FOLLOWERS

Sunday, 4 July 2010

GELI-GELI PAGI : JUDI SUKAN, SIAPA UNTUNG BESAR ?

Dipetik dari : Malaysia Instinct com


Penghuni Gua : Dengan pengharaman judi bola , satu pihak lagi yang untung besar selain DAP. iaitu Penasihat kanan DAP iaitu PAP / Singapura. Berbillion wang kita mengalir ke sana secara percuma. Judi sukan di halalkan di Singapura.

2. Kepada Dr Awang Adek : Judi haram di sisi Islam. Kepada PDRM , gunakan akta pencegahan bagi membenteras jenayah terancang ini. Sumbat mereka ke Simpang Renggam seperti mana pengedar dadah, bapak ayam dan sebagainya. Itu aje ubat yang paling mujarab bagi menangani jenayah ini.

3. Itu pun kalau kita bersungguh. ...........................

Saturday, 3 July 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES MENGENAI JAMINAN / KUASA BUDI BICARA YAA HAKIM !


[1993] 2 MLJ 381
Soo Shiok Liong v Pendakwa Raya
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (PENANG) — CRIMINAL APPLICATION NO
44–16–93

Judges VINCENT NG JC

Date 12 APRIL 1993
Citation [1993] 2 MLJ 381



Catchwords:

Criminal Procedure — Bail — Quantum of bail — Factors to be considered when deciding on quantum
Criminal Procedure — Bail — Quantum of bail — Discretionary in nature — Trial judge did not apply mind to primary consideration when granting bail — Whether superior court could interfere

Bahasa Malaysia Summary:

Pemohon telah didakwa di mahkamah sesyen di bawah s 108 Kanun Keseksaan (FMS Bab 45) atas tuduhan bersubahat dalam melakukan 13 kesalahan pecah amanah jenayah meliputi sejumlah RM5 juta. Hakim mahkamah sesyen telah menetapkan jaminan pada RM1 juta dengan dua penjamin tetapi tidak merakamkan alasannya bagi menetapkan jumlah jaminan itu seperti yang telah ditetapkan. Pemohon telah ditahan kerana beliau tidak dapat menyediakan jaminan itu. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk pengurangan jumlah jaminan itu.

Permohonan itu disokong, antara lainnya, oleh satu sijil kecemasan yang dikeluarkan oleh peguambela pemohon. Di dalam sijil itu, peguambela menyatakan salah satu daripada alasan kecemasan sebagai kesihatan pemohon yang tidak baik dan bahawa sebarang kelengahan dalam pembebasannya akan menjejaskan kesihatannya. Kenyataan ini tidak ditentusahkan oleh keterangan afidavit daripada pemohon pada masa apabila permohonan itu mula-mula patut didengar, biarpun beliau mengatakan di dalam satu afidavit kemudiannya bahawa kesihatannya telah terjejas akibat perlakuan yang telah diterimanya semasa beliau berada dalam tahanan. Permohonan itu juga disokong oleh satu afidavit yang diakusah oleh pemohon dalam mana beliau menyatakan dengan palsu bahawa beliau tidak pernah didakwa untuk sebarang kesalahan yang meliputi ketidakjujuran, penipuan atau pecah amanah.

Diputuskan:
Diputuskan, mengurangkan jumlah jaminan itu ke RM 600,000:
(1) Dalam semua kes di mana bidang kuasa adalah dalam bentuk budibicara, Mahkamah Tinggi akan bertindak secara perlahan sebelum bercampur tangan melainkan ianya kelihatan bahawa hakim di pendengaran tahap pertama, ketika membuat keputusannya, telah bertindak atas prinsip yang salah. Di dalam kes ini, nota-nota tidak menunjukkan sebarang prinsip, jika ada, yang telah dipakai oleh hakim itu.

(2) Hakim yang arif tidak memberikan petanda bahawa dalam menetapkan jumlah jaminan itu beliau telah mengarahkan fikirannya kepada pertimbangan utama dalam memutuskan isu itu, iaitu untuk menjamin kehadiran pemohon di perbicaraan, dan khususnya bahawa jumlah yang dikenakan tidaklah keterlaluan tetapi harus mencukupi untuk menjamin kehadiran pemohon. Lantaran itu, jumlah RM1 juta yang ditetapkan oleh hakim yang arif nampaknya satu jumlah yang ditetapkan secara sebarangan dan adalah bertentangan dengan kehendak di bawah peruntukan s 389 Kanun Acara Jenayah (FMS Bab 6) (‘Kanun itu’).

(3) Faktor-faktor yang patut dipertimbangkan ketika menetapkan jumlah jaminan adalah: (a) jenis atau berapa teruk kesalahan itu dan berapa teruk serta takat hukuman yang akan dibawa oleh satu sabitan; (b) jumlah jaminan haruslah lebih tinggi dalam kes kesalahan-kesalahan yang tidak boleh dijamin; (c) jumlah yang terlalu tinggi boleh menjejaskan tujuan jaminan kerana si tertuduh mungkin menghadapi kesusahan dalam mendapatkan seorang penjamin yang akan diterima oleh mahkamah; (d) si tertuduh dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah; (e) sama ada terdapat apa-apa kemungkinan bahawa pemohon akan melarikan diri jika jumlah jaminan adalah terlalu rendah; (f) jaminan tidak mempunyai tujuan menghukum tetapi cuma bertujuan menjamin kehadiran si tertuduh; (g) penyerahan pasport antarabangsa si tertuduh patut membawa satu pengurangan jumlah jaminan; (h) hakikat bahawa pemohon telah menyerahkan dirinya di balai polis dan telah bekerjasama dengan polis juga patut mengurangkan jumlah jaminan; (i) jumlah jaminan tidak patut ditetapkan begitu tinggi sehingga membawa kesan memenjarakan si tertuduh sebelum beliau disabitkan atas kesalahan itu; dan (j) penggunaan fikiran mahkamah dalam mempertimbangkan faktor-faktor di atas patut ditunjukkan di dalam nota hakim itu. Di sini, mahkamah berpendapat bahawa jaminan sebanyak RM1 juta mempunyai kesan malang menghukum pemohon sebelum beliau telah dibuktikan bersalah atas tuduhan terhadapnya.

Per curiam:

(1) Memandangkan yang ianya telah menjadi amalan yang umum pada masa ini bagi peguambela memfailkan sijil kecemasan dalam kes-kes jenayah dan sivil tanpa alasan yang mencukupi, mahkamah sepatutnya harus berwas-was menentukan kebenaran dakwaan kecemasan oleh peguambela. Kemudahan itu telah disalahgunakan oleh peguambela dalam kes ini.

(2) Walaupun tidak ada obligasi yang diletakkan ke atas peguambela, semasa menyediakan afidavit, untuk menentukan kebenaran kenyataan yang diakusah oleh anak guaman mereka dalam afidavit itu, namun ianya adalah tugas peguambela, sebagai pegawai mahkamah, untuk menahan daripada menjadi pihak kepada pemasukan dalam afidavit itu kenyataan-kenyataan yang boleh diketahui oleh mereka sebagai tidak benar akibat kedudukan mereka. Kelakuan sedemikian oleh peguambela adalah tidak jujur dan tidak berpatutan mengikut maksud sekatan yang terkandung di dalam s 93(2)(6) Akta Profesion Undang-Undang 1976.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar . Tq

RIADAH DI AYER KEROH !

Pagi tadi jam 9 pagi, PG sempat beriadah menunggang kuda ( bernama Ah Choy ) di sekitar Hutan Rekreasi Ayer Keroh. Sempat jugalah menunggang dalam 10 km. Semasa menunggang bebarapa pelancung luar negara meminta untuk bergambar dan ada yang meminta nak duduk aje di atas kuda. Terpaksa jugalah melayan mereka. Semua percuma. Kemudian PG sempat juga mengambil gambar pemandangan Hutan Rekreasi Ayer Keroh Melaka di mana kemudahan Buggy yang disediakan kepada pengunjung / pelancong.

2. Juga sempat juga PG ambil gambar kemudahan rekreasi yang baru di bangunkan iaitu Melaka Wonderland ( seperti yang dijanjikan oleh PG pada minggu lepas ) . Jadi di bawah ini dipaparkan gambar-gambar yang sempat dirakam. Selamat datang ke Melaka dan anda boleh enjoy di Melaka. Melaka , kota untuk seisi keluarga. Selamat datang.................................









Berbasikal pun boleh

Buggy kecil untuk kelilingi Hutan Rekreasi Ayer Keroh


Buggy besar untuk tujuan yang sama

Pelancong luar negara yang nak bergambar

PEDULIKAN KJ TU YB IBRAHIM , TERUSKAN KAYUHAN !!



'Saya sedia ditahan bawah ISA'
Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM



KUALA LUMPUR 2 Julai - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau sanggup ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada bila-bila masa sahaja sekiranya dianggap memudaratkan keselamatan negara. ..................................................................................................

Katanya, beliau juga tidak akan sesekali melarikan diri, bersembunyi atau cuba mendapatkan sokongan negara lain seperti yang dilakukan oleh segelintir pemimpin dan individu.

"Saya pernah ditahan di bawah ISA dua kali sebelum ini namun saya adalah antara yang menyokong kuat supaya akta ini dikekalkan. Ditahan kali ketiga bermakna saya menerima Ph.D dalam ISA," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tahniah YB Ibrahim. Tahniah. Tahniah atas keberanian anda. Pedulikan kutukan dan cercaan KJ tu. Siapa KJ ini? PG pun tak kenal. Hanya dengar nama dia aje sekali sekala. Anda kenal ? Entah.................

2. Pedulikan cabaran dan kutukan KJ tu. Bukan ada apa pun. Hanya sampah sarap aje cercaan dan kutukan KJ tu. Cakap dia pun bukannya laku gadai dalam UMNO , apatah lagi dalam BN pun.

3. Desakan KJ agar YB dikenakan ISA kerana dikatakan berunsur hasutan pun hanya sampah sarap. KJ pun bukan tahu apa pun mengenai ISA. Desakan YB Ibrahim agar Ka Siong dihumban ke Kemunting bukan satu perkara hasutan pun. PDRM tak sebodoh itu untuk bertindak ke atas YB Ibrahim.

4. KJ tu sepatutnya mengambil tempat yang disyorkan nya kepada Ibrahim berdasar tindakan dan ucapannya selama ini yang banyak berunsur hasutan dan ugutan. Lihat ajelah apa dia buat semasa Setiausaha Agung US melawat Malaysia dahulu. PG mendapat tahu, PDRM terpaksa memberi kata dua kepada Pak Lah. Nasihatkan KJ berundur dari membuat kacau majlis Setiausaha Negara US atau berhadapan dengan tangkapan. Akhirnya Pak Lah bercakap sendiri dengan KJ agar bersurai. Jika tidak bungkus.

5. Kepada KJ, sudahlah. Jaga diri anda dan perbaiki diri anda cukup. Diri sendiri pun tak lepas kemana. Politik pun masih semput.

6. Kepada YB Ibrahim dan PERKASA, teruskan perjuangan membela nasib Bangsa. Cuma jangan ganggu hak kaum lain. Kita perjuangkan hak kita berdasar apa yang diperuntukkan dalam perlembagaan negara. YB dan PERKASA tak ganggu orang pun apa tah lagi mengganggu KJ. Peduli kan KJ tu.........................................................................................bukan apa pun dia tu.

KJ hanyalah seorang YB yang telah patah tulang rusok kanannya. Jalan pun senget sebelah kanan. Hanya menunggu masa rebah. Sebab tu sibok membina imej baru tu dengan menyokong membabi buta YB Ka Siong tu...................Habok pun tak ada. Tak ada pun ahli MT UMNO yang menyokong kenyataan dan kutukannya kepada YB Ibrahim pun. Jadi dari sini kita boleh lihat siapa dan di mana kedudukan dan taraf KJ di mata partinya sendiri. Timbalan Ketua Pemudanya sendiri pun tak ada sepatah kenyataan menyokong kenyataan KJ ini. Kesian................

Untuk KJ juga , hayati apa kata TPM semalam , Mungkin anda lebih faham. Kata TPM , " Dalam pada itu, Muhyiddin berkata Umno perlu lantang dan tidak perlu takut dalam mempertahankan hak orang Melayu kerana asas perjuangan parti itu adalah bagi membela bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia.

"Sekarang saya nampak badan bukan kerajaan (NGO) yang agak lebih lantang memperjuangkan hak orang Melayu sedangkan itu agenda Umno. Kenapa kita dilihat lesu? Orang Melayu tidak sehebat dulu. Jadi mereka (orang Melayu) pergi ke badan-badan lain. Ini satu kesilapan,"
katanya.

Beliau berkata Umno perlu terus ke hadapan memperjuangkan hak orang Melayu namun pada masa yang sama, mereka juga tidak boleh menafikan hak bangsa-bangsa lain dalam negara. Berita lanjut : KLIK

Friday, 2 July 2010

PENDIDIKAN SEKS : OTAK PAK NIK YANG KEBIRUAN KOT !





Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.

Mursyidul Am PAS itu berkata, langkah itu hanya akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.

"Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Apa ni Pak Nik. Sabar dulu. Jangan terus jatuh hukum. Pendidikan seks yang dicadangkan di sekolah-sekolah bukan seperti mana yang ada dalam kepala dan otak Pak Nik. Sukatannya lain. Perumpamaan Pak Nik yang mengatakan seperti mengajar pencuri mencuri tu tak betul. Mungkin Pak Nik salah maklumat dan terpesong fikirannya kot.

2. Pendidikan seks yang dicadangkan oleh kerajaan tu, bukannya mengajar murid-murid sekolah cara berdating, cara bercium atau bersetubuh atau cara nak bercinta. Tak sebodoh itu kerajaan nak gubal sukatan pelajaran seks. Bunyi aje pendidikan seks. Bukannya tentang seks seperti mana Pak Nik Fikirkan.

3. Pendidikan seks itu pun dah ada di dalam mata pelajaran sains sebelum ini . Cuma ia tidaak khusus dan hanya merangkumi dari aspek sains. jadi kerajaan nak gubal pendidikan seks ini yang merangkumi seperti mana yang ada dalam sains dan juga digabungkan dengan perkara-perkara seperti mana juga yang Pak Nik katakan itu seperti cara pergaulan, percakapan, kesan, risiko, dari segi perubatan, buruk baiknya dari segi budaya dan agama. Dalam kata lain, kerajaan akan gubal pendidikan seks ini secara holistik yang mengambil kira dengan kehendak semua agama.

4. Apa masalahnya. Ia bukan nak mengajar cara mana nak bercium atau bersetubuh. PG berpendapat Pak Nik yang kurang pemahaman atau tidak mendapat maklumat yang betul. Pak Nik juga jangan cakap bab orang islam sahaja. Dalam Malaysia ini , ia merangkumi berbagai bangsa dan agama. jadi dalam pendidikan seks ini kerajaan akan mengambil kira semua keperluan tersebut. Jadi Pak Nik , jangan main pukul mati aje. SEbelum dengar lebih lanjut dan hanya berdasar pada perkataan " Pendidikan seks " aje , Pak Nik dah pukol mati hasrat kerajaan tersebut. Tak bolehlah begitu Pak Nik. Haram namanya.

5. Jangan-jangan, kepala dan pemikiran Pak Nik yang biru kot!!!!!

Nota : Pak Nik jangan main cakap seks islam aje. Dulu Pak Nik cakap Karpal dan bukan islam sudah lebih memahami tentang islam. PG lihat sama sahaja pandangan Karpal mengenai isu negara islam dan hudud. Jadi siap yang tarbiah kepada siapa. Atau Pak Nik berbohong kot. Kerana politik barangkali. Jadi dengan lain kata dalam islam pendidikan seks sudah ada, memang benar. tetapi Si Karpal nak ikut ke? Tak ikutnya. Sebab itu nak digubal pendidikan seks secara umum. Tapi ingat baik-baik Pak Nik , ini bukan perkara cium atau bersetubuh. Tetapi pendidikan seks. Ingat tu Pak Nik. Jangan melatah cepat sangat.

GANTUNG TERUS JE SAMPAH SARAP INI !





Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung akhbar PKR - Suara Keadilan berkuatkuasa semalam kerana didakwa melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Dalam kenyataanya, KDN dikatakan tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh tabloid itu dan permit penerbitan tahunannya yang tamat tempoh semalam, tidak akan diperbaharui. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tahniah kepada KDN atas tindakan ini. Sepatutnya dari dulu lagi tindakan ini diambil.

2. Ada pun buat semak aje akhbar ini. Bukan ada menafaat pun kepada rakyat. Hanya penuh dengan fitnah dan cercaan sahaja.

3. satu lagi akhbar yang patut digantung permitnya ialah Harakah. Sarat dengan fitnah sahaja. Tak membina minda masyarakat. Baik digantung serta merta .

4. Gantung dan hapuskan sampah sarap ini . Segerakan.

GELI-GELI PAGI : RAJA LAWAK

Dipetik dari : Malaysia Instinct com



Penghuni Gua : Tak pernah habis lawak mereka. Begitulah selamanya. Itu belum masuk Raja Lawak musim sebelumnya seperti si Mahfuz, Si Tantawi dan Si Shamsul AMK. Si Shamsul tu lagi lawak. Kah kah kah kah kah kah kah kah!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, 1 July 2010

SIAPA TALI BARUT ? DIRI SENDIRI KOT !!!!





Pakatan Rakyat bukan sahaja disaran menggantikan penasihat undang-undang dengan peguam sendiri, malahan gagasan itu turut dicadang melantik pegawai kewangan dan setiausaha kerajaan negeri pilihan mereka.

Hal ini disuarakan oleh pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Aziz Bari.

Beliau yang dipetik oleh TV Selangor berkata ketiga-tiga jawatan berkenaan adalah lantikan kerajaan persekutuan yang disyaki berperanan sebagai tali barut kerajaan pusat untuk mengkucar-kacirkan kestabilan di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

"Oleh kerana penasihat undang-undang, pegawai kewangan negeri dan setiausaha kerajaan negeri adalah anggota kabinet negeri, jadi mereka ini mungkin membocorkan rahsia negeri kepada pusat," katanya.

"Gaji dibayar oleh negeri tetapi kesetiaan dan kiblat mereka kepada kerajaan persekutuan kerana kita faham mereka ini dipilih oleh peguam negara untuk mengkucar-kacirkan. Ini yang berlaku," katanya lagi. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Prof ini setuju dengan saranan DSAI untuk ganti Penasihat Undang-Undang Negeri ( LA ) dan juga cadangkan Pegawai kewangan serta SUK juga dipileh dan dilantik sendiri oleh mereka juga. Alasan Prof ini ( dah lama dia diam sekarang berkokok semula ) , ialah ketiga mereka ini mereka di syakki sebagai tali barut kerajaan pusat dan pengacau kepada pentadbiran negeri PR. Katanya juga mereka bertiga mungkin akan bocorkan rahsia negeri .

2. Prof ini juga pertikaikan kesetian dan kiblat ketiga pegawai kerajaan ini di mana gaji dibayar oleh negeri tetapi tetapi kesetian dan kiblat mereka kepada kerajaan persekutuan. Juga kata Prof ini, ketiga mereka ini dipileh oleh peguam Negara untuk kucar kacirkan kerajaan PR.

3. Prof ini kelulusan undang-undang dan pensyarah undang-undang. Cakapnya seperti budak-budak dan penuh dengan prasangka dan cakapnya tanpa bukti dan alas an yang menasabah.

4. Cuba kita pusing semula cakap-cakap Prof ini . Beliau dan orang sepertinya yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan BN di negeri-negeri yang diperintah BN tersebut adalah juga tali-tali barut dan penkucar kacir kepada kerajaan BN. Mereka inilah yang membocorkan raksia kerajaan persekutuan dan negeri BN. Gaji di bayar oleh kerajaan BN tetapi kesetian Prof ini dan orang yang serupa dengannya adalah kepada kerajaan PR. Prof dan mereka seperti inilah yang dipileh oleh DSAI dan kerajaan PR untuk mengkucar kacirkan kerajaan BN baik di Persekutuan dan negeri.

5. Bagaimana sekarang. Pandangan Prof ini sebenarnya dibaca semula kepada Prof ini dan mereka yang serupa dengannya. Tak sama? Jadi di mana kedudukannya sekarang. Berbagai ketirisan samada projek dan sebagainya dalam kerajaan BN mungkin juga adalah angkara orang yang seperti Prof ini yang ada dalam kerajaan Persekutuan dan negeri BN. Inilah yang berlaku. Lihat sahaja , berbagai maklumat sulit kerajaan bocor dan dibocorkan . Oleh siapa? Oleh mereka seperti Prof inilah. Yang menjadi gunting dalam lipatan. Lihat aje apa yang didedahkan oleh raj Petra . Walaupun tidak benar, tetapi apa yang didedahkan oleh Raja Petra tersebut adalah berpunca dari tali barut PR yang berada dalam kerajaan Persekutuan dan negeri BN.

6. Adakah kerajaan BN perlu ganti semua kakitangan kerajaan ini seperti mana yang Prof ini cadangkan kepada kerajaan PR?. Jahanamlah Negara ini sekiranya kerajaan BN meniru cara dan kaedah yang dicadangkan oleh Prof ini.

7. Jadi sebenarnya, Prof ini mengata kepada diri beliau sendiri. Kata-katanya dan cadangannya itu bagus di baca untuk dirinya sahaja. Cuba tanya Prof ini ! Kesetiannnya di mana. Gajinya dibayar oleh siapa?

8. Pernahkah dia berterima kaseh kepada kerajaan selama ini. Beliau sentiasa bercakap di pentas pembangkang dengan berselindung di sebalik jubah professor.

9. Kepada Prof Aziz Bari ini , PG nak ucapkan sesuatu : “ Sudahlah Prof !!!Cakap Prof tak serupa dengan bikinnya “. Sekarang siapa tali barut dan pengacau? Tanya diri Prof sendiri!!! "
Nota : Cuba tanya Prof ini, siapa yang melantik ketiga mereka ini? Bukankah DYMM Agung dan DYMM Raja-Raja yang perkenankan perlantikan ini ?

DSAI KESAL : KAH KAH KAH KAH KAH !!!!!






KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu rakannya di Amerika beliau kesal kerana menggunakan istilah seperti ‘pencerobohan Zionis’, lapor akhbar Washington Post pada Isnin lalu. Dalam artikel yang ditulis timbalan editor ruangan rencana pengarangnya, Jackson Diehl, akhbar itu berkata Anwar berada di Washington selama beberapa hari minggu lalu.

“(Beliau) menghabiskan banyak masa untuk memberi penjelasan kepada rakan lamanya, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan, Howard Berman dan seorang dua pemimpin Yahudi,” tulis Diehl dalam artikel bertajuk ‘Flirting with zealotry in Malaysia’ (Bercanda dengan kefanatikan di Malaysia). Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : DSAI Kesal. Kah kah kah kah kah!!!!!

2. Itulah beberapa wajah dari berpuloh wajah DSAI.

3. Lidahnya cukup banyak cabangnya. Depan Tok guru lain, depan Karpal lain, depan Mahfuz lain. Kesian. Semuanya tertipu............

4. Masih belum sedar? Sedarlah. Fikirkan, dan terus fikirkan . !!!!!!!!!!!!

MALAYAN LAW JOURNAL : KES DYING DECLARATION RAKAN SEJENAYAH !


[1993] 3 MLJ 702
Public Prosecutor v Mohd Jamil bin Yahya & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (ALOR SETAR) — CRIMINAL TRIAL NO 47–3–92

Judges KC VOHRAH J

Date 26 SEPTEMBER 1993
Citation [1993] 3 MLJ 702


Catchwords:

Criminal Procedure — Trial — Prosecution’s case — Trafficking in dangerous drugs — Evidence that one of the two accused placed bag with cannabis in the car but no evidence which one of the two did it — Whether prosecution had proven its case

Evidence — Hearsay — Dying declaration — New exception under the hearsay rule — Evidence (Amendment) Act 1993

Evidence — Hearsay — Dying declaration — Declarant to be open to impeachment and discrediting in the same way as other witnesses — Evidence Act 1951 ss 32, 33 &158

Evidence — Corroboration — Dying declaration — No evidence that declarant had been employed as informer — Whether corroboration needed
Words and Phrases — ‘Accomplice’

Bahasa Malaysia Summary:

Kedua-dua tertuduh telah dituduh kerana mengedar dadah berbahaya, suatu kesalahan di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Pihak pendakwa telah bergantung kepada pernyataan yang telah dibuat oleh seorang yang telah meninggal dunia (‘pembuat deklarasi itu’) semasa suatu penyiasatan dibuat, di bawah s 112 Kanun Acara Jenayah (FMS Bab 6), untuk membuktikan kesnya terhadap kedua-dua tertuduh itu. Pernyataan oleh pembuat deklarasi itu telah diterima di bawah s 32(1)(i) Akta Keterangan 1950 (‘Akta itu’), yang mengandungi suatu pengecualian baru di bawah keadah dengar cakap, yang telah diperkenalkan oleh Akta (Pindaan) Keterangan 1993. Di dalam pernyataan itu, pembuat deklarasi itu, seorang yang mengaku dirinya sebagai pengedar dadah, kelihatan membabitkan tertuduh pertama dengan pembelian beg ganja yang telah dirampas dan secara sampingan membabitkan tertuduh kedua dengan beg yang telah dirampas itu.

Diputuskan:
Diputuskan, membebas dan melepaskan kedua-dua tertuduh:

(1) Pembuat deklarasi itu sepatutnya boleh dicabar dan dicemarkan nama baiknya sebagaimana saksi-saksi yang lain. Prinsip mencabar dan mencemarkan nama baik pembuat akuan nazak diiktirafkan oleh peruntukan statutori dan dilanjutkan kepada semua pembuat pernyataan yang boleh diterima di bawah ss 32 dan 33 Akta itu kerana s 158 Akta itu memperuntukkan bahawa apabila sesuatu pernyataan yang relevan di bawah ss 32 atau 33 dibuktikan, kesemua perkara boleh dibuktikan sama ada untuk menyangkal atau menyokongnya, atau untuk mencabar atau mengesahkan kebolehpercayaan orang yang telah membuat pernyataan itu, yang mungkin dapat dibuktikan jika orang itu dipanggil sebagai saksi dan telah menafikan kebenaran perkara yang dinyatakan apabila diperiksa balas.

(2) Setakat mana kebolehpercayaan boleh disangkutkan kepada suatu pernyataan yang dibuat oleh pembuat deklarasi di bawah s 32(1)(i) Akta itu yang jelas mempunyai kepentingan, mesti dikaji dengan amat berhati-hati, lebih-lebih lagi jika tertuduh itu menghadapi tuduhan yang membawa hukuman mati mandatori jika disabit.

(3) Jika pembuat deklarasi merupakan seorang rakan sejenayah, atau seorang yang memujuk, menolong atau bersubahat, oleh itu, jika pembuat deklarasi itu masih hidup dan memberi keterangan di mahkamah, adalah bijaksana supaya memerlukan sokongan untuk keterangannya dalam perkara material. Jika beliau tidak merupakan seorang rakan sejenayah, andaikan beliau masih hidup dan memberi keterangan di mahkamah, dan jika beliau dicantum di dalam tindakan itu, rukun keterangan sokongan tidak terpakai. Di dalam kes ini, tidak ada keterangan yang menunjukkan bahawa pembuat deklarasi telah digaji sebagai seorang pemberi maklumat dan oleh itu, keterangan beliau tidak perlu disokong. Akan tetapi, beliau patut sekurang-kurangnya diperiksa balas dan keterangan beliau diuji. Tetapi pernyataan itu tidak boleh ditentu-sahkan oleh pemeriksaan balas. Lebih-lebih lagi, pernyataan itu telah direkodkan lebih kurang satu hingga lima bulan selepas kedua-dua tertuduh ditahan dan berlainan dengan apa yang diingati oleh pegawai penyiasat. Mahkamah amat meragui kebolehpercayaan pernyataan itu dan adalah lebih selamat jika tidak bergantung kepadanya.

(4) Di penghujung kes pihak pendakwa, terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa satu daripada dua tertuduh itu telah meletakkan beg yang mengandungi ganja itu di dalam kereta itu tetapi tidak terdapat bukti yang menunjukkan yang mana satu daripada dua tertuduh itu yang melakukannya. Oleh itu, pihak pendakwa tidak bejaya membuktikan kesnya dan kedua-dua tertuduh berhak dibebaskan.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

PETA PELAYAR