FOLLOWERS

Thursday, 10 March 2011

INILAH KUDA TROJAN PKR DALAM KERAJAAN !!!!!!


Dipetik dari : Malaysia Instinct com



Dikhabarkan Timbalan Menteri ini mahu berjumpa dengan bloggers malam ini. di Restoran NZ Jalan Ampang. Bloggers mana yang ingin ditemui olehnya? Bloggers pembangkang? Untuk apa? Untuk umum keluar Barisan Nasional ke? Itu kita tak tahu. Memang BN tidak perlukan ahli politik besar kepala seperti ini.

Sudahlah angkuh, dia juga dipercayai seorang Ahli Parlimen yang telah bersiap untuk lompat parti sekiranya Gerakan 16 September benar-benar terjadi. Maka untuk apa disimpan pemimpin jenis ini?

Timbalan Menteri ini pernah mengucapkan kepada bloggers, "You all not intellegent, this is a new politic" dan "Jangan sampai I balun you all bloggers. Tunggu masa saja". Selain itu, dia juga dia turut:

1. Memuji Buku Jingga yang dikeluarkan oleh Pakatan Haram.

"Selain menyokong diadakan forum yang melibatkan wakil-wakil pelbagai parti di universiti bagi menghidupkan roh demokrasi di pusat-pusat pengajian tinggi, beliau juga mengakui pertembungan Buku Jingga dan Buku Biru merupakan sesuatu yang baik kerana boleh menyegarkan demokrasi di tanah air."

2. Memuji kerjasama Pakatan Haram.

" Manakala dasar yang diperjuangkan oleh PKR, DAP dan PAS yang menolak politik perkauman, sememangnya baik bagi melahirkan perubahan politik di tanah air."

3. Dan yang paling memualkan, memuji dan membodek Al Jubs.

"Selain itu, beliau turut mengakui Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai personaliti yang hebat dan mempunyai pandangan jauh dalam pelbagai perkara, sehingga turut diakui dunia. "Dalam hal ini, bergantung kepada perspeksi masing-masing. Bagi BN, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bahaya besar, tetapi bagi Pakatan Rakyat, untung besar. Tetapi yang itu bukanlah politik segar yang rakyat nak tengok"

Berapa lama lagi agaknya Timbalan Menteri jenis ini mahu disimpan? Gerakan mendesak Timbalan Menteri kuda trojan pembangkang yang pernah dilamar bagi merealisasikan rampasan kuasa 16 September ini telah pun dimulakan. PM jika berkenan dengannya, wajib sedar, ramai yang tidak berkenan dengannya. Rakyat didahulukan, trojan diterajangkan.
Penghuni Gua : Lama dah PG tahu. Sejak sama-sama di UM lagi pada tahun 1982-84. Berlakon lebih. DSAI lah idolanya. Memang itulah beliau selamanya. Buang aje dia ni dalam PRU 13 nanti........................Buat semak aje !!!! Menyampah. !!!!!! Para Blogger kerajaan, jangan percaya dengan mangkok ini. Dato Khalid Nordin tahu perangai dia. Dato Khalid Nordin pun tak ambil pot pun pada dia ini.

Tuesday, 8 March 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PENCERAIAN / TUNTUTAN HAK PENJAGAAN / SARAAN !!!!


[1996] 2 MLJ 150
B Ravandran s/o Balan v Maliga d/o Mani Pillai
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (JOHORE BAHRU) — DIVORCE APPLICATION NO
33–191–1994

Judges HAIDAR MOHD NOOR J

Date 18 OCTOBER 1995

Citation [1996] 2 MLJ 150


Catchwords:

Family Law — Children — Custodianship — Application for custodianship by father — Factors to be considered — Whether welfare of children paramount — Whether child below seven years of age should be placed in custody of mother — Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 ss 88(2) & (3)

Family Law — Children — Guardianship — Children ranging in ages of nine months and nine years plus — Whether father should be the guardian in normal circumstances — Guardianship of Infants Act l961 ss 5 & 10

Family Law — Maintenance — Maintenance of wife and children — General principles — Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 ss 77, 78 & 93

Family Law — Matrimonial property — Division of property — Matrimonial home purchased by and registered in husband’s and wife’s names — Wife’s contributions to initial payment — Factors to be considered — General principles — Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 s 76(2)

Bahasa Malaysia Summary:
[Bahasa Malaysia summary

Pempetisyen dan penentang telah berkahwin secara sah di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan, Johor Bahru pada 22 Februari 1984 dan mereka mempunyai empat orang anak, berumur antara sembilan bulan dan sembilan tahun lebih, yang tinggal bersama penentang. Kemudiannya, perkahwinan mereka retak. Dalam petisyennya untuk perceraian, pempetisyen memohon untuk, antara lain, pembubaran perkahwinan dan jagaan anak-anak mereka. Semasa pembicaraan, perkahwinan tersebut telah dibubarkan secara persetujuan. Walau bagaimanapun, penentang mencabar isu penjagaan, dan sebagai balasan, meminta penyenggaraan bagi dirinya dan anak-anaknya, setengah bahagian pempetisyen dalam kediaman suami isteri dan kos petisyen.

Dua orang anak yang lebih tua telah ditemu duga secara berasingan oleh hakim dalam kamar bagi mempertimbangkan kehendak mereka. Pempetisyen, seorang ahli perniagaan yang sibuk, berhujah bahawa anak saudara perempuan yang tidak berkahwin dan ibunya boleh menjaga anak-anak jikalau dia diberi jagaan. Penentang telah meminta jumlah sebanyak RM2,500 sebagai penyenggaraan bagi dirinya dan anak-anak dan pempetisyen telah menawar RM1,350. Kediaman suami isteri didaftarkan atas nama bersama kedua-dua pempetisyen dan penentang dan adalah tidak dipertikaikan bahawa penentang telah menyumbang kepada harga belian awal. Penentang, semasa tempoh bekerja, telah menyerahkan seluruh gajinya kepada pempetisyen.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan sebahagian petisyen itu:

(1) Penentang telah diberi jagaan kesemua empat orang anak dengan akses munasabah kepada pempetisyen. Berkenaan dengan dua orang anak yang lebih kecil, pempetisyen telah gagal mematahkan anggapan bahawa adalah untuk kebaikan seorang budak yang berumur kurang daripada tujuh tahun untuk bersama ibunya di bawah s 88(3) Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (‘Akta tersebut’). Bagi dua orang anak yang lebih tua pula, mahkamah telah memberikan kebajikan mereka pertimbangan yang paling utama, dan telah mengambil kira kehendak ibu bapa dan anak-anak mereka mengikut s 88(2) Akta tersebut. Kasih sayang dan jagaan anak saudara perempuan yang tidak berkahwin atau pun nenek tidak sama dengan kasih sayang dan jagaan ibu sebenar. Juga, adalah tidak sesuai untuk mengganggu penyatuan empat orang anak tersebut akibat masalah-masalah perkahwinan ibu bapa mereka (lihat ms 155H–I, 156 dan 157A–C).

(2) Biasanya, bapa seorang budak harus menjadi penjaga budak itu and hartanya sehingga budak itu mencapai umur majoriti di bawah s 5 Akta Jagaan Budak 1961 [Guardianship of Infants Act 1961]. Oleh kerana tiadanya alasan mengapa si bapa tidak patut menjadi penjaga kesemua budak, pempetisyen kekal sebagai penjaga sehingga mereka mencapai umur majoriti (lihat ms 157E–F).

(3) Memandangkan kemampuan dan keperluan pihak-pihak dan pendapatan pempetisyen serta pendapat bahawa setiap pihak sama-sama bertanggungjawab atas keretakan perkahwinan, pempetisyen diperintahkan membayar penyenggaraan kepada penentang dan empat orang anak sejumlah sebanyak RM1,500 sebulan dari tarikh perintah (lihat ms 158G).

(4) Oleh kerana kedua-dua pihak telah menyumbang kepada belian kediaman suami isteri, ianya tidak sesuai untuk memindahmilik seluruh kediaman suami isteri kepada penentang sebab tiada apa-apa yang akan menghalangnya daripada menjual harta itu. Perintah betul adalah bahawa status quo kekal dan kediaman suami isteri bolehlah dijual apabila anak-anak mencapai majoriti dan hasil untuk dibahagikan sama rata di antara pihak-pihak (lihat ms 159E–F).]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam dan ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

DSAI DENGAN 4 WANITA UNTUK ??????: TUN MAHATHIR !!!!







9:14pmKongsi 157Tun Dr Mahathir Mohamad memuatkan 20 halaman dalam memoirnya yang bertajuk - A Doctor In The House - mengenai bagaimana beliau mendapat tahu tentang dakwaan kisah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan lelaki dan wanita, yang membawa kepada pemecatannya pada 1998. .............................................................................................................................

Empat gadis

Mahathir berkata, kalaupun beliau meminta mereka berhenti, beliau ragu yang mereka akan berbuat demikian. Dan kali ini, tambahnya, mereka mempunyai bukti, termasuk gambar-gambar dan pengakuan mereka yang terlibat.

Menulis mengenai peristiwa yang membawa kepada pemecatan Anwar, Mahathir menceritakan bagaimana beliau menemubual empat gadis yang memberitahunya bagaimana mereka dipujuk untuk bertemu seorang yang sangat berpengaruh, oleh seorang lelaki India yang mereka kenali sebagai Nalla.

Katanya, lelaki itu telah membawa setiap gadis itu secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills. Di situ mereka bertemu seorang yang mereka dikenalpasti sebagai timbalan perdana menteri. Mereka diminta menanggalkan pakaian untuk mengadakan hubungan seks.

Kedua-dua mereka, tulisnya lagi, enggan berbuat demikian tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka bersedia bercakap dengan polis dan dengan beliau, tetapi berkeras tidak mahu memberi keterangan di mahkamah............................................................... Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kih kih kih kih kih kih !!!!! Itulah DSAI. Bukan orang lain yang cakap. Nallakaruppan si rakan tenis nya juga yang cakap. Sebab itu DSAI tak berani nak saman Nalla sehingga kini. Fikirkan!!!!

LIWAT DSAI : BELUM PENAMATNYA !!!!!


Penghuni Gua : Sekejap tadi, Mahkamah Tinggi menolak 3 bahan bukti dalam kes liwat DSAI kerana dikatakan diperolehi secara tidak sah. Walau bagaimana pun DSAI dan barisan peguamnya masih belum boleh bergembira. Permainan belum tamat. Ia baru permulaan.

2. Jabatan Peguam negara akan merayu. Jadi jangan suka sangat. Ingat satu perkara sahaja. Ujian DNA adalah benar. Kita tunggu perkembangan lanjut .

TANGKAPAN SALAH DSAI : PENDAPAT DR ABD RANI KAMARUDDIN UIAM



Dipetik dari : Penghuni Gua




Isu tangkapan salah atau tidak merupakan isu undang-undang adjektival (prosedur) samada Penguatkuasa itu mempunyai kuasa untuk tahan atau tangkap atau geledah etc,dan samada kuasa penguatkusa menahan dan menangkap itu ada diperuntukkan dibawah undang-undang. Jika penguatkuasa tersebut tidak ada mempunyai kuasa, yang ditangkap itu boleh saman tuntut ganti rugi. Pegawai penguatkuasa itu juga boleh diambil tindakan disiplin terhadapnya. Dalam hal tertentu,pegawai penguatkuasa itu boleh didakwa.

Pun begitu, dalam kebolehterimaan (admissibility) sesuatu keterangan, itu isu undang-undang adjektival (Keterangan)dan salah tangkap itu tidak relevan dan merupakan isu berbeza. Jika fakta itu relevan disegi undang-undang dibawah seksyen 5 - 55 Akta Keterangan, fakta relevan tersebut boleh diterima. Contohnya, keterangan hearsay secara asasnya tidak boleh diterima.Maka keteranganitu tidak boleh diketepikan semata-mata hanya kerana tangkapan OKT itu salah.

Jika tangkapan itu salah, OKT ada kausa tindakan menyaman kerajaan (PDRM) jika dilakukan oleh anggota PDRM. Tangkapan salah juga tidak bermakna mahkamah tidak ada bidangkuasa kerana bidangkuasa mahkamah juga tidak ada kena mengena dengan samada tangkapan itu salah atau tidak.

Admissibility (keterimaan)dan Nilai (weightagenya)keterangan juga ada lah isu berbeza. Kenyataan orang mati boleh diterima jika kenyataannya itu ada kena mengena dengan sebab kematiannya. Persoalan kenyataan simati itu dibuatnya beberapa saat atau minit atau setaelah beberapa hari sebelum kematiannya itu adalah isu nilai keterangannya.

Dr Abdul Rani Bin Kamarudin


Penghuni Gua : Paparan ini adalah lanjutan dari paparan sebelumnya KLIK. Ia itu mengenai perbicaraan liwat DSAI yang sedang berjalan sekarang. Menegani dakwaan peguamnya iaitu tangkapan terhadap DSAI adalah tangkapan salah dan bahan bukti serta keterangannya pun tak boleh dipakai / perlu dibuang. Semuga ianya bermenafaat kepada semua. Tq

Monday, 7 March 2011

KARPAL : TANGKAPAN TAK SAH, BUKTI MESTI DITOLAK? YE KE KARPAL !!!!!





Tiga bahan yang mahu dikemukakan oleh pihak pendakwa sebagai bukti dalam kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, hendaklah ditolak kerana penangkapan ketua pembangkang itu, menyalahi undang-undang.

Peguam Karpal Singh berkata, bahan-bahan tersebut, di mana profil DNA diperolehi, diambil melalui cara yang tidak betul dan tidak adil atau melalui tipu muslihat. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Itu kata Karpal yang cuba pusing. Pusing sebab sudah terkantoi kerana DNA lelaki Y memang DSAI yang punya. Apa kata undang-undang mengenainya. Lihat di bawah :


Keterangan yang peroleh secara tidak sah
Adakah keterangan sebegini boleh diterima ?


Pemereksaan dan rampasan tertakluk kepada beberapa syarat dan pekara tidak wajar akan timbul jika syarat tersebut tidak diikuti. Contohnya jika pemereksaan dilakukan tanpa waran bongkar dan tanpa senarai barangan dibuat, adakah ianya masih diterima sebagai keterangan?.

Beberapa siri kes tempatan dilihat berprinsip :

Walaupun ianya diperolehi secara tidak sah /tidak wajar bukanlah menjadikan ia tidak boleh diterima. Ujian dibuat adalah samada ianya relevan dan diterima di bawah Akta Keterangan.

Peraturan keterangan ini juga terpakai dalam kes-kes perangkap (entrapment) atau melalui agen provocateur (penyamaran ).

Seksen 3 – untuk fakta relevan diterima, fakta relevan itu mestilah relevan secara logik dan juga relevan secara sah. Perkara ini dapat dilihat pada definisi di bawah seksen 3 yang berbunyi :

Satu fakta dikatakan relevan dengan fakta lain apabila ia berhubung dengan cara dirujuk di bawah peruntukan akta ini berkenaan dengan fakta-fakta relevan.

(one fact is said to be relevant to another when the one is connected with the other in any of the ways referred to in the provisions of this Act relating to the relevancy of facts.)

Dengan itu relevan sah bermaksud fakta relevan mestilah fakta relevan kepada seksen di bawah akta keterangan mengenai fakta relevan (lihat seksen 6-55).

Seksen 5 telah mengistiharkan apakah dikatakan keterangan relevan iaitu keterangan di istiharkan relevan di bawah akta keterangan dan bukan yang lain. Signifiken seksen ini adalah muncul :

Apa saja yang tidak disediakan di bawah akta ini adalah tidak relevan dan oleh kerana itu tidak boleh diterima. Berikutan dengan itu hanya keterangan yang diistihar relevan di bawah akta ini boleh ditimbang sebagai keterangan kehakiman.


(Evidence may be given in any suit or proceeding of the existence or non-existence of every fact in issue and of such other facts as are hereinafter declared to be relevant, and of no others.)

Seksen 136 – mahkamah akan membuat keputusan akan kebolehterimaan sesuatu keterangan dan bertanya akan relevannya fakta yang hendak dikemukakan.

(When either party proposes to give evidence of any fact, the court may ask the party proposing to give the evidence in what manner the alleged fact, if proved, would be relevant; and the court shall admit the evidence if it thinks that the fact, if proved, would be relevant, and not otherwise)

Seksen 165 – Hakim mempunyai kuasa untuk bertanya soalan mengenai sebarang fakta relevan dan fakta tidak relevan, tetapi penghakiman mestilah berdasarkan pada fakta yang diistihar oleh Akta Keterangan sebagai relevan atau terbukti sepenohnya.

(The Judge may, in order to discover or to obtain proper proof of relevant facts, ask any question he pleases, in any form at any time, of any witness or of the parties, about any fact relevant or irrelevant; and may order the production of any document or thing; and neither the parties nor their agents shall be entitled to make any objection to any such question or order, nor, without the leave of the court, to cross-examine any witness upon any answer given in reply to any such question):

Soalannya adakah keterangan di perolehi secara tidak sah diterima?.

Pada tahun 1987, dalam kes kes *Re Kah Wah Video (Ipoh), Sdn.Bhd [1987] 2 MLJ 459 hakim Edgar Joseph.

Petikan dari kes Kuruma V R [1955] AC 197 yang antara lain berkata

“Ujian digunakan bagi menimbang samada keterangan diterima atau tidak adalah samada ianya relevan dengan perkara yang menjadi isu. Jika ianya relevan maka ia boleh diterima dan mahkamah tidak mempedulikan bagaimana keterangan terebut di perolehi

( the test to be applied in considering whether evidence is admissible is whether it is relevant to the matter in issue. If it is, it is admissible and the court is not concerned with how the evidence was obtained ).

*Saminathan V PP [1937] 1 MLJ 39.

Dalam kes ini pegawai polis yang bukan di takrif sebagai pegawai kanan polis mengikut definisi seksen 2 Enekmen Pertaruhan telah masuk dan memereksa bilek perayu dan menangkap serta menuduhnya atas kesalahan menjalankan rumah pertaruhan awam. Perayu telah disabitkan dengan kesalahan. Dalam rayuan, beliau mempertikaikan bahawa beliau telah ditangkap secara salah, sabitan tidak boleh dibuat dan dokumen dirampas oleh polis tidak boleh diterima (admissible) kerana ianya di peroleh secara tidak sah . Hakim Aitken memutuskan

“ legality tidak dipedulikan oleh mahkamah yang membicarakanya dan magistrate hanya mengambil perhatian kepada dokumen yang relevan dan tidak bagaimana cara polis mendapat pemilikannya “

( the legality does not concerned the court which is trying him and the magistrate was only concerned with the relevancy of the documents and not with the manner in which the police obtained possession of them).

*Wong Liang Nguk v PP [ 1953] MLJ 246

– hakim telah mengenepikan keputusan keterangan yang diperolehi secara tidak sah sebagai tidak boleh diterima. Tuduhan dibuat ke atas seorang perempuan kerana membantu dalam pengedaran loteri haram di bawah Akta Rumah Judi Terbuka . Keretanya telah tahan dan dipereksa oleh pegawai polis yang tidak diberi kuasa di bawah akta tersebut dan adalah jelasnya pemereksaan dan rampasan itu tidak sah. Walau bagaimanaun Hakim Thomson berkata

Secara umum dikatakan fakta keterangan yang diperolehi secara tidak sah, tidak memberi kesan kepada kebolehterimaan (admissibility). Jika pegawai polis dalam kes ini tidak mempunyai kuasa untuk memereksa, tidak diragukan ia akan terdedah kepada tindakan sivil , tetapi soalan kuasanya untuk memereksa adalah sepenohnya tidak relevan dengan kebolehterimaan kenyataan keterangannya tentang apa yang dijumpai semasa proses pemereksaan. Ianya terlalu jelas (abundantly clear) sebagai prinsip umum. Berhubung dengan perkaitan kes sebegini ianya telah diterima lama dulu pada tahun 1936 oleh hakim Aitken dalam kes Saminathan V PP”.

*PP V Foong Kow & Ors [1967] 1 MLJ 141 hakim berkata

“ Masuk dan pemereksaan secara tidak sah oleh polis boleh menimbulkan tindakan tuntutan ganti rugi….. Tetapi illegalty tersebut tidak boleh melemahkan (vitiate) sebarang pembicaraan (trial) sesiapa yang berada di dalam premis yang didapati melakukan kesalahan semasa serbuan dibuat atau menyebabkan sebarang keterangan berkaitan atau dokumen yang dijumpai tidak boleh diterima.

*P.P V Seridan [1984] 1 MLJ 141.

Pihak polis telah menjalan penyiasatan tanpa mendapat arahan untuk menyiasat seperti peruntukan seksen 108(2) CPC. Magistrate telah menggunakan pemikiran kegagalan untuk mendapat arahan ini menjadikan pembicaraan tidak sah dan tertuduh dilepas dan dibebaskan. Hakim Peh Swee Chin mengenepikan arahan dan mengarahkan pembicaraan semula. Antara lain beliau merujuk kepada kes Kuruma di mana keterangan yang diperolehi secara tidak sah sekiranya relevan kepada perkara menjadi isu maka ia boleh diterima. Berliau berkata lanjut, walaupun pembicaraan tersebut menjadi tidak sah, magistrate tidak boleh memberi arahan dibebas dan dilepaskan tetapi hendak dibebaskan tanpa dilepaskan ( DNAA). (nota : adalah jelas walaupun keterangan di peroleh secara tidak sah, keterangan tersebut masih boleh diterima sekiranya ianya relevan kepada perkara yang menjadi isu ).

Kes yang mengepalai Re Kah Wah Video (Ipoh), Sdn, Bhd [1987] 2 MLJ 459.

Kes adalah video cetak rompak di bawah Akta Hak Cipta,1969. Polis dengan waran bongkar telah menyerbu sebuah kedai dan merampas sebahagian dari pita video yang tidak tersenarai di dalam waran bongkar. Tertuduh membantah bahawa pita video telah dirampas secara tidak sah. Hakim Edgar Joseph Jr berkata

“Lebih 30 tahun lepas , Lord Goddard dalam memberi nasihat kepada ahli jawatan kuasa kehakiman privy counsel dalam kes Kuruma V R [1955] AC 197 berkata diantaranya “ ujian yang digunakan untuk menimbangkan samada keterangan itu di terima adalah samada ianya relevan kepada perkara yang menjadi isu. Jika relevan, ianya boleh diterima dan mahkamah tidak mempeduli bagaimana keterangan itu telah diperolehi”.

Landmark (mercu tanda ) kes Kuruma v R [1955] AC 197

Perayu telah ditahan oleh polis dan di periksa badan mengikut Peraturan 29, Peraturan Darurat, Kenya di mana di bawah undang-undang berkenaan hanya polis berpangkat penolong inspector berkuasa untuk menahan dan memereksa seseorang. Isu dihadapan Privy Counsel adakah keterangan peluru yang dijumpai dalam milik perayu boleh diterima oleh kerana ia telah diperolehi secara tidak sah. Lord Goddard berkata “

“ Ujian yang digunakan untuk menimbangkan samada keterangan itu di terima adalah samada ianya relevan kepada perkara yang menjadi isu. Jika relevan, ianya boleh diterima dan mahkamah tidak mempeduli bagaimana keterangan itu telah diperolehi. Walau bagaimanapun mahkamah mempunyai budibicara untuk menerima atau tidak menerima sekiranya cara mendapat keterangan adalah melalui cara kejam atau cara penindasan”.

*lihat cabutan kes pernoh disertakan.

R v Sang [1980] AC 402

– tuduhan adalah bersubat dalam memalsukan wang kertas. Tertuduh dimasukkan ke dalam lokap dan seorang pegawai polis telah menyamar sebagai agen provocateur dan tertuduh di perangkap melakukan kesalahan. Peguam memohon mahkamah menggunakan budibicaranya untuk keterangan berkenaan ditolak. .Diputuskan hakim tidak mempunyai kuasa budibicara dalam kes berkenaan kecuali dalam hal pengakuan dan pengakuan salah (admissions and confessions ).

“Hakim tidak mempunyai budibicara untuk tidak menolak keterangan relevan atas sebab ianya telah di perolehi dengan cara tidak wajar atau tidak adil. Mahkamah tidak mempeduli bagaimana ia diperolehi dan tidak mempunyai sebab untuk menggunakan budibicara bagi menolak (exclude) keterangan yang diperolehi akibat aktiviti seorang agen provocateur.

(oleh demikian, pintu untuk menggunakan budibicara untuk menolak keterangan yang diperolehi secara sah ditutup ).

* lihat cabutan kes penoh disertakan.

PP v Han Kong Juan [1983] 1 CLJ 245

– kes dadah dan tertuduh diperangkap menggunakan agen provocateur. Hakim Lim Beng Choon berkata

“ Seperti di England , di Malaysia tidak ada kesalahan memerangkap (entrapment) kecuali dalam hal pengakuan dan pengakuan salah. Selagi keterangannya relavan maka ia boleh diterima walaupun diperolehi secara tidak sah.”

Ramli Bin Kechik v PP [1986] 1 CLJ 308 mahkamah agong menerima keputusan kes R V Sang.

Mendapat keterangan yang tidak sah telah mengambil bentuk yang berlainan dalam kontek moden iaitu keterangan yang diperolehi dengan memintas komunikasi pos, telegraf atau sebarang bentuk komunikasi lain. Kes Kuruma masih terpakai, tetapi untuk keselamatan beberapa undang-undang menyatakan kandungan khusus membenarkan pemintasan dan dengan itu menjadikannya sah. Contohnya di bawah seksen 27A DDA, seksen 11, Akta Colek, 1961 dan peraturan 23 ESCAR.

Isu budibicara dalam keterangan diperolehi secara tidak sah

Kuruma v R [1955] AC 197 Lord Goddard berkata

“tidak diragukan dalam kes jenayah hakim sentiasa mempunyai budicara untuk tidak membenarkan keterangan sekiranya peraturan ketat penerimaannya beroperasi secara tidak adil kepada tertuduh”.

Dalam kes Callis V Gunn [1964] 1 QB 495 Lord Parker berkata

“budibicara itu sebagaimana saya faham, tentunya boleh diguna untuk menolak keterangan sekiranya terdapat cadangan ianya diperolehi secara penindasan, representasi palsu, penipuan (trick), ugutan (threats), rasuah atau sebarang benda berbentuk demikian”.

*lihat cabutan kes penoh sertakan.

R V Murphy – ujian wajar budibicara adalah pada keseimbangan gravity tuduhan, kedudukan defendant dan cara mendapatnya.

Jeffrey v Black [1978] 1 ALL ER 155

– budibicara bukan terhad kepada kes tertentu.. hakim mempunyai budibicara pada setiap masa pada setiap keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa.

*lihat cabutan kes penoh disertakan.

R V Ameer hakim memberi sebab menggunakan budibicaranya menolak keterangan pendakwa dalam kes memerangkap.

“dengan mengambil kira keadaan kes keseluruhannya dan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa yang muncul pada saya sangat tidak memuaskan ……”

Di United Kingdom kuasa budibicara untuk menolak keterangan diperolehi tidak sah dimasukan ke dalam undang-undang melalui seksen 78 Police and Criminal Evidence, 1984.

Di Malaysia dan Singgapura ianya masih tidak pasti oleh kerana belum terdapat soalan ini dikemukakan di Mahkamah dengan beberapa pengeculian peraturan umum di bawah seksen 24- 30 dan seksen 113 CPC dan beberapa undang-undang berkaitan (di bawah seksen ini mahkamah tidak ada pilihan kecuali menolak pengambilan keterangan secara tidak sah)

Kes di Singgapura Cheng Swee Tiang v PP [1964] 30 MLJ 291 ianya adalah kes memerangkap (entrapment ). Hakim Wee Chong Jim berkata

“undang-undang yang tidak dapat dipertikaikan , jika keterangan diperolehi secara tidak sah diterima, mahkamah mempunyai budibicara kehakiman untuk tidak membenarkan keterangan itu sekira penerimaannya akan beroperasi secara tidak adil terhadap tertuduh “.

Walau bagaimanpun hakim Ambrose keluar dari pandangan majoriti ini dan dengan tegas menyatakan pendapatnya budibicara menolak keterangan diperolehi secara tidak sah tidak ada. (exclusionary discretion did not exist).

*Ajmer Singh v PP [1987] 2 MLJ 141.

Perayu telah dituduh kerana menunggang skuter dalam keadaan mabuk yang menjadi kesalahan di bawah akta trafik. Dia didapati bersalah. Perayu membuat rayuan atas alasan contoh darahnya telah ambil secara tidak sah kerana tanpa keizinan, Hakim telah merujuk kepada kes R V Thung yang mempunyai fakta yang sama dengan kes di England di mana pengambilan contoh darah secara tidak sah adalah keterangan relevan dan hakim betul dalam tindakannya dengan tidak menolak keterangan berkenaan.(bermaksud pengambilan darah tanpa keizinan boleh diterima).

Dalam R V Sang pintu untuk menggunakan kuasa budibicara menolak keterangan diperolehi secara tidak sah telah ditutup kecuali pada kes pengakuan dan pengakuan salah. Kedudukan di Malaysia dengan keputusan kes Ramli dan Han Kong Juan [1983] 1 CLJ 245 nampaknya serupa.

Nota : Kantoi kali ini. Muka dah mula pucat. Kalau pun betul tangkapan salah. Bukti betul. Ujian DNA pun betul. Iannya tidak menjadikan ianya tidak sah. Kantoi-kantoi. Sungai Buloh menanti. Mungkin lari ke kedutaan Turki pulak kali ini. Atau ke kedutaan US atau Australia iaitu kedutaan rakan karibnya. Tak gitu ? ..

BANGKIT ISU SENSITIF : DYMM AGUNG PANDANG BERAT !!!!







KUALA LUMPUR 7 Mac - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini bertitah Seri Paduka Baginda memandang berat kecenderungan pihak-pihak tertentu membangkitkan isu sensitif dan berbaur perkauman serta mempolitikkan perkara yang tidak sepatutnya.

Menurut Seri Paduka Baginda, soal kedaulatan Raja-Raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain meliputi hak kewarganegaraan dan hak asasi sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak harus dipersoalkan bagi mengelak perpecahan.

"Beta menyeru semua pihak supaya menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan,” titah baginda semasa merasmikan mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen hari ini.

Tuanku Mizan bertitah walaupun Islam adalah agama bagi Persekutuan, namun kesederhaan diamalkan dengan subur di negara ini yang membolehkan agama-agama lain diamalkan dengan aman damai serta hari-hari perayaan agama lain turut diiktiraf dengan dijadikan hari cuti umum.

Bagi menjamin keamanan di negara ini, Seri Paduka Baginda berharap badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam melaksanakan program dan aktiviti masing-masing, hendaklah mengelak daripada menyentuh sensitiviti dan isu yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat dan menggugat imej negara. - Bernama

Penghuni Gua : Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

SENARAI HITAM PEMANDU : JPJ BUTA DAN PEKAK KE ?






MAHKAMAH, melalui kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak tahun 2009 telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di mahkamah.

Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan.

JPJ juga telah diarahkan membayar ganti rugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, adakah seseorang itu benar-benar melakukan kesalahan yang didakwa sehingga mereka wajib membayar denda?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak.

Jika ada yang tertunggak maka ia bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke mahkamah untuk menjawab saman itu.

Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap supaya OKS hadir mahkamah.

Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mengakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesailah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga saman itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi had laju.

Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan.

Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenali dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke mahkamah bagi menjawab tuduhan memandu melebihi had laju.



ZULHAZMI SHARIFF

Penasihat Undang-Undang

Kempen Anti Saman Ekor (KASE)


Penghuni Gua : Bab ini PG setuju. Kes mahkamah terdahulu adalah petunjuknya. Ia menjadi undang-undang yang wajar dipatuhi oleh semua penguatkuasa undang-undang.

2. Apa hak JPJ nak senaraikan lesen dan cukai jalan kami ?

3. PG tetap menentang tindakan senarai hitamkan pemandu untuk memperbaharui lesen dan cukai jalan. Dah banyak kali PG beri pandangan mengenai ini. JPJ tak ada telinga ke? Mungkin mereka tak ada mata dan telinga kot ?

Nota : Ada 9 saman tertunggak. Tunggu juga JPJ nak senarai hitamkan. PG nak bawa ke mahkamah juga. Lihat siapa yang tersadai. Penasihat undang-undang di JPJ buta mata dan mata hati kot ?

MALAYAN LAW JOURNAL : SAMAN FITNAH !!!!


[1996] 1 MLJ 393
Tun Datuk Patinggi Haji Abdul–Rahman Ya’kub v Bre Sdn Bhd & Ors
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUCHING) — CIVIL SUIT NO KG 400–1986

Judges RICHARD MALANJUM J

Date 28 FEBRUARY 1995
Citation [1996] 1 MLJ 393


Catchwords:

Tort — Defamation — Libel — Publication of defamatory letter in newspaper — Whether letter was capable of being and was in fact defamatory of plaintiff — Whether letter calculated to expose plaintiff to hatred, ridicule or contempt in mind of reasonable man or would tend to lower him in estimation of right-thinking members of society generally

Tort — Defamation — Defence — Justification — Publication of defamatory letter in newspaper — Whether defendants could prove truth of defamatory imputations on balance of probabilities — Whether defendants could rely on general and specific wrong-doings of plaintiff — Defamation Act 1957 s 8

Tort — Defamation — Defence — Fair comment — Publication of defamatory letter in newspaper — Whether defendants could prove publication was fair comment on balance of probabilities — Whether publication was a comment — Whether publication was a matter of public interest — Whether publication was fair — Whether fair-minded person could honestly make such comment without having any basic facts to rely upon

Tort — Defamation — Defence — Qualified privilege — Publication of defamatory letter in newspaper during state by-election — Whether defendants could prove qualified privilege on balance of probabilities — Whether defendants had duty to publish letter — Whether publication was privileged as by-election generated public interest — Whether journalists, editors and newspapers in special positions which entitled them to defence of qualified privilege

Tort — Defamation — Malice — Meaning of — Inference of malice — Publication of defamatory letter in newspaper without prior verification — Whether editor was reckless and not concerned with truth or falsity of letter — Whether such malice on editor’s part could be imputed to his employer

Tort — Defamation — Damages — Compensatory damages — Aggravated damages — Publication of defamatory letter in newspaper — Whether compensatory damages could include aggravated damages — Whether award of damages was fair and adequate to vindicate plaintiff and to console him for wrong done

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif, bekas Ketua Menteri dan Gabenor Sarawak, telah menuntut ganti rugi dan suatu injunksi terhadap defendan-defendan untuk libel yang disiarkan dalam suatu artikel suratkhabar harian tempatan (‘artikel tersebut’). Defendan pertama merupakan penyiar suratkhabar tersebut manakala defendan-defendan kedua dan ketiga adalah masing-masing pencetak dan penyunting suratkhabar tersebut.

Artikel tersebut adalah mengenai sepucuk surat kepada defendan ketiga selaku penyunting suratkhabar tersebut, dan ia adalah berkenaan dengan suatu pilihanraya kecil kawasan pilihanraya negeri di mana plaintif mengiringi seorang calon bebas ke pusat pencalonan pada hari pencalonan. Defendan-defendan berhujah bahawa perkataan-perkataan yang didakwa dalam artikel tersebut tidak memfitnahkan plaintif. Defendan-defendan seterusnya berhujah bahawa sekalipun perkataan-perkataan sedemikian memfitnahkan plaintif, mereka boleh bergantung kepada pembelaan justifikasi, komen berpatutan dan perlindungan bersyarat.

Untuk menyokong pembelaan justifikasi, defendan-defendan menyatakan dalam plidingnya tentang perbuatan salah am dan khusus yang dilakukan oleh plaintif. Berkenaan dengan pembelaan perlindungan bersyarat, defendan-defendan menuntut bahawa mereka mempunyai kewajipan terhadap rakyat Sarawak untuk menyiarkan artikel tersebut dan rakyat Sarawak juga mempunyai kewajipan yang sama untuk menerima penyiaran tersebut. Defendan-defendan seterusnya menuntut bahawa pilihanraya kecil tersebut telah menimbulkan kepentingan awam. Defendan ketiga telah memberi keterangan, antara lain, bahawa dia tidak menentusahkan isi kandungan artikel tersebut sebelum menyiarkannya dan artikel tersebut telah disiarkan secara keseluruhannya.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan tuntutan itu:

(1) Ujian sama ada perkataan-perkataan yang diadu dalam artikel tersebut adalah berkeupayaan untuk memfitnah dan sebenarnya telah memfitnah plaintif, adalah sama ada perkataan-perkataan tersebut adalah diperhitungkan untuk mengakibatkan plaintif dibenci, dipersenda atau dihina dalam minda seorang yang munasabah atau sama ada perkataan-perkataan tersebut berkecenderungan untuk merendahkan plaintif dalam pandangan ahli-ahli masyarakat yang berfikiran waras secara amnya. Perkataan-perkataan yang diadu dalam artikel tersebut adalah berkeupayaan untuk memfitnah dan sebenarnya telah memfitnah plaintif (lihat ms 402H dan 403C); JB Jeyaretnam v Goh Chok Tong [1985] 1 MLJ 334 dan Syed Husin Ali v Sharikat Penchetakan Utusan Melayu Bhd & Anor [1973] 2 MLJ 56 diikut.

(2) Berkenaan dengan pembelaan justifikasi, beban adalah atas defendan-defendan untuk membukti kebenaran tohmahan khusus terhadap plaintif dengan berpandu kepada s 8 Akta Fitnah 1957. Defendan-defendan tidak berhak untuk bergantung kepada pertuduhan am atau khusus berkenaan dengan perbuatan salah plaintif yang tidak relevan kepada tohmahan khusus yang memfitnah plaintif dalam kes ini. Defendan-defendan telah gagal membuktikan kebenaran kenyataan yang memfitnah plaintif atas imbangan kebarangkalian (lihat ms 406E); Bookbinder v Tebbitt[1989] 1 All ER 1169; Templeton v Jones[1984] 1 NZLR 448; Plato Films Ltd & Ors v Speidel [1961] AC 1090 dan Scott v Sampson (1882) 8 QBD 491 diikut.

(3) Berkaitan dengan pembelaan komen berpatutan, perkataan-perkataan yang diadu itu tidak merupakan komen. Secara alternatif, perkataan-perkataan tersebut adalah tidak dibuat atas perkara yang berkepentingan awam kerana kehadiran plaintif pada hari pencalonan semata-mata tidak merupakan perkara yang berkepentingan awam. Jikapun perkataan-perkataan tersebut layak menjadi komen, perkataan-perkataan tersebut adalah tidak berpatutan, dari segi bahawa seseorang yang bersikap adil tidak akan membuatnya secara jujur tanpa berdasarkan apa-apa fakta asas. Oleh yang demikian, pembelaan komen berpatutan gagal atas imbangan kebarangkalian (lihat ms 408H, 409E–G dan 410G); JB Jeyaretnam v Goh Chok Tong [1985] 1 MLJ 334, Lee Kuan Yew v JB Jeyaretnam [1979] 1 MLJ 281, Telnikoff v Matusevitch [1991] 4 All ER 817 dan Abdul Rahman Talib v Seenivasagam & Anor [1965] MLJ 142 diikut. Odger v Mortimer (1873) 28 LT 472 dibezakan.

(4) Defendan-defendan tidak dapat membuktikan bahawa mereka mempunyai kewajipan untuk menyiarkan artikel tersebut kepada rakyat Sarawak. Walaupun pilihanraya kecil tersebut telah menimbulkan banyak kepentingan awam, tetapi peristiwa yang sedemikian, dengan sendirinya, tidak menjadikannya sesuatu yang terlindung. Wartawan, penyunting dan suratkhabar tidak mempunyai kedudukan yang istimewa yang membolehkan mereka bergantung kepada perlindungan bersyarat atas perkara-perkara yang disiarkan oleg mereka. Justeru itu, pembelaan perlindungan bersyarat gagal atas imbangan kebarangkalian (lihat ms 411E–I); Blackshaw v Lord[1983] 2 All ER 311; Adam v Ward [1917] AC 309 dan Arnold v King Emperor (1914) 30 TLR 462 diikut.

(5) Apabila menyiarkan artikel tersebut, defendan ketiga tidak mengambil apa-apa tindakan berjaga-jaga, bersikap tidak peduli dan tidak prihatin tentang kebenaran atau kepalsuan artikel tersebut. Kesemua ini membuktikan niat jahatnya. Niat jahat defendan ketiga boleh dikaitkan dengan defendan pertama yang merupakan majikannya. Tetapi, oleh kerana tidak terdapat keterangan bahawa defendan ketiga adalah pekerja atau ejen defendan kedua, plaintif telah gagal membuktikan niat jahat defendan kedua. Oleh yang demikian, pembelaan-pembelaan komen berpatutan dan perlindungan bersyarat bagi defendan-defendan pertama dan ketiga akan gagal kerana kewujudan niat jahat (lihat ms 415D–I dan 416A); Guise v Kouvelis (1946) 46 SR (NSW) 419 tidak diikut.

(6) Dalam tindakan libel, atas peraturan am, ganti rugi adalah ditaksirkan atas dasar pampasan. Ganti rugi bersifat pampasan boleh termasuk ganti rugi teruk (aggravated damages) sekiranya keadaan yang teruk wujud. Dalam kes ini, selepas mempertimbangkan faktor-faktor yang teruk, jumlah RM100,000 sebagai ganti rugi bersifat pampasan adalah dianggap adil dan memadai untuk memulihkan nama baik plaintif dalam masyarakat di samping memberi pampasan kepada beliau akibat kesalahan yang dilakukan terhadap beliau. Perintah pengagihan tidak dibuat oleh kerana tidak terdapat permohonan untuk taksiran berasingan oleh defendan-defendan (lihat ms 416F–I, 419E–F dan 420A); Uren v John Fairfax & Sons Pty Ltd (1966) 117 CLR 118, Syed Husin Ali v Sharikat Penchetakan Utusan Melayu Bhd & Anor [1973] 2 MLJ 56 dan Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya’kub v Abang Mohammad bin Abang Anding [1979] 2 MLJ 185 diikut.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam dan ianya boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq.

SEMUGA PAS DAN PR BERSEMADI DENGAN AMAN !!!!


Semadilah dengan aman. Tapi tak aman juga. Mereka pastinya mencari berbagai kaedah untuk memutar fatwa baru bagi menipu umat Islam. Mana si Mahfuz ye, Mana Tantawi ( masih tidor lagi kot lepas puas menipu di Kerdau kot ), mana TGHH ( rayuannya di Harakah pun pengundi tak ambil pot pun ), mana " Ustat Idris Ahmad si putar alam ini. Diam aje.

2. Sam Dol Amk jangan cakap le, hilang terus. Lari tak berkaki di Merlimau. Kalau dia bertanding di Merlimau, nak dapat 1 undi pun belum tentu. Tapi perasan lebih.

3. Jom kita semua terus Mesirkan mereka yang menjadi pelacur agama ini !!!!!

PETA PELAYAR