FOLLOWERS

Showing posts with label TUN DR MAHATHIR. Show all posts
Showing posts with label TUN DR MAHATHIR. Show all posts

Friday, 10 February 2012

LAPOK : TUN DR MAHATHIR !!!!!


Dipetik dari blog : Tun Dr Mahathir 

LAPOK

1. Anwar telah menyatakan kepada BBC, iaitu kepada bangsa Barat, bahawa undang-undang Malaysia lapok, ketinggalan zaman.


2. Tentulah Anwar tahu bahawa lapok dan ketinggalan zaman, bagi orang Barat bermakna tidak seperti apa yang terdapat di Barat sekarang. Sejak revolusi Perancis, slogan Liberte`, Egalite`, Fraternite`, iaitu Kebebasan, Persamaan dan Persaudaraan menghantui fikiran Barat sehingga apa sahaja yang tidak menepati slogan ini mesti ditukar atau dihapus.

3. Oleh kerana BBC bertanya berkenaan kes liwat Anwar, maka undang-undang yang didakwa jumud oleh Anwar tentulah berkenaan larangan terhadap hubungan seks di luar nikah.


4. Apakah undang-undang yang tidak lapok berkenaan seks yang terdapat sekarang di Barat? Bermula dengan keagongan konsep “freedom” atau bebas dan persamaan, mereka menjunjung tinggi hak yang sama antara lelaki dengan perempuan. Yang mula dituntut oleh kaum perempuan ialah hak mengundi dalam pilihanraya. Dan hak ini telah diberi kepada mereka seperti yang diberi kepada lelaki.


5. Kemudian ia melarat kepada hak yang sama dalam pakaian. Ini dituruti dengan kebebasan seks. Jika lelaki sebelum atau selepas kahwin boleh adakan seks dengan mana-mana perempuan kenapa perempuan tidak boleh dengan mana-mana lelaki. Atas nama kebebasan dan persamaan maka masyarakat pun memberi hak ini kepada mereka. Maka siapa sahaja, lelaki atau perempuan boleh tidur dengan siapa sahaja bila-bila sahaja. Dengan ini institusi perkahwinan antara lelaki dengan perempuan dianggap tidak penting lagi.

6. Sebaliknya institusi perkahwinan dan kekeluargaan di beri makna yang baru. Bersekedudukan di takrif sebagai berkeluarga. Bila bosan dengan pasangan, tukar sahaja. Penceraian tidak diperlukan lagi. Siapa yang menjadi bapa kepada anak tidak penting.

7. Dimasa yang sama, sekatan terhadap apa jenis seks yang boleh memuaskan nafsu dihapuskan juga atas nama kebebasan. Dengan itu lelaki boleh meliwat lelaki dan perempuan mengadakan hubungan seks dengan perempuan.

8. Kenapa harus hubungan seks dilakukan antara dua orang sahaja? Kenapa tidak beramai-ramai. Dan seks beramai-ramai pun diadakan.

9. Kemudian diadakan pula perkahwinan antara lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan. Pendek kata apa sahaja yang dilarang oleh agama, adat atau undang-undang yang menyekat nafsu, hendaklah dihapuskan. Segala yang menghalang dianggap lapok dan tidak sesuai dengan kebebasan dan persamaan. Dengan bangganya orang Barat mempamirkan pengamalan seks mereka sebagai hak asasi manusia.

10. Seperti biasa apa yang dicipta oleh Barat dianggap oleh mereka sebagai baik bagi semua manusia. Dengan itu mereka melancarkan usaha untuk mengembangkan konsep kebebasan dan persamaan mereka berkenaan seks.

11. Tentangan yang terkuat terhadap seksualiti merdeka ini datang dari orang Islam. Untuk mengatasi tentangan ini mereka mengenalpasti orang Islam yang boleh menjayakan perjuangan mereka. Bermula dengan tuntutan kebebasan yang mudah diterima, umpamanya hak asasi manusia, hak memilih Kerajaan (demokrasi), hak bersuara, kebebasan media, kempen Barat sudah sampai kepada serangan terhadap nilai-nilai moral orang Islam, pegangan mereka kepada agama, adat dan undang-undang yang menghalang kebebasan hubungan seks.

12. Undang-undang biasa dan undang-undang Islam digambarkan sebagai jumud dan perlu diganti dengan undang-undang Barat. Berzina dan meliwat disaran supaya menjadi sebahagian daripada hak asasi manusia termasuk hak asasi orang Islam.

13. Kita dapati Barat dengan kerjasama orang Islam tertentu sudah berjaya kerana di Malaysia sudah ada orang Islam yang anggap segala sekatan terhadap aneka jenis seks sebagai menidakkan kebebasan semulajadi manusia, sebagai zalim, terutama kepada pembesar politik. Dan ramai sudah orang Islam di Malaysia yang percaya ahli politik seperti inilah yang patut dipilih untuk memerintah negara Malaysia. Dengan kuasa yang diberi kepada mereka ini maka segala yang lapok di negara ini akan diganti dengan pendapat semasa termasuk merdeka seks.

14. Walaupun Barat menerima zina dan liwat sebagai perkara biasa, tetapi mereka tidak dapat terima paksaan keatas mangsa zina atau liwat. Sebab itu apabila seorang wanita melaporkan yang pengarah IMF Strauss Kahn telah merogolnya pihak berkuasa terus tangkap Strauss Kahn dan jawatannya dilucutkan.

15. Di Malaysia juga apabila lapuran diterima dari mangsa yang dianya telah di liwat, tentulah wajar tertuduh dikenakan tindakan undang-undang. Ini sudah tentu tidak lapok kerana Barat juga mengamalkannya.

16. Disini ingin saya jelas bahawa “teknikal” bukan bermakna tidak. Jenayah berlaku, bukan tidak berlaku. Hanya hakim tidak dapat hilangkan keraguannya terhadap bukti yang tertuduh melakukannya. Mungkin orang lain!! Kenapa mangsa tidak menuduh orang lain, wallahuwalaam.

P.S.

a. Newsweek melaporkan berkenaan tuduhan merogol yang dibuat oleh Diallo, perempuan kulit hitam yang bekerja sebagai pencuci bilik hotel terhadap Dominique Strauss-Kahn, pengarah IMF, seorang orang besar berkulit putih.


b. Walaupun Strauss-Kahn ditangkap kerana merogol dan ada bukti yang mangsa telah dirogol, tetapi pendakwaraya tidak membawa kes ini untuk dibicara dalam mahkamah.

c. Kononnya Diallo suka membohong. Apakah pembohongan yang dibuat? Kononnya dia membohong tentang apa yang dilakukan olehnya selepas dirogol, bilik mana yang dia pergi dan berapa lama.

d. Kononnya dia (biasa) membohong berkenaan duit yang diberi kepadanya dan lain-lain pembohongan lagi. Akhbar melapor oleh kerana dia biasa membohong, panel hakim tidak akan percaya yang dianya telah dirogol. Sebab itu Strauss-Kahn tidak dihadapkan ke mahkamah.

e. Tanya penulis rencana dalam Newsweek, “apakah panel hakim tidak tahu yang perempuan yang membohong juga boleh jadi mangsa rogol?”

f. Di Malaysia soalannya ialah apakah orang yang melafazkan sumpah dengan menjunjung Quran dalam masjid juga tidak boleh dipercayai? Sebaliknya orang yang tidak berani bersumpah boleh dipercayai.

Penghuni Gua :  PAS nak telan air liur pun susah sekarang dengan isu dan kerenah yang dibawa oleh lelaki Y ini.  Isu nak jaga keselamatan Israel pun PAS terhegeh-hegeh nak " cover line " pun tak boleh. Senyap hingga kini.  Tantawi pun ( budak suruhan PAS lah  )  terpaksalah jawab lebih kurang untuk cari makan.....  Apa pun, Tun juga yang benar. PAS hanya telan kahak-kahak lelaki Y dan kahak mereka sendiri. Kah kah kah kah kah !!!!!

Friday, 9 December 2011

" MELAYU TAK PERLU MENGALIR AIR MATA : TUN DR MAHATHIR !!!!



Dipetik dari blog : Tun Dr Mahathir









Pulau Pinang negerinya baru

Kapten Light menjadi Raja

Bila terkenang zaman dahulu

Duduk mengalir air mata


1. Pantun ini dikarang oleh “tukang karut” pasukan boria di Pulau Pinang di zaman British.

2. Kita jarang mendengar pantun ini sekarang, Tetapi semasa saya masih budak belasan tahun, saya sering mendengarnya. Sedikit sebanyak saya rasa sedih juga. Air mata tidak mengalir tetapi ia menghantui fikiran saya.

3. Orang Melayu Pulau Pinang pada zaman itu sudah hilang kedudukan mereka dalam pulau yang membangun dengan pantas hasil daripada pengisytiharannya sebagai pulau bebas cukai oleh British. Sementara deretan kedai dan rumah batu seperti mahligai diduduki oleh orang lain, mereka, orang Melayu terpaksa pindah melarikan diri daripada pembangunan bandaraya Pulau Pinang kerana tawaran untuk menjual hartanah mereka begitu tinggi, dan mereka semua miskin dan tidak mampu membeli atau menyewa bangunan kedai atau rumah kediaman yang didirikan, selepas menjual tanah mereka.

4. Kemudian apabila pembangunan sampai ke kawasan di mana orang Melayu telah lari, mereka sekali lagi menjual tanah dan berpindah jauh daripada pembangunan.

5. Lama-kelamaan mereka tenggelam dalam masyarakat asing yang semakin bertambah dan mewah. Itulah nasib mereka, menjadi kumpulan orang yang terasing di negeri sendiri. Maka mengalirlah air mata mereka.

6. Sukar bagi mereka yang dilahir di zaman ini, zaman peluang bertimbun-timbun, zaman serba mudah, zaman tersohor bangsa Melayu, zaman kuasa di tangan Melayu, sukar bagi mereka menggambarkan kehidupan orang Pulau Pinang di zaman British.

7. Apa perlunya kita diperingati akan kedudukan orang Melayu Pulau Pinang di zaman itu? Sebenarnya tidak perlu. Setelah mencapai kejayaan, tidak mungkin kita ditimpa nasib orang Melayu Pulau Pinang.

8. Sekali berjaya tetap berjaya, sekali merdeka, tetap merdeka. Bukankah Hang Tuah telah berkata tak akan Melayu hilang di dunia. Ini jaminan yang diberi kepada bangsa Melayu. Kita akan terus Melayu walaupun hanya menjadi pemandu kereta, buruh kasar, budak pejabat. Kita Melayu juga. Tak perlu mengalir air mata.

Penghuni Gua
: Fikirkan wahai pemimpin Melayu. Terutama pemerintah Melayu dan pembangkang Melayu. Melayu itu Islam.

2. Fikirkan pengundi muda. Jangan kita galak sangat bermain politik. Lihat matlamat akhirnya. Jangan bercakap bab konsep seperti lelaki Y dan parti sampah tu. Mereka hanya bercakap dengan lidah dan air liur tapi tak pakai otak.

3. Fikirkan masa depan anak cucu kita Bangsa Melayu / Islam. Fikirkan.

Tuesday, 7 April 2009

PENYERTAAN SEMULA TUN DR M KE DALAM UMNO : APA KATANYA


KENAPA SAYA MASUK BALIK UMNO
By Dr. Mahathir Mohamad on April 7, 2009 3:44 PM

1. Ramai yang mengalu-alukan penyertaan saya semula dalam UMNO. Tetapi ramai juga yang mengkritik saya kenapa saya menyertai sebuah parti yang saya sendiri menuduh sebagai pengamal rasuah dan pemimpinnya menjadi pemimpin kerana menyogok wang kepada pengundi.

2. Yang pertamanya di waktu saya keluar UMNO pada Mei 2008 saya telah nyatakan saya hanya akan kembali menyertai UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi jadi Perdana Menteri.

3. Sekarang Tun Abdullah tidak lagi Presiden UMNO atau Perdana Menteri Malaysia dan syarat saya sudah dipenuhi. Justeru itu saya perlu tunaikan janji saya.


4. Ini tidak bermakna saya terima amalan rasuah dalam UMNO. Rasuah mesti dihapuskan. Saya berpendapat Dato Seri Najib Tun Razak lebih mungkin berusaha menghapuskan rasuah daripada Abdullah. Saya percaya dia tidak akan pilih perasuah yang terkenal dan diketahui umum seperti Khairy dan beberapa lagi sebagai Menteri atau anggota Kerajaan.

5. Walaupun saya sekarang adalah ahli UMNO, ia tidak bermakna saya tidak akan kritik UMNO atau Kerajaan Barisan Nasional jika ada apa-apa kesalahan yang dilakukan. Selepas saya berhenti daripada menjadi Perdana Menteri tetapi masih menjadi ahli UMNO saya telah kritik UMNO dan Abdullah apabila perbuatan yang salah dilakukan oleh Kerajaan.

6. Saya juga telah kritik Najib. Tetapi saya sedar yang dia bekerja di bawah Abdullah dan tidak sanggup bersikap bebas. Sekarang dia tidak lagi terdedah kepada tekanan oleh Abdullah dan sudah pun bebas. Oleh itu kemungkinan dia menolak amalan buruk yang menjahanamkan UMNO dan BN yang dilakukan oleh Abdullah memang ada.

7. Perkara yang baik telah ditunjuk oleh Najib apabila dia secara terbuka menunjuk dia tidak bermusuh dengan saya seperti yang dikehendaki oleh Abdullah bagi semua Menterinya.

8. Dalam ucapannya menutup mesyuarat agung UMNO Najib telah menjelaskan bahawa selain parti, rakyat juga harus menguasai Kerajaan. Tidak seperti ramai pemimpin UMNO sekarang, dan ketua mereka dahulu yang berpendapat Kerajaan adalah milik UMNO sahaja dan mereka sahaja yang harus dapat "keuntungan" daripadanya. Najib nampaknya berpendapat rakyat juga punyai saham dalam Kerajaan. Justeru itu rakyat tidak boleh diketepikan oleh Kerajaan yang diketuai oleh UMNO.

9. Rakyat tidak dapat menyertai mesyuarat agung UMNO tetapi mereka akan dapat menunjuk pendirian mereka apabila pilihanraya diadakan.

10. Jika Najib hanya layan UMNO, kemungkinan besar UMNO akan dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13.

11. Jika Kerajaan pimpinan UMNO dianggotai ahli dan pemimpin UMNO yang perasuah, rakyat dan juga sebahagian daripada ahli UMNO yang kecewa akan tentukan BN dan UMNO akan kalah juga.

12. Pada hari kedua Najib jadi Perdana Menteri dia telah pergi berjalan-jalan untuk berjumpa rakyat berbilang kaum. Ini juga meyakinkan saya yang dianya lebih prihatin terhadap masalah rakyat.

13. Oleh kerana sebab-sebab ini saya berpendapat Najib akan cuba bersihkan parti dan Kerajaan daripada rasuah dan perasuah. Tanda-tanda ini akan diperlihat apabila beliau menubuh Kabinetnya pada 8 April, iaitu esok. Walaupun Abdullah tidak lagi memimpin UMNO, jika ternampak kuasanya keatas UMNO masih ada, saya akan anggap syarat saya tidak dipenuhi.

Penghuni Gua : Selamat kembali dan diharap Tun terus memainkan peranan di arus perdana demi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara.

Monday, 6 April 2009

KATA TUN DR MAHATHIR

MA

Berita Harian
6 apr 2009

Najib-Muhyiddin berkebolehan pulih Umno, kerajaan: Tun M

TAIPING: Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempunyai kebolehan untuk memulihkan Umno dengan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai gandingan terbaiknya. Dalam ucapan sulungnya selepas menyertai semula Umno, Sabtu lalu, bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden Umno itu berkata, peralihan kuasa yang berlaku minggu lalu adalah peralihan terbaik untuk memajukan semula kerajaan dan negara. "Yang menrik minat saya dalam ucapan pertama Najib sebagai Perdana Menteri ialah mengingatkan rakyat agar bersama-sama dengan kerajaan.

"Kembalilah kita bersatu dan saya percaya di bawah kepemimpinan Najib, pembangunan negara dapat diteruskan agar semua kaum dapat faedah," katanya dengan sorakan lebih 5,000 orang ramai yang membanjiri Padang PPP pada Majlis Bersama Rakyat, di Simpang, pagi ini. Kehadiran Dr Mahathir adalah yang pertama dalam kempen pilihan raya Parlimen Bukit Gantang dan petang ini beliau dijadual berucap di Bukit Selambau. Dalam ucapan itu, beliau menyentuh mengenai kepentingan perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia bagi membawa negara mengecapi negara maju.

Beliau berkata, tsunami politik yang berlaku pada pilihan raya lalu disebabkan kekecewaan kaum tertentu kepada kerajaan. "Jadi mereka ini hantar mesej kepada kerajaan dengan cara tidak mengundi kerajaan," katanya. Sehubungan itu, katanya beliau mengambil keputusan keluar Umno kerana tidak setuju dan sedih dengan apa yang berlaku dalam parti dan kerajaan. "Tuan-tuan tahu saya pernah jadi duri dalam daging kepada kerajaan sehingga saya terpaksa saya keluar dari Umno.

"Namun hati saya tetap bersama Umno keranasaya sudah lebih 40 tahun dengan Umno..itu cuma mulut saya saja yang kasar...," katanya.

Penghuni Gua : Bersatu lah. Hidup ni tak panjang untuk kita bangsa Malaysia bercakaran sesama sendiri. Di Pakistan semalam 20 lagi maut dalam serangan bom. Semuanya kerana mereka merasakan mereka lebih Keislamannya dari pihak satu lagi.

Monday, 23 March 2009

KELEBIHAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD



Berita Harian

23 mac 2009

Kewibawaan bekas PM diperakui

KUALA LUMPUR: Malaysia, terutama orang Melayu perlu berbangga dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang secara tidak langsung membantu menyatupadukan ahli politik yang bertelingkah di Somalia ketika negara itu memilih presiden baru, akhir bulan lalu. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, berkata kunjungan bekas Perdana Menteri ke Djibouti, Afrika pada 28 Februari lalu sempat dihidu pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memerlukan seseorang yang boleh membantu menyelesaikan pertelingkahan antara Ahli Parlimen Somalia.



Katanya, walaupun Dr Mahathir pada mulanya keberatan berucap di Somalia, akhirnya beliau bersetuju untuk menyampaikan ucapan kepada pihak berbalah demi agama Islam.


“Saya yang mengikut lawatan Tun ke Djibouti (negara yang berdekatan dengan Somalia) melihat tiga suku daripada 540 ahli Parlimen yang bertelagah itu menangis ketika Tun menyampaikan ucapan hampir satu setengah jam.



“Tun nasihatkan mereka kenapa perlu bergaduh, pakai ketayap dan kopiah (tapi bergaduh), Somalia adalah negara kaya... katanya, walaupun Malaysia mempunyai masyarakat yang majmuk tetapi masih boleh bersatu padu untuk rakyat,”



katanya sambil menambah Dr Mahathir berucap pada 29 Februari, manakala keesokannya pemilihan Presiden baru. Sementara itu, Perhimpunan Pribumi Perkasa Negara semalam merumuskan enam perkara, termasuk pentingnya kaum pribumi bersatu padu apabila membabitkan kepentingan bangsa, agama dan negara.

Perhimpunan itu juga mahu gerakan untuk kembalikan semangat kebangsaan, pribumi dan bangsa Melayu sebagai pergerakan sah serta mahu orang Melayu lebih agresif dalam menyampaikan hak mereka.



Penghuni Gua : Itulah kelebihan Bapa yang kita sayangi Tun Dr Mahathir. Tetapi Masyarakat Malaysia tidak menghargai jasanya terutama kumpulan-kumpulan ketayap, kopiah dan jubah . Sebabnya, hati dan mata mereka telah dibutakan oleh syaitan dan iblis yang tidak boleh menilai yang mana baik dan buruknya. Mereka hanya mempergunakan agama untuk kepentingan mereka. Jadi kepada semua. Lihatlah kepada diri sendiri. Cerminlah diri sendiri.

PETA PELAYAR