FOLLOWERS

Wednesday 20 October 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES SAMAN FITNAH / WHAT DEFENDANTS MUST PROVE DAN LAIN-LAIN !!!!!!


[1993] 1 MLJ 408
Institute of Commercial Management United Kingdom v New Straits Times Press (Malaysia) Bhd
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — SUIT NO P696 OF 1985

Judges LIM BENG CHOON J

Date 30 DECEMBER 1992

Citation [1993] 1 MLJ 408



Catchwords:

Tort — Defamation — Libel — Ordinary and natural meaning of words complained of — Whether words defamatory

Tort — Defamation — Libel — Defence of justification — What defendants must prove — Defamation Act 1957 s 8

Tort — Defamation — Libel — Fair comment — Honest expression of opinion — Test of fair comment — Defamation Act 1957 s 9

Tort — Defamation — Libel — Malice — Whether defendants deliberately or recklessly abstained from proper enquiries

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif (‘ICM’) menuntut terhadap defendan ganti rugi kerana libel berhubung dengan perkataan yang terkandung di dalam suatu rencana yang bertajuk ‘British “diploma mills” step up sales racket’ yang diterbitkan oleh defendan di dalam New Straits Times bertarikh 29 April 1985. Isu yang terlibat dalam tindakan ini berkenaan:
(i) isu yang sangat penting tentang makna biasa perkataan yang di;
(ii) sama ada pembelaan justifikasi terbuka kepada defendan;
(iii) sama ada pembelaan komen berpatutan atas perkara yang menarik perhatian orang ramai terbuka kepada defendan; dan
(iv) sama ada defendan didorong oleh niat-jahat. Isu ini hanya akan timbul jika isu ketiga diiakan kerana pembelaan komen berpatutan atas perkara yang menarik perhatian orang ramai tidak berguna jika ditunjukkan bahawa defendan didorong oleh ni at-jahat apabila menerbitkan rencana itu.

ICM mengatakan bahawa dengan menggunakan perkataan yang diterbitdi dalam rencana itu dalam maksud biasanya atau meng ikut sindiran, defendan bermaksud dan difahamkan serta dianggap bermaksud bahawa ICM mengiklan dengan giat di Malaysia untuk menjual kelulusan palsu dan bahawa ICM adalah institusi pendidikan yang palsu. ICM juga mengatakan bahawa perkataan tersebut dimaksuduntuk mencela dan memperkecilkan ICM dalam per nya sebagai suatu institusi pendidikan dan badan pemeriksaan. Walaupun defendan mengaku yang mereka telah menerbitkan rencana yang dipersoalkan itu, mereka menafikan tanpa syarat yang mereka telah salah menerbitkan rencana itu dan dengan berniat-jahat terhadap plaintif.

Mereka menegaskan bahawa tajuk rencana itu ‘British “diploma mills” step up sales racket’ dan perenggan pertama hingga keenam rencana itu tidak merujuk kepada plaintif atau tidak dimaksudkan untuk merujuk kepada plaintif atau boleh pernah merujuk kepada plaintif. Defendan kemudian menegaskan bahawa perkataan dalam rencana itu adalah komen berpatutan dan dibuat tanpa niat-jahat atas perkara yang menarik perhatian orang ramai, iaitu, bahawa ICM memkursus pengajian yang ICM mengatakan membawa kepada penganugerahan kelulusan yang membolehkan penuntut memasuki institusi pendidikan yang lebih tinggi. Dalam pembelaan komen ber patutan mereka, defendan bergantung pada fakta bahawa ICM didi Ireland dan bahawa kelulusan ICM tidak mencukupi untuk mendapat masuk ke dalam 34 institusi pendidikan yang lebih tinggi di UK.

Diputuskan:
Diputuskan, memberi penghakiman kepada plaintif dan mengaward ganti rugi:

(1) Adalah suatu unsur penting kausa tindakan fitnah bahawa perkataan yang diadukan itu harus diterbitkan mengenai plaintif. Ujian yang plaintif harus memberi jawapan untuk memuaskan hati mahkamah ialah sama ada perkataan itu akan secara muna dalam keadaan yang ada menyebabkan orang ramai yang mengenali plaintif mempercayai bahawa dialah orang yang dirujuk nya. Dalam mempertimbangkan soalan identiti, perenggan 7, 8 dan 9 rencana itu tidak boleh dibaca secara berasingan. Mereka harus dibaca dalam konteks yang betul dalam mana mereka dibentang kan. Inti rencana itu ialah bahawa organisasi tertentu yang mempunyai pusat operasi di England mengiklan dengan giat di Malaysia untuk menjual kelulusan palsu mereka. Setelah menyatakan semua ini, penulis it u seterusnya menarik perhatian pembaca kepada suatu iklan yang ditempatkan oleh ICM yang menawarkan diploma dalam kursus pengajian perniagaan melalui suatu institusi pendidikan tempatan. Dalam keadaan demikian, mahkamah tidak syak lagi bahawa rencana itu membentangkan dengan seberapa jelasnya bahawa ICM adalah satu daripada organisasi yang dirujuk dalam rencana itu. Dengan membuat kesimpulan bahawa ICM dihubungkan oleh penulis rencana itu dengan organisasi Inggeris yang lain yang menguruskan ‘diploma mills’ untuk menjual kelulusan palsu mereka, kesimpulan tunggal yang tidak boleh dielak yang seseorang pembaca waras rencana itu akan membuat ialah bahawa rencana itu sudah pasti memfitnah plaintif.

(2) Mengenai isu kedua, adalah pembelaan sempurna dal am suatu tindakan libel dan slander bahawa tohmah fitnah itu memang benar. Defendan mesti membuktikan kebenaran tohmah yang diadukan itu. Daripada keterangan tidak syak lagi pertamanya, bahawa ICM didaftarkan di Republik Ireland. Tetapi ICM juga didaftarkan di UK sebagai syarikat asing. Fakta ini tidak disebutkan di dalam rencana itu. Dengan peninggalan ini, adalah jelas pada mahkamah bahawa penulis rencana itu pada masa material itu cuba menekankan di dalam rencana itu apabila dibaca seluruhnya bahawa ICM tidak mempunyai kedudukan apa pun di England. Pada masa yang sama, tiada syak lagi pada pendapat mahkamah bahawa penulis itu telah berjaya menimbulkan keraguan dalam fikiran seseorang pembaca waras rencana itu tentang ketulenan sebarang kelulusan yang dianugerahkan oleh ICM. Isu pendaftaran oleh demikian memberi kekuatan tambahan kepada tohmah yang dibuat terhadap plaintif di dalam rencana itu. Berhubung dengan dakwaan defendan bahawa kelulusan yang dianugerahkan oleh plaintif tidak mencukupi untuk mendapat masuk ke dalam 34 institusi pendidikan walaupun ia benar, dakwaan seperti itu dengan sendirinya tidak mewajarkan tohmah yang ICM ialah sebuah ‘diploma mill’ dan/atau suatu institusi pendidikan palsu. Setinggi-tingginya yang boleh dikatakan untuk defendan ialah bahawa mereka pasti telah berjaya memupuk kemungkinan yang kelulusan ICM boleh jadi tidak mencukupi untuk mendapat masuk ke dalam kebanyakan institusi pendidikan, kemungkinan seperti itu tidak mencukupi dari segi undang-undang untuk mahkamah me mutuskan bahawa defendan telah berjaya atas imbangan kebarang kalian menunjukkan yang kelulusan ICM tidak mencukupi untuk mendapat masuk ke dalam institusi pendidikan itu. Mengenai tuduhan di dalam rencana itu bahawa ICM tidak mempunyai kedudukan atau status a pa pun dengan Lembaga Pemeriksaan United Kingdom tiada syak lagi bahawa tuduhan ini memang tidak benar.

(3) Undang-undang tidak menaruh perhatian kepada motif atau niat penulis rencana itu. Undang-undang harus menaruh perhatian kepada kecenderung an dan akibat penerbitan yang dalam kes ini dengan jelas memfitnah plaintif, iaitu tohmah menguruskan ‘diploma mill’ untuk menjual kelulusan ICM dibuat terhadap mereka. Atas keterangan yang dikemukakan di perbicaraan, ICM telah memuaskan hati mahkamah bah awa penulis dan/atau defendan pada masa material itu telah bertindak dengan niat-jahat dalam membuat dan menerbitkan rencana yang diadukan itu. Mahkamah tanpa apa-apa keraguan memutuskan bahawa pembelaan justifikasi pada mana defendan bergantung tidak mempunyai merit sama sekali.

(4) Mengenai isu ketiga, tidak syak lagi bahawa ia adalah pembelaan kepada suatu tindakan libel bahawa perkataan yang diadukan itu merupakan komen berpatutan atas perkara yang menarik perhatian orang ramai. Mahkamah tiada apa-apa keraguan dalam memutus kan bahawa rencana yang diadukan itu terdiri daripada: (i) perfakta sahaja atau (ii) pernyataan tersebut yang terkandung di dalam rencana itu boleh dianggap sebagai pernyataan fakta sahaja. Tidak satu daripada perny ataan itu boleh dikelaskan sebagai komen. Tiada pembaca waras biasa boleh mentafsir sebarang peritu sebagai suatu penyataan komen atau pendapat penulis. Dalam pendapat mahkamah, bona fide penulis membuat pernyataan itu boleh sangat dipersoalkan.

(5) Mahkamah tidak syak sama sekali bahawa defendan dengan sengaja atau sekurang-kurangnya dengan melulu menahan diri daripada menggunakan sumber maklumat yang sentiasa ada sedangkan siasatan sedikit pun akan menunjukkan bahawa tohmah yang wujud dalam rencana yang diadukan itu adalah tidak berasas. ICM telah berjaya membuktikan niat-jahat yang nyata pada pihak penulis rencana yang diadukan itu dan juga pada pihak defendan.

(6) Dalam mengira amaun ganti rugi, ICM, sebagai suatu perbadanan, hanya boleh dirugikan dari segi kewangan jadi ia hanya boleh diberi pampasan bagi kehilangan nama baik dan kehilangan pen dapatan. Mahkamah mesti juga mempertimbangkan yang cukai perbadanan seharusnya kena dibayar atas pendapatan yang hilang. Dengan mempertimbangkan semua faktor, mahkamah meng-award jumlah RM100,000 sebagai ganti rugi pampasan bersama faedah pada kadar 8% setiap tahun daripada tarikh penghakiman hingga tarikh penghasilan. Mahkamah juga mengaward jumlah RM12,795.66 sebagai ganti rugi khas dan jumlah ini akan membawa faedah pada kadar 4% setiap tahun daripada tarikh pemfailan hingga tarikh penghakiman. Tuntutan untuk ganti rugi teladan atau punitif sebagai tambahan kepada ganti rugi pampasan yang lebih berat ditolak.

Per curiam:

Walaupun dalam penerbitan perkara fitnah, niat-jahat diduga tetapi jika dimaksudkan untuk memusnahkan pembelaan komen berpatutan atas perkara yang menarik perhatian orang ramai dengan pengataan bahawa defendan didorong oleh niat-jahat yang ny ata, butir-butir fakta dan perkara daripada mana inferens niat-jahat yang nyata boleh dibuat mesti dijadikan pli.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Nota : Untuk makluman pembaca, MLJ ini adalah dokumen awam dan boleh di akses di laman web badan kehakiman dan buku-buku yang serta disemua perpustakaan awam dan universiti. Paparan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi adalah bagi pedoman kepada semua di samping memberi panduan dan sedikit kefahaman undang-undang kepada semua pihak . MLJ adalah sebahagian dari undang-undang yang digunapakai oleh semua pengamal undang-undang. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR