[1994] 3 MLJ 112
S Yuvarajan & Anor v Anthony Martin
Case Details:
Malaysia HIGH COURT (SHAH ALAM) — CIVIL SUIT NO 22–518–93
Judges RANITA HUSSEIN JC
Date 20 MAY 1994
Citation [1994] 3 MLJ 112
S Yuvarajan & Anor v Anthony Martin
Case Details:
Malaysia HIGH COURT (SHAH ALAM) — CIVIL SUIT NO 22–518–93
Judges RANITA HUSSEIN JC
Date 20 MAY 1994
Citation [1994] 3 MLJ 112
Catchwords:
Civil Procedure — Injunction — Interim injunction — Passing off and infringement of trade mark — Whether injury to plaintiff quantifiable — Balance of convenience
Bahasa Malaysia Summary:
Plaintif merupakan tuan punya berdaftar tanda niaga ‘Chop Sipoth’ berkenaan dengan perniagaan kain sarung mereka yang telah dijalankan oleh mereka selama beberapa tahun. Defendan telah memasuki pasaran kain sarung baru-baru ini dan telah memohon untuk mendaftarkan tanda niaga ‘Chop Sipot Mas’ untuk kain sarungnya. Plaintif menegaskan bahawa tanda niaga defendan sangat menyerupai, kalau pun, tidak serupa dengan tanda niaga plaintif. Dengan demikian, plaintif mengatakan bahawa defendan telah:
(i) melanggar tanda niaga mereka dengan menggunakan suatu tanda yang begitu hampir menyerupainya sehingga memperdaya atau menyebabkan kekeliruan di dalam urusan perdagangan, di bawah s 38 Akta Cap Dagangan 1976; dan
(ii) bersalah kerana melakukan kelirupaan dengan menggunakan satu ‘get up’ yang memperdayakan, untuk memperdayakan orang ramai dalam mempercayai bahawa sarung defendant adalah sarung plaintif.
Plaintif telah memohon untuk satu injunksi interim untuk menahan defendan dari melanggar tanda niaga plaintif dan melakukan kelirupaan sarung-sarungnya sebagai sarung plaintif sehingga tarikh perbicaraan. Injunksi itu telah diberi dan dilanjutkan dua kali, dengan satu perintah untuk permohonan plaintif didengar inter partes.
Diputuskan:
Diputuskan,membenarkan permohonan plaintif untuk menyambung injunksi itu sehingga perbicaraan:
Diputuskan:
Diputuskan,membenarkan permohonan plaintif untuk menyambung injunksi itu sehingga perbicaraan:
(1) Di dalam memutuskan sama ada membenarkan injunksi interim, mahkamah perlu menimbangkan bukan sahaja, sama ada terdapat fakta-fakta yang dipertikaikan dan persoalan yang serius untuk dibicarakan, tetapi juga, sama ada ganti rugi adalah remedi yang mencukupi dan menaksirkan imbangan kemudahan.
(2) Penggunaan label dengan perkataan-perkataan ‘Chop Sipot Mas’ dan simbol oleh defendant, berserta dengan perkatan-perkataan lain, termasuk penggunaan bayangan yang lebih terang bagi warna yang sama seperti yang terdapat dalam label plaintif, menyumbang kepada keserupaan yang besar di dalam kedua-dua tanda niaga dan ‘get-up’ itu.
(3) Jika defendan terus menjual sarung-sarung dengan menggunakan satu tanda yang sebahagian besarnya menyerupai tanda niaga plaintif pada harga yang lebih rendah, defendan mungkin dapat menembusi pasaran dan berjaya menggunakan nama baik plaintif dan menjejaskan perniagaan plaintif. Tahap kerosakan tidak akan mudah dapat dikuantitikan di dalam bentuk ganti rugi jika plaintif berjaya di dalam perbicaraan dan kesan buruk kepada plaintif jika injunksi tidak diberi adalah jauh melebihi kesan buruk kepada defendan yang perniagaannya masih belum ditubuhkan lagi. Dengan itu, imbangan kemudahan memihak kepada mengekalkan status quo sehingga perbicaraan.]
Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq
Nota : Untuk makluman pembaca, MLJ ini adalah dokumen awam dan boleh di akses di laman web badan kehakiman dan buku-buku yang serta disemua perpustakaan awam dan universiti. Paparan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi adalah bagi pedoman kepada semua di samping memberi panduan dan sedikit kefahaman undang-undang kepada semua pihak . MLJ adalah sebahagian dari undang-undang yang digunapakai oleh semua pengamal undang-undang. Tq
No comments:
Post a Comment