FOLLOWERS

Wednesday, 19 May 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES JUAL BELI KENDERAAN / DIRAMPAS KASTAM !


[1996] 1 MLJ 331
Public Finance Bhd v Ehwan bin Saring
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (JOHOR BAHRU) — CIVIL APPEAL NO 12–58–1993

Judges MOHD GHAZALI J

Date 19 SEPTEMBER 1995
Citation [1996] 1 MLJ 331


Catchwords:

Contract — Void contract — Impossibility — Hire-purchase of vehicle — Vehicle seized by custom after agreement was executed — Impossible for owner to pass good title — Whether hire-purchase agreement void — Whether should return deposit to hirer — Contracts Act 1950 s 57(2) & s 66

Hire Purchase — Hire-purchase agreement — Implied condition that owner had right to sell goods at the time when property was to pass under s 7(1)(b) of Hire-Purchase Act 1967 — Vehicle seized by customs after agreement was executed — Owner could not pass good title to hirer — Whether owner in breach of s 7(1)(b) — Whether implied condition that owner had good title when he entered into agreement preserved by Act — Whether implied condition could be excluded by letter of indemnity — Whether implied conditions and warranties under s 7(1) applicable to second-hand goods — Hire-Purchase Act 1967 s 7(1)(b) & (4)

Words and Phrases — ‘At the time when the property is to pass’ — Hire-Purchase Act 1967 s 7(1)(b)

Bahasa Malaysia Summary:

Penentang telah membeli sebuah kereta (‘kenderaan tersebut’) daripada T untuk RM82,000. Penentang telah membayar RM57,000, di mana RM40,517.97 telah dibayar kepada T, dan RM16,482.03 kepada Public Bank Bhd (‘perayu’) bagi tujuan menyelesaikan baki akaun T dengan perayu. Untuk baki RM25,000 pula, penentang (sebagai penyewa) telah mengikat satu perjanjian sewa beli (‘perjanjian itu’) dengan perayu (sebagai pemunya) di mana jumlah itu didahulukan oleh perayu kepada penentang untuk membayar T baki harga belian tersebut.

Penentang juga telah menandatangani sepucuk surat tanggung rugi di mana dia bersetuju untuk menanggung rugi perayu terhadap semua kerugian, jika perayu kehilangan hakmilik dan milikan kenderaan itu. Enam minggu selepas perjanjian itu dilsempurnakan, kenderaan tersebut dirampas oleh Jabatan Kastam dan Eksais atas satu kesalahan yang dikatakan. Penentang pun memfailkan satu tindakan di mahkamah sesyen untuk pengembalian RM57,000 itu dan satu jumlah lanjut yang telah dibelanjakan atas kerja memperbaiki dan lain-lain caj ke atas kenderaan itu. Beliau berhujah bahawa, akibat rampasan itu, perayu telah mengingkari waranti dan syarat tersirat yang diperuntukkan di bawah s 7(1) Akta Sewa Beli 1967 (‘Akta tersebut’), dan bahawa terdapat kegagalan balasan sepenuh. Bergantung kepada peruntukan surat tanggung rugi itu, perayu menuntut balas untuk bayaran sejumlah RM25,294.01.

Perayu berhujah bahawa: (i) tidak terdapat perlanggaran s 7(1)(b) Akta tersebut kerana syarat tersirat bahawa pemunya berhak menjual barang pada masa apabila harta barang itu harus bertukar tangan cuma timbul apabila ansuran terakhir telah dibayar, dan ini tidak berlaku dalam kes ini; (ii) s 7(1)(b) tidak terpakai kerana kenderaan tersebut merupakan kenderaan terpakai; dan (iii) walau bagaimanapun, syarat tersirat itu telah diketepikan oleh surat tanggung rugi tersebut. Perayu juga menghujah bahawa surat tersebut bukan sebahagian daripada perjanjian, dan maka, ia tidak melanggar s 34 Akta tersebut. Mahkamah sesyen membenarkan tuntutan penentang dan menolak tuntutan balas perayu. Perayu membuat rayuan.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) Kelakuan dan tindakan perayu menunjukkan bahawa perayu telah berlagak sebagai pemunya kenderaan tersebut apabila perjanjian itu diikat, and bahawa mereka mampu memberikan hakmilik yang baik kepada penentang apabila penentang memilih untuk menamatkan penyewaan itu dengan membuat bayaran baki yang kena dibayar. Walau bagaimanapun, oleh kerana kenderaan itu dirampas oleh pihak kastam tidak lama selepas perjanjian itu dilaksanakan dan tidak dikembalikan kepada kedua-dua pihak sejak itu, adalah mustahil bagi perayu untuk memindahkan hakmilik yang sempurna kepada penentang. Oleh itu, mengikut s 57(2) Akta Kontrak 1950, perjanjian itu telah menjadi terbatal, dan perayu terpaksa mengembalikan jumlah RM57,000 kepada penentang di bawah s 66 Akta Kontrak 1950 (lihat ms 344C–G dan 345I); Ahmad Ismail v Malayan Motor Co & Anor [1973] 2 MLJ 66 dibeza.
(2) Seksyen 7(4) Akta tersebut telah mengekalkan syarat tersirat mengikut common law, di mana pemunya mestilah memiliki hakmilik yang sempurna apabila dia mengikat suatu perjanjian sewa beli, dan bukan apabila bayaran akhir dibuat. Frasa ‘pada masa apabila harta harus bertukar tangan’ dalam s 7(1)(b) bermakna pada masa apabila penyewa membuat keputusan membayar kesemua jumlah yang kena dibayar di bawah suatu perjanjian sewa beli. Perlanggaran s 7(1)(b) merupakan satu perlanggaran yang menyentuh asas perjanjian tersebut, dan ini memberi hak kepada penyewa untuk mendapatkan jumlah yang telah dibayar olehnya semula. Akta itu tidak membuat perbezaan di antara barangan baru dan terpakai, sejauh mana ia melibatkan pemunyaan. Ia juga tidak memperuntukkan bahawa syarat dan waranti tersirat di bawah s 7(1) tidak terpakai terhadap barangan terpakai. Satu syarat tersirat bahawa pemunya akan mempunyai hakmilik yang baik untuk dipindahmilik tidak boleh diketepikan daripada satu perjanjian sewa beli (lihat ms 345G, 346C–D dan 348E–G); Karflex Ltd v Poole[1933] 2 KB 251 diikut.

(3) Surat tanggung rugi itu membentuk sebahagian daripada perjanjian tersebut. Surat itu, yang nampaknya telah mengenepikan peruntukan Akta tersebut yang bertujuan untuk memberikan perlindungan kepada penyewa, telah melanggar Akta tersebut dan adalah tak sah di bawah s 34(a), (b) dan (g) Akta tersebut. Terdapat juga kegagalan balasan sepenuh, dan perayu tidak boleh menuntut bahawa syarat tersirat tentang hakmilik yang diperuntukkan di bawah s 7(1)(b) Akta itu tidak terpakai (lihat ms 349C–G); Rowland v Divall[1923] 2 KB 500 diikut.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Tuesday, 18 May 2010

KES REMAJA DITEMBAK : BANTULAH KOPERAL JEMAIN BIN SUBI !



Koperal Kita
14 05 2010


Keluarga Koperal kita, Saudara Jemain Bin Subi beberapa kali menolak dengan penuh hormat dan terharu usaha pembaca blog ini untuk turut menghulurkan sumbangan kepada mereka. Saya yakin, mereka di dalam keadaan keliru, tertekan dan hilang punca dan paling tidak ada secebis rasa dikhianati.

Bagaimanapun semalam, saya telah diberi kebenaran untuk menggerakkan satu bentuk kutipan bagi membantu keluarga Koperal kita bagi mendapatkan keadilan.

Apabila Koperal Jemain Bin Subi didakwa di mahkamah, kos untuknya mempertahankan dirinya dan juga untuk beliau mendapatkan keadilan tidaklah percuma. Berapa kali kita dapat melihat betapa mahalnya kos untuk menuntut sebuah keadilan di dalam mahkamah. Ada yang terpaksa berbelanja berjuta. Di dalam filem saya Persona Non Grata dahulu, saya ada menjolok bahawa, ‘keadilan (di mahkamah) hanyalah untuk mereka yang berada’.

Saya yakin, jika Koperal Jemain Bin Subi menggadaikan segala-galanya yang dimilikinya untuk menanggung kos mendapatkan keadilan di Mahkamah, beliau sudah pasti akan tidak berlaku adil kepada isteri dan empat orang anaknya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Bantulah KPL Jemain ini. Beliau mempertaruhkan maruah diri dan keluarga serta nyawanya tanpa mengharapkan apa-apa dari anda. Beliau tidak untung dan mengambil untung satu sen pun dalam menjalankan tugas apatah lagi bila terlibat dalam kejadian ini. Beliau bertindak suci hati. Beliau rugi segalanya.

2. Adakah kita pernah berfikir bila berada dalam keadaan beliau. Adakah kita sanggup mempertaruhkan nyawa dan maruah diri dan keluarga jika kita dalam keadaan sepertinya semasa diancam bahaya akibat remaja ini.

3. Bagaimana jika KPL ini yang terbunuh semasa drama kejar mengejar tempoh hari ? Adakan PR akan membantu beliau seperti mana mereka membantu remaja tersebut ?

4. PG merayu agar beliau dibantu. Hulurkan derma bagi membantu Kopral ini mendapatkan pembelaan yang terbaik. Beliau tidak untung apa-apa dalam kejadian ini. Fikirkanlah!

Nota : Derma boleh disalurkan ke : Kopral : JENAIN BIN SUBI, MAYBANK 162106273888

SAMY VELLU BERSARA ? AYO YO YO !!





Samy VelluKUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, mengumumkan beliau akan meletakkan jawatan lapan bulan sebelum pemilihan MIC diadakan pada Mei 2012.

"Keputusan itu sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini," katanya di sini, sebentar tadi. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan konvensyen MIC wilayah persekutuan di sini, hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Ayo yo yo Dato Seri. Lambat sangat tu. Sikit cepat lah.

2. Lambat sangat Dato Seri. Yang baiknya sebelum Dis 2010 paling baik. Lagi satu bulan juga itu Tim Presiden MIC ( Palaneivel ) akan jadi Timbalan Menteri. Itu hari juga masa PRK Hulu Selangor Dato Seri janji mahu bersara awal. Itu kalu macam, sama juga serupa tarak bersara kalau itu tarikh mei 2012.

3. Apa itu Palenivel dan MIC boleh buat. PRU itu masa sudah mari / dekat.

4. Jangan itu macam la Dato Seri. Kasi kesian la sama DS Najib. Tolong Dato Seri. Kasi itu sikit cepat.

SABAR DATO BUNG! KAYUH TETAP KAYUH !





KUALA LUMPUR 18 Mei - Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini menangguhkan keputusan jatuh hukum ke atas Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden dan pelakon Zizie Izette ke esok.

Penangguhan itu dibuat bagi membolehkan hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad mempertimbangkan rayuan dan hujah kedua-dua pihak.

Pada prosiding lalu, pasangan tersebut mengaku bersalah atas tuduhan berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran dari mahkamah. - Utusan

Penghuni Gua : Sabar Dato Bung. Bukan dunia kiamat. Ini semua asam garam kehidupan. Bukan buat dosa. Perkara baik. Teruskan kehidupan dengan gembira.

2. Ini bab teknikal aje. Minta kebenaran pun tak dapat. Kahwin aje le. Bung pun mampu. Kayuh Bung, Kayuh.

3. Jangan sia-siakan isteri tua udah le. Atau jangan jadi kawan kita seorang lagi tu sampai mendera isteri , meliwat isteri, masa haid pun bantai dan tak beri nafkah ada seorang lagi tu. Beragama lagi. Pedulikan desakan NGO yang mendesak Dato Bung meletak jawatan kerana kahwin dengan Zizie. KLIK. Mereka dengki agaknya atau terasa terancam. Pesan PG pada NGO tu, jagalah suami masing-masing. Jangan nak menyibuk hal Bung Mokhtar ini. Perkara halal. Apa nak sibuk.

4. Semuga kedua-dua rumahtangga Dato Bung, aman bahagia sehingga ke akhir hayat. Amin.

Nota : Nampak gambar tu, isteri Bung dah hamil. Tahniah Bung. Bunting pelamin agaknya. Keh keh keh!!!!

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PERTIKAIAN HARTA WANITA SIMPANAN !



[1995] 1 MLJ 115
Loo Cheng Suan Sabrina v Khoo Oon Jin Eugene
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (PENANG) — CIVIL SUIT NO 338–83

Judges VINCENT NG J

Date 26 AUGUST 1994
Citation [1995] 1 MLJ 115


Catchwords:

Family Law — Matrimonial property — Property registered in wife’s name — Presumption of advancement — Purchase moneys provided by husband — Whether outright gift — Whether wife held property on resulting trust for husband — Wife not living on property — Whether husband occupying property required to pay rent
Trusts and Trustees — Resulting trust — Purchase of house in wife’s name — Presumption of advancement — Whether presumption rebuttable

Limitation — Trusts — Resulting trust — Property purchased by husband but registered in wife’s name — Husband claiming beneficial interest — Whether 12-year limitation applicable — Limitation Act 1953 s 22(1)(b)

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif adalah tuan punya berdaftar No 60 Jalan Sungai Kelian, Hillside, Tanjong Bungah, Penang (‘harta itu’) yang telah dibeli oleh defendan di dalam nama plaintif pada tahun 1971. Plaintif mengatakan bahawa harta itu adalah sebuah hadiah daripada defendan kerana beliau inginkan plaintif menjadi perempuan simpanannya oleh sebab beliau pada masa itu telahpun berkahwin. Defendan telah membayar harga belian penuh harta itu dan pada tahun 1972, apabila perkahwinannya gagal, beliau telah menduduki harta itu bersama plaintif dan bayi perempuan mereka.

Defendan mengata bahawa plaintif dan beliau telah berkahwin mengikut upacara Cina pada tahun 1973 tetapi ini telah dinafikan oleh plaintif. Plaintif dan defendan tidak tinggal bersama dari April 1975 apabila plaintif telah meninggalkan harta itu. Plaintif menuntut milikan kosong, sewa dan kos dan bergantung pada anggapan pendahuluan. Defendan menuntut balas untuk, antara lain, suatu deklarasi bahawa plaintif memegang harta itu atas suatu amanah berbangkit untuk beliau dan mengata bahawa harta itu tidak dimaksudkan sebagai suatu hadiah untuk plaintif. Plaintif menegaskan bahawa tuntutan balas pindaan defendan yang telah di failkan pada 15 Januari 1993, dihalang oleh had masa.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak tuntutan plaintif dan membenarkan sebahagian daripada tuntutan balas defendan:

(1) Atas imbangan kebarangkalian, defendan telah membeli harta itu dengan niat menggunakannya sebagai sebuah kediaman suami isteri di dalam mana kedua-dua beliau dan plaintif mempunyai bahagian tidak dibahagi yang sama dan bukan sebagai suatu hadiah tanpa syarat kepada plaintif. Keterangan menunjukkan bahawa pada masa pendaftaran harta itu di dalam nama plaintif, kedua-dua pihak itu mempunyai persefahaman bahawa harta itu akan menjadi kediaman suami isteri di mana mereka akan menjadi pemunya bersama.

(2) Walaupun anggapan pendahuluan timbul kerana defendan, sebagai suami plaintif, telah menyediakan wang untuk membeli harta itu dan telah mendaftarkannya di dalam nama plaintif, defendan telah berjaya mematahkan anggapan itu kerana, antara lain, pada setiap masa yang penting beliau telah mengendalikan harta itu sesuka hati beliau dengan persetujuan plaintif.
(3) Oleh kerana ini merupakan suatu tindakan oleh seorang benefisiari untuk mendapatkan balik harta amanah daripada seorang pemegang amanah, mengikut s 22(1)(b) Akta Had Masa 1953, apa-apa had masa yang ditentukan oleh Akta itu tidak terpakai.

(4) Di mana perhubungan yang menyerupai perhubungan suami isteri gagal dan satu pihak tidak dibenarkan masuk ke dalam kediaman suami isteri oleh pihak yang lain, seorang penyewa sesama tidak mempunyai liabiliti untuk membayar sewa penghunian hanya semata-matanya kerana beliau adalah penghuni tunggal tetapi mahkamah boleh memerintahkan pihak yang menghuni itu supaya membayar suatu sewa penghunian kepada pihak yang dihalang itu jika ianya berekuiti. Bagaimanapun, di mana suami/isteri itu (sah ataupun de facto), yang menjadi penyewa sesama atau pemunya bersama sesuatu kediaman suami isteri dapat menggunakan haknya untuk menduduki kediaman itu tetapi dengan sukarela memilih untuk tidak berbuat demikian, jadi pihak yang lain yang menghuni kediaman itu berhak berbuat demikian tanpa membayar sewa penghunian. Di dalam kes ini, plaintif telah meninggalkan harta itu dengan sukarela dan adalah sangat tidak berekuiti untuk memerintahkan supaya defendan keluar daripada kediaman itu dan/atau membayar sewa penghunian kecuali dan sehingga perkahwinan mereka itu dibatalkan di sisi undang-undang.

(5) Plaintif diperintahkan supaya memindahmilik setengah daripada sebahagian tidak dibahagi harta itu kepada defendan dalam masa 14 hari daripada tarikh penghakiman, jika tidak, penolong pendaftar kanan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dikehendaki menyempurnakan pendahmilik itu bagi pihak plaintif. Setiap pihak diperintahkan menanggung kosnya sendiri.
Obiter:

Sebelum 1 Mac 1982, tidak terdapat sebarang peruntukan di dalam Enakmen Perkahwinan Kristian (FMS Bab 109) yang melucutkan hak seseorang lelaki Cina yang berkahwin di bawahnya untuk menggunakan haknya di bawah undang-undang peribadi untuk mengahwini seorang perempuan lain secara poligami semasa isteri monogaminya masih hidup. Atas imbangan kebarangkalian, plaintif dan defendan telah berkahwin mengikut adat Cina dan pada setiap masa yang penting, dianggap sebagai telah berkahwin di sisi undang-undang.]

Penghuni Gua : semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

HALAL HARAM , HARAM HALAL , !!! ENTAH !!!






Perkembangan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang akan menjadi sayap parti itu tidak lama lagi akan diteliti terlebih dahulu sebelum ahli-ahlinya diberikan keanggotaan penuh.

"Kita baru bermula dengan apa yang ada pada hari ini. Kita akan tengok keperluan kita pada masa akan depan dan parti akan memikirkan tentang apa yang berlaku pada masa depan . Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Dulu haram sekarang halal.

2. Dulunya jangankan orang bukan islam nak bertanding sebagai calon PAS yang di haramkan tetapi calun wanita islam pun diharamkan bertanding dalam PAS. Selepas melihat PAS berpeluang cerah memerintah Kelantan pada tahun 1990, maka dibenarkan seorang calon wanitanya bertanding di Parlimen Kota Bharu melawan YB Tengku Ahmad Rithaudeen. Ia ekoran dari fatwa TGNA yang mengatakan walaupun suara wanita aurat ( sebab yang sama diharamkan wanita bertanding ) tetapi disebabkan darurat maka halal untuk wanita bertanding. Senangnya fatwa TGNA dan PAS.

3. Kini calun bukan islam pun boleh bertanding sebagai calun PAS . Dulu kerana BN bersekuta dengan MCA dan MIC maka dikafirkannya UMNO ( salah satu sebab dikafirkan ). Sekarang PAS menjilat ludah mereka semula dengan membenarkan calun bukan islam bertanding sebagai calun PAS walaupun bukan ahli ( macam-macam nama di beri, seperti ahli bersekutu lah dan sebagainya bagi menghalalkan perbuatan mereka ).

4. Semuanya kerana kepentingan politik maka agama pun dilacurkan oleh PAS. Dulu atas nama islam juga perkara ini haram. Dan sekarang pun , atas nama islam juga perkara itu juga halal.

5. Inikah Parti yang boleh diharap untuk menjaga islam? Maaflah!!!!!!!!!!!!!!!

Nota : Orang Kelantan cakap " 4 kali sebentor berubah. kluk klek ".

Monday, 17 May 2010

YB KARPAL NAK HUMBAN PM KE PENJARA ? BIAR BETUL !!!!






Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya keci parlimen Sibu yang berakhir semalam.

Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, sehari sebelum tarikh mengundi seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Bagus sekali Karpal mendedahkan kononnya PM membeli undi di parlimen Sibu. Kalau Karpal betul berani dan berpegang pada prinsip, buatlah repot terhadap PM . Jika beliau menang dan di dapati DS Najib bersalah kerana beli undi di Sibu maka PRK Sibu akan di adakan semula.

2. Buatlah repot Karpal. Jangan cakap saja. Berani ke? Cakap semua orang boleh cakap. Menipu dan gertak orang pun semua orang boleh gertak. Tapi Karpal ini hanya gertak..................!!! Semua sudah tahu Karpal gertak apa.

3. Karpal sebenarnya salah orang untuk dia gertak. .............Kenyataan politik agaknya. Buat repot le Karpal. Apa menyalak-nyalak. Berani ke? Kalau betul berprinsip , buat aje repot. Tengok siapa yang bungkus................PM ke penjara ke atau PRK semula di Sibu kot! Berani ke!!!! Cakap bolehlah!!!!

Nota : Nak lihat juga cara Karpal humban PM ke penjara. Nak lihat juga siapa yang terlebih dahulu yang terhumban.........

MALAYAN LAW JOURNAL : KES HAK PENJAGAAN !


[1996] 2 MLJ 150
B Ravandran s/o Balan v Maliga d/o Mani Pillai
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (JOHORE BAHRU) — DIVORCE APPLICATION NO
33–191–1994

Judges HAIDAR MOHD NOOR J

Date 18 OCTOBER 1995

Citation [1996] 2 MLJ 150


Catchwords:

Family Law — Children — Custodianship — Application for custodianship by father — Factors to be considered — Whether welfare of children paramount — Whether child below seven years of age should be placed in custody of mother — Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 ss 88(2) & (3)

Family Law — Children — Guardianship — Children ranging in ages of nine months and nine years plus — Whether father should be the guardian in normal circumstances — Guardianship of Infants Act l961 ss 5 & 10
Family Law — Maintenance — Maintenance of wife and children — General principles — Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 ss 77, 78 & 93

Family Law — Matrimonial property — Division of property — Matrimonial home purchased by and registered in husband’s and wife’s names — Wife’s contributions to initial payment — Factors to be considered — General principles — Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 s 76(2)

[Bahasa Malaysia summary

Pempetisyen dan penentang telah berkahwin secara sah di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan, Johor Bahru pada 22 Februari 1984 dan mereka mempunyai empat orang anak, berumur antara sembilan bulan dan sembilan tahun lebih, yang tinggal bersama penentang. Kemudiannya, perkahwinan mereka retak. Dalam petisyennya untuk perceraian, pempetisyen memohon untuk, antara lain, pembubaran perkahwinan dan jagaan anak-anak mereka. Semasa pembicaraan, perkahwinan tersebut telah dibubarkan secara persetujuan.

Walau bagaimanapun, penentang mencabar isu penjagaan, dan sebagai balasan, meminta penyenggaraan bagi dirinya dan anak-anaknya, setengah bahagian pempetisyen dalam kediaman suami isteri dan kos petisyen. Dua orang anak yang lebih tua telah ditemu duga secara berasingan oleh hakim dalam kamar bagi mempertimbangkan kehendak mereka. Pempetisyen, seorang ahli perniagaan yang sibuk, berhujah bahawa anak saudara perempuan yang tidak berkahwin dan ibunya boleh menjaga anak-anak jikalau dia diberi jagaan.

Penentang telah meminta jumlah sebanyak RM2,500 sebagai penyenggaraan bagi dirinya dan anak-anak dan pempetisyen telah menawar RM1,350. Kediaman suami isteri didaftarkan atas nama bersama kedua-dua pempetisyen dan penentang dan adalah tidak dipertikaikan bahawa penentang telah menyumbang kepada harga belian awal. Penentang, semasa tempoh bekerja, telah menyerahkan seluruh gajinya kepada pempetisyen.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan sebahagian petisyen itu:

(1) Penentang telah diberi jagaan kesemua empat orang anak dengan akses munasabah kepada pempetisyen. Berkenaan dengan dua orang anak yang lebih kecil, pempetisyen telah gagal mematahkan anggapan bahawa adalah untuk kebaikan seorang budak yang berumur kurang daripada tujuh tahun untuk bersama ibunya di bawah s 88(3) Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (‘Akta tersebut’). Bagi dua orang anak yang lebih tua pula, mahkamah telah memberikan kebajikan mereka pertimbangan yang paling utama, dan telah mengambil kira kehendak ibu bapa dan anak-anak mereka mengikut s 88(2) Akta tersebut. Kasih sayang dan jagaan anak saudara perempuan yang tidak berkahwin atau pun nenek tidak sama dengan kasih sayang dan jagaan ibu sebenar. Juga, adalah tidak sesuai untuk mengganggu penyatuan empat orang anak tersebut akibat masalah-masalah perkahwinan ibu bapa mereka (lihat ms 155H–I, 156 dan 157A–C).

(2) Biasanya, bapa seorang budak harus menjadi penjaga budak itu and hartanya sehingga budak itu mencapai umur majoriti di bawah s 5 Akta Jagaan Budak 1961 [Guardianship of Infants Act 1961]. Oleh kerana tiadanya alasan mengapa si bapa tidak patut menjadi penjaga kesemua budak, pempetisyen kekal sebagai penjaga sehingga mereka mencapai umur majoriti (lihat ms 157E–F).

(3) Memandangkan kemampuan dan keperluan pihak-pihak dan pendapatan pempetisyen serta pendapat bahawa setiap pihak sama-sama bertanggungjawab atas keretakan perkahwinan, pempetisyen diperintahkan membayar penyenggaraan kepada penentang dan empat orang anak sejumlah sebanyak RM1,500 sebulan dari tarikh perintah (lihat ms 158G).

(4) Oleh kerana kedua-dua pihak telah menyumbang kepada belian kediaman suami isteri, ianya tidak sesuai untuk memindahmilik seluruh kediaman suami isteri kepada penentang sebab tiada apa-apa yang akan menghalangnya daripada menjual harta itu. Perintah betul adalah bahawa status quo kekal dan kediaman suami isteri bolehlah dijual apabila anak-anak mencapai majoriti dan hasil untuk dibahagikan sama rata di antara pihak-pihak (lihat ms 159E–F).]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada pembaca dan pelajar. Tq

Sunday, 16 May 2010

PRK SIBU : TAHNIAH DAP



Penghuni Gua : Keputusan PRK Sibu , DAP telah memenangi parlimen ini dengan 398 undi majoriti. Tahniah DAP.
2. Mungkin dan diharap dengan kemenangan ini tercapailah hasrat TGNA untuk menubuhkan negara Islam PAS di Sibu. Keh keh keh....Apa pulak komen TGHH kali ini bila menang di tempat yang dikata oleh beliau sebelum ini bahawa PAS kalah hanya di tempat orang bercawat. Dah menang, mungkin TGHH ada fatwa terbaru. Kita lihat dan dengarlah nanti.

2. BN wajar menerimanya dengan hati terbuka. BN harus menerima kekalahan ini atas sebab kegagalan jentera BN menarik sebanyak mungkin pengundi di Sibu untuk membuang undi. Hanya 70% pengundi di Sibu membuang undi. BN harus memperbaiki kelemahan jentera di bawah iaitu jentera untuk menarik pengundinya keluar mengundi. Kebiasaan pengundi di kalangan penyokong pembangkang hampir 100% keluar mengundi. BN sebaliknya kerana kebiasaannya juga mereka mengambil mudah dan merasakan tidak perlu mengundi kerana yakin BN akan menang. Jadi BN kena kaji dan baiki jenteranya dari sudut itu.

3. Jangan pula BN memberikan sebab lain seperti parti pembangkang selalu beralasan sekiranya kalah iaitu ada pengundi hantu, beli undi, ugut, rasuah dan manipulasii undi pos dan sebagainya. Tak terdengar pula PR atau DAP menggunakan alasan ini bila menang di Sibu. Mengapa ya?

4. Tahniah DAP. Adat bertanding. Kalah menang adalah perkara biasa. Terima dengan hati terbuka dan berlapang dada pada yang kalah. jangan menyalahkan pihak lain. Lihat kelemahan diri sendiri.

Nota : Keputusan penuh :

BN : 18,447

Bebas : 232

DAP: 18,845

Majoriti: 398

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PENJUALAN SYARIKAT / IMPLIKASI TERHADAP PEKERJA !


[1996] 1 MLJ 561
Radtha d/o Raju & Ors v Dunlop Estates Bhd
Case Details:

Malaysia COURT OF APPEAL (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL NO
J–04–53–1994

Judges SHAIK DAUD JCA
NH CHAN JCA
ABDUL MALEK JCA

Date 10 JANUARY 1996
Citation [1996] 1 MLJ 561


Catchwords:

Labour Law — Employment — Termination of employment — Indemnity in lieu of notice — Change in ownership of business for purpose of which employee is employed — Notice of termination not given — Whether employee entitled to indemnity in lieu of notice — Whether fact of a change in ownership of business amounts to termination of employee’s service — Employment Act 1955 s 12(3)(f) — Employment (Termination and Lay-off Benefits) Regulations 1980 reg 8

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu digaji oleh Dunlop di ladangnya sehingga 31 Ogos 1990. Pada 1 September 1990 ladang itu dijual kepada Industrial Oxygen Industries Bhd dan Dynamic Plantations (‘IOI-Dynamic’). Pada 4 September 1990 perayu telah diberi surat tawaran untuk meneruskan penggajian mereka oleh IOI-Dynamic dan pada 7 September 1990 perayu telah menerima tawaran itu. Perayu menuntut bahawa Dunlop gagal mengeluarkan notis penamatan kepada mereka seperti yang dikehendaki oleh s 12(3)(f) Akta Pekerjaan 1955 (‘Akta tersebut’) lalu memohon tanggung rugi sebagai ganti notis mengikut s 13 Akta itu.

Penolong Pengarah Buruh telah menolak tuntutan mereka atas alasan bahawa peraturan 8 Peraturan Pekerjaan (Faedah Penamatan dan Pemberhentian) 1980 (‘the Employment (Termination and Lay-off Benefits) Regulations 1980’) (‘Peraturan itu’) terpakai dan tidak terdapat penamatan perkhidmatan kerana perayu telah menerima tawaran untuk meneruskan penggajian oleh IOI-Dynamic. Lagipun, perayu tidak mengalami apa-apa kerugian kewangan. Mahkamah Tinggi menolak rayuan perayu, dan memutuskan bahawa oleh kerana kontrak perkhidmatan perayu bukanlah untuk tempoh yang spesifik, kontrak itu berterusan sehingga ia ditamatkan, dan bahawa memandangkan tidak terdapat penamatan soal tanggung rugi sebagai ganti notis tidak timbul. Perayu merayu kepada Mahkamah Rayuan.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) (Oleh Abdul Malek HMR) Seksyen 12(3) Akta tersebut jelas menyatakan bahawa satu pertukaran pemunyaan perniagaan di mana seorang pekerja digaji samalah dengan satu penamatan perkhidmatan pekerja itu dan bahawa satu notis penamatan adalah mandatori. Maka, terdapat penamatan perkhidmatan perayu apabila Dunlop menjual ladang itu kepada IOI-Dynamic dan oleh kerana tiada notis penamatan diberikan kepada perayu, mereka berhak mendapatkan tanggung rugi sebagai ganti notis (lihat ms 567H–I).

(2) (Oleh Shaik Daud HMR) Tujuan s 12(3) adalah untuk menjaga kedudukan pekerja di mana satu pertukaran berlaku dalam pemunyaan perniagaan atau sebahagian perniagaan di mana pekerja itu digaji. Sebaik sahaja terdapat pertukaran pemunyaan, hakikat penamatan khidmat pekerja itu wujud dan s 12(3)(f) berfungsi untuk menghendaki majikan memberikan notis penamatan perkhidmatan. Di dalam kes ini, satu hakikat penamatan berlaku apabila Dunlop menjual ladang itu kepada IOI-Dynamic dan oleh itu s 12(3) terpakai dan Dunlop dikehendaki memberikan notis penamatan kepada perayu bermula daripada 1 September 1990. Hakikat bahawa terdapat penerusan perkhidmatan dan bahawa tidak terdapat kerugian kewangan tidaklah relevan bagi tujuan mentafsirkan s 12(3) — mereka cuma relevan di mana tuntutan dibuat untuk faedah penamatan di bawah peraturan 8 Peraturan itu, dan bukan tanggung rugi sebagai ganti notis di bawah s 13(1) Akta tersebut seperti dalam kes ini. Oleh itu perayu berhak mendapat tanggung rugi sebagai ganti notis sedemikian (lihat ms 570D–571A).

(3) (Oleh NH Chan HMR menentang) Di dalam kes ini, s 12(3) tidak terpakai kerana tidak terdapat notis bertulis penamatan perkhidmatan pekerja daripada majikan yang memberikan sebab penamatan itu sebagai pertukaran pemunyaan ladang itu di bawah subseksyen (3)(f). Juga tidak terdapat penamatan penggajian pekerja oleh majikan tanpa notis di bawah s 13(1) kerana tidak terdapat bayaran yang dibuat atau diberikan oleh majikan kepada pekerja sebagai ganti notis mengikut s 13. Mengikut peraturan 8(3) satu pemindahan tidak berfungsi untuk menamatkan kontrak penggajian seseorang pekerja oleh pihak yang membuat pemindahan perniagaan tersebut (majikan itu). Ia memperuntukkan penerusan kontrak penggajian, atas syarat bahawa peraturan 8(3) dipenuhi, dengan penerima pemindahan. Kontrak itu mempunyai kesan selepas pemindahan itu seakan-akan ia dibuat antara orang yang digaji dengan penerima pemindahan pada asalnya tanpa pertukaran majikan yang menjejaskan kesinambungan penggajiannya. Dalam kes ini, perayu tidak berhak mendapatkan tanggung rugi sebagai ganti notis. Oleh itu rayuan ini patut ditolak (lihat ms 531D, 574G).]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

PETA PELAYAR