FOLLOWERS

Saturday 16 October 2010

TAHNIAH ! INI BAJET TERAKHIR : SUARA PUAKA PARLIMEN !






TAHNIAH kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah membentangkan Bajet 2011 dengan mengambil kira kepentingan semua rakyat. Ia lebih berupa bajet prihatin.

Seperti biasa ucapan pembentangan bajet disiarkan secara langsung oleh radio dan televi-

syen. Awang sedar ia dilakukan kerana rakyat mahu mengikutinya dengan lebih jelas.

Di peringkat wakil-wakil rakyat, pembentangan itu diharap akan disusuli dengan perbahasan yang terbuka dan membina di Dewan Rakyat, seterusnya di Dewan Negara.

Ahli-ahli Parlimen dan para senator sewajarnya mengambil peluang berhujah bagi memperkemaskannya jika ada keperluan.

Namun, Awang amat terkejut apabila mendengar pernyataan seorang wakil rakyat pembangkang, sejurus selepas Najib menamatkan pembentangannya.

Apa motif beliau menyatakan ‘‘Tahniah, ini bajet terakhir.’’

Bagi Awang, kenyataan itu sudah cukup menghuraikan betapa wakil rakyat pembangkang berpolitik tidak kira tempat dan masa.

Selaku wakil rakyat pembangkang, mereka tidak sepatutnya bermain sentimen. Berhujahlah secara positif dan berhemah.

Rakyat mahu melihat wakil-wakil rakyat memainkan peranan mereka sepenuhnya di Parlimen, bukan sekadar bermain politik.

Awang – Mendengar.

Penghuni Gua : PG tak berapa mahir bab kewangan dan bajet ini. Tetapi secara kasarnya, kira ok dan baik bajet kali ini kerana ia nampaknya lebih menekankan dan memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat di samping bagi memacu tansfomasi negara seperti yang dijanjikan oleh PM.

2. Yang pentingnya, tuntutan berbagai pihak seperti cuti bersalin 90 hari akan memberi impak yang baik kepada negara. Baik kerana tumpuan boleh diberi kepada modal insan dan mungkin lebih ramai kelahiran di masa depan. Rakyat akan bertambah dan pasaran dalam negara makin besar dalam jangka panjang.

3. Ada juga pembangkang mengejeknya ( siapa lagi kalau bukan DSAI ) sebagai bajet pilihanraya. Pada PG, lantak le, bajet pilihanraya ke atau tidak. Janji ia memberi faedah kepada rakyat dan negara. Bajet dan peraancangan pembangkang apa kurangnya. RM 1000 untuk wargaa emas, RM 100 untuk keluarga miskin di Pulau Pinang, tidakkah semuanya kerana pilihan raya? Serupa lah.

4. Ada juga pembangkang bertempik di dewan, katanya ini bajet terakhir. Yelah, terakhir buat DSAI sebelum dia dihumban ke dalam penjara. Bongkak sangat. PR kuat sangat ke sehingga begitu yakin ke Putra Jaya? Mimpi di siang hari aje.

5. Lupakanlah nak ke Putra Jaya. Nak urus diri sendiri pun semput. Pemilihan agung cabang-cabang parti pun lintang pukang. Apa cerita!!!!

6. Apa pun, tahniah kepada kerajaan. Memang ada kekurangan. Tetapi boleh diperbaiki.

16 comments:

  1. Salam...

    Seronokla baca ulasan awak... Klakar pon ade. Keep up the good work!

    ReplyDelete
  2. mcm biasalah mahfuz mapos bodoh ni akan jadi badut utk tarik perhatian....tp bila di tengok kelakunya itu sudah terlihat nilai MP yg sgt rendah...hanya tau makan gaji MP buter jer....

    ReplyDelete
  3. BAK KATA NAJIB.."INI BUKAN BAJET SAUDAGAR MIMPI..." TAPI BETUL LAH BRO! BUKAN BAJET SAUDAGAR MIMPI, TAPI BAJET NAJIB UNTUK ROSMAH PARMATA DAN S BATU PERMATANYA JUGA BAJET SELUAR DALAM ROSMAH!!!


    HA..HA..HA..HA..ROSMAH BUKAN MENTERI PUN TAPI DAPAT RM 111 JUTA..ROSMAH BUKAN MENTERI PUN TAPI MENEMPEK KAT NAJIB!!!

    PROJEK BROOOOO!!!

    LAIN SGT LAH PERANGAI FIRST LADY MALAYA NI...
    TAK SERUPA LAH PERANGAI DIA DGN TUN HASMAH, TUN JEAN, ALLHRHMAH TUN HENDON...

    ReplyDelete
  4. KEHKEHKEH ANON KT ATAS NI CM JELES JEK. KLU NK DI BANDINGKAN DGN JIJAH YG MCM PATONG KUIL DOK TECONGOK JEK APE BARANG?..NAK KATE PATONG X..NK KATE ORG PUN TAK..BAK KATE SUDIN "NANG BOTI NANG..KUI BOTI KUI" KEHKEHKEH >|D...HARKK PTUIHHH

    ReplyDelete
  5. hahahhahaha bro jeff jugerk terbaik! wakakakka

    ReplyDelete
  6. BAJET 2010 UNTUK ROSMAH JOLI SAKAN!!!

    ReplyDelete
  7. Salam tuan PG & Sema2...,

    TAHNIAH ! INI BAJET TERAKHIR : SUARA PUAKA PARLIMEN !

    Tahniah, tahniah tuan PG inilah bajet terakhir… Bila terlalu kuat sangat memikirkan, unta pun jadi sakit kepala, bila unta sakit kepada macam2, lolongan jeritan kedengaran, spesis haiwanlah katakan, disampuk iblis... MasyAllah… Bajet terakhir, beberapa tahun mendatang suara2 spesis yang kena sampuk tu xakan kedengaran lagi kerana akan dilemparkan ke alam keranda barzakh kecil. Dengar2 pun si Mr kacang Soya ada juga citer minat terhadap perisai, lain sedikit dengan tokeh yang menitis air lior bila melihat stor kunyit. Kita tunggu sedikit msa lagi…!!!

    Apa yang kita lihat jelas dan ketahui spesis ini bukan sahaja menghambur suara2 sumbang sesama rakan seperjuangan tapi lebih dahsyat lagi mengambil tempat diluar negara. menghina tempat tumpah darah, berpanjangan memburukkan negara. Spesis xada maruah.

    Si unta dan si soya tu elok dicicang2 diletakan dipangkal2 pokok besar untuk sajian si syaitan yang sentiasa dipuja2 tu. Awas jangan terserempak dengan sajian ini…

    Pang5 Beliung berusaha belajar menghormati rakan…

    ReplyDelete
  8. pada pembangkang, apapun faedahnya pada bajet itu tidak penting,kerana apa yang penting pada mereka adalah kuasa. Maka wakil-wakil rakyat itu tidak minat sedikitpun berkenaan dengan bajet yang dibentangkan.
    Setiap tahun, apabila bajet dibentangkan, mana-mana penganalisa akan mengatakan bagus dan seimbanglah dan seumpamanya. Jarang pula penganalisa yang mengupas prestasi pelaksanaan bajet sebelumnya dan dua tiga tahun dahulu. Bagi bajet perbentangan tahun ini, tentunya prestasi pernilaiannya hanya dapat dilakukan setahun kemudian samada ianya betul-betul bagus atau macam bagus.

    Apapun, when we fail to plan, we plan to fail. Yang penting, perancangan sudah dibuat, selebihnya tawakal (pastikan pelaksanaannya kemas tiada korner-korner).

    Mungkin ramai yang terkilan kerana dapat RM 500 bukan sebulan atau dua bulan bonus. Dalamhal ini, pentingnya penjawat awam dan pentadbir awam mempertingkatkan produktivit agar hasil negara meningkat bukan berkerja sambil lewa dan lebih teruk lagi, hasil negara seperti permit-permit balak, pasir, cukai kastam, cukai dokumen immigresen dan seumpamanya masuk kocek sendiri. Mereka ini tak terasa jika tiada bonus sebab bagi mereka, puloh-puloh ribu dah masuk ke kocek mereka sendiri. Biarlah hasil-hasil tersebut memberikan keuntungan kepada negara dan hasilnya dalam bentuk bonus dimakan oleh semua.

    Bila kena masuk kem tahanan dan penjara baharulah mereka sedar mereka tidak berpijak dibumi yang nyata. Dah terlambat dan saya teringat apa kata emak saya, menangis tak berlagu. Samada isteri-isteri mereka juga menangis tak berlagu atau berlagu, fikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  9. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/CUEPACSpuashatibanyaktuntutandilayan/Article

    CUEPACS puas hati banyak tuntutan dilayan

    2010/10/16
    CUEPACS gembira dengan Bajet 2011 yang memenuhi sebahagian besar tuntutan 1.24 juta penjawat awam selama ini, tetapi masih berharap kerajaan dapat memberikan bonus dua bulan gaji kepada mereka pada tahun ini.

    Presidennya, Omar Osman berkata, CUEPACS juga menyambut baik keputusan kerajaan memansuhkan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dianggap bermasalah sejak diperkenalkan lapan tahun lalu, penambahan cuti bersalin dari 60 hari kepada 90 hari, peningkatan kadar bantuan mengurus jenazah, kemudahan memiliki rumah, penyambungan perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat (PKS), menaikkan elaun guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus.

    .......... Cuma terkilan dan sedih kerana tidak dapat bonus selain tuntutan lain tidak diambil kira seperti elaun kos sara hidup (COLA), elaun wilayah dan imbuhan tetap perumahan.

    ......... “Bagaimana pun, kami berharap ahli bersabar dan terus meningkatkan produktiviti. CUEPACS akan terus memperjuangkan tuntutan yang tidak dipenuhi termasuk bonus dua bulan gaji dengan menghantar surat rayuan kepada Perdana Menteri untuk pertimbangan semula, Isnin ini,” katanya.

    ReplyDelete
  10. ADA DUIT KE BAJET BESAR RM 212 BILION NI? NTAH2 HANYA GULA2 GETAH JER KOT..MANIS KEJAP JER!!

    ADA PERUNTUKKAN BAJET UTK HAPUS RASUAH KE?
    ADA PERUNTUKAN PENAMBAH BAIKAN SISTEM KEHAKIMAN KER?

    BAGI DUIT RM 500 JER YG MAMPU KAT SEKTOR AWAM..
    TAPI ADA CITA2 NAK BUAT BANGUNAN BESAR 100 TGKT RM 5 BILION...

    INI BAJET SAUDAGAR MIMPI NAJIB, DUITNYA MANA?
    KOREK KWSP, PETRONAS, FELDA LAH JAWABNYA

    ReplyDelete
  11. "Inilah bajet terakhir aku dengar dalam dewan rakyat". Kata orang tu.

    ReplyDelete
  12. Nuar nampak Najib hebat, sebab tu dia dan juaknya balun kaw kaw, sebab takut.

    Ingat tak kisah anwar perli calon BN di Hulu Selangor. (Pemberita MalaysiaKini Bertanya) Nuar kata beliau (calon BN) adalah yang terlemah yg dipilih oleh UMNO. Apa pandangan beliau (calon BN tersebut) tentang kata-kata anwar tersebut.

    Calon tu jawab simple : "Kalau dia yang terlemah, kenapa Anwar bersuah payah turun ke Hulu Selangor untuk membantu calon PKR?"

    wahahah..nuar pandai provo je, dia bukan pandai pun.. Masa dia jadi Menteri Kewangan, tahun 1993, dia rugikan RM9 billion bank negara. Ketua pembangkang masa tu, Kit Siang kata kerugian berterusan boleh mencecah RM 11 billion.

    ReplyDelete
  13. Bedal le bro mana yang patut!!!!!!! Lantak kau oranglah. Apa-apa pun Gua! yang untung. Kedai Gua ramai orang melayu masuk. Ha Ha Ha

    ReplyDelete
  14. Gua kasi sambung sikit lagi...Gua jugak ada untung!!

    ReplyDelete
  15. bajet 2011 lebih kepada bajet rosmah....semua orang tahu....

    ReplyDelete
  16. TAU XPA...
    PEJAM MATA PEKAK TELINGA SUDAH...
    JGN NAK SEMBANG BUDGET UTK KESENANGAN RAKYAT LA
    SMUA WAYANG SEMATA-MATA
    RAKYAT2 YG BODOH JER TERTIPU DGN MAINAN MANGKUK2 AYUN NI
    wayang mesti mau lebih ma....

    -MAAHAI PG-

    ReplyDelete

PETA PELAYAR