














Penghuni Gua : Takziah kepada rakyat Jepun. Semuga ujian ini tak memakan korban yang ramai. Kita boleh mengambil pengajaran dari apa yang berlaku.
2. Mudahnya " Bertuahnya kita berada di Malaysia ini. Semuanya selamat dan harmoni. Jarang benar perkara buruk ini berlaku. " Sama-samalah kita menjaga keadaan ini. Bukan seperti setengah pihak yang asyik nak jahanamkan negara. Nak negara ini runtuh. Setengahnya mendoakan negara Malaysia ini di Mesirkan.
3. Jaga dan peliharakanlah negara ini. Kita bertuah memiliki dan menetap di bumi Malaysia ini. Kekurangan yang ada pada negara dan kerajaan ini bukan alasan untuk kita menjatuh dan menjahanmkannya, Ia boleh diperbaiki dari masa ke semasa. Ia pun berjalan kearah itu walaupun terdapat kekurangan di mana-mana.
4. Kepada Pasukan SMART Malaysia yang ke Jepun , semuga semuanya selamat dan berjaya menyelamatkan seberapa ramai nyawa di Jepun nanti. InsyaAllah. Kami di sini mendoakannya. Amin.
