FOLLOWERS

Monday 29 June 2009

TUKAR AGAMA : DYMM RAJA-RAJA TANGGUH KEPUTUSAN


Berita Harian
29 jun 2009

Majlis Raja-Raja tangguh pindaan peraturan tukar agama

KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja hari ini memutuskan supaya pandangan Majlis Agama Islam Negeri diperoleh terlebih dahulu berhubung cadangan pindaan undang-undang yang berkaitan penukaran agama dan pindaan kepada Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan). Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan Majlis Raja-Raja membuat keputusan untuk menangguhkan cadangan pindaan itu pada satu mesyuarat khas hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Alhamdullilah syukur. Junjung kaseh KeBawah Duli Tuanku atas keputusan ini. Ini sahaja saki baki yang ada untuk orang Melayu dan islam pertahankan di dalam perlembagaan.

2. Jangan diusik lagi perkara ini. Agama Islam dan Adat budaya adalah di bawah kuasa DYMM Sultan Negeri-negeri. Jika hal di atas di pinda seperti cadangan kabinet maka akan ada lagi selepas ini perkara lain yang dipinda dan dituntut.

3. Orang Melayu dan Islam bukan menuntut lebih atau mengambil hak orang lain. Mereka hanya mempertahankan apa yang telah diperuntukkan di dalam perlembagaan negara . Tidak lebih dari itu.
4. Pandangan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri wajib diperolehi terlebih dahulu juga menasihati DYMM Raja-Raja.

5. Junjung kaseh DYMM Tuanku. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR