FOLLOWERS

Showing posts with label KEWARTAWANAN. Show all posts
Showing posts with label KEWARTAWANAN. Show all posts

Tuesday, 12 October 2010

ARAHAN HATA / NUJ : SEMUA WARTAWAN BOLEH MENGENDAP : AGENDA DAILY !!!




Kawan rasa malas dah nak cakap bab ni.Lantak depa lah.Rupanya ramai juga kawan-kawan budak press yang tak begitu setuju dengan kenyataan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hatta Wahari yang kata tak salah wartawan The Malaysian Insider menyamar masuk ke taklimat tertutup Puteri UMNO tempoh hari.

Hatta pun kawan juga…geng budak press yang lain pun Kawan juga.Kalau tanya Kawan secara peribadi dan profesional memang tak setuju dengan kenyataan Hatta ia ‘hal biasa’.

Masa sembang dengan kawan-kawan di kantin Parlimen Isnin ada yang hairan mengapa Hatta boleh buat statement macam tu defend perbuatan Boo Su-Lyn tu.

Hatta mengunakan argument seperti dilapor Malaysiakini sudah biasa wartawan menyelinap masuk dengar taklimat Presiden UMNO menjelang Perhimpunan Agung UMNO.

Kawan-kawan kata mereka lebih melihat perbuatan wartawan Malaysian Insider itu dari angle nawaitu dia.

Kata depa dengan membawa selendang untuk menyamar macam ‘ gadis Melayu’ itu sudah cukup untuk gambarkan bagaimana dia dah set nak curi dengar hal-hal yang diperbualkan dalam satu taklimat tertutup.

Soalnya kenapa hanya cerita tentang mata sepet dan kaki botol saja?

Kalau itu nawaitunya nak bagi orang bukan Melayu geram kat Melayu…ini kerja juga boleh dibuat oleh wartawan Melayu lain.

Depa tanya susah sangat ke nak mengendap apa yang diperbualkan dalam mesyuarat dan taklimat tertutup kaum-kaum lain.

NUJ boleh gerenti ke forum kaum-kaum lain tu tak cakap ' macam-macam' bab orang Melayu?

Macam-macam cara beb kalau memang dah set nak buat kerja tu.

Betul juga wartawan Cina mengendap forum Melayu.Wartawan Melayu pula mengendap forum Cina dan India.Repot hanya bab cakap-cakap yang sensitif aje.

Apa Macam.Mau cuba?

“Apa dia ingat Malaysian Insider saja boleh buat…kami tak boleh buat?” Itu cakap seorang kawan yang geram.

Apakah NUJ nak tanggong risiko wartawan start lawan buka cerita-cerita sensitif gitu sepanjang masa.

Kalau Hatta nak tau pokok pangkalnya depa dok tanya kenapa Malaysian Insider hanya berani mengendap forum orang Melayu saja…nak cari salah pegawai kerajaan Melayu saja.

Ada dengar depa pi mengendap forum kaum-kaum lain agar laporan itu seimbang.

Kita pun tau trendnya sekarang memang puak-puak ni mau kasi orang bukan Melayu marah dan marah pada orang Melayu aje menjelang PRU ke 13 ni.

Kalau kerja mengendap dengan nawaitu macam Boo Su-Lyn tu namanya freedom of the press …selamatlah Malaysia dan all the best pada NUJ.

Kawan: berani mengendap orang mandi aje

Penghuni Gua : Jom kita ramai-ramai mengendap. Kita mengendap Hata dan NUJ juga. Lepas ini wartawan Al Islam boleh le menjalankan semula aktiviti mengendap di gereja bagi mengetahui aktiviti mengkristiankan orang islam. Boleh kan? Hata dan NUJ yang arahkan !!!!

2. Jom mengendap !!!

Sunday, 10 October 2010

JANGAN TEMBERANGLAH HATA / NUJ !




Kegiatan wartawan menyelinap masuk ke dalam majlis-majlis tertutup untuk mendapatkan berita merupakan satu perkara biasa dalam dunia kewartawanan di Malaysia, kata Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ).

Sehubungan itu, presidennya, Hata Wahari, hari ini menyangkal dakwaan Puteri Umno bahawa tindakan seorang wartawan portal berita yang didakwa menceroboh masuk sebuah majlis tertutup pergerakan itu pada 27 September lalu sebagai tidak bertanggungjawab.

Penghuni Gua : Tak usah temberanglah NUJ apa lagi Hata. Nak temberang apa. Warna kau orang semua kita semua dah tahu. NUJ dan Hata bebas? Nak kebebasan? Sudahlah.

2. NUJ dan Hata kata tak salah wartawan menyamar. Oklah, PG pun boleh terima. Tapi semasa wartawan Al Islam menyamar ke dalam gereja untuk mengetahui dakwaan gereja mengkristiankan orang islam dulu mengapa NUJ dan Hata sendiri ( walaupun belum jadi presiden NUJ ) kemetot diam membisu malah mengecam lagi wartawan Al Islam . Wartawan Al Islam dikatakan tak beretika.

3. PR jangan cakaplah. Minta polis ISAkan wartawan Al Islam ini. Masa tu, NUJ kemana, Hata kemana. Sama aje suaranya dengan PR dan termasuk Majlis Peguam yang siang malam mengecam wartawan berkenaan. Ini termasuklah si Khalid Gereja dan sebagainya.

4. Alih-alih dalam kes wartawan Boo ini pulak, boleh dan tak salah pulak. Malah Hata kata tak langgar etika kewartawanan.

5. Kalau Akhbar arus perdana bukan main , NUJ dan Hata mengehentam kononnya pemberitaannya tak bebas dan beritanya hanya mengikut tuan akhbarnya. NUJ dan Hata kononnya perjuangkan kebebasan media . Kononnya lah. Tapi PAS, DAP di Kelantan dan P Pinang mengaramkan liputan oleh akhbar arus perdana kerana kononnya liputan mereka tidak diperlukan. Kebebasanb apa?

6. Mengapa Hata dan NUJ macam mulut naik kurap diam membisu dan tidak mengecam kerajaan PAS Kelantan dan DAP di Pulau Pinang?

7. Hata ini pakai baju wartawan ke pakai baju politik. PG dengar , dia ini cakap je berdegar-degar. tapi punggungnya penuh dengan tahi juga. Dengarnya dia ini adalah pendewa utama DSAI. Dulu ada juga satu makhluk presiden NUJ. Cakap nya juga bukan main . Lebih kurang sama juga lah dengan Hata ini. Akhirnya pecah tembelang melakukan gangguan seksual terhadap rakan setugas wanita di luar negara. Ke mahkamah akhirnya.

8. Akhirnya mengundur diri dan dipulaukan dengan penuh hina? Apa cerita?

9. Hata ni pun lebih kurang jugalah temberangnya. Habok pun tak ada!!! Tak gitu!!!

PETA PELAYAR