2. PG bukan apa ! Cuma berasa tak sedap hati dengan lawatan ini. PG berharap kita jangan lagi mengalah dan memberi berbagai lagi kemudahan dan perjanjian yang asyik menguntung negara yang tak mengenang budi dan tak pandai berjiran ini. Jangan le diserah apa-apa bangunan, tanah atau a[a sahaja kepada negara jahanam ini.
3. Cukuplah kerugian kita selama ini bila berurusan dengan Singapura. PG harap perkara yang wajib dibincangkan oleh DS Najib dengan PM Singapura ialah supaya Jambatan Bengkok dibina seberapa segera , samada Singapura bersetuju atau tidak. Ini yang utama. Jangan peduli dengan ancaman negara perkauman ini. Negara yang hanya mementingkan satu kaum sahaja. Melayu , kalau di dalam Angkatan Tentera Singapura hanya boleh memakai pangkat KAPTEN sahaja. Tak lebih dari itu!!!!
4. Hati-hati DS Najib. Jangan lagi membuatkan rakyat Malaysia terasa ditipu dan diperlekehkan. Hanya sewaktu Tun Mahathir memerintah sahaja , PG dan sebahagian besar rakyat negara ini terasa maruah Malaysia tinggi dan kita bangga bila berurusan dengan Singapura. Jadi , PM DS Najib wajib kembalikanlah perasaan tersebut semula !!!
5. PG , tetap nak jambatan Bengkok!!!!!
Nota : Entah mengapa , bila aje ada berita, PM Malaysia nak melawat Singapura, PG akan terasa bimbang. Masa Tun Mahathir dulu, tak ada pulak perasaan PG begitu. Perasaan bimbang dan terasa amat diperlekehkan bermula sejak Pak Lah jadi PM. Jadi mungkin sebab itulah badi Pak Lahb tu kot yang terus menghantui PG. Entah ye kot ???

