa di mahkamah majistret pada 24 Januari 1986 atas empat tuduhan perompakan bersenjata yang berasingan. Dia telah ditahan sehingga 20 Disember 1986 dan pada hari itu dia telah muncul di mahkamah dan mengaku salah atas tuduhan-tuduhan itu. Pada 27 Disember 1986, majistret telah menjatuhkan hukuman penjara selama satu tahun dan sebat satu pukulan ke atasnya bermula daripada hari penangkapannya berkenaan dengan setiap tuduhan, hukuman dijalanbersama. Si tertuduh menyatakan bahawa semasa dia dibawa ke penjara dia telah membantah bahawa, dengan remitan, dia sudah pun menjalani hukuman tersebut dengan sepenuhnya. Selepas pertanyaan dibuat oleh pihak berkuasa penjara, si tertuduh telah diberitahu oleh seorang pegawai penjara yang hukuman itu dijalankan daripada hari hukuman dijatuhkan dan bukan daripada hari penangkapannya. Si tertuduh tidak dibawa lagi ke hadapan majistret yang telah menjatuhkan hukuman itu.
Si tertuduh kemudiannya telah diterima masuk di bawah kawalan ke hospital untuk rawatan perubatan. Di sana dia telah merampas sepucuk pistol daripada seorang pegawai penjara dan cuba melarikan diri selepas menembak sekali. Si tertuduh menyatakan, antara lainnya, bahawa selepas melarikan diri melalui satu muka pintu, dia tidak melihat sesiapa pun mengikutinya dan telah dengan tidak sengaja menembak sekali di udara ke arah muka pintu itu. Dia menyatakan bahawa dia tidak bermaksud untuk menembak sesiapa oleh kerana dia tidak sedar akan kehadiran sesiapa pun pada masa itu.
Pendaftar mahkamah sesyen menerangkan bahawa mengikut kertas dakwaan dan nota prosiding, majistret telah mengubah tarikh perhukuman penjara supaya hukuman itu bermula daripada 27 Disember 1986. Waran pemenjaraan juga diubah dengan sama. Tiada bukti bahawa perubahan itu telah dibuat sebelum mahkamah habis bersidang pada hari itu atau pada masa hukuman itu dijatuhkan dan di hadapan si tertuduh. Pihak pembela lantaran itu telah mempertikaibahawa si tertuduh tidak berada di bawah penjagaan yang sah di sisi undang-undang semasa dia melarikan diri dari hospital. Pihak penmempertikaikan bahawa pihak pembela wajib memanggil pengawal kanan penjara untuk menyokong keterangan si tertuduh bahawa hukuman itu telah diubah selepas dia dihantar ke penjara, sesuatu yang telah tidak dilakukan oleh pihak pembela.
Diputuskan:
Diputuskan, menyabitkan si tertuduh:
(1) Perubahan kepada tarikh permulaan hukuman itu sudah tentunya tidak akan dianggap sebagai pembetulan kesilapan yang dibuat oleh kerani yang boleh dibuat pada sebarang masa. Tiada bukti bahawa pembetulan kesilapan yang bukan disebabkan oleh kerani yang dibuat oleh majistret telah dibuat sebelum mahkamah habis bersidang pada hari itu atau semasa hukuman itu dijatuhkan dan dalam kehadiran si tertuduh. Nampaknya daripada rekod bahawa beliau telah membuat pengendorsan menyatakan semula hukuman yang dijatuhkan selepas beliau mengumumkan hukuman itu dan telah menandatangani nota prosiding dan beliau tidak berkuasa melakukanya.
(2) Pihak pembela tidak mempunyai kewajipan di bawah s 103 Akta Keterangan 1950 untuk memanggil pengawal kanan penjara untuk menyokong keterangan si tertuduh bahawa perubahan kepada tarikh permulaan hukuman penjara telah dibuat selepas si tertuduh dihantar ke penjara. Pihak pendakwa semestinya membuktikan setiap unsur penting dalam sesuatu tuduhan.
(3) Terdapat keraguan yang besar sama ada si tertuduh berada di bawah penjagaan yang sah di sisi undang-undang semasa dia melarikan diri dari hospital dan, oleh kerana itu, si tertuduh tidak boleh didapati barsalah atas tuduhan di bawah s 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. Akan tetapi mengikut fakta yang telah dibuktikan melebihi keraguan yang munasabah oleh pihak pendakwa, si tertuduh didapati melakukan kesalahan di bawah s 33 Akta Senjata 1960.]
Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq
No comments:
Post a Comment