FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / TIAN CHUA. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / TIAN CHUA. Show all posts

Wednesday, 23 June 2010

BATU : CAKAP TAK SERUPA BIKIN !





Ahli parlimen Batu Tian Chua akan memfailkan permohonan bagi merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengenakan hukuman denda yang boleh menyebabkan kerusi parlimennya diisytiharkan kosong. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Dulu katanya tak akan merayu atas apa pun keputusan YAA Hakim dam kes nya. Sekarang lain pula.
2. Cakap tak serupa bikin. Itu pun penyokongnya bersorak sorai dengan pemimpinya yang tiada pendirian ini. Penyokong terus tertipu, ditipu dan membenarkan ditipu.

3. Kesian!!!!!!!!!!!!

Saturday, 19 June 2010

TIAN CHUA BUNGKUS : KARPAL SINGH !




KUALA LUMPUR 18 Jun - Satu persoalan telah timbul sama ada pemimpin pembangkang, Tian Chua perlu mengosongkan kerusi Parlimen Batu selepas Mahkamah Tinggi semalam mengurangkan dendanya kepada RM2,000 kerana menggigit seorang anggota polis pada Disember 2007.

Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini berkata, kerusi Parlimen itu perlu diisytiharkan kosong mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa seorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan dia tidak mendapat pengampunan.

Karpal berkata, mengikut Perkara 53 perlembagaan itu, seorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan serta-merta jika dia tidak merayu keputusan mahkamah dalam tempoh 14 hari.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, ialah Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Karpal yang juga seorang peguam memberitahu media di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bahawa pada 1975, Ahli Parlimen DAP, Fan Yew Teng terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen Menglembu selepas dia dihukum penjara enam bulan dan didenda RM2,000 selepas disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan.

Bagaimanapun, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Tian Chua bertegas bahawa anak guamnya masih kekal sebagai Ahli Parlimen dan hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Karpal sudah tunjukkan jalan keluar kepada Tian Chua / anjing penggigit polis ni. PG juga bersetuju dengan hujah Karpal Singh. Di bawah ini di paparkan kes Fan Yew Teng yang Karpal sebutkan di atas :



[1975] 1 MLJ 176
PUBLIC PROSECUTOR v FAN YEW TENG
Case Details:

Malaysia [Kuala Lumpur — Criminal Trial No 4 of 1974]

Judges [OCRJ (ABDUL HAMID) J

Date 13 JANUARY 1975

Citation [1975] 1 MLJ 176



Catchwords:

Criminal Law and Procedure — Sedition — Freedom of Speech — Seditious tendency — Whether speech has tendency to excite disaffection — Sedition Act, 1948, ss 3 and 4.

Facts:

The accused was charged for publishing a seditious publication ie an article under the caption “Alliance Policy of Segregation ’Evidence Galore’ listed by Dr Ooi” in the December 1970 issue of the Rocket an official organ of theDemocratic Action Party, giving the full text of a speech deliverecd by Dr Ooi Kee Saik.

Holdings:
Held: :


(1) on the evidence produced by the prosectuion the court was satisfied beyond reasonable doubt that the accused published the article which was the subject of the charge;


(2) the speech read as a whole, even accepting it in a somewhat larger and broader latitude of the type of criticism expected from the leader of the opposition party making a speech political in nature, and bearing in mind the limits governing the right to freedom of speech and expression, had gone beyond what is sanctioned by the law and had in fact a seditious tendency;

(3) the accused was therefore guilty of the offence charged and should be fined $2,000 in default six months imprisonment.

2. Tian Chua , selamat bersara. PG percaya selepas ini, takkan ada lagi MPs dan ADUNs PR yang berani berdemo haram dan sebagainya. Sekarang ini pun, mereka dah tak berani nak berdemo haram lagi. Lihat sajalah. Yang dikerah hanyalah pengikut tegar mereka yang mengikut membabi buta untuk berdemo. Mereka pejuang ? Maaflah! MPs dan ADUNs PR ini semuanya penakut dan kemetot. Masing-masing ingin menjaga periuk nasi mereka sahaja. Pengikut ajelah yang diperkudakan.

3. Tahniah kepada kerajaan dan semua pihak yang bertegas dalam hal ini. Yang mustahaknya penguatkuasaan. Beri isyarat yang betul kepada penyangak ini. Biar mereka tahu negara ini masih ada undang-undang. Diharap Peguam Negara mempercepatkan lagi perjalanan kes-kes yang berkaitan mereka ini atau yang serupa dengannya.

4. MPs PR terutamanya, berani lagi ke berdemo? Lim Guan Eng? Dah 6 bulan tak lihat dia berdemo. Takut hilang kerusi di Pulau Pinag dan negeri Pulau Pinang kot? Ada 10 kes lagi MPs dan ADUNs PR yang dituduh di Mahkamah yang masih belum selesai. Selesaikan cepat. Berikan pengajaran yang secukupnya kepada MPs dan ADUNs PR yang sering melanggar undang-undang dan kepala mereka yang nampak semakin membengkak membesar.

5. Kepada MPs dan ADUNs PR dijemputlah berdemo minggu depan . Demo anjuran GERTAK yang katanya nak berhimpun depan Istana Negara. Berani ke? Mahfuz pun dah naik kemetot. Yang berani mungkin bekas MPs ajelah seperti kuda kalah perang Mat Sabu tu.............Kesian Mat Sabu..................

6. Kepada Tian Chua: Anda dah janji takkan merayu jika keputusan tak memihak kepada anda. Anda katakan tak akan merayu dan rela diadakan PRK. Itu kata anda dululah semasa dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah sesyen dulu. Jadi PG rasakan dari pemerhatian gerak geri Tian Chua sehari dua ini, macam nak merayu aje. Sayang juga nak lepaskan dan adakan PRK. Cakap tak serupa bikin rupanya. Katanya PKR kuat dan diterima rakyat, mengapa takut nak lepaskan kerusi Batu?

7. Faham-faham lah. Cakap aje mereka ni!!!!

Nota : Pada pandangan PG, alasan Tian Chua dan peguamnya bahawa Tian Chua tidak hilang kelayakan sebagai MP Batu kerana YAA Hakim telah mengatakan hukuman RM 2000 bagi mengelak PRK diadakan dengan kos yang besar, tiada pemberat dan tiada kaitan. YAA Hakim hanya perlu jatuhkan hukuman seperti diperuntukkan. Gugur atau tidak Tian Chua sebagai parlimen Batu, hal yang lain seperti mana kes Fan Yew Teng 11974 MP Menglembu di atas. Speaker dan SPR lah penentunya berdasarkan perlembagaan...............
Apa pun , kita semua tunggu perkembangan lanjut . Cuma nak tengok samada Tian Chua pegang atau tidak janjinya!!!!!!!!!!

Friday, 18 June 2010

ANJING ( PENGGIGIT POLIS ) TERSEPIT , TERSELAMAT !





Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan ahli parlimen Batu, Tian Chua kerana menghalang tugas polis dengan menggigit seorang anggotanya di luar bangunan parlimen tiga tahun lalu tetapi mengurangkan denda kepada RM2,000 atau penjara dua bulan.

Berikut keputusan itu, Tian yang nama sebenarnya Chua Tian Chang, akan kekal sebagai ahli parlimen Batu kerana hukuman yang dijatuhkan itu tidak mempengaruhi kedudukannya sebagai ahli parlimen. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Terselamat haiwan penggigit polis ini dari hukuman yang boleh menyebabkannya hilang kerusi parlimen Batu.

2. PG perhatikan sekarang ini, MPs dan ADUNs PR amat kurang sekali/ tak ada langsung berdemo haram . Yang dok berdemo hanyalah kuda tunggangan dan macai-macainya sahaja. Tahu pulak takut hilang kerusi MP dan kerusi ADUN. Yang di kudakan dan di kerah hanyalah macai dan pencacai yang menjadi pengikut butanya sahaja berdemo haram.

3. Tahu takut. Dah kata nak berjihad sana sini. Kena denda dan penjara sikit aje dan kecut perut. tahu pulak nak jaga periuk nasi masing-masing. Yang kesiannnya, macai dan pencacainya sahaja yang berkeringat berdemo haram yang tak berfaedah. Pemimpin mereka bersorak sorai di pejabat berhawa dingin. Kesian.

Nota : Mungkin kerusi MP Batu miliknya akan terlepas juga kot. Denda RM 2000.00. Rasanya PRK di Parlimen Batu...............!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, 17 March 2010

LANGGAR MATI TENTERA OLEH TIAN CHUA : TAK TUBUH SURUHANJAYA KE ?





JOHOR BAHRU: Seorang anggota tentera maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan kereta yang dinaiki Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, di KM49 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti, dekat Kota Tinggi, malam tadi. Mohd Salleh Hamdan, 22, yang koma akibat cedera parah dalam kemalangan itu, meninggal dunia dua jam selepas tiba di Hospital Kota Tinggi. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Sehingga kini tak ada pula PG dengar dari PKR, PAS atau DAP mencadangkan satu Suruhanjaya atau satu Jawatan Kuasa Siasatan di tubuhkan bagi menyiasat tentang kemalangan maut tersebut.

2. Nyawa tentera tersebut murah dan tiada harga ke? Mungkin Nyawa Kugan dan Teoh Beng Hoc lebih berharga berbanding Tentera ini barangkali.

3. Tak ada pula Singa-singa PAS seperti Mahfuz ke , Tantawi ke, atau Singa DAP seperti si Gobind atau Lim Kit Siang ke atau pun singan PKR seperti Shamsul AMK ke yang mendesak kerajaan menubuhkan kalau tidak Suruhanjaya pun , sekurangnya Jawatan kuasa Siasatan untuk siasat kemalangan maut ini.

4. Keadilan untuk Kugan dan Bneg Hock sahaja ke?

5. Itulah PR . Lebih tepat PKR. Keadilan hanyalah untuk mereka dan parti mereka sahaja.

6. Saja nak geletek sikit. Sebabnya selalunya mereka ini pandai sangat dan pakar dalam semua perkara. Naik meluat.

PETA PELAYAR