FOLLOWERS

Thursday 14 October 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES ROMPAK / ASAS HUKUMAN / TAHANAN MELEBIHI 24 JAM !!!


[1992] 1 MLJ 593
Gabriel v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUCHING) — CRIMINAL APPEAL NO KG 23 OF
1991

Judges CHONG SIEW FAI J

Date 5 SEPTEMBER 1991

Citation [1992] 1 MLJ 593


Catchwords:

Criminal Procedure — Police custody — Validity — Accused detained for more than 24 hours without order of magistrate — Accused pleaded guilty to charge — Whether subsequent criminal proceedings against accused rendered illegal — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 28(3)
Criminal Procedure — Appeal — Accused had pleaded guilty at trial — Whether accused could appeal against conviction — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 305

Criminal Procedure — Revision — Accused had pleaded guilty at trial — Appeal record did not show whether accused understood nature of his plea — Whether court could exercise discretion to revise — Whether omission in appeal record had occasioned a failure of justice

Bahasa Malaysia Summary:

Si tertuduh telah ditangkap pada kira-kira jam 2 pagi pada 28 April 1991 dan hanya telah dibawa ke hadapan magistret pada waktu pagi 30 April 1991. Beliau telah dituduh atas kesalahan pencurian harta dan telah mengaku salah atas pertuduhan itu. Magistret tersebut menjatuhkan hukuman penjara selama setahun dan denda sebanyak $2,000 ke atas si tertuduh. Si tertuduh memohon kepada Mahkamah Tinggi terhadap sabitan dan hukumannya. Yang lainnya, si tertuduh telah memohon penyemakan kesnya.

Si tertuduh berhujah pada perbahawa oleh kerana beliau telah ditahan selama lebih daripada 24 jam tanpa perintah magistret, perbuatan ini melanggar s 28(iii) Kanun Acara Jenayah (FMS Bab 6) (‘Kanun itu’) dan merosakkan prosiding yang berikut dalam mahkamah magistret. Si tertuduh juga berhujah bahawa rekod rayuan tidak menunjukkan yang beliau meapakah sebenar pli yang dibuatnya.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan sebahagian rayuan itu:

(1) Oleh kerana si tertuduh telah mengaku salah tanpa sebarang ke, rayuan beliau terhadap sabitannya dicegah oleh s 305 Kanun itu.

(2) Pelanggaran s 28(iii) Kanun itu dalam sendirinya tidak menyebabprosiding yang berikut dalam mahkamah magistret menyalahi undang-undang. Pelanggaran s 28(iii) Kanun itu tidak memudaratsi tertuduh secara penting dan oleh kerana itu tiada kegagalan peradilan telah ditunjukkan.

(3) Peninggalan dalam rekod rayuan berkenaan dengan pemahaman si tertuduh akan apakah sebenarnya pli yang dibuatnya tidak menkegagalan peradilan dan ini bukanlah satu kes mewajarkan penjalanan kuasa budi bicara penyemakan.

(4) Kesalahan yang dilakukan oleh si tertuduh bukanlah satu kesalahan kecil. Hukuman penjara, akan tetapi, dikurangkan kepada lapan bulan kerana pernyataan lisan pihak pendakwa yang salah bahawa satu daripada barang-barang yang dicuri tidak didapat kembali, yang sebenarnya semua barang-barang telah didapat kembali.

(5) Satu denda biasanya dikenakan untuk memastikan bahawa pesalah tidak untung daripada kesalahan itu. Dalam kes ini semua barang pencurian telah didapat kembali dan si tertuduh tidak memperolehi sebarang keuntungan kewangan daripada kesalahan itu. Denda tersebut oleh kerana itu diketepikan.]
Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Nota : Untuk makluman pembaca, MLJ ini adalah dokumen awam dan boleh di akses di laman web badan kehakiman dan buku-buku yang serta disemua perpustakaan awam dan universiti. Paparan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi adalah bagi pedoman kepada semua di samping memberi panduan dan sedikit kefahaman undang-undang kepada semua pihak . MLJ adalah sebahagian dari undang-undang yang digunapakai oleh semua pengamal undang-undang. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR