[1993] 3 MLJ 217
Junaidi bin Abdullah v Public Prosecutor
Case Details:
Malaysia SUPREME COURT (KUALA LUMPUR) — CRIMINAL APPEAL NO
05–38 OF 1989
Judges JEMURI SERJAN (BORNEO) CJ
MOHAMED AZMI SCJ
PEH SWEE CHIN SCJ
Date 21 JULY 1993
Citation [1993] 3 MLJ 217
Junaidi bin Abdullah v Public Prosecutor
Case Details:
Malaysia SUPREME COURT (KUALA LUMPUR) — CRIMINAL APPEAL NO
05–38 OF 1989
Judges JEMURI SERJAN (BORNEO) CJ
MOHAMED AZMI SCJ
PEH SWEE CHIN SCJ
Date 21 JULY 1993
Citation [1993] 3 MLJ 217
Catchwords:
Criminal Procedure — Trial — Charge of unlawful possession of firearm under s 57(1)(a) of the Internal Security Act 1960 — Close of prosecution’s case — Whether prima facie case established by prosecution — Whether court had to consider acquittal — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) ss 173(f) & 180 — Internal Security Act 1960 s 57(1)(a)
Criminal Procedure — Trial — Close of prosecution’s case — Duty of court — Whether mandatory for judge to record reasons for calling accused to enter defence — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 180
Evidence — Criminal law — Character of accused — Whether prejudicial evidence of accused’s bad character admissible although not objected to by counsel — Whether principles governing admissibility of similar fact evidence applicable to character evidence — Whether admissible on ground of relevancy and necessity to rebut defence — Evidence Act 1950 ss 11 & 15
Evidence — Expert witness — Whether government chemist competent to give evidence of serviceability of firearm — Test to be applied in determining whether witness was expert witness — Whether witness’s lack of knowledge and experience affected admissibility or weight of evidence — Evidence Act 1950 s 45
Bahasa Malaysia Summary:
Perayu telah disabit kerana memiliki senjata api di bawah s 57(1)(a) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (‘Akta itu’) dan telah dihukum mati. Perayu telah membuat rayuan atas alasan-alasan bahawa: (a) hakim perbicaraan telah membuat kesilapan dari segi undang-undang kerana tidak memeriksa keterangan pada penghujung kes pihak pendakwa untuk menentukan sama ada kes prima facie telah dibuktikan oleh pihak pendakwa dan mencatatkan sebab-sebab untuk pendapatnya itu; (b) hakim perbicaraan telah membuat kesilapan kerana menerima keterangan watak buruk perayu yang memudaratkan dan seharusnya tidak boleh diterima, walaupun tidak ada bantahan dibuat oleh peguambela; dan (c) ahli kimia kerajaan tidak layak memberi keterangan mengenai kebolehgunaan revolver itu sebagai seorang saksi pakar.
Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:
(1) Dengan memanggil perayu untuk memasukkan pembelaannya, hakim perbicaraan, selepas meneliti keterangan, mesti berpuas hati bahawa pihak pendakwa, pada penghujung kesnya, telah berjaya menunjukkan suatu kes prima facie yang, jika tidak dipatahkan, akan mewajarkan sabitan tertuduh. Untuk membuat suatu keputusan seperti itu, hakim mestilah mempertimbangkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa yang telah diuji semasa pemeriksaan balas, atas dasar prima facie. Di dalam rayuan ini, kes prima facie pemilikan senjata api secara haram di bawah s 57 Akta itu telah dibuktikan dengan begitu jelas sehingga menjadi akademik dan tidak perlu untuk mahkamah mempertimbangkan sama ada perintah pembebasan patut dibuat di bawah s 180 Kanun Acara Jenayah (FMS Bab 6) (‘Kanun itu’).
(2) Tidak ada peruntukan statutori yang mewajarkan seorang hakim yang bersidang seorang diri untuk mencatatkan dengan nyata alasannya sebelum memanggil tertuduh membela dirinya atau menyebut pendapatnya mengenai kebolehpercayaan saksi-saksi utama pihak pendakwa. Dalam keadaan di mana terdapat sebab-sebab tertentu untuk menyatakan alasannya, seperti apabila penghujahan tidak terdapat kes untuk dijawab dikemukakan di dalam kes yang rumit atau apabila tertuduh diminta membuat pembelaan atas tuduhan lebih ringan atau alternatif, hakim adakalanya memberi alasan. Di dalam kes-kes yang tidak rumit, seperti kes ini, adalah tidak wajib atau perlu berbuat demikian. Kegagalan atau peninggalan hakim perbicaraan untuk merekodkan alasan keputusannya tentang kebolehpercayaan saksi-saksi pada peringkat perbicaraan itu tidak mencukupi dengan sendirinya untuk membenarkan rayuan itu.
(3) Meskipun peguambela telah mengaku di perbicaraan bahawa terdapat kes untuk dijawab, mahkamah masih boleh dan wajib, di peringkat rayuan, memeriksa rekod rayuan supaya berpuas hati bahawa terdapat kes untuk dijawab oleh perayu dari segi fakta dan undang-undang.
(4) Apabila tujuan mengemukakan keterangan fakta serupa atau kesalahan serupa dapat dipertahankan atas alasan kerelevanan atau keperluan untuk mematahkan sebarang pembelaan yang boleh digunakan oleh tertuduh (termasuk sebab-sebab di bawah ss 14 dan 15 Akta Keterangan 1950), keterangan watak buruk boleh diterima selagi nilai kejujuran keterangan itu melebihi kesan kemudaratannya. Mestilah terdapat sesuatu pembelaan sebenar yang hendak dipatahkan dan bukan setakat menyatakan bahawa tertuduh membawa pembelaan angan-angan sahaja. Di dalam kes ini, keterangan pemilikan fizikal revolver itu oleh seorang yang lain semasa rompakan yang lebih awal adalah sangat penting bagi pembelaan dan relevan di bawah s 11 Akta Keterangan 1950 untuk menimbulkan keraguan yang munasabah mengenai kes pendakwa bahawa si tertuduh memiliki revolver itu pada masa beliau ditangkap. Oleh itu, pihak pendakwa berhak mengemukakan keterangan untuk mematahkan pembelaan itu.
(5) Ujian yang perlu digunakan untuk s 45 Akta Keterangan 1950 adalah sama ada sifat keterangan itu memerlukan kepakaran tertentu; dan sama ada saksi itu mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk memberi pendapat mengenai perkara yang disiasati. Oleh kerana keterangan yang hendak dibuktikan oleh pihak pendakwa hanya terhad kepada soalan sama ada revolver itu boleh digunakan, pegawai kimia di jabatan kimia kerajaan layak memberi keterangan pakar mengenai perkara yang tidak rumit itu. Terpulanglah kepada hakim perbicaraan, sebagai hakim fakta dan undang-undang, untuk menentukan kepentingan keterangan itu.]
Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq
No comments:
Post a Comment