PUTRAJAYA 29 Julai – Dalam apa yang dianggap mengejutkan, bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) melibatkan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion, hampir lapan tahun lalu. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Tun Ling telah ditangkap dan tuduh di Mahkamah semalam atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dalam isu PKFZ.
2. PG ucap tahniah kepada semua pihak berkuasa kerana bertindak dengan tegas tidak mengira siapa walaupun berbagai cemuhan diberikan kepada kerajaan dalam menangani isu ini. Tetapi kerajaan Malaysia tetap tegas dan terus bertindak samada cepat atau mengambil masa sedikit. Yang mustahaknya tindakan.
3. Ini juga menunjukkan kerajaan tidak melindungi sesiapa. Kecil besar, dilayan sama sahaja. Bukan seperti parti pembangkang. Jika lambat bertindak atas sebarang isu rasuah dan jenayah maka kerajaan dituduh melindungi seseatu pihak. Jika ada pemimpin kerajaan dituduh di mahkamah , maka dikatanya kerajaan yang ada korup dan sebagainya. Dan jika ada pemimpin mereka pula disiasat atau dituduh di mahkamah maka mereka menuduh pula kerajaan ada komplot untuk menjatuhkan mereka.
4. Sehinggakan masa nak mengambil kenyataan pun mesti waktu pejabat dan campurtangan Menteri Besar. Dalam kes Tun Ling Liong Sik atau sesiapa sahaja pemimpin kerajaan, tak ada pulak PG dengar suara yang sama atau pemimpin yang dituduh nak menyalahkan sesiapa atau bising-bising. Mereka lebih gentelmen dan berani menghadapinya.
5. Itulah perbezaannya. Apa pun , tahniah kepada semua pihak yang berjaya membawa mereka yang bersalah dalam isu PKFZ ini ke mahkamah. PG dengar ramai lagi pun yang akan di dakwa di masa depan berkaitan kes ini.
Nota : Yang bersalah tetap bersalah. tetapi PG tetap menghormati perjuangan Tun Ling semasa beliau memimpin MCA terutama semasa UMNO diharamkan oleh mahkamah atas perebutan jawatan Presiden UMNO ketika itu antara Tun Mahathir dan YBM Tg Razaleigh Hamzah. Penghormatan PG ke atas Tun Ling adalah kerana kejujuran dan kesetiaannya kepada BN dan negera di mana Tun Mahathir telah menyerahkan kepadanya Pengerusi BN dan Pemangku PM ( kalau tak silap ) selama hampir kurang 4 jam sehinggalah secara teknikalnya UMNO ( baru ) ditubuhkan dan diterima semula kedalam BN dan Tun Ling kemudiannya menyerahkan semula kedua jawatan ini kepada Tun Mahathir selepas 4 jam.
................Ramai yang tidak tahu, bahawa Tun Ling secara teknikalnya dan Presiden MCA ini sebenarnya telah menjadi Pengerusi BN dan PM Malaysia walaupun seketika ( 4 jam ). Kejujurannya menyerahkan secara sukarela 2 jawatan tersebut kepada Tun Mahathir amat PG hormati. Apa akan jadi sekiranya Tun Ling tidak menyerahkan kembali 2 jawatan berkenaan? .......Kita tidak boleh buat apa-apa pun pada masa dan keadaan tersebut. Itulah tahap kesetiaan dan semangat setiakawan Tun Ling dalam BN...............Sebagai pemimpin negara dan politik , PG amat menghormati beliau. Hal peribadi dan kes ini tanggunglah sendiri jika benar beliau lakukan. Kita sama-sama nantikan keputusan akhir mahkamah. Sekadar catatan.....
PG... please reserve ur congrate for the next phase!
ReplyDeleteLepas ni... TUN LLS akan terlepas sptmana Kasitah Gaddam atau kes ditutup ila dia PADAM mcm kes Eric Chia. Ala... nko kan loyar (buruk punya!), takkan nko tak kenal dgn MAK-KAK-MAH Kanggarooo Malaysia in the BOLEHLAND country! bukan takat 1M'sia tahu... 1Donia pun dah tahu.
yeap itu betul. Tun L pernah menjadi PM (beberapa jam) - persabatan dan kesetiaan kepada parti itu amat dihargai.
ReplyDeleteSangsi dengan mahkamah dan pihak berkuasa di Malaysia ni bila melibatkan orang2 besar ni...
ReplyDeleteBoleh pakat.
Mat Jerontot
ooo boleh pakat ke? Anwar sodom me 2 pun lebih kurang jugak.....duk tangguh2 dengan alasan remeh.... aku rasa la Anwar dan peguam jubo dah beli hakim..tu pasal boleh bagi tangguh tangguh... perbicaraan tertutup lah.... bodoh
ReplyDeletesaya rasa politician malaysia ni mmg dpt keistimewaan la... tak kira la kerajaan ke pembangkang ke sama je dpt privilege...
ReplyDeletekasitah gadam lepas... Anwar pun nti lepas teknikal sbb dah banyak kali tangguh..
its clear that both person i mentioned have some backhand influence (bribe or whatever)....
both PR and BN are devils... one we know one we dont..
-Atas pagar-
Senang nak dakwa tapi susah nak buktikan dan jatuhkan hukuman..Sesiapa yg didakwa pun begitu. Tambah kalau peguambelanya (cari makan) hebat berbanding peguamdakwa (makan gaji). Kenapa korang terlalu sangsi dgn mahkamah dunia? Lainlah dgn mahkamah di akhirat, selalu anggota badan kita akan jadi saksi..Mmg tak boleh lari...
ReplyDeleteSemoga sesiapa yg bersalah didapati bersalah dan dihukum di dunia. Jika terlepas, dia takkan terlepas di akhirat.
Selalu = Segala
ReplyDeletetak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.
ReplyDeleteBila SPRM buat diam kata SPRM tak buat kerja tau nak lindung orang tertentu sedangkan SPRM mencari bukti kukuh sebelum buat pendakwaan.
ReplyDeleteBila dakwa ke mahkamah kata "Mahkamah boleh pakat".
Bila mahkamah hukum pula nanti keluar kempen "Kerajaan zalim kerana menganiaya seorang pemimpim yang begitu setia dan banyak membantu kaum itu/ini."
Memang lagi bingai dari aku. Tu pasal jangan bagi anak minum susu lembu banyak sangat!
Syabas Tun Ling Leong Sik kerana bersedia menghadapi penghakiman. Nobody are perfect tetapi anda belum bersalah selagi belum dihukum mahkamah.
Aku masih menghormati beliau sebagai seorang bekas pemimpin MCA yang banyak berjasa.
Aku yang bingai
Layakkah Mahasiswa Mengundi di Tendang Terajang
Jangan jatuhkan hukuman mengikut selera sendiri nanti meroyan macam bang nuar, mahkamah pihak pada dia mahkamah adil, mahkamah tak berpihak pada dia mahkamah rakyat pulak timbul. kalau anak jantan jangan cari helah lagi untuk tangguhkan prosiding mahkamah, face like a man lah bang nuar in court. Kurang kurang pun Tun LLS berani juga mengaku tidak bersalah dan minta di bicarakan. Jangan macam bang nuar asyik asyik pergi cerita kat kampung dia sahaja yang betul, macam ingat orang kampung tak pandai berinternet dan nak membodohkan mereka semua. Kalau yang keluar dari tadika PASTI macam MR bean pas tu bolih lah bang nuar bodohkan.
ReplyDeleteMereka-mereka yang berpandangan negatif terhadap Mahkamah di Malaysia dik kerana terlalu banyak tengok cerita Tamil dan Industani kot?? Itulah sebabnya..
ReplyDeleteKekadang betul gak? Entahlah apa nak jadi Malaysia akan datang.
PG betul tu Tun LLS pernah menjawat kedua-dua jawatan tu. Itu pun Melayu tak sedar-sedar bahawa bangsa lain juga boleh menjadi PM Malaysia.
Hidup PERKAS..MAMPUS UMNO DAN PAS
melayu masih bekum sedar
ReplyDeleteNampak sgt UMNgOk dah terlebih dahulu bagi negara ni diperintah dek Cina... walau pun cuma 4 jam! Bila PR bar ura-ura cadang PM dari Cina mualaf... awal-awal korang dah terpekik terlolong, tang Be-eNd buat dolu korang ENGGEH kan aje ya?!
ReplyDeleteUMNgOk... UMNgOk... patut la NGOK!
Salam PG, setiap pemimpin ada jasa bagus atau tidak bagus peninggalannya untuk negara. Namun apa terjadi dengan kes berlaku pertuduhan keatas Tun Dr. Ling kerana ketika beliau sedang memegang perjawatan Awam kerana berlakunya kes skandal Zon Bebas Pelabhuhan Klang(PKFZ) melibatkan pembelian Tanah Bernilai RM1.08 Billion? Dalam hal Wang RM1.08 bilion - "sama wang itu wang awam atau swasta atau wang peribadi"? Ingat, kes PKFZ adalah kes kepentingan awam yang melibatkan wang awam dan kepentingan negara? Kita mohon agar kes ini mendapat pengadilan sewajarnya demi kepentingan awam dan negara.
ReplyDeleteSama sama kita melihat kebenaran dan keadilan Kes Tun Ling?
Kebangkiatn:
Pelangi Banjaran Titiwangsa dan Benua Borneo.
KITA DAH MAKLUM PUN, BHW PENAGKAPAN DAN PERTUDUHAN TLLS NI PASTI ADA AGENDA BN...BUKAN TAK TAU..MUNGKIN PRU 13 DAH DEKAT KOT!!
ReplyDeleteUMNO/BN CUMA TANGKAP DAN DAKWA SAJA..ITU AMBIL MASA BERTAHUN2 SAMPAI RAKYAT LUPA DAH...BICARA PUNYA BICARA LAST2 LEPAS GITU SAJA KERANA TIADA BUKTI LAH, APA LAH...BANYAK DAH KES CAM TU YG MELIBATKAN JERUNG2 BESAR...BUKAN TELUS PUN...
TENGOK KES ERIC CHIA, KASITAH GADAM...MASA TANGKAP DULU MACAM NI LAH JUGA BN BERKOKOK...(TAK KIRA SIAPA LAH, KERAJAAN TAK LINDUNGI SIAPA LAH..BLA..BLA..)LAST2 BICARA KEPUTUSAN PENGHAKIMANNYA IADA KES DAN BUKTI PULAK...APA NIH! JELAS NAK TIPU JER!! WAYANG JER!! KES PERWAJA, ERIC CHIA, WALAUPUN LEPAS TERTUDUH, TAPI KERUGIANNYA BERBILION-BILION RM JUGAK, DAH DAPAT TANGKAP SIAPA YG SONGLAP PUN..DUIT HILANG GITU SAJAA..
SEMUA INI PERMAINAN SAHAJA...TUJUANNYA TANGKAP, DAKWA BUKAN UTK MENGHUKUM, TAPI UTK MENSUCIKAN DIRI PESALAH TU JER!!
KALAU MEMENG BETUL TELUS, KENAPA MAHATHIR AND THE GANG YG DIDAPATI BERSALAH OLH SURUHANJATYA DIRAJA KES VIDEO LINGGAM TIDAK DIAMBIL TINDAKAN UNDANG...KATA TAK LINDUNGI SESIAPA!!!
SEMUA INI ADALAH SILAP MATA JER!!!
Anon 12:36...
ReplyDeleteJgn mcm tu.... nanti marah PG loyar (Buruk punye) tersohor kat Gua ni.
MAK-KAK-MAH Kanggaroo in the BOLEHLAND Country! Loyar (Buruk punye) ni pun takdapt nak nilai ketelusan perjalanan dan keputusan2 MAK-KAK-MAH Kanggaroo 1Msia... bak kata pelajar2 Law... budak tahun 1 Law boleh buat judgement yg lebih baik!
Dari sudut mana pun kita melihat kes PKFZ, semuanya kembali kepada PM Mahathir Mohamad, merangkap Menteri Kewangan masa itu.
ReplyDeletePertuduhan keatas Tun Ling bekas Menteri Pengangkutan telah secara sengaja di gubah supaya peguam beliau boleh menyangkal dengan mudah.
Tun Ling telah dituduh menipu. Sedangkan pada tahun lepas semasa siaisatan berprofil- tinggi oleh Public Accounts Committee (PAC), bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Zaharah Shaari menegaskan pembelian tanah tersebut telah dilakukan dengan pengetahuan penuh Kabinet. Hal itu telah dirujuk kepada Kabinet dan Tun Ling memaklumkan Mahathir mengenainya.
Mahathir secara terang terangan berdiam diri tentang penangkapan Tun Ling. Begitu juga Abdullah Badawi yg meneruskan projek tersebut selepas Mahathir bersara pada 2003.
Kabinet kemudiannya bersetuju untuk membeli tanah tersebut tetapi bila Ajensi Pusat “central agency" tidak bersetuju dan memberi pandangannya, Kabinet, kalau tidak silap saya, mengarahkan Kementerian Pengangkutan menangguhkan keputusan untuk menangguhkan keputusan untuk membeli terus dari Kuala Dimensi sehingga keputusan yang lain diambil, menurut kenyataan verbatim Zaharah didalam lapuran siasatan PAC.
Dipenghujungnya, kes Tun Ling akan bersandarkan kepada siapa yang berkata benar and kenyataan Zaharah telah pun menimbulkan kesangsian yang cukup untuk mebolehkan kes itu dibuang.
Kerja kami di Kementerian Pengangkutan ialah untuk menyatakan yang kami mahukan tanah itu. Harga, penilaian dan semua itu, bukanlah fungsi Kementerian Pengangkutan. Kami tidak ada Jabatan Penilaian - menurut kenyataan Tun Ling kepada PAC.
Harga dan penilaian adalah persoalan untuk diselesaikan oleh Kementerian Kewangan.Mereka ada Jabatan Penilaian dan semuanya ada disana, bukannya di Kementerian Pengangkutan. Saya rasa Tun Dr Mahathir yg mempengerusikannya dan dia juga adalah Menteri Kewangan. Dia nampak semuanya dengan jelas.
Tetapi adakah itu bermakna Tun Ling telah tidak terlibat langsung dalam mana-mana penyalahgunaan PKFZ?
Adakah itu bermakna Tun Ling telah meletakkan semua kesalahan kepada Mahathir. Adakah Najib akan mengambil peluang ini untuk mengambil tindakan kepada bekas PM? Sangat Tak Mungkin. Malah, lebih berat kepada - tiada cukup bukti.
Jadi untuk apa semua ini? Kenapa Najib menangkap dan mendakwa Tun Ling? Apa kebaikannya? Rakyat telahpun bersuara ini satu lagi projek wayang sandiwara Najib.
Apa yg kita boleh buat, kata seorang pemerhati UMNO. Kalau kita tidak berbuat apa2, Pakatan akan menelan kami hidup2 dipeti undi.
Tetapi tentunya, ada penyelesaian lain. Penyelesaian yg tidak bergantung kepada budi bicara hanya satu orang.
Kalau Najib ingin rakyat mempercayai kempen anti-rasuahnya, pertamanya dia mesti secara sukarela mengurangkan kuasa budi bicaranya dan meletakkan undang-undang memainkan peranannya.
Kedua, samada rakyat akan percaya atau tidak bergantung kepada siapa yg akan ditangkap dan didakwa selepas Tun Ling.
Kalau dia tidak mahu mendakwa Mahathir, Badawi, dan Rafidah, dia memastikan yg dia mengimbanginya dgn mendakwa lain-lain pemimpin UMNO yang bergelumang dengan rasuah. Bukan sahaja yang dari MCA dan bukan juga dari Pakatan. Dalam konteks kuasa politik Malaysia mereka ini adalah ikan bilis sahaja.
Masa semakin suntuk untuk Najib. Kalau semua ini cuma wayang sandiwara, maka dia sebenarnya telah menutup pintu kerandanya sendiri.