FOLLOWERS

Thursday 25 June 2009

POSTER HADI AKAN NAIK DI MANEK URAI




Malaysiakini

Poster Hadi dinaik di Manek Urai
Abdul Rahim Sabri Jun 25, 09 11:56am

Poster presiden PAS akan dinaikkan dalam kempen pilihanraya DUN Manek Urai apabila penamaan calon bermula 6 Julai ini, kata pengarah pilihanraya PAS Kelantan."Setakat ini belum dinaikkan. Kita akan naik selepas penamaan calon termasuk poster calon," kata Abdul Fatah Harun kepada Malaysiakini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Bukti bahawa UG bukan cadangan UMNO/BN. Bukti juga , UG bukan tohmahan jahat dan fitnah UMNO/BN.
2. Tiada poster Hj Hadi di Manek Urai sebelum ini menunjukkan bahawa UG adalah cadnagn Hj Hadi hingga membawa kemarahan penyokongnya sendiri. Jadi cara nak pulihkan kembali keyakinan dan sokongan penyokong PAS / PR , maka dikatakan UG adalah tohmahan jahat dan fitnah UMNO/BN. Inilah bukti pemimpin PAS / PR yang bermulut jahat dan suka bercakap bohong. Mereka berpegang pada prinsip, matlamat menghalalkan cara.

3. Walau kopiah di kepala dan ada tanda hitam ( katanya tanda sujud : ye ke ? ) di dahi, mereka ini tanpa segan silu berbohong dan mengamalkan sifat munafik melebihi dari orang awam yang lain.

4. Adakah UMNO / BN masih ingin berunding dengan pemimpin dan parti yang sebegini? Seperti mana PG tulis sebelum ini, UMNO/BN jangan sesekali berurusan dengan mereka ini. Setiap detik percakapan mereka akan berubah. Mereka tidak akan berpegang pada janji. UMNO/BN harus berdiri di atas kaki sendiri. UMNO/BN masih kuat. Buktinya, UMNO/BN masih mengekalkan majoriti di parlimen. Tiada masalah untuk memerintah. Kerajaan Kelantan selepas PRU ke 11 hanya memerintah dengan mojoriti 1 undi. Pun tiada masalah.

5. Kepada UMNO/BN: bertindaklah secara rasional. Anda masih utuh. Kepada Pas: sebelum bercakap dan bertindak, fikirkan dulu percakapan dan tindakan anda. Anda membawa imej islam. Silap cakap atau tindakan, ia akan menjejaskan islam keseluruhan. Cukup-cukuplah bersifat munafik.

6. Manek Urai : Siapakah pemiliknya? ...........................munafik atau pembela Agama, bangsa dan negara. Fikirkan........

1 comment:

  1. gerombolan2 dalam pas yg selalu jadi pak turut tu sebenarnya telah di tipu dan diracun minda olih pemimpin2 pas selama lebih 30 tahun.dah susah nak pulihkan.mereka sdg mengumpul dosa utk dibawa mati.semua ini adalah kerana penipuan yg berterusan si nik aziz dan si hadi awang.Apa nak jadi dgn melayu dalam pas nih entah lah.nak bertaubat jauh sekali.perpecahan semakin menjadi2.islam dilacurkan sana sini.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR