FOLLOWERS

Monday, 11 October 2010

SIAPA YANG BIAWAK NI TOK SYED ?




Kesediaan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menerima pelantikan sebagai pengarah pilihan raya BN di DUN Galas disambut sinis oleh pemimpin pembangkang.

Bagi timbalan presiden PKR Syed Husin Ali, tindakan Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu tidak ubah seperti "menggalas biawak hidup".

"Ku Li setuju galas beban sebagai pengarah PRK (pilihan raya kecil) Galas untuk Umno. Tak ada pilihan lain? Harap dan doa Ku Li selamat dari menggalas biawak hidup," katanya dalam laman Twiter. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Siapa biawak hidup ni Tuan Syed. PG rasa Ku Li tak galas biawak hidup dengan mengambil tanggungjawab di PRK Galas.

2. Yang sebenarnya biawak hidup ini ialah Syed Husin sendiri. Nak galas parti lama anda pun tak lepas. Akhirnya anda ( sama barangkali ) yang merangkak ke PKR dan PKR terpaksa mengagalas anda sebagai baiwak hidup di dalam PKR.

3. Dah tak larat nak galas biawak hidup akhirnya PKR dan pemimpinnya terpaksa menyingkirkan anda secara terhormat. Zaid dan bebabrapa pemimpin lain terpaksa dan mengambil langkah menyahkan anda keluar dari jawatan sekarang. Sebab itu anda tak pertahankan jawatan kerana anda tahu yang PKR dah tak larat nak dukung dan kendong anda sebagai biawak hidup politik PKR. Mempertahankan jawatan pun akan kalah. Maka anda tarik handbrek.

4. Jadi sebenarnya siapa yang biawak hidup ? Ku Li , Galas atau anda yang biawak hiudp? PG berpendapat Syed Husin mencemuh diri sendiri ? Kesian kerana Tuan Syed tak sedar bahawa dia mencemuh dirinya sendiri ! Tak gitu ?

6 comments:

  1. APA KENAMNEGENA TUAN SYED DGN PKR PULAK NI PG?..TUAN SYED KATA KULI JD PENANGGUNG BEWOK HIDUP KPD UMNO DLM PRK GALAS...ITU JER...

    JGN KAIT2 LA BRO...

    ReplyDelete
  2. Salam Ukhwah

    Maaf PAB berkata2 :

    PAB setuju sgt si biawak hidup sebenarnya mmg si Syed Husin tue yg biawak hidup. Masa jadi Presiden PRM dia mmg dah jadi biawak hidup sbb tue org J Bahru bagi dia kalah teruk setiap kali dia bertanding PRU.

    Lepas tue dia jual PRM kpd PKR, sbg balasan jdi Timb Presiden PKR. Dlm PKR pun di jadi biawak hidup... budak2 muda PKR tutuh dia sampai berundur terus dari jawatannya.

    So..siapa yg biawak hidup Syed Husin. Demolah.. Syed Husin sama 'gilo' dgn N.Ajis

    ReplyDelete
  3. Salam,

    1 Biawak hidup yg sbenar2nya sdang digalas & dusung oleh semua parti politik umat lslam di negara ini, baik apa pun namanya, tidak lain adalah sistem politk sekular-kufur-Demokrasi yg dipusakakan oleh penjajah, yg brsumberkan kitab keramat anugerah drp Lord Reid itu.

    2 lnilah sbenar2 biawak hidup, yg slamanya tlah & trus memecah-belah kesatuan umat Melayu-lslam, melaga-lagakan mreka sehingga mlontar prkara yg swajibnya mreka dukung - ukhuwwah lslamiyyah - & merobek2 ikatan yg diwajibkan oleh Allah ke atas mereka, ikatan prsaudaraan yg terbina atas dadar syahadah yg satu & sama - ikatan akidah lslamiyyah.

    3 Tapi biawak hidup itu tlah dimunculkan oleh pnjajah dlm bentuknya yg sesuai dgn hadis Nabi SAW, iaitu syirik halus dlm bentuk semut hitam, duduk di atas batu hitam, di malam yg pekat hitam...sehingga ramai umat lslam tidak brupaya mlihatnya, kcuali dgn tropong iman.

    4 Demikianlh betapa brjaya & liciknya racun bius kesyirikan yg tlah disuntik ke dlm minda & jiwa umat lslam olah kaum kuffar pnjajah mlalui kata keramat ciptaat mreka - Demokrasi - utk mmecah-belah & melaga-lagakan ssama umat lslam yg lalai akan pringatan Allah mreka, "...berpegang teguhlah kamu sekalian pada tali Allah [lslam] [dan bersatulah dlm satu jemaah] & janganlah kamu brcerai-berai..."

    5 Sehasta demi sehasta, sejengkal demi sjengkal mreka yg lalai akan pringatan Allah itu sedang dijerumuskan ke dlm lubang biawak yg drintis jlannya oleh kaum kuffar... wa Allhu a'lam..

    abu faiq

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum PG

    Nampaknya semakin terserlah cara berpolitik Najib, dia bukan sekedar bijak mengatur strategi, tapi juga lebih bijak dari Anu arr dan rakan kongsinya...bakal melopong lagilah...

    ReplyDelete
  5. PG,

    Dalam suasana politik di Malaysia pada hari ini , betullah kata tuan ada individu yg dah jadi biawak hidup seperti Syed Hussin yg sekarang ni dah jadi Ahli Dewan Negara kerana jualkan PRM kepada Anwar . Pun begitu parti PAS juga sekarang dah jadi biawak hidup kepada DAP kerana sanggup jualkan perjuangan utk menubuhkan negara Islam semata-mata kerana nakkan kuasa.

    ReplyDelete
  6. Dah tua...tak rokkkkkkkkkkkk itulah Biawak Hidup Syed Hussin.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR