FOLLOWERS

Wednesday, 13 October 2010

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CABANG PKR LOW CLASS !!! ZAID IBRAHIM !!!


Dipetik dari blog : Zaid Ibrahim



Selasa, 5hb Oktober 2010

Dr Molly Cheah Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat Parti Keadilan Rakyat Kuala Lumpur

Per: Proses Pemilihan Parti

Saya telah meniliti dan mengikuti perkembangan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) yang baru selesai. Banyak masalah timbul yang telah menjadi pengetahuan umum bahawa berlaku kekecohan dalam pemilihan peringkat Cabang.

Ada beberapa isu yang telah dibangkitkan oleh pihak-pihak yang terlibat yang menimbulkan tanda tanya sama ada pemilihan parti dapat dilaksanakan dengan telus dan adil dalam pemilihan Majlis Pimpinan Pusat nanti.

Antara perkara-perkara tersebut ialah tindakan dan keputusan pengawas pemilihan yang jelas memihak kepada kumpulan tertentu: jumlah pengawas yang tidak mencukupi, lalu dibantu oleh penyokong pihak yang bertanding; daftar pengundi yang digunakan oleh pengawas berbeza dengan senarai yang ada pada pihak yang bertanding; kertas undi yang sudah dipangkah didapati digunakan untuk memenangkan seseorang calon, jumlah kertas undi yang melebihi jumlah ahli yang hadir; peti undi yang tidak telus cahaya (transparent); calon tidak diwakili secara sah oleh polling and counting agent untuk mengesahkan jumlah kertas undi dan jumlah undi yang telah dikira; kertas undi tidak ada nombor siri; dan tidak ada proses pengesahan oleh wakil calon bahawa pengundian dibuat oleh nama pengundi yang berdaftar sahaja.

Oleh kerana saya telah mendapat pencalonan untuk beberapa jawatan dalam pemilihan ini, saya meminta jasa baik Jawatankuasa Pemilihan Pusat untuk melaksanakan langkah- langkah berikut untuk membolehkan proses pemilihan yang baik dan adil.

1. Calon dibenarkan melantik seorang Wakil Calon dan 4 orang wakil sebagai polling and counting agent (PACA) bagi setiap Pusat Mengundi. Jumlah kertas undi mestilah ditandatangani dan disahkan oleh PACA (Borang SPR 13) dan jumlah undi mestilah juga ditandatangani dan disahkan oleh PACA di setiap tempat mengundi (Borang 14 SPR). Tanpa pengesahan tandatangan ejen-ejen calon berkenaan keputusan di tempat tersebut adalah tidak sah.

2. Kertas undi mesti bernombor siri. Nombor-nombor siri ini menjamin bahawa jumlah kertas undi adalah terkawal, dan kertas tambahan tidak boleh digunakan.

3. Peti undi telus cahaya (transparent ballot box) harus digunakan supaya ia dapat dilihat oleh semua pihak.

4. Ruang membuang undi hendak diasingkan bagi mengelak gangguan. Pengawas tidak boleh berada di tempat pembuangan undi kerana ini akan mempengaruhi ahli yang ingin membuang undi.

5. Senarai ahli-ahli yang sah sahaja yang digunakan; dan senarai yang sah mestilah mempunyai jumlah ahli dan nama ahli yang sama yang diberikan kepada Calon dan tidak ada perbezaan dari segi jumlah atau pun nama-nama ahli tersebut.

6. Masa mengundi mestilah dipatuhi dan pengawas tidak boleh menangguhkan atau melanjutkan masa pembuangan undi tersebut.

7. Bagi ahli yang sudah membayar yuran semasa MATC tempoh hari; nama mereka sepatut ada dalam senarai ahli yang berhak mengundi.

Saya berharap permintaan ini akan diluluskan secepat mungkin. Ini memudahkan saya membuat keputusan sama ada mahu menerima pencalonan atau tidak. Parti kita mestilah mampu menepati standard minimum yang dilaksanakan oleh SPR, kalau tidak sukar bagi kita untuk mendesak SPR supaya menepati standard antarabangsa.

Sekian, terima Kasih.

Zaid Ibrahim

s.k YB Setiausaha Agung

Penghuni Gua : Begitulah bunyi surat Zaid kepada Dr Molly Cheah. Yang jelas, Zaid menyimpulkan , kaedah pengundian PKR baru-baru ini tiada standard. Jangankan nak sama standard SPR yang kerap dicemuh oleh PR atau PKR selama ini, nak capai standard minimum pun sakit dan tenat. Dengan kata lain, hanya standard pengundian dan pemilihan peringkat kampung ajelah.

2. Jadi selepas ini atau semasa PRK Galas nanti, pemimpin PR dan PKR jangan dok nak kecam lah cara SPR menguruskan PRK Galas. Selama ini bukan main cakap pemimpin mereka ini yang memberikan konsep yang berb agai dan mengecam dari segenap sudut kaedah pengundian di setiap PRU atau PRK. Pendekkan cerita , tak ada satu pun yang betul mengenai PRK dan PRU yang dikendalikan oleh SPR.

3. Akhirnya, pemimpin dan parti yang pandai bercakap ini , termakan sumpah mereka. Cara pengundian mereka seperti zaman Jahiliyah. Lintang pukang. Gaduh jangan kiralah. Mengalah Puaka Bola Sepak di Shah Alam semalam.

4. Kepada PKR, PAS atau DAP ke, sudahlah. Baik baiki diri sendiri aje. Cuci punggung sendiri kemudian kalau dah nampak dan kelihatan cuci , barulah boleh cuba-cuba nak cuci punggung orang lain.

5. Bukan orang lain yang mengecam kaedah pengundian pemilihan PKR baru-baru ini, orang dan pemimpin mereka juga. Takkan nak kata ini konspirasi kerajaan dan BN pulak? Low Class !!! Tak gitu!!!!

5 comments:

  1. hai...dalam pemilihan agung umno banyak gak suara2 sumbang mengatakan bhw terdapat byk mslh lbh kurang sama...jadi itu bukan masalah, tapi sengaja diperbesarkan menjadi masalah...tengok dulu beberapa pihak dlm umno yg tak puas hati dengan kemenangan KJ sbg ketua pemuda umno, sedangkan umum mengetahui dia telah main duit dan diberi amaran!! itu sikit jer baru mslh umno yg aku nak bg tau!!!

    bila kita menguruskan organisasi besar, memang akan ada mslh, najib pun kata, bukan senang nak puaskan hati semua ahli umno sendiri!!
    masalag teta timbul baik umno/bn mahu pun Pakatan Rakyat...apa masalahnya?...

    ReplyDelete
  2. Salam tuan Pg & Sema2...,

    MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CABANG PKR LOW CLASS !!! ZAID IBRAHIM !!!

    Tiada masalah apa pun yang berlaku tuan PG... Belum apa2 lagi mereka sendiri menimbulkan masalah dan menceritakan keadaan sebenar. Bukan sapa2 pun menimbulkan masalah tapi pemimpin mereka yang menuding jari kepada pihak lain. Nah lihat, tembelangnya jelas... Itu baru masalah parti, belum pun memimpin negara, habis2, habis2, habis...!!!.

    Pang5 Beliung...

    ReplyDelete
  3. Apanya yang habis Pang5 Beliung?..PKR/PAS/DAP/Pakatan Rakyat jik menang pilihan raya umum kelak akan dapat membentuk kerajaan...so apa nya yang habis Pang5 Beliung?

    agak-agak yang "habis lah kita" adalah pemimpin umno/bn kot...habis cabut lari!!!

    rakyat tetap cool jer..tak habis pun!!!

    so apa masalahnya?

    ReplyDelete
  4. Alah ape nk heran. Yang duk dlm pkr tu pun rata2 ex umno. So perangai totok tu la yang depa duk bawak masuk.

    ReplyDelete
  5. p5 puting beliung tu mmg menggelabah ckit
    klu lu tgk org nyer pun lu rasa nak sepak2 jer
    tp mmg keturunan dia keturunan menggelabah
    bodo2 tp belagak pandai
    so nak salahkan dia 100% pun x blh jgk
    sama mcm PG
    bab2 nak aib/condemn kita seislam ni dia no 1st!
    padahal anak2 sendri x terbela bodoh2 belaka!
    saja menyibuk hal org!
    cuma 1 sebab jer
    DUITTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT

    ReplyDelete

PETA PELAYAR