FOLLOWERS

Thursday, 8 July 2010

DEBAT FELDA : BOLEH JALAN LAH !!!!!





Pengerusi Pertubuhan Anak-anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman menolak saranan balas Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan untuk berdialog berhubung dakwaan kemerosotan rezab tunai Felda. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kepada Dato Ahmad Mazlan, jangan melayan kerenah ANAK ini. Membuang masa aje. Mereka yang suka berdebat ini, kebiasaannya ( memang begitu pun ) hanyalah pandai mencari salah dan kelemahan orang lain. Itu aje kerjannya. Otak mereka kosong.

2. 5 hari , 5 malam pun mereka sanggup tak makan minum asal dapat bercakap dan berdebat. Mereka yang begini selalunya otak kosong. Tak ada cadangan. Hanya nak berdebat untuk kepentingan politik aje.

3. Sebab itu mereka tak mahu dialog. Dialog ini , adalah kaedah terbaik mencari penyelesaian. Bukan debat. Debat ini hanya nak tunjuk gah sahaja. Penyelesaian nya kosong. Lepas debat , maka masing-masing dada kembang dan hidung pun kembanag kempis. Hasilnya kosong.

4. Buang masa aje berdebat dan dialog dengan puak ini ! Teruskan tindakan saman. Itu lebih afdal. Ajar mereka ini. Bukan aje mereka yang boleh saman menyaman, tetapi kerajaan juga boleh menyaman mereka.

5. Kalau berdebat dan berdailog pun , ia akan dijadikan keterangan dalam saman Felda itu nanti. Jadi lebih baik , Felda serahkan isu ini untuk mahkamah selesaikan.

6. Biar mereka tahu langit tu , tinggi ke rendah.

7. Felda tu, kubu kuat kerajaan. Itu yang masing-masing nak cari isu untuk kekalkan momentum sehingga PRU 13. Sebabnya , mereka dah kekeringan isu di samping masalah dalaman parti masing-masing yang haru biru sekarang ini. Selepas seorang, seorang MP dan ADUN , bertindak keluar dari PR. Mereka sedang kepanasan. Biar mereka terus panas.

8. Kepada ANAK : Boleh jalanlah. Kerajaan dan felda tak sebodoh anda. Perangkap anda tak pernah mengena pun. Letak lah nama apa pun pertubuhan anda. Semuanya kami tahu temberang anda................Semuanya untuk PR. Jadi !!! Sudahlah. Naik menyampah dengan hipokrasi mereka ini. Semuanya hanya politik.

Nota : Kalau PR ni prihatin sangat tentang masalah rakyat : Bantulah ibu tunggal di Selangor, yang sehingga kini masih menagih janji bantuan sara hidup yang dijanjikan oleh PR dalam menifestonya semasa PRU 12. Yang ini pun terkial-kial nak tunaikan. Cakap bolehlah!!!!!

LANTAK KAU LE BALA !!!!!!!!!!!!!!



Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam kini mendakwa bahawa penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda tidak bersalah dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. ...................................................................................................................................

"Dia tidak ada kaitan dengan kes ini ... pada saya, orang ini tidak bersalah," kata Balasubramaniam dalam sidang akhbar di London hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Ok Bala. Selagi boleh putar, putarlah. Masa bila lagi nak putar dan nak spin. Lagi lama putar dan spin lagi lama dapat sponsor dan menetap di London.

2. Biasalah. Semua tahu. Dunia pun boleh dipusing sdeperti gasing kalau ada 10 orang macam Bala ini.

3. Yang lain tu, hanya mempergunakan Bala ( yang memang mahu digunakan ) untuk kekalkan momentum untuk menggugat kerajaan bagi menghadapi PRU 13. Yang mana ketika ini mereka tiada isu lain. Jadi Bala adalah aset penting untuk kekalkan momentum ini.

4. Siapa taja Bala? Semua tahu.....................................................................

Nota : Zaid kata tak salah dia berjumpa Bala dan RPK kerana kawan lama. Bagus benar peguam handal ( he he he he ) ni berhujah. Tak salah ke , melindungi penjenayah?..................................................Entahlah....................................Zaid kan manusia serba sempurna seperti juga pejuang ulung DSAI. Manusia sempurna katakan.

Fikirkan pengundi muda : jangan kita tertipu dengan kelentong bodoh beberapa manusia ini.

Wednesday, 7 July 2010

SUHAKAM : DI PLATFORM MANA SEBENARNYA ?






Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dilarang daripada memasuki tapak pembinaan Istana Negara baru yang sedang dalam pembinaan ketika cuba menyiasat dakwaan bahawa pekerja asing dilayan dengan teruk dan ada juga dikatakan tidak menerima gaji bagi tempoh tiga bulan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PG hairan juga dengan SUHAKAM ini. Apa peranan dan fungsinya. Memanglah ia boleh menyiasat mengenai pelanggaran yang berkaitan hak asasi manusia di Malaysia ini. Isunya mengapa kalau kes berkaitan dengan desakan pembangkang cepat sangat mereka bertindak. Tak ada aduan resmi pun , bukan main proaktif mereka bertindak. Hanya berdasar lapuran akhbar.

2. Bila melibatkan isu dan pelanggaran hak asasi manusia yang dibuat oleh pembangkang dan NGOs yang sama dengannya tak ada pula SUHAKAM bertindak. Terus senyap sahaja. Di mana peranan SUHAKAM sebenarnya.

3. Contohnya, demo-demo haram yang dianjurkan oleh pembangkang di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur sejak dahulu. Selain melanggar undang-undang , ia telah menyusahkan rakyat terbanyak kerana akibat dari demo haram ini, keadaan kesesakan amat teruk dan menjejaskan kehidupan kami semua . Malah dalam demo-demo haram ini , kanak-kanak juga di eksloitasi oleh pembangkang untuk berdemo dan menjadi perisai manusia. Mengapa dalam hal ini SUHAKAM tak menyiasat dan membuat perakuan kepada kerajaan apa yang patut dilakukan terhadap pendemo haram ini?

4. SUHAKAM perlu ingat, hak asasi manusia ini ada dua bahagaian. Hak asasi individu atau kelompok kecil dan yang keduanya hak asasi awam. Hak asasi awam yang perlu diutamakan. Bukan sebaliknya.

5. SUHAKAM ini berdiri di platform mana sebenarnya. Ditengah, di kiri atau di kanan? Nampaknya ke arah kiri. Macam suara pembangkang aje!!!!

6. Dalam kes di atas pun , bukan main SUHAKAM bertindak nak menyiasat kontraktor yang membina istana DYMM Seri Padukan Baginda Yang Di Pertuan Agung. Bukan main cepat lagi. Aduan resmi pun tak ada. Begitu cepat sekali mereka bertindak.

7. Minta SUHAKAM komen sikit. !!! Hak asasi awam atau hak asasi individu / kelompok kecil yang menjadi keutamaan SUHAKAM? Yang nampaknya jelasnya ialah , SUHAKAM lebih utamakan hak asasi individu dan kelompok kecil ( yang menentang kerajaan sahaja ) yang sibok disiasatnya.

8. Mengapa ya???? Ada apa-apa kot!!!!!!!!!!!!!!!!!

MALAYAN LAW JOURNAL : KES RILIHANRAYA / IMBANGAN KEBERANGKALIAN !



[1993] 3 MLJ 533
Hamad bin Mat Noor v Tengku Sri Paduka Raja & Ors
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA TERENGGANU) — ELECTION PETITION
NO 3 OF 1990

Judges LAMIN J

Date 23 JUNE 1993
Citation [1993] 3 MLJ 533


Catchwords:

Elections — Petition — Allegation of corrupt practice — Bribery of voters — Petition to declare election null and void — Standard of proof — Election Offences Act 1954 ss 11, 31, 32 & 33
Elections — Petition — Procedure — Whether ‘rules of court’ include the Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) — Election Offences Act 1954 s 42

Evidence — Election offences — Allegation of corrupt practice — Standard of proof before court of election judge — Balance of probabilities — Election Offences Act 1954 ss 11, 32 & 33

Civil Procedure — Election offences — Petition — Procedure — Court of election judge — Whether civil court — Whether regulated by Rules of the High Court 1980 — Election Offences Act 1954 s 42(1) — Rules of the High Court 1980

Words and Phrases — ‘Rules of court’ — Whether includes Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) — Courts of Judicature Act 1964 ss 16 & 17 — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) — Election Offences Act 1954 s 42(1)

Bahasa Malaysia Summary:

Berikutan suatu pilihanraya dewan undangan negeri, pempetisyen telah memfailkan suatu petisyen bagi deklarasi bahawa pimilihan responden pertama adalah batal dan tidak sah atas alasan yang responden pertama, dengan sendiri atau melalui agennya, telah melakukan perbuatan rasuah. Peguambela responden pertama menghujahkan bahawa perbuatan yang dikatakan telah dilakukan itu bersifat jenayah atau kuasi-jenayah, dan oleh itu, standard membukti mestilah sama seperti yang dikenakan dalam kes jenayah, iaitu beban membukti terletak pada pempetisyen untuk membuktikannya sehingga tidak ada keraguan yang munasabah.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak bantahan responden pertama:

(1) Perbuatan rasuah yang dikatakan telah dilakukan oleh responden pertama itu termasuk dalam makna s 32(c) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (‘Akta itu’) dan tidak satupun daripada perbuatan yang disebutkan di dalam s 32 Akta itu bersifat jenayah. Jika perbuatan tersebut boleh dibuktikan, itu akan menjadi asas untuk mendeklarasikan bahawa pilihan responden pertama adalah batal dan tidak sah, tetapi tidak ada keputusan bersalah dan tidak ada sabitan.
(2) Mahkamah hakim pilihanraya adalah suatu mahkamah sivil dan pendapat ini diperkuatkan oleh s 33(2) Akta itu, iaitu kuasa hakim untuk memanggil saksi dan mengarahkan supaya mereka bersumpah di hadapannya, adalah seberapa sama yang keadaan membolehkan (as nearly as circumstances admit) seperti seorang hakim Mahkamah Tinggi yang bersidang dalam menjalankan bidang kuasa sivil asalnya (original civil jurisdiction).

(3) Untuk memutuskan sama ada sesuatu perbuatan itu bersifat jenayah, seseorang mesti menanyakan soalan sama ada ia melibatkan akibat penal. Perbuatan yang disebutkan di dalam s 32 Akta itu tidak membawa sebarang hukuman dan oleh itu, standard membukti yang diperlukan mestilah sama dengan yang dikenakan dalam prosiding sivil, iaitu pada imbangan kebarangkalian.

(4) ‘Kaedah-kaedah mahkamah’ tidak termasuk Kanun Acara Jenayah (FMS Bab 6) (‘Kanun itu’). Kanun itu diperbuat oleh Parlimen manakala ‘kaedah-kaedah mahkamah’ dibuat oleh suatu jawatankuasa kaedah yang dilantik di bawah s 17 Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Kaedah-kaedah itu dibuat untuk mengawalselia kelakuan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Agung dalam bidang kuasa sivil mereka. Untuk tujuan kes ini, perkataan ‘kaedah-kaedah mahkamah’ di dalam s 42(1) Akta itu mesti bermakna Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Tuesday, 6 July 2010

PARTI AJARAN SESAT : PAS MARAH? KIH KIH KIH !!!!



'PAS parti ajaran sesat', Shafie Apdal biadab
author_photo("Abdul Rahim Sabri")
Abdul Rahim SabriJul 6, 1012:03pm
1012:03pm


PAS menganggap ucapan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menuduh parti itu sebagai parti ajaran sesat adalah satu kenyataan yang biadab. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Nampaknya melenting sakan pemimpin PAS apabila di kata oleh YB Shafei bahawa parti itu " Parti Ajaran Sesat ( PAS ) ". Tahu pulak melenting dan siap buat repot polis lagi. Cuba PAS dan pemimpinnya fikir balik dan memandang ke belakang.

2. Cuba lihat apa yang sudah dan telah pemimpin PAS katakan kepada UMNO dan pemimpinnya sebelum ini termasuk kepada pemimpin kerajaan. Daripada kafirkan UMNO, UMNO kafir, pemimpinnya kafir, Tun Mahathir Mahafiraun, Najib Atlantuya, parti babi, UMNOGOK, dan berbagai bahasa syaitan lain yang digunakan. Bab animasi yang dilukis jangan cakap cakaplah. Buka aje blog penyokong parti dan blog pemimpin mereka. Ya Allah, mengalah bahasa kami yang bukan ulama ini.

3. Jadi mengapa melatah bila dikatakan demikian. Siang malam , pagi petang sebaik buka mata dan selepas sembahyang , dengan jubah dan serban masih di kepala, terus memfitnah dan mencarut. Lihat ajelah kalau kita mendengar ceramah Mat Sabu. Lihat apa yang dikatakan kepada DSAI ( TPM masa itu ) dengan mengata DSAI , Anuar Al Juburiiii. Lihat aje fitnah Allahyarham Buniyamin, yang memfitnah Tun Mahathir menonton blue filem dengan cucunya ( Tun dah maafkannya pun sebelum padam ....nasib baik . Semuga Allah cucuri rahmat atas rohnya ).

4. Jadi kepada PAS dan pemimpinnnya, sudahlah. Jangan hipokrit dan menunjukkan perangai baik. Lihat diri sendiri. Kalau tak suka dengan apa yang dikatakan oleh Shafie tu , maka PAS dan pemimpinya juga harus cuci diri dan fikiran dengan tidak buat perkara yang sama.

5. PAS , Parti Ajaran Sesat? Mungkin benar kot. Contohnya dengan mengkafirkan sesama islam , sembelihan orang UMNO haram dimakan dan mendoakan bala kepada sesama islam. Juga rasuah boleh jadi sponsor haji. Selipar Tok Guru pun boleh bawa berkat. Apa ni!!!!!Tak betul?????????????Kah kah kah kah kahkah kah kah......

6. Kata dulang paku serpih, kata orang , PAS dan pemimpinnya lagi lebihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh............!!!!!!!!!!!!!!!!!

GELI-GELI PAGI : KEADAAN TERKINI MB SELANGOR !!!

Dipetik dari : Malaysia Instinct com



Penghuni Gua : Inilah keadaan YAB Khalid sekarang. Hanya jadi kakitangan kerajaan sahaja tanpa kuasa politik. Kesian YAB Khalid. Keh keh keh keh! Keadaannya ialah, kalau MB Selangor nak cakap bab politik, misti merujuk dan memohon kebenaran dari Azmin Ali terlebih dahulu. Tak ke pelik keadaannya. Jadi ,ingat YAB Khalid!!! Ingat!!! Parti menguasai kerajaan. Bukan sebaliknya. Jadi fahamilah, ia adalah isyarat DSAI untuk menunjukkan jalan keluar kepada anda.

2. Kih kih kih kih kih kih kih !!!!!

Monday, 5 July 2010

ZAID NAK BELANJA AIS KACANG PADA RPK ? BIAR BETUL ZAID !!!!!!

( Ini namanya Ais kacang cap CHIVAS. Banyak di Kota london )




Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Seri Zaid Ibrahim mengesahkan bahawa beliau akan bertemu dengan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam dan blogger Raja Petra Kamaruddin untuk makan dan minum bersamanya selepas polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan berjumpa mereka.

“Nak ke Holiday Villa London dalam masa sejam lagi nak bertemu Bala. Bukan apa. Kerana polis dan SPRM tak mahu dan takut bertemu Bala dan Petra, saya dan kawan kawan akan belanja mereka ais kacang,” kata Zaid dalam blognya dari London, hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Ye ke ni Zaid. Nak belanja ais kacang kepada RPK ke atau , air kacang yang dah di peram. Ais kacang peram tu, berlambak le di London. Ais kacang mamak mana ada di sana. Biar betul Zaid.............Keh keh keh keh !!!!!!.

2. Mungkin juga air kacang seperti di atas kot. He he he he he he he he he!!!!!!!!!!Biar betul Zaid. Di London tu susah nak dapat ais kacang. Ais kacang peram dan ais seperti di atas tu banyak le. Mungkin untuk panaskan badan ( sebab London tu sejuk ) halal kot. Dulunya begitulah .

3. Ais kacang, keh keh keh keh keh keh !!!!!!Biar betul Zaid !!!!!!!!!!!!!!! Keh keh keh keh keh keh keh keh !!!!!!

DI DADA KARPAL NAMPAK BULAN ? BIAR BETUL POK NIK !!!!






PADA 12 November 2003, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan dokumen negara Islam yang merangkumi semua aspek konsep negara Islam termasuk tasawur, dasar, ciri-ciri sehinggalah polisi umumnya.

Ketika itu, Pas berada dalam Barisan Alternatif (BA) bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Pada masa yang sama, kedua-dua parti itu turut mempunyai kerjasama dengan DAP yang memperjuangkan konsep 'Malaysian Malaysia'.
Malahan suatu ketika, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memuji pemimpin-pemimpin DAP kerana dikatakan semakin menerima Islam. Ketika berucap di konvensyen pakatan pembangkang di Shah Alam tidak lama dulu, Nik Abdul Aziz berkata, di dada Lim Kit Siang dan Karpal Singh ada tanda bulan (lambang Pas).

Kini, pujian Nik Abdul Aziz kepada DAP terutamanya Karpal mungkin berubah apabila Pengerusi DAP tersebut secara terbuka mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan Pas sekiranya pembangkang mengambil alih negara.

Pendirian itu membuatkan Menteri Besar Kelantan mencabar Karpal membuktikan konsep negara Islam acuan Pas yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun adalah salah.

Nik Abdul Aziz turut menganggap kenyataan Karpal yang menolak gagasan pembentukan konsep negara Islam Pas jika pakatan pembangkang menguasai pentadbiran negara sebagai kenyataan peribadi.

Sebenarnya tidak timbul soal kenyataan peribadi kerana sejak dari awal lagi sama ada Karpal mahupun DAP tidak pernah memperakui secara terbuka menyokong gagasan negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas.

Tambahan pula sejak berkawan rapat dengan PKR dan DAP, Pas sendiri bukan sahaja sudah lama tidak bercakap soal menubuhkan negara Islam, malah ada pemimpin menganggap gagasan itu tidak ada dalam Perlembagaan parti tersebut.

Dalam muktamar parti itu baru-baru ini, suara-suara mengenai perjuangan membentuk negara Islam langsung tidak kedengaran sama ada di kalangan pemimpin mahupun perwakilan Pas.

Nik Abdul Aziz hanya melenting apabila Karpal terus konsisten menolak penubuhan negara Islam. Kalau Karpal tidak bercakap maka sudah pasti isu negara Islam tidak disentuh oleh Pas.

Ini terbukti apabila dalam dua pilihan raya umum lalu, Pas dalam manifestonya tidak menyentuh soal negara Islam sehingga akhirnya memungkinkan konsep negara Islam yang mereka perkatakan hanya wujud dalam bentuk dokumen semata-mata tidak lebih daripada itu.
Konsep negara Islam hanya menjadi retorik politik kepada Pas kerana ia tidak bersungguh-sungguh hendak dilaksanakan oleh parti tersebut. Apa yang lebih penting bagi parti berkenaan ialah bersama-sama PKR dan DAP menggabungkan kekuatan bagi merebut tampuk kekuasaan negara dalam pilihan raya umum akan datang.

Atas sebab itulah, DAP dilihat tidak pernah menghormati dasar perjuangan Pas kerana mereka memahami bahawa Pas bersedia mengorbankan semua itu demi mencari kuasa politik.
Kita tidak harus lupa bahawa pada 25 Jun 1999, Nik Abdul Aziz sendiri pernah berkata, ''Pas sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..."

Bagaimanapun seorang pemimpin Pas ketika dihubungi berkata, DAP sepatutnya menghormati dasar perjuangan Pas bukannya mengeluarkan kenyataan yang mengguris perasaan.

Katanya, Pas sentiasa bersedia bekerjasama dengan DAP selagi perasaan hormat-menghormati itu wujud.

''Selagi DAP hormati Pas, kita tidak ada masalah tetapi nampaknya DAP tidak mempunyai perasaan tersebut, sebab itulah Karpal sanggup mengeluarkan kenyataan itu,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut pemimpin Pas berkenaan, semua rakan di dalam pakatan pembangkang telah bersetuju dan menghormati dasar perjuangan Pas.

''Justeru, tidak timbul soal penolakan oleh mana-mana pemimpin DAP termasuk Karpal sendiri. Bagi saya, itu pandangan peribadi beliau,'' katanya.

'Pandangan peribadi' - inilah istilah yang digunakan oleh hampir keseluruhan pemimpin Pas apabila diminta mengulas mengenai kenyataan terbaru Karpal itu.

Apa yang pasti Karpal bukanlah ahli biasa, tetapi Pengerusi DAP. Jadi, pandangan beliau sudah tentu dikongsi bersama oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Adakah kenyataan pemimpin Pas itu bermaksud Guan Eng akan membela Pas?

Sepatutnya Pas belajar terhadap apa yang berlaku di Selangor kerana biarpun Pas menyumbang kerusi kepada pembentukan kerajaan negeri tetapi suara Pas seolah-olah tidak didengari.
Beberapa usaha Pas untuk menerapkan nilai-nilai Islam ditentang hebat bukan sahaja oleh DAP tetapi juga pemimpin bukan Melayu dalam PKR.

Kini, Pas tidak boleh melenting dengan kenyataan Karpal kerana Pas tidak ada kuasa untuk melawan kekuatan politik DAP mahupun PKR.
Sepatutnya, Pas menghormati Karpal kerana sentiasa konsisten dalam membuat sesuatu kenyataan. Keadaan tersebut berbeza dengan pemimpin-pemimpin Pas yang tidak pernah konsisten dalam pendirian mereka.

Akibat sikap tidak konsisten inilah, ia memungkinkan Pas hanya menjadi 'kawan mainan politik' kepada PKR dan DAP.

Mungkin pujian boleh diberikan kepada Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan yang dengan tegas menyatakan Pas bersedia mengkaji semula hubungan dengan DAP pada masa depan jika DAP terus mengamalkan sikap menikam dari belakang.

Sebenarnya, DAP selama ini bukan sahaja sudah menikam dari belakang, malah boleh disifatkan 'sudah menetak' Pas dari hadapan apabila sering sahaja melakukan tindakan yang kadangkala dilihat tidak menghormati Pas. Tetapi apa yang Pas boleh buat?

Oleh itu, apa juga penegasan dan kenyataan yang dibuat oleh Pas dalam isu negara Islam boleh dianggap retorik semata-mata. Pemimpin Pas terpaksa bersuara apabila ia disentuh oleh Karpal bagi menunjukkan kononnya Pas tetap ingin memperjuangkan konsep berkenaan.

Namun, ia hanyalah mainan lidah politik Pas sahaja. Hakikatnya, langkah bagi memperjuangkan konsep negara Islam tersebut semakin ditinggalkan oleh parti itu demi mencari kuasa bersama PKR dan DAP.

Penghuni Gua : Dulu Pok Nik cakap di dada Karpal dah ada bulan. Sekarang bagaimana pulak. Karpal dah menyanggah hujah Pok Nik tentang negara islam.

2. Sehingga kini, semua pemimpin PAS tak berani nak menyanggah sergahan Karpal. Dia tak kan benarkan negara islam ujud samada bawah UMNO apalagi PAS.

3. Senyap aje pemimpin PAS. Takut ke , nak war-warkan negara islam ala PAS dan Hudud PAS sekarang ? Tak berbunyi langsung bab hudud dan negara islam sejak berkawan dengan DAP. Islam mengajar begitu ke?

4. Serban dan jubah hanyalah sebahagian dari politik mereka. Islam pun turut sama digunakan dan diperkudakan. Jika ikhlas mengapa tak berani untuk terus berjuang untuk hudud dan negara islam? Nak negara islam dan Hudud? PAS nak sebut pun mengeletar sekarang. Sudahlah.....cakap aje le....

5. Untuk Pok Nik , bulan di dada Karpal belum mengambang lagi kot? Sekarang siapa tarbiayah siapa? Nampak gayanya Karpal lebih berjaya dalam misinya untuk menutup mulut Pok Nik dan pemimpin PAS yang lain. Nak sebut hudud pun tak berani sekarang. Tak berbunyi langsung sekarang. Si Nizar pun sekarang cakap , dalam perlembagaan PAS pun tak ada kata PAS nak tubuh negara islam atau nak laksana hudud!!!!! Keh keh keh keh.............Cakap aje. Hanya politik.

TIADA PEMILIHAN PAS : PARTI ISLAM ? SAMA AJE !!





Baru sahaja selesai Muktamar PAS ke-56 bulan lepas, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengakui wujudnya perpecahan di dalam parti itu bagi merebut jawatan tertinggi parti pada pemilihan Muktamar PAS tahun depan.

Kemelut perpecahan dilihat meruncing kerana beliau sendiri menyarankan agar tidak diadakan pemilihan bukan sahaja di peringkat tertinggi parti malahan di peringkat sayap parti iaitu Dewan Muslimat, Ulama dan Pemuda. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tiada pemilihan dalam muktamar Agung PAS? kah kah kah!!!! Bimbang ada perpecahan kerana ramai yang nak bertanding jawatan tertinggi? Kah kah kah kah !!!!

2. Rupanya jiwa islam pemimpin PAS yang di war-warkan sebelum ini begitu islamik ( kata merekalah ) sama juga dengan parti lain. Mengejar dunia dan jawatan juga rupanya. Tamak haloba juga.

3. Yang memegang jawatan pula , begitu tamak dan enggan kuasa dan jawatan mereka dirampas. Terus nak berkuasa walaupun dah bongkok tiga. Berbagai alasan diberi oleh mereka untuk kekal berkuasa.

4. Parti islam? Cakap bolehlah. Berkekah juga tiap hari. Cuma yang lebihnya mereka tidak begitu bising kerana sekatan Baiah mencagar anak bini..........................

5. Sudahlah Pak Nik. Jangan cakap le bab islam. Sama aje selagi kita manusia ni. Ada peluang merembat juga.................kah kah kah kah kah!!!!!!!!!!!!!!!! Mungkin Pak Nik dan kumpulannya rasa tergugat kot. Pak Nik mungkin dah terhidu bau, ada manusia dalam PAS nak kekoh jawatannya.

Nota : Demokrasi islam cara PAS. Tunas baru yang berhajat nak bertanding tu, hanya gigit jari dan boleh mengurut janggut ajelah....................................Si Tantawi pun , mulalah mengeluh dan beristighafar panjang le!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Keh keh keh keh keh !!!!

Sunday, 4 July 2010

ISTANA AIR MATA : AGENDA HALUS.........................YANG TAK PERNAH HENTI !!!



Ezam bidas laporan 'istana air mata'
Salhan K Ahmad
Jul 3, 10
2:20pm


Bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Noor menggesa Malaysiakini dan The Star disiasat oleh Kementerian Dalam Negeri berhubung laporan nasib yang menimpa buruh pembinaan istana baru di Kuala Lumpur.

"Malaysiakini dan The Star patut disiasat kerana laporan itu disulam motif untuk merosakkan institusi diraja," katanya ketika dihubungi hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Inilah bukti fitnah yang ditaburkan oleh pembangkang dan mereka yang mempunyai agenda jangka panjang untuk menjahanamkan isntitusi Raja-Raja Melayu. Ia serupa dengan berjuta fitnah dan gelombang cercaan yang sentiasa dilemparkan bagi melemahkan instusi ini.

2. Mereka tahu , kekuatan orang Melayu dan kerajaan selama ini adalah bergantung kepada 2 perkara pokok. Pertama institusi ini dan keduanya kepada PDRM. Inilah dua benteng utama untuk melindungi negara , kerajaan dan orang Melayu. Lemahnya kedua instusi ini maka lemahlah kesemuanya. Bertali arus mereka mencerca dan mengeluarkan berita yang tidak benar bagi melemahkan kedua institusi ini untuk jangka panjang. Begitu halus tindakan mereka.

3. PDRM sebagai pelindung ketuanan Melayu di negara ini sejak dahulu sepanjang masa di lemparkan berbagai tohmahan bagi melemahkan institusi ini. Mereka ini semua tahu, PDRM inilah yang melindungi dan mempertahankan Melayu , kerajaan dan negara ini sejak merdeka lagi. Jika mereka ini berhajat berkuasa dan bermaharajalela di negara ini, maka tidak lain , tidak bukan, kedua institusi ini perlu dilemahkan secara perlahan-lahan dengan berbagai cara.

4. Cara yang terbaik ialah seperti yang dilakukan oleh The Star dan Malaysiakini. Malaysiakini seperti mana kita tahu adalah salah satu platform bagi kumpulan ini berperanan untuk melemahkan istitusi ini dalam jangka panjang dan secara beransur-ansur. 2 ke 3 kerat melayu di dalamnnya hanyalah kuda tunggangan yang tidak tahu agenda sebenar kumpulan ini. Hanya kerana mendapat habuan sedikit , mereka buta tentang agenda menghancurkan bangsa melalui cara melemahkan isntitusi ini.

5. The Star seperti biasalah. Namanya aje dikuasai MCA tetapi seperti mana kita tahu , mereka semua sama. Agenda jangka panjang mereka adalah sama.

6. Kepada MCA dan Chua Soi Lek!!! Jangan jolok sarang tebuan. Jangan baling batu sembunyi tangan. Had kesabaran kami pun ada sempadannya. Tak ada ke orang bijak pandai seperti KJ untuk mendesak Chua Soi Lek meminta maaf. Ada telor lagi ke Pemuda UMNO di bawah KJ? Sampai kini langsung tak berkokok?

7. Ingat muda mudi melayu. Ingat , ini lah sebenarnya agenda puak ini. Tiada lain. Inilah agenda jangka panjang dan dibuat sedikit demi sedikit tetapi berterusan. Anda semua harus berfikir untuk jangka panjang. Ingat, negara ini akan diwarisi untuk anak cucu kita. Ia harus diwarisi dalam keadaan baik kalau tidak sempurna pun.

8. Kepada kerajaan, ambil tindakan segara. Jangan hanya amaran, amaran, amaran dan terus amaran. dah naik menyampah mendengar amaran demi amaran. Akhirnya hanya amaran keras. PERKASA yang tidak menulis perkara bohong pun , kerajaan sibok sangat memanggil editornya. Tetapi 2 akhbar ini bagaimana?

9. Adakah menunggu sehingga kucing bertanduk. Ambil tindakan tegas ke atas kedua akhbar ini.

Nota : Sebab itu , puak-puak ini tidak putus-putus mendesak supaya ISA, Akta Pencegahan, Akta Penerbitan dan sebagainya dihapuskan. Semuanya bagi menentukan agenda mereka akan terhasil dengan lebih cepat. Republik Rakyat Malaysia. Inilah agenda akhirnya. Melayu hanya akan gigit jari. Melayu-Melayu yang bersekongkol dengan puak ini pun lebih teruk keadaannya.................Fikirlah sendiri keadaannya. Lihat aje di Singapura. Bila Lee Kuan Yew berkuasa, semua rakan melayu dan cinanya di humban berpuluh tahun ke dalam penjara tanpa bicara. Yang terakhirnya hanya dibebaskan 2 tahun lepas dan kini sudah berumur 89 tahun. Fikirkanlah akibatnya. Ingat semua orang muda melayu. Ingat.....!!!!!Jangan kita menjadi seperti nasib Pak Pandir........................

PETA PELAYAR