FOLLOWERS

Showing posts with label PPP. Show all posts
Showing posts with label PPP. Show all posts

Sunday, 24 May 2009

MURU PRESIDEN BARU PPP : AYO! YO! YO!


Berita Harian
24 mei 2009

Murugiah dipilih Presiden PPP yang baru

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah dipilih sebulat suara Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu, di sini. Keputusan memilih Murugiah diumumkan tepat jam 1.10 tengah hari ini yang sebelum itu menyaksikan semua Exco lama PP dipecat. EGM itu juga tanpa kehadiran Presiden sebelum ini, Datuk M Kayveas.

Sebelum ini, Majlis Tertinggi (MT) PPP yang dipengerusikan Kayveas memecat Murugiah sebagai anggota MT parti itu atas dakwaan mengamalkan politik wang.

Penghuni Gua : Ayo ! Yo! Yo apa sudah jadi.

2. Beginilah balasan kepada parti nyamuk aedes yang suka sangat bising dan bermulut besar. Balasan kepada kebijakkan mereka. Sebelum ini 2 pemimpin ini berlagak lebih daripada pengerusi BN. Cadang itu, cadang ini, seolah mereka lah pandai. Komplen itu, komplen ini, bergaduh denganMr Samy, Gaduh dengan keng Yaik dan sebagainya.

3. Nah kau. KPI sendiri pun tak lepas. PG rasa akhirnya parti yang banyak cakap ini akan terpaksa menerima sentuhan Pemimpin UMNO juga untuk menyelesaikan masalahnya. Dah banyak kali berlaku sebelum ini.

4. Kelmarin pun, Presiden yang banyak cakap iaitu Ong Tee Keat pun tak dapat selesai dan tak dapat nak redakan masalahnya dengan Cha Soi Lek. Akhirnya UMNO juga yang selesaikan dengan lantik Chua sebagai penyelaras 5 negeri yang BN tewas.

5. Sebelum ini pun semasa krisis Presiden MCA antara Lim Liong Sik dan Lim Ah Lek, Tun juga yang memberikan pelan pemulihan. Selesai . Dan banyak lagilah contohnya bagaimana parti komponen yang presiden dan pemimpinnya yang banyak bercakap serupa PPP ini akhirnya terpaksa beraknya di basuh oleh pemimpin UMNO yang kerap mereka ugut, keji, kecam dan sebagainya.

6. Kepada Murugiah dan Keyveas : 2 x 5 aje.

7. Kepada pengerusi BN dan PM, biarkan Muru berada dalam kerajaan. Biar panas punggung Keyveas dan dengan cara itu mulut dia tu boleh di gam sikit.

8. PG nak bagi talkin awal lagi kepada PPP. Nak cari batu nisan kepadanya. Tak ada dalam BN lagi baik. Ada pun buat semak dan naik menyampah kita semua dibuatnya.

Sunday, 17 May 2009

T. MURUGIAH BARU SEDAR ? KESIAN !



Berita Harian
17 mei 2009

Murugiah cabar Kayveas bersemuka

BENTONG: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah mencabar Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas bersemuka dengannya dalam pemilihan parti, Jun ini.

Beliau berkata Kayveas tidak patut berada dalam Barisan Nasional dan mencabarnya supaya tinggalkan parti itu dan BN. Katanya, Presiden PPP itu patut keluar BN berikutan tindakannya yang cuba mempengaruhi masyarakat India untuk membenci kerajaan biarpun hakikatnya pelbagai bantuan diberikan kepada kaum terbabit.

Malaysia kini

Seorang daripada tujuh anggota Parti Progresif Penduduk (PPP) yang dipecat semalam oleh Lembaga Displin parti itu menyatakan beliau tidak akan merayu terhadap pemecatan itu, sebaliknya akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya menyiasat akaun parti itu.

"Saya tidak akan membuat rayuan kerana tindakan yang diambil oleh parti (pemecatan) adalah tidak sah... kenapa saya mahu merayu. Itu bermakna saya menerima keputusan yang dibuat secara tidak sah," kata ketua PPP Cawangan Brickfields Utara M. Jeyaratnam kepada pemberita di Ipoh hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Membaca 2 berita di atas seperti juga PG, semua pelayar Blog dan orang ramai di luar sana tidak terkejut langsung tindakan PPP di atas, terutama dengan presidennya.

2. Parti nyamuk ini, sepanjang masa berada serumah dengan BN , sentiasa menjadi duri dalam daging kepada semua komponen BN. Semua parti dan pemimpin parti komponen BN di carinya gaduh. Tak ada kerja lain.

3. Sepanjang PG ingatlah, atau sejak PG kenal PPP ini, tidak pernah sekalipun, PPP atau pemimpinnya pernah memberikan satu cadangan bernas pun samada bagi kemajuan negara ataupun bagi kekuatan BN. Tak ada.

4. Yang ada hanyalah gaduh gempar. Ugut nak keluar kalau dah hampir PRU. Itulah cadangan paling bernas pun. Satu lagi pandangan bernas dia orang ini hanyalah meminta jawatan Menteri dan Tim. Menteri, mengalah 3 parti komponen utama termasuk mengalah Sabah dan Serawak.


5. Hasilnya, bila di beri jawatan menteri dan Tim. Menteri, tak ada kerja lain. Bawa TV dan buat kenyataan spekulasi serta perkauman. Tuduh jabatn kerajaan, tuduh PDRM, tuduh kementerian kesihatan dan serbu bilik mayat penjenayah dan sebagainya.

6. Dalam bab PPP ini, PG bukan nak kata apa : cuma sepetutnya BN atau UMNO ni, melayan PPP ini macam Samy Vellu melayan PPP dan presidennya. Mr Samy tegur pemimpinnya pun tak mahu. Padan mukanya.

7. Pada pandangan PG, cara presiden PPP ini respon dan sentiasa mencari kontroversi ialah bagi menutup kelemahan PPP sendiri dan pemimpinnya. Macam manalah nak jadi menteri dan meminta kawasan lebih masa PRU, nak menguruskan pentadbiran PPP pun tak mampu.

8. Hal-hal minit serta lapuran menyuarat agung parti pun tidak dihantar kepada ROS. Mana le layak nak jadi menteri. Silap kot masa Pak lah dulu bagi muka sangat .

9. Pengakhir kata: Kuburkan terus PPP dari BN. Tengok ke mana dia boleh pergi. Ada pun buat semak aje. Juga kepada sebuah parti lagi komponen BN yang kerap ugut nak keluar dan semalam mencadangkan DUN Perak dibubarkan.

10. Kedua-dua parti ini tak layak pun berada dalam BN. Memerintah P.Pinang dulu pun atas ikhsan BN dan MCA. 2 kali UMNO dan 1 kali hak MCA menjadi Ketua Menteri dirampasnya. Itu pun masih tak bersyukur. Cakap bukan main garang. Tak garang pun. Lembut ada le. Buat suka dek orang aje.

11. Selamat jalan PPP. Dan Kesian kepada T. Murugiah. Ini kerana dia baru sedar siapa Keyveas. Kesian. Dah terlambat. Selamat jalan kedua-duannya.

12. PG nak bagi talkin awal-awal kepada PPP, Keyveas dan T. Murugiah. Semuga semuanya aman damai setelah tiada di arena politik Malaysia. .......

Bila lagi Kayveas....? Tanya Awang Selamat



Rencana ( 17 mei 2009 )


Sekali lagi, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), M. Kayveas bermain politik ugutan. Terbaru beliau mengancam untuk membawa parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti jika tuntutan parti itu tidak ditunaikan.

Awang sudah bosan dengan sikap dan kerenah beliau. Sebelum ini, beliau pernah mengugut keluar BN jika kerajaan tidak meminda ISA. Begitu juga kata duanya kepada kerajaan jika tuntutan PPP berkaitan kerusi Parlimen dan jawatan Kabinet, tidak ditunaikan.

Awang sebenarnya menghitung hari untuk melihat PPP keluar daripada BN. Anehnya sampai hari ini parti itu dan Kayveas sendiri masih kekal. Sesungguhnya tindakan beliau sudah keterlaluan dan tidak boleh dibiarkan lagi. Pada Awang, Kayveas bukan setakat menjadi duri dalam daging malah boleh dianggap ‘wabak yang berbahaya’.

Pendekatan mengugut dan mengenakan tekanan terhadap kerajaan BN ternyata mengkhianati konsep muafakat dalam parti besar itu.

Jika Kayveas mengambil strategi sedemikian dengan andaian BN yang dipimpin oleh UMNO semakin lemah selepas Pilihan Raya Umum ke-12, itu percaturan yang silap.

Awang pernah menulis dalam ruangan ini menasihatkan Kayveas supaya mencermin diri. Prestasi PPP di bawah Kayveas selama ini pun tidak begitu menyerlah. Menurut pandangan ramai pemerhati, beliau lebih hebat dari segi mempromosi parti dan dirinya sahaja.

Mungkin benar kata bekas Penasihat PPP, S.I Rajah, Kayveas sepatutnya meletakkan jawatan kerana prestasi hambar sepanjang 15 tahun mengetuai parti tersebut. Beliau juga tewas teruk di kerusi Parlimen Taiping pada pilihan raya umum lalu dan wajar mengambil tanggungjawab dengan berundur.

Sebelum ini, Kayveas yang cuma memimpin parti kerdil, mendapat banyak faedah dalam BN. Biarpun kecil, parti itu tidak pernah sunyi daripada kontroversi. Terbaru, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator, T. Murugiah dipecat selepas ada ura-ura beliau akan bertanding mencabar Kayveas bagi jawatan Presiden.

Awang tidak berminat tentang politik dalaman parti itu. Yang pasti Kayveas tidak berlaku adil kepada BN. Awang mahu merayu beliau tetapi bukan merayu untuk kekal sebaliknya keluar segera. Tanpa Kayveas, BN tidak akan kerugian apa-apa.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT


Penghuni Gua : Dah lama ucap bye bye bye kepada beliau. Rasa tiada dan memang tiada.

PETA PELAYAR