FOLLOWERS

Friday 8 October 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KUASA BUDI BICARA PEGAWAI PENGURUS PILIHANRAYA !!!



[1992] 1 MLJ 297
Yusoff bin Abdul Latib v Haji Adnan bin Haji Ramli & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (PENANG) — ELECTION PETITION NO 1 OF 1990

Judges MOHAMED DZAIDDIN J

Date 30 SEPTEMBER 1991
Citation [1992] 1 MLJ 297


Catchwords:

Elections — Returning officer — Discretion to accept or reject nomination paper — Constituency’s name omitted from nomination paper — Whether returning officer had exercised discretion correctly in accepting nomination paper — Documents other than nomination paper to identify place of constituency can be looked at — Elections (Conduct of Elections) Regulations 1981 regs 4(1), (3), (4)(a), (6) & 28

Elections — Nomination paper — Constituency name omitted from nomination paper — Whether nomination paper valid — Whether place of constituency was sufficiently identifiable from particulars given in nomination paper — Elections (Conduct of Elections) Regulations 1981 regs 4(6) proviso (ii) & 28

Words and Phrases — ‘Place’ — Elections (Conduct of Elections) Regulations 1981 reg 4(4)(a) & (6) proviso (ii)

Words and Phrases — ‘Sufficiently identifiable’ — Elections (Conduct of Elections) Regulations 1981 reg 4(6) proviso (ii)

Bahasa Malaysia Summary:

Pempetisyen dan responden pertama adalah calon pilihanraya untuk bahagian pilihanraya negeri Permatang Pasir di Pulau Pinang dalam pilihanraya umum yang lalu. Pada hari penamaan calon, pempetisyen dan responden pertama menyerahkan kertas penamaan mereka kepada pegawai pengurus, responden kedua. Pempetisyen kemudiannya memsatu bantahan kepada pegawai pengurus berkenaan fakta bahawa responden pertama telah gagal menyatakan nama bahagian pilihanraya negeri di dalam kertas penamaannya.

Pegawai pengurus telah menolak bantahan pempetisyen atas alasan bahawa kesilapan respertama adalan berupa teknikal. Pegawai pengurus mengesahkan bahawa selepas memeriksa butir-butir pencadang dan penyokong (seconder) responden pertama, nombor kod daerah mengundi dan nombor daftar pemilih, beliau berpuashati bahawa kertas penamaan responden pertama adalah untuk bahagian pilihanraya negeri tersebut. Pempetisyen kemudiannya memohon kepada Mahkamah Tinggi menerusi satu petisyen pilihanuntuk deklarasi bahawa, antara lain, kertas penamaan responden pertama adalah terbatal.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak petisyen itu:

(1) Peraturan 4(4)(a) Peraturan Pilihanraya (Penjalanan Pilihanraya) 1981 mesti dibaca berpandukan proviso (ii) kepada peraturan 4(6). Proviso (ii) memberikan pegawai pengurus budi bicara sama ada untuk menolak atau menerima penamaan responden pertama. Namun demikian, pegawai pengurus tidak boleh menolak peitu jika tempat bahagian pilihanraya negeri itu boleh dikenalpasti secara mencukupi daripada butir-butir yang diberikan di dalam kertas penamaan responden pertama.

(2) Dalam konteks peraturan 4(4)(a) Peraturan 1981 itu, pegawai pengurus boleh memerhati butir-butir lain dalam kertas penamaan responden pertama untuk mengetahui nama bahagian pilihanraya dalam mana responden pertama ingin bertanding. Mengikut kedi dalam kes ini, pegawai pengurus telah mengenalpasti secara mencukupi nama bahagian pilihanraya itu.
(3) Peraturan 28 Peraturan 1981 itu menguatkan lagi proviso (ii) keperaturan 4(6) Peraturan 1981 itu berkenaan dengan apa-apa kesilapan tentang nama bahagian pilihanraya. Menggunakan kedua-dua proviso (ii) kepada peraturan 4(6) dan peraturan 28, pegawai pengurus telah menolak bantahan pempetisyen dengan wajar.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Nota : Untuk makluman pembaca, MLJ ini adalah dokumen awam dan boleh di akses di laman web badan kehakiman dan buku-buku yang serta disemua perpustakaan awam dan universiti. Paparan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi adalah bagi pedoman kepada semua di samping memberi panduan dan sedikit kefahaman undang-undang kepada semua pihak . MLJ adalah sebahagian dari undang-undang yang digunapakai oleh semua pengamal undang-undang. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR