[1993] 3 MLJ 533
Hamad bin Mat Noor v Tengku Sri Paduka Raja & Ors
Case Details:
Malaysia HIGH COURT (KUALA TERENGGANU) — ELECTION PETITION
NO 3 OF 1990
Judges LAMIN J
Date 23 JUNE 1993
Citation [1993] 3 MLJ 533
Catchwords:
Elections — Petition — Allegation of corrupt practice — Bribery of voters — Petition to declare election null and void — Standard of proof — Election Offences Act 1954 ss 11, 31, 32 & 33
Elections — Petition — Procedure — Whether ‘rules of court’ include the Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) — Election Offences Act 1954 s 42
Evidence — Election offences — Allegation of corrupt practice — Standard of proof before court of election judge — Balance of probabilities — Election Offences Act 1954 ss 11, 32 & 33
Civil Procedure — Election offences — Petition — Procedure — Court of election judge — Whether civil court — Whether regulated by Rules of the High Court 1980 — Election Offences Act 1954 s 42(1) — Rules of the High Court 1980
Words and Phrases — ‘Rules of court’ — Whether includes Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) — Courts of Judicature Act 1964 ss 16 & 17 — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) — Election Offences Act 1954 s 42(1)
Bahasa Malaysia Summary:
Berikutan suatu pilihanraya dewan undangan negeri, pempetisyen telah memfailkan suatu petisyen bagi deklarasi bahawa pimilihan responden pertama adalah batal dan tidak sah atas alasan yang responden pertama, dengan sendiri atau melalui agennya, telah melakukan perbuatan rasuah. Peguambela responden pertama menghujahkan bahawa perbuatan yang dikatakan telah dilakukan itu bersifat jenayah atau kuasi-jenayah, dan oleh itu, standard membukti mestilah sama seperti yang dikenakan dalam kes jenayah, iaitu beban membukti terletak pada pempetisyen untuk membuktikannya sehingga tidak ada keraguan yang munasabah.
Diputuskan:
Diputuskan, menolak bantahan responden pertama:
(1) Perbuatan rasuah yang dikatakan telah dilakukan oleh responden pertama itu termasuk dalam makna s 32(c) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (‘Akta itu’) dan tidak satupun daripada perbuatan yang disebutkan di dalam s 32 Akta itu bersifat jenayah. Jika perbuatan tersebut boleh dibuktikan, itu akan menjadi asas untuk mendeklarasikan bahawa pilihan responden pertama adalah batal dan tidak sah, tetapi tidak ada keputusan bersalah dan tidak ada sabitan.
(2) Mahkamah hakim pilihanraya adalah suatu mahkamah sivil dan pendapat ini diperkuatkan oleh s 33(2) Akta itu, iaitu kuasa hakim untuk memanggil saksi dan mengarahkan supaya mereka bersumpah di hadapannya, adalah seberapa sama yang keadaan membolehkan (as nearly as circumstances admit) seperti seorang hakim Mahkamah Tinggi yang bersidang dalam menjalankan bidang kuasa sivil asalnya (original civil jurisdiction).
(3) Untuk memutuskan sama ada sesuatu perbuatan itu bersifat jenayah, seseorang mesti menanyakan soalan sama ada ia melibatkan akibat penal. Perbuatan yang disebutkan di dalam s 32 Akta itu tidak membawa sebarang hukuman dan oleh itu, standard membukti yang diperlukan mestilah sama dengan yang dikenakan dalam prosiding sivil, iaitu pada imbangan kebarangkalian.
(4) ‘Kaedah-kaedah mahkamah’ tidak termasuk Kanun Acara Jenayah (FMS Bab 6) (‘Kanun itu’). Kanun itu diperbuat oleh Parlimen manakala ‘kaedah-kaedah mahkamah’ dibuat oleh suatu jawatankuasa kaedah yang dilantik di bawah s 17 Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Kaedah-kaedah itu dibuat untuk mengawalselia kelakuan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Agung dalam bidang kuasa sivil mereka. Untuk tujuan kes ini, perkataan ‘kaedah-kaedah mahkamah’ di dalam s 42(1) Akta itu mesti bermakna Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.]
Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq
No comments:
Post a Comment