FOLLOWERS

Thursday 21 October 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES HABEAS CORPUS !!!


[1993] 3 MLJ 673
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri & Anor v Lee Gee Lam and another application
Case Details:

Malaysia SUPREME COURT (KUALA LUMPUR) — CRIMINAL APPEAL
NOS 05–18–93 AND 05–19–93

Judges GUNN CHIT TUAN(MALAYA) CJ
MOHAMED AZMI SCJ
LC VOHRAH J

Date 15 OCTOBER 1993
Citation [1993] 3 MLJ 673


Catchwords:

Constitutional Law — Preventive detention — Detention of accused under s 4(1) of the Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance 1969 — Detention order stated grounds for detention in the alternative — Whether order proper — Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance 1969 s 4(1)

Criminal Procedure — Habeas corpus — Preventive detention — Accused detained under s 4(1) of the Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance 1969 — Detention order stated grounds for detention in the alternative — Whether Minister addressed his mind to the relevant limb of s 4(1) — Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance 1969 s 4(1)

Bahasa Malaysia Summary:

Responden telah ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 (‘Ordinan itu’) menurut dua perintah tahanan berasingan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri di bawah s 4(1) Ordinan itu. Perintah itu menyatakan alasan tahanan secara alternatif. Permohonan responden ke Mahkamah Tinggi untuk habeas corpus telah dibenarkan atas alasan bahawa perintah itu cacat kerana ketidakpatuhan dengan peruntukan s 4(1) Ordinan itu, iaitu perintah itu tidak jelas mengenai cabang yang mana di bawah s 4(1) responden telah ditahan. [Lihat [1993] 3 MLJ 265.]

Perayu telah membuat rayuan, dengan menegaskan bahawa: (i) oleh kerana alasan tahanan di dalam kedua-dua perintah itu adalah suatu hasil semula tepat perkataan yang terdapat di dalam s 4(1), dengan kata depan ‘atau’ membezakan alasan berkenaan dengan ketenteraman awam di bawah cabang pertama daripada yang berkenaan dengan penyekatan kekerasan di bawah cabang kedua, ia tidak penting sama ada tahanan itu dibuat di bawah cabang pertama atau kedua, kerana ia bukannya suatu soalan mengenai prosedur tetapi mengenai substans, yang terletak tunggal di bawah budi bicara subjektif Timbalan Menteri; dan (ii) hakim sepatutnya menyifatkan salah satu daripada alasan itu sebagai alasan berlebihan tanpa mempunyai kesan mentaksahkan perintah itu.

Diputuskan:
Diputuskan,menolak rayuan itu:

(1) Pesuruhjaya kehakiman yang arif bertindak secara betul apabila membenarkan permohonan responden untuk habeas corpus kerana, pada mukanya, perintah itu tidak jelas sama ada Timbalan Menteri telah menumpukan fikirannya kepada keadaan tertentu kes setiap responden ataupun sama ada beliau telah menggunakan kuasa tahanannya secara mekanik.

(2) Pemutusan soalan sama ada Timbalan Menteri telah menumpukan fikirannya kepada cabang relevan ataupun kepada kedua-dua cabang, apabila membuat perintah tahanan itu, adalah suatu perkara prosedur dan jika ia ditunjukkan bahawa terdapat keraguan mengenai cabang yang mana satu Timbalan Menteri itu telah menumpukan fikirannya terhadap, atau sama ada beliau menumpukan fikirannya kepada kedua-dua cabang itu apabila membuat perintah itu, faedah keraguan itu mesti diberikan kepada orang yang ditahan.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Nota : Untuk makluman pembaca, MLJ ini adalah dokumen awam dan boleh di akses di laman web badan kehakiman dan buku-buku yang serta disemua perpustakaan awam dan universiti. Paparan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi adalah bagi pedoman kepada semua di samping memberi panduan dan sedikit kefahaman undang-undang kepada semua pihak . MLJ adalah sebahagian dari undang-undang yang digunapakai oleh semua pengamal undang-undang. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR