FOLLOWERS

Saturday, 21 November 2009

UNDANG-UNDANG KETERANGAN : Tahap pembuktian dan keterangan berdasarkan keadaan


Nota-Nota Lama PG berkaitan Perundangan
Tahap pembuktian dan keterangan berdasarkan keadaan
( Standard of proof and Circumstantial Evidence ).

Keterangan berdasarkan keadaan biasanya tidak ada saksi dan tidak ada keterangan terus (direct evidence ). Hanya berdasarkan keadaan persekitaran. Belum diputuskan samada tahap pembuktiannya samada “beyond reasonable doubt” (di luar keraguan munasabah) atau “ irresistible conclusion test” ( ujian kesimpulan yang tidak dapat sangkal).

Jika ujian kesimpulan kesangkalan dibuat maka tahap pembuktian adalah tinggi iaitu 100% tertuduh melakukan kesalahan dan mencapai kepastian.

Lord Denning dalam kes Miller V Minister of Pensions [1947] 2 AU ER 372 berkata

“darjah pembuktian adalah selesai. Ianya tidak perlu sampai kepastian, tetapi ianya hendaklah membawa darjah kemungkinan yang tinggi. Pembuktian di luar keraguan munasabah bukan bermaksud pembuktian di luar sebarang bayang keraguan ( Proof beyond reasonable doubt does not mean proof beyond the shadow of a doubt ). Undang-undang akan gagal melindungi masyarakat jika penerimaan berbagai kemungkinan diterima untuk mengelak proses keadilan.

Jika keterangan begitu kuat dan hanya tinggal kemungkinan kecil dan boleh dibuat dengan ayat “ tentunya ada kemungkinan, tetapi sangat kurang kemungkinan, maka kes telah terbukti di luar keraguan munasabah” ( of couse it possible,but not in the least probable ,the case is proved beyond reasonable doubt ).

Dalam kes Liew Kaling V PP [1960] 26 MLJ 306 –

“ujian yang selalu dipakai adalah orang yang waras menggunakan pemikirannya dalam kehidupan biasa manusia dan ini bukanlah seperti seorang ahli sains mencari kebenaran mutlak atau seorang guru agama mancari /menegak kebenaran emosi …”.

Dalam kes Mc Greevy V Director of Public Prosecutions [1973] 1 W.L.R 276 telah diputuskan dalam kes jenayah yang bergantung sepenohnya kepada keterangan berdasarkan keadaan , tahap pembuktian adalah di luar keraguan munasabah dan bukannya ujian kesimpulan tidak dapat di sangkal ( irresistible conclusion test).

Berbeza dengan kes Reg. v Hodge [1838] 2 Levin 277 di mana tuduhan dibuat kerana membunuh dan hakim telah menyatakan kepada juri, kes tersebut bukan sepenohnya bergantung kepada keterangan berdasarkan keadaan, oleh itu sebelum tetuduh didapati bersalah, juri mestilah berpuas hati keterangan berdasarkan keadaan adalah konsistant dengan perbuatan yang dilakukan dan berpuas hati dengan fakta-fakta yang tidak konsistant bahawa tertuduh tidak melakukan kesalahan.

Dua tahun kemudian kes di atas telah mendapat pertimbangan di Australia dalam kes Barca V The Queen [1975] 133 CLR 82 iaitu juri tidak boleh membuat keputusan bersalah jika keterangan berdasarkan keadaan tidak konsistant dengan kesalahan tertuduh (hypothesis other than guilt). Ini bermakna mahkamah Australia menolak untuk menerima kes Mc Greevy iaitu tahap pembuktian di luar keraguan munasabah dan lebih suka kepada ujian kesimpulan tidak dapat disangkal (irresistible conclusion test).

Pada tahun 1976 adalah giliran hakim di New Zealand melakukan pertimbangan pada kes Mc Greevy. Dalam kes Police V Pereira [ 1977] 1 NZLR 547 mahkamah merasakan untuk mengikut keputusan kes Reg. v Hodge [1838] dan menolak kes Mc Greevy. Komen dibuat

“sekiranya kes adalah gabungan keterangan terus dan keterangan berdasarkan keadaan maka tahap pembuktian adalah di luar keraguan munasabah”.


Walaupun kes Reg. v Hodge [1838] 2 Levin 277 tidak dirujuk di Mahkamah Malaysia dan Singgapore, tetapi terdapat kecenderungan mahkamah di Malaysia menggunakan tahap yang lebih tinggi dari di luar keraguan munasabah pada kes keterangan berdasarkan keadaan. Beberapa kes menunjukkan mahkamah meletakkan beban yang lebih berat kepada pendakwa dalam hal keterangan berdasarkan keadaan.

Di Singgapura kes Karter Singh and Anor V Rex [1952] MLJ 85 rayuan telah dibuat atas sabitan bunuh tidak sengaja. Rayuan dibenarkan oleh kerana pembuktian tidak mancapai tahap tinggi dalam kes keterangan berdasarkan keadaan seperti yang diperlukan.

Tahap tinggi pembuktian di Malaysia dalam kes keterangan berdasarkan keadaan ditimbang pada kes Idris V PP [1960] MLJ 296 di mana perayu telah disabitkan salah atas kesalahan membunuh bekas isterinya. – kecuali keterangan mengenai motif, kes pendakwa bergantung sepenohnya kepada keterangan berdasarkan keadaan. Mahkamah ingin memberikan definisi keterangan berdasarkan keadaan merujuk kepada kes Belhaven & Stenten Peerage [1875- 76] Appeal case 279

“dalam mengendalikan keterangan berdasarkan keadaan kita hendaklah menimbangkan beratnya (weight) kuasa percantuman (united force) semua keterangan berdasarkan keadaan apabila digabungkan bersama. Anda mungkin ada satu pancaran cahaya yang lemah dan dengan sendirinya tidak boleh menerangi satu sudut. Tetapi sekiranya anda ada beberapa sinaran cahaya yang lemah di gabungkan pada satu sudut ianya akan menghilangkan kegelapan. Dengan perkataan lain keterangan berdasarkan keadaan terdiri dari berikut : Apabila dilihat keadaan sekeliling anda akan dapati siri tanda-tanda dialamnya (series of under signed) di mana seorang yang berakal biasa terpaksa membuat satu keputusan kesimpulan. Jika keterangan berdasarkan keadaan tidak dapat memuaskan ujian tahap tersebut, maka ia akan meniggalkan jurang (gap) dan tidak berguna langsung”.

Chan Chwen King V PP [1962] MLJ 307 – perayu telah disabit dengan kesalahan membunuh seorang perempuan dan anaknya. Thomson C.J dalam memberi penghakimannya berkata

“keterangan bergantung sepenohnya kepada keterangan berdasarkan keadaan dan apa yang dikritik adalah terjumlah seperti berikut – tidak ada satupun cebisan keterangan berkenaan cukup kuat untuk memberi sabitan.Ini adalah sangat benar. Ia mestilah di ingati ,dalam kes melibatkan keseluruhannya melibatkan keterangan berdasarkan keadaan,Ini adalah sangat benar. Ia mestilah di ingati ,dalam kes melibatkan keseluruhannya melibatkan keterangan berdasarkan keadaan,pertimbangan bukan saja dibuat pada kekuatan setiap cebisan keterangan tetapi kekuatan kombinasi cebisan keterangan-keterangan berkenaan dan apabila dipulas (twisted) bersama untuk membentuk satu tali. Soalan sebenarnya : Adakah tali tersebut cukup kuat untuk menggantung banduan?

Cabutan teks.

Facts:
The appellant was convicted for the murder of a woman and her child and was sentenced to death. It was argued on appeal that : (i) the evidence was entirely circumstantial; (ii) the trial judge dealt withthe need for corroboration of the evidence of the child witnesses unsatisfactorily; (iii) the trial judge misdirected the jury by suggesting to that the evidence of the defence is to be regarded and evaluated in isolation and that if that fails to come up to some standard proof is to be discarded.

Holdings:

Held:

(1) in cases where the evidence is wholly circumstantial, what has to be considered is not only the strength of each individual strand of evidence but also the combined strength of these strands when twisted together to make a rope;

(2) although the trial judge did not administer the necessary caution to the jury as suggested in Chao Chong v Public Prosecutor [1960] MLJ 238 nevertheless the Court was not prepared to say that the terms in which he did administer the caution was wrong;

(3) the suggestion of the learned trial judge that the evidence for the defence is to be evaluated in isolation and that if it fails to come up to some standard proof it is to be discarded is beyond the authorities. However in this case if the jury had been properly directed they would have inevitably come to the conclusion that the prisoner was guilty of both murders and therefore the case was one which came within the scope of s (29)(2) of the Court Ordinance, 1948, and the appeal should be dismissed.

Dalam kes di Singgapura Sunny Ang V PP [1966] 1 MLJ 95 hakim berkata

“soalan yang perlu diberi perhatian, kes ini bergantung kepada keterangan berdasarkan keadaan dan adakah kesan menaik/meningkat (cumulative effect) keterangan berkenaan akan membawa anda membuat satu kesimpulan yang tidak dapat disangkal iaitu tertuduh melakukan jenayah atau adakah terdapat penjelasan munasabah contohnya adakah ianya satu kemalangan?.Hakim seterusnya menyatakan keterangan berdasarkan keadaan adalah kesan menaik dengan mengumpul semua mereka bersama dan dari itu adakah membawa anda satu kesimpulan inferen yang tidak dapat disangkal bahawa tertuduh yang melakukan jenayah. Atau adakah sebarang penjelasan munasabah lain ke atas fakta tesebut (bagaimana mangsa dibunuh). Kes pendakwa adalah kesan semua keterangan yang membawa anda tidak dapat menyangkal (irresistible) atau mengalah (inexorably) untuk membuat satu kesimpulan dan satu kesimpulan saja : bahawa tertuduh yang dengan sengaja menyebab kematian kepada perempuan muda ini.


Cabutan teks.

Facts:

The appellant in this case was convicted for the murder of one Jenny Cheok Cheng Kid and was sentenced to death. According to the prosecution the offence was committed at sea near two islands off Singapore. The appellant had hired a sampan from a boatman and on his directions the boatman brought the appellant and the girl to a place near the two islands where he dropped anchor. According to the appellant his object in going there was to collect corals; the prosecution contended that his real intention was to murder the girl, and that in pursuance of that intention he assisted her to put on the diving equipment and allowed her, a novice diver, to go down alone, wearing a flipper, which had been previously cut, in waters which he knew were dangerous and hazardous, with the result that she met her death. Evidence was given that the girl had been insured against accidents with several insurance companies; and that some of the policies had been renewed by the appellant on the morning of the girl’s death, although he had not renewed or extended his own insurance policy. The prosecution relied on circumstantial evidence and on the cumulative effect of such evidence. On appeal a number of grounds were relied on and it was alleged inter alia (1) that the learned trial judge had erred in law in failing to direct the jury on a possible verdict of culpable homicide not amounting to murder; (2) that the learned trial judge erred in law in permitting the prosecution to abuse the provisions of s 192(3) of the Criminal Procedure Code by adducing the evidence of witnesses who had not been called at the preliminary inquiry after giving only a few minutes’ notice of the intention to call such witnesses; (3) that the trial judge erred in law in permitting the prosecution to adduce evidence of attempts to suborn the boatman; (4) that the trial judge was prejudiced and biased against the appellant; (5) that the trial judge erred in law in failing adequately to direct the jury on the danger of convicting an ac cused person upon circumstantial evidence.

Holdings:

Held, dismissing the appeal:

(1) Having regard to the facts and circumstances in this case, the case was one in which the appellant was either guilty of murder or not guilty of any offence whatsoever and it was unnecessary for the trial judge to direct the jury on a possible verdict of culpable homicide not amounting to murder.

(2) As no time limit is prescribed by s 192(3) of the Criminal Procedure Code the prosecution had technically complied with the provisions of the section and were at liberty to call the witnesses but as a matter of practice every effort should be made by the prosecution to serve the necessary notice and documents as soon as possible after it is known that a person who has not given evidence at a preliminary inquiry has to be called as a witness for the prosecution.

(3) The evidence of subornation of the witness was not objected to at the trial by counsel for the appellant, who had in fact wanted the evidence in, and therefore the appellant could not complain against the admission of the evidence.

(4) While it was true that the trial judge expressed himself with great emphasis and in strong terms on various matters, the jury were left in no doubt that they were the sole judges of the facts in the case and there was no substance in the grounds that the judge was biased and prejudiced against the appellant.
(5) The directions of the trial judge on the effect and in particular the cumulative effect of circumstantial evidence were perfectly adequate.

(6) Although the body of the deceased was never found, there was overwhelming evidence on the record that the appellant murdered her.

[Editorial Note: The appellant sought special leave to appeal against his conviction to the Judicial Committee of the Privy Council. The Judicial Committee refused leave on 4 October 1966.]

Tahap pembuktian tinggi sekali lagi dapat dilihat dalam kes Muniandy V PP [1973] 1 MLJ 179. Perayu telah dituduh dengan rogol.

“Hanya keterangan berdasarkan keadaan yang dapat menyokong keterangan mangsa. Hakim Ong C.J membuat penghakiman di mahkamah persekutuan yang membenarkan rayuan berkata

“apabila pendakwa hanya bergantung kepada keterangan berdasarkan keadaan untuk membina kesnya terhadap tertuduh, setiap cebisan keterangan mestilah menuju satu arah saja iaitu mencadang atau memberi sokongan satu inferen kesalahan (guilt)”.
Cabutan teks.

Facts:

This was an appeal against the conviction of the appellant on a charge of rape. The prosecution rested mainly and solely on the evidence of the child-complainant. Ther was no corroboration of her evidence. A witness was called for the defence and asked whether he had sexual intercourse with the complainant but the provisions of s 132(2) of the Evidence Ordinance was not explained to the witness.

Holdings:

Held:

(1) the complainant’s evidence by itself was far from convincing and there was a total absence of corroboration in any material particular implicating either of the appellants. On the contrary the complainant’s evidence was discredited by her own father;

(2) the defence case was not properly and fairly presented to the jury;

(3) the failure of the learned judge to comply with the provisions of s 132 of the Evidence Ordinance resulted in serious misdirections;

(4) on all these grounds, the appeal must be allowed and the conviction of the appellants quashed.

Eng Sin v PP [1974] 2 MLJ 168 dan Khamis V PP [1975] 1 MLJ 46 -tuduhan adalah bunuh dan tidak ada keterangan terus (direct evidence). –

Untuk mahkamah bergantung kepada keterangan berdasarkan keadaan, keterangan yang ditimbangkan mestilah hanyalah menunjuk kepada satu butiran iaitu kesalahan tertuduh, ia tidak boleh berupaya kepada sebarang interpretasi lain atau sebarang makna lain ( kes ini bergantung kepada ujian kesimpulan tidak dapat disangkal -irrisistable conclusion test ).

Cabutan teks.

Facts:
In this case the appellant had been convicted of murder of a girl aged 11 years. The evidence against the appellant was entirely circumstantial. In his summing up the learned trial judge had explained all the facts of the case and laid emphasis on the evidence of appellant. He also said that for a court to rely on circumstantial evidence the evidence when considered must point only to the guilt of the accused; it must not be capable of any other interpretation or any other meaning.

Holdings:

Held in this case, in the light of the evidence, and taking the summing up as a whole it was impossible for the court to say that there had been a miscarriage of justice and therefore the appeal must be dismissed.[Editorial Note: See “McGreevy v DPP Revisited” [1974] 2 MLJ xxxiii.]

Tahap ini juga diguna dalam kes Dato Mokhtar Hashim & Anor V PP [1983] 2 MLJ 232.


Penerimaan kes Mc Greevy pada tahap rendah.



Pada tahun 1982 Mahkamah Persekutuan telah menggunakan prinsip dalam kes Mc Greevy. Ini berlaku dalam kes Jayaraman & Ors V PP [1982] 2 MLJ 273 apabila hakim Syed Othman berkata

“ Saya cukup sedar fomula “irresistible” yang digunakan oleh mahkamah di Malaysia dalam mengendalikan kes keterangan berdasarkan keadaan …. Dalam kes sekarang ianya hanyalah pemainan perkataan iaitu kedua-dua ujian adalah sama (Mc Greevy dan Reg. v Hodge ). Jika fakta terbukti alternatif kepada kesalahan tertuduh, atau dengan perkataan lain terdapat keraguan kepada kes pendakwa dan pendakwa dikatakan tidak membuktikan kesnya di luar keraguan munsabah. Dalam kes ini fakta yang dibukti tidak menunjuk kepada kesalahan tertuduh dan mahkamah yang melakukan pembicaraan tidak pasti akan kesalahan tertuduh dan mestilah membuang kes pendakwa oleh kerana tidak dapat membuktikan kesnya di luar sebarang keraguan munasabah. Dalam kes keterangan berdasarkan keadaan adalah mengcukupi jika mahkamah hanya menyatakan ia berpuas hati dengan kesalahan tertuduh (guilt of accused) di luar keraguan munasabah tanpa berkata lanjut fakta terbukti tidak dapat disangkal (irresistible) kepada satu butiran dan hanya satu kesimpulan iaitu tertuduh bersalah.

Mahkamah persekutuan membuat kesimpulan perkataan yang dinamakan “irresistible” hanyalah satu cara lain untuk menyatakan terbukti di luar sebarang keraguan munasabah (proof beyond a reasonable doubt).

Nota : terdapat keputusan kemudianya mahkamah telah merujuk kepada “ irrisistable conclusion test” (ujian kesimpulan yang tidak dapat disangkal ).

Cabutan teks

Facts:
This was an appeal against the decision of the learned President, Sessions Court, Kelang, convicting the appellants for causing the death of the four deceased persons under s 304 read in conjunction with s 34 of the Penal Code. The appeal raised a number of question of facts and law.

Holdings:

Held: (1) the appeal against the grounds of judgment in this case dealt too much on findings of fact rather than on substantial points of law. The appellate court has not hot had the advantage of seeing or hearing the witness and unless it could be shown that the trial court had misused its advantage, it was not for the appellate court to reverse the trial court’s findings. In this case not one of the numerous points alleging misdirection of facts taken alone or all those taken together could justify the appellate court of interfere with the findings of the trial court;

(2) as the earlier discharge of the accused did not amount to an acquittal the plea of autrefois acquit could not stand.

(3) in the circumstances of this case the prosecution was under no obligation to supply statements of their witness to the defence. The defence is only entitled to the police statement when a prosecution witness is to be impeached;

(4) whether or not there is an arrest is a question of fact to be determined by the trial court and in this case the learned President was right in holding that the Police Corporal was not making an arrest when he told the appellants not to leave the temple compound;

(5) the statement made by the appellant to the Police Corporal when he arrived at the scene were not admissible in evidence but the statements made to the Police Inspector were admissible as they were made to him before arrest;

(6) there was no reason to disturb the findings of the trial court that Inspector Govindan who recorded cautioned statements from the appellants, was competent in Tamil, that the words he used in the caution statements have the same effect as required by the Criminal Procedure Code and that the statements were recorded within the time stated in them. The cautioned statements were therefore rightly held to be admissible in evidence.

(7) in dealing with a case which relies on circumstantial evidence it is sufficient if the court makes a finding that in considering all the evidence it is satisfied beyond reasonable doubt that the accused is guilty of the offence. In any case the learned President in his judgment came to the “inescapable conclusion” that the appellant were expert fighters, which is the same as “irresistible conclusion”;
(8) on the evidence the trial court formed the inescapable conclusion that the appellant were expert fighters. Considering the number of persons dead, four, and one badly injured on the grounds of the temple and the weapons used by the appellants, the only conclusion that can be drawn is that all the appellants must have participated in the fight;

(9) in this case the deceased persons died of very severe injuries and from the evidence the learned President was entitled to form his opinion as to the nature of the weapons which had been used to inflict the injuries. It did not take an expert to determine whether the injuries could or could not cause the death or what weapon was used to cause the injuries. These are question of fact and the trial court was in as good a position as the expert to determine the questions;

(10) from the injuries suffered only by two of the appellants the only conclusion that can be drawn is that the deceased persons offered hardly any resistance when they were attacked. With the instruments they had and having been surrounded by the appellants they were in no position to attack. The appellants had superior weapons and showed no mercy towards the deceased persons. All the evidence pointed to the conclusion that the appellants were all acting in concert and had the intention to kill from the outset. On the evidence the defence of self defence could not have considered;

(11) the finding of guilt against all the appellants must therefore be upheld. Although the sentences imposed were on the lenient side, they would not, in the special circumstances of the case, be disturbed.

Editorial Note : On Appeal, the above decision was affirmed by Federal Court on 10 June 1982.

Mahkamah Agong dalam kes Ng thian Soong V PP [1990] 2 MLJ 148 - mahkamah telah menggunakan formula kes Mc Greevy.

Beban bukti kes pendakwa samada dalam kes keterangan terus (direct evidence) atau keterangan berdasarkan keadaan adalah sama iaitu di luar sebarang keraguan munasabah.


Cabutan teks.

Facts:
The appellant had been tried by jury and found guilty of murder by a majority verdict of five to two and he was convicted and sentenced to death. On his appeal, three major arguments were raised and considered: (a) at the trial, after the jury had retired to consider their verdict at 5.57 pm, the foreman informed the judge at 8.08pm that the jury had come to a four to three decision whereupon the learned judge asked the jury to retire again for further consideration. It was only after the jury had retired for the second time that they returned a verdict of guilty of murder of a majority of five to two to which the learned judge concurred. It was argued that since the jury had already decided by a majority of four to three in the first instance, they became functus officio and as such the verdict by which the accused was found guilty was a nullity. It was also alleged in the petition of appeal that the learned judge had pressured the jury to come to a verdict by telling them they would have to stay the whole night until a verdict was reached; (b) the direction given to the jury on the subject of circumstantial evidence to connect the accused with the crime of murder was inadequate or insufficient; (c) the learned judge was wrong in ruling that the evidence of bare denial by the accused should be on the ground that it constituted a defence of alibi and therefore was not admissible in the absence of notice served on the prosecution under s 402A of the Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) (‘CPC’).

Holdings:

Held, allowing the appeal of the accused:

(1) Since s 204(ii) of the CPC expressly requires that a majority verdict of the jury must not be less than five to two anything less cannot constitute a verdict in law. Accordingly, when the jury had indicated that they had reached a decision by a majority of four to three, the learned judge was perfectly entitled to resolve the deadlock by requiring them to retire for further consideration under s 228 of the Criminal Procedure Code. The functus officio argument is therefore wholly without substance.

(2) The procedure adopted by the learned judge in this case was in fact the practice recommended in Lee Koh Eng v PP [1975] 1 MLJ 132 (refd) and adopted ever since in the High Courts to avoid the very functus officio argument which was canvassed in this case.

(3) There is no merit in the complaint that the learned judge had directed the jury to reconsider their verdict at 8.08pm and indicated that they would have to stay the whole night until a verdict was reached. After the summing up in this case, it would be most undesirable to allow the jury to go home and to reconvene the next day for the verdict.

(4) In a case of the present nature where the strands of circumstantial evidence connecting the accused with the crime are capable of more than on inference, it is not sufficient for the trial judge merely to tabulate the indirect evidence. He must go one step further by directing the jury as to what other reasonable inferences could be drawn from each strand of circumstantial evidence and leaving it to the jury to decide which inference they wish to adopt. It is only when the combined strength of these inferences accepted by the jury when twisted together is strong enough to constitute proof beyond reasonable doubt that a finding could be arrived at the guilt of the accused.

(5) The summing up of the learned trial judge on circumstantial evidence was manifestly inadequate so as to constitute a misdirection which has occasioned a miscarriage of justice in the circumstances of the particular case.

(6) The evidence excluded by the learned judge merely amounted to a bare denial and such evidence ought not to have been expunged. To deny the accused from putting his defence to the jury, however implausible it may appear, would most certainly occasion a miscarriage of justice particularly having regard to the weak nature of the prosecution’s case.

Walaupun terdapat keputusan dalam kes Ng Thian Soon perkara “ irresistible conclusion test” masih menghantui mahkamah agong melalui kes PP v Lim Lian Chen [1992] 4 CLJ 2086 pada pertuduhan mengedar dadah.

Apabila keterangan bergantung kepada keterangan berdasarkan keadaan beban bukti adalah sangat berat dan keterangan tidak dapat disangkal (irresistible ) mestilah menunjukkan kesalahan tertuduh. Jika terdapat satu gap (jurang) didalamnya maka ianya tidak mengcukupi untuk membukti kes terhadap tertuduh. Keterangan berdasarkan keadaan di mana perayu dicam oleh saksi sebelum itu adalah tidak cukup kuat kepada “ujian kesimpulan tidak dapat disangkal” bahawa tertuduh yang melakukan kesalahan.

Oleh kerana kes tersebut tidak mencapai tahap yang dikehendaki, sabitan diketepikan.
Penghuni Gua : Semuga semua pembaca dan pelajar mendapat menafaat dari nota-nota lama PG berkaitan dengan perundangan negara. Tq

LAGU TERBARU NAMEWEE: SELEPAS MENGHINA NEGARA KU. APA KOMEN MCA, GERAKAN DAN DAP?

Dipetik dari Blog : Anti Hipokrit




MCA dan DAP bukan main beriya-riya minta maaf kerana budak yang dikatakan bodoh ini menghina lagu Negara Ku. Itu dulu. Beberapa tahun dulu. Dia masih belajar. Sehinggakan menteri minta maaf dan campurtangan. Akhirnya dia tidak dituduh.

2. Tapi sekarang ? Lihat Vedeo ini. Memang sengaja cari pasal dan meLANCAU TNB. Sengaja dia mencipta lagu mencarut . Apa komen MCA. Khasnya kepada Chua Soi Lek yang terlalu membelanya sebab dia orang Muar. Mungkin juga dia terikut-ikut dengan perangai Chua Soi Lek kot. Inilah di antara yang besar kepala. Ada kepandaian tetapi menyalahgunakan kepandaian tersebut.

3. Inilah jadinya kalau kerajaan masih berlembut dan asyik memaafkan segala perkara walaupun ia menghina negara ( Lagu Negara Ku ) dulu. Namewee ini merasakan dia ada kubu untuk berlindung. Sebab itu budak bodoh ini masih tidak serik dan masih terus bodoh dan kepalanya pun makin besar.Inilah hasil dari pendidikan yang beliau terima. Apa komen MCA, GERAKAN dan DAP yang begitu kuat mempertahankannya?

Kisah lagu Negara Ku nya terdahulu : KLIK

MOGOK TEKSI DI CHINA : MEMANG NAK KENA NI !





BEIJING 20 Nov. - Beratus-ratus buah teksi di selatan China mengadakan mogok bagi membantah cadangan kerajaan untuk mengawal industri tersebut dengan orang ramai membaling batu ke arah kereta, lapor media hari ini.

Lebih 200 buah teksi di bandar Putian dalam wilayah Fujian yang mogok sejak Rabu lalu mengadakan tunjuk perasaan dengan menghalang serta memaksa mana-mana teksi yang meneruskan operasi di situ menyertai bantahan mereka, lapor pegawai agensi berita Xinhua. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Menarik apa yang berlaku di China. 200 pemandu teksi di China. Setakat ini belum ada apa-apa tindakan oleh kerajaaan China. Kita semua tunggu hasilnya.

2. Hari ini mungkin semua pemandu ini akan menerima padah..........................

3. Cuma di Malaysia ini sahaja yang kerap memberi muka kepada semua yang berkepala besar. Sebab itu bertambah besar. Negara yang hendak maju perlu tegas dan keras dalam segala tindakan sekiranya ingin terus maju dan kekal maju. Lihat saja di Singapura dan China atau di mana pun. Jika negara yang masih baru dan mula maju gagal mengawal dengan tergas perkara-perkara seperti ini , maka akan terbantutlah negara tersebut.

4. Malaysia sudah lengkap segalanya. Undang-undang pun sudah lengkap. Cuma penguatkuasaan. Taklah perlu lakukan seperti di Urumqi, tetapi sekadar bertegas mengikut undang-undang kita.

5. Bertindaklah segera untuk mengecilkan kepala-kepala mereka yang kelihatannya mula bertambah besar.

6. Kira sama-sama lihat apa yang China akan buat dan kerjakan pemandu teksi ini..............Yang kita di Malaysia ini , tak habis-habis dengan amaran, amaran , amaran. Meluat.

Friday, 20 November 2009

6 PEMIMPIN UMNO JOHOR DITANGKAP RASUAH: BEZANYA UMNO DAN PR !







JOHOR BAHRU: Enam ahli Umno bahagian Kota Tinggi termasuk Ketua Pemuda Umno bahagian berkenaan serta seorang bekas Setiausaha Akhbar Menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor awal pagi tadi semalam untuk siasatan berhubung dakwaan cuba menyogok tiga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno bahagian berkenaan sebanyak RM40,000.

Semua mereka yang berusia antara 30 dan 40 tahun itu, ditahan kira-kira jam 2 pagi di rumah seorang AJK berkenaan, selepas kumpulan terbabit dikatakan cuba berunding dengan lelaki terbabit untuk menarik balik hasrat meletakkan jawatan sebagai AJK Pemuda bersama 17 yang lain. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Sudah lebih 12 jam tangkapan ini berlaku. PG membelek semua akhbar dan e- berita, juga menghubungi rakan-rakan di Johor. Tiada reaksi di dalam akhbar dari pemimpin UMNO. Juga tiada pun UMNO Johor nak komen lebih-lebih.

2. PG melihat tidak ada pun UMNO dan pemimpinnya , baik di peringkat Pusat mahupun di Johor atau di negeri-negeri lain yang bising dan mempertikaikan tangkapan ini. Pagi tadi lagi PG sudah maklum tentang tangkapan ini. Kawan di Johor hanya memberi reaksi menyokong tindakan SPRM. Mereka berkata biar pengadilan yang menentukan. Berani buat berani tanggung.

3. Jadi sampai sekarang tiada lagi pemimpin UMNO segenap peringkat komen dan mepertikaikan bahawa tangakapan ini satu konspirasi, tangan-tangan ghaib mengarahkan SPRM, sabotaj, cuba nak jatuhkan kerajaan Johor dan berbagai alasan lagi seperti mana pemimpin PR. Jika tangkapan ini terjadi di kalangan pemimpin PR, PG rasakan , tenggelam Malaysia ini di dalam laut china selatan atau selat Melaka. gegak gempitalah alasan dan dakwaan konspirasi atau ada tangan ghaib yang mengarahkan SPRM dan lain-lain . Begitulah biasanya.

4.Inilah peribadi pemimpin kerajaan / UMNO. Bersikap terbuka dan telus. Berhati besar ( walaupun bukan semuanya ). Itulah bezanya pemimpin antara dua parti ini.

5. Jadi fikirlah sendiri , jika PR memerintah negara ini. PG berpendapat , semua jabatan akan di terjah oleh mereka untuk mereka campurtangan. Dilihat dari perpektif hari ini , tidak salah telahan tersebut.

6. ISA akan digunakan oleh mereka sepenuhnya. Mengecam TGNA atau TGHA atau DSAI atau Lim Kit Siang pun akan di ISAkan. Lihat ajelah apa terjadi dengan pemimpin pembangkang di singapura. Itulah contoh terdekatnya jika ..................

7. Itulah bezanya. Walaupun PG tak berparti, demi masa depan anak isteri dan agama, serta bangsa dan negara, setakat ini tak terliur lagilah nak memangkah PR tu. Baik PG pangkah yang memerintah sekarang. Sekurangnya kita sudah tahu siapa dan bagaimana prestasinya. Negara bukan tempat untuk berjudi dan boleh cuba-cuba seperti yang Prof Aziz Bari seru kepada rakyat Malaysia. Jangan sesekali naik main cuba-cuba............Lihat ajelah Indonesia.

Mana pakar dalam bercakap ,tunjuk perasaan dan reformasi , si Amien Rais tu. Ia tempat DSAI belajar dan merujuk untuk berdemo. . Dialah perosak Indonesia. Runtuh dan menderita Indonesia dan rakyatnya angkara Amien. Akhirnya sekarang ia hanya memperkayakan diri sendiri. Yang tinggal dan terpaksa menyapu bangkai dan najis yang Amien tinggalkan ialah SBY.

8. Profil dan sikapnya sama saja dengan DSAI. Kalau jenis yang pandai bercakap, mereka ini hanya auta sahaja. Hanya tahu mengkritik sahaja. Kerja hampas. Negara dah jahanam , mereka senyap membisu.

9. Itulah bezanya........fikir-fikirkanlah.

RASUAH HAJI : DAHULUKAN RAKYAT ATAU KESENANGAN PERIBADI ?

Utusan Malaysia

Oleh MOHD. SHAUKI ABD. MAJID

SUATU malam, Rasulullah SAW mengimam solat Isyak. Setiap kali ketika baginda menggerakkan badannya, terdengarlah bunyi-bunyian seolah-olah tulang-temulang bergeser. Setelah selesai solat, seorang sahabat bertanya, "Apakah Rasulullah sedang sakit?" Dengan suara perlahan baginda pun menjawab, "Oh tidak! Saya sihat walafiat."

Sahabat itu berasa pelik dan bertanya, lagi; "tetapi, mengapa tulang-tulangmu bergeseran (berbunyi) setiap kali Tuan bergerak sepanjang solat tadi?" Melihat para sahabat agak cemas, Rasulullah SAW kemudian membuka jubahnya. Maka nampaklah ikatan selempang kain yang dipenuhi dengan kerikil untuk menahan lapar. Sebenarnya, kerikil-kerikil itulah yang menimbulkan bunyi ketika baginda mengimam solat Isyak bersama para sahabatnya.

Umar bin Khattab tiba-tiba menjerit, "Ya, Rasulullah! Alangkah rendahnya diri kami dalam pandanganmu jika engkau mengatakan lapar dan kami tidak bersedia memberikan makanan lazat-lazat buatmu sedangkan kami semua hidup mencukupi, ya Rasul. Apakah kamu menyangka bahawa kami termasuk orang-orang bakhil?" Nabi Muhamad SAW dengan terharu menjawab, "Tidak wahai Umar! Bukan begitu maksudku. Aku percaya kamu para sahabatku yang sangat mencintai aku. Apalagi bukanlah sesuatu yang menyusahkan dengan hanya sekadar memberikan makanan untukku. Jangankan makanan, harta dan nyawa pun kalau perlu kamu sanggup serahkan.

"Tetapi di mana akan kuletakkan mukaku di hadapan Allah kalau aku sebagai pemimpin, justeru memberatkan orang-orang yang kupimpin? Biarlah aku lapar di dunia asalkan tidak membiarkan umatku dilanda kelaparan. Sebab, kemiskinan akan menyeret manusia ke lembah kekufuran."

Cerita mengenai kesederhanaan dan kesanggupan Nabi Muhamad SAW menahan lapar itu sering kita dengar. Cerita keikhlasan dan kemurahan hati baginda ketika menghadapi suasana getir pun sudah kita tahu. Yang jarang kita dengar adalah hujah di sebalik sikap baginda yang cenderung dilihat sebagai sesuatu yang boleh menjadi kontroversi.

Hujah, pertama yang kita peroleh daripada kisah tersebut ialah baginda sentiasa mengambil berat mengenai kehidupan orang lain dan tidak ingin menyusahkan mereka, meskipun orang itu adalah para sahabat setianya yang sanggup menghulurkan apa sahaja bantuan apabila diperlukan.

Keduanya, baginda sanggup membiarkan dirinya lapar asalkan umatnya berada dalam kesenangan. Baginda tidak sedikit pun mengambil sikap mencari kesenangan hidup di atas kesusahan orang lain. Tidak mengumpul kesenangan di atas penderitaan rakyat yang dipimpinnya.

Teladan itu amat jarang kita dengar untuk zaman yang penuh dengan kemewahan kini. Pemimpin bukan lagi berusaha untuk memakmurkan rakyat, sebaliknya membina kedudukan tertinggi untuk dirinya sendiri, walaupun rakyat kebanyakan masih lagi dibelenggu kemiskinan.
Paling mengejutkan ada segelintir pemimpin yang dikatakan luhur dan jujur menerima sejumlah sumbangan yang boleh digunakan untuk keluarganya. Ada pihak yang sanggup menajanya, kerana yang menaja mungkin memperoleh sesuatu secara tidak langsung daripada hubungan dengan pemimpin itu.

Jauh daripada sifat kepimpinan sebenar. Nabi Muhamad SAW tidak pernah menganggap apa yang ada padanya sebagai "sesuatu yang membawa berkat", kerana yang lebih berkat bagi baginda ialah apa yang dilakukan untuk membahagiakan umat yang dipimpinnya.

Baginda sanggup berkorban demi menyebarkan syiar Islam, tetapi kini pemimpin yang banyak menyanjungi Rasullullah SAW banyak menggunakan agama bagi memperkukuhkan kedudukan dan partinya.

Al-Ghazali pernah mengingatkan bahawa seseorang pemimpin perlu mendahulukan rakyatnya daripada kesenangan peribadi. Maka kerana itulah Islam terus menegah seseorang pemimpin daripada melakukan sesuatu yang di luar batasan. Apabila ada pemimpin sanggup menerima pemberian dalam bentuk tajaan mengerjakan haji, ia bukan boleh dianggap sebagai ibadah sebenarnya. Meskipun seseorang yang mampu diwajibkan mengerjakan haji, kewajipan itu hanyalah sekali.

Jika sudah banyak kali pergi, ia bukan lagi dilihat sebagai suatu kewajipan. Ia akan terus dipandang sebagai satu tindakan berlebihan, seolah-olah menggambarkan seseorang itu terlalu mewah, kerana setiap tahun "ingin ke sana". Walhal lebih ramai lagi yang sepatutnya perlu dibantu, sekurang-kurangnya melalui wang tajaan, setiap tahun diberikan kepada rakyat yang berkeinginan untuk ke sana, tetapi tidak mampu.

Pemimpin yang layak dijadikan teladan ialah pemimpin yang melaksanakan tanggungjawab dengan jujur; mengutamakan rakyat dan bukannya menunjuk-nunjuk di depan rakyat. Walaupun menunaikan haji itu merupakan kewajipan bagi setiap orang Islam, ia hanyalah sekali seumur hidup bagi yang mampu.

PENULIS ialah Pengurus Penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim)
Penghuni Gua : Fikirlah sendiri. Letih dah tulis. Apa yang pasti, rasuah tetap rasuah. Pusing lagu mana pun rasuah.

PENDEDAHAN BALA : BALA ! BALA!


PG beberapa kali membaca pendedahan penyiasat persendirian ini di SINI. Hampir 3 kali PG membacanya. Banyak yang tak kena dengan Bala ini. Tetapi disebabkan PG sedang sibok nak siapkan paper untuk di hantar ke UKM pada 30 nov 2009 ini maka PG siarkan sedikit pembohongan dan percanggahan ( biasalah kalau kita berbohong ini misti ada percanggahan ) yang dibuat oleh Bala ini yang dipetik dari Blog : Paradigma ( KLIK ). Jadi PG copy paste ajelah sebab perkara yang sama saja yang nak ditulis . Jadi lihat di bawah :

PELIKNYA PENGAKUAN BALASUBRAMANIAM: SEKEJAP 'TIDAK', SEKEJAP 'YA'

Friday, 20 November 2009

Jika anda klik di sini, anda akan dapat membaca kandungan wawancara dengan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam bahagian keempat yang disiarkan oleh portal Malaysia Today.
Dan jika anda membacanya lagi dengan teliti, tidak dapat tidak anda akan menemui perkara yang cukup mengeliru dan meragukan.

Yang paling ketara ialah, dalam wawancara tersebut, Bala memberitahu dalam tempoh ‘persembunyiannya’ dia pulang ke tanah air beberapa kali tanpa pengetahuan, Deepak, orang yang dikatakan menjadi ‘dalang’ yang mengatur ‘kehilangannya’. Tetapi dalam kenyataan berikutnya pula dia memberi gambaran sebaliknya.

“Saya tidak menghubungi sesiapa setiap kali saya pulang kerana saya takut Deepak dapat tahu. Satu-satunya orang yang tahu saya pulang ke Malaysia ialah ASP Suresh tetapi dia tidak beritahu pada Deepak,” katanya dalam wawancara itu.

Tetapi dalam wawancara yang sama, ketika ditanya, “Bolehkah kamu ingat tarikh-tarikh anda pulang ke Malaysia?”, penyiasat persendirian itu menjawab begini:

“Ya, saya berada di KL dari 16.02.2009 hingga 05.03.2009. Sepanjang tempoh tersebut, saya menemui Deepak di pejabatnya di Sungai Besi. Dia sangat bimbang saya pulang ke Malaysia dan meminta saya balik semula ke Chennai dengan segera. Dia memberi amaran kepada saya bahawa nyawa saya dalam bahaya jika saya tinggal lebih lama.”
Pelik! Mula-mula dia kata setiap kali pulang tidak menghubungi sesiapa kerana ‘takut Deepak tahu’. Kemudian dia sendiri juga yang kata ‘…menemui Deepak di pejabatnya di Sungai Besi’

Penghuni Gua : PG nak komen satu ajelah. Kalau dilihat dari pemimpin dan blog-blog PR memegang pendedhan Bala ini lebih daripada hadith nabi lagi dengan menggunakan pengakuan ini untuk memburukkan kerajaan.

2. Kesian juga dengan mereka ini yang gagal melihat pembohongan nya. Kerana apa? Sebab itulah wajah mereka semua. bab fitnah dan pembohongan memang cepat dipercayai. Sebabnya mereka buat perkara yang sama.

3. Kepada Bala : Ini bukan negara India Bala. Ini Malaysia. Di India boleh le kamu gempar dan temberang begini. Ini Malaysia. Tak orang nak takut gemparan kamu. Satu lagi , kamu nak takut apa. Kalau takut sangat, PG boleh melindunginya. Hubungi PG. PG pertaruhkan nyawa PG untuk melindungi Bala kalau rasa tak selamat di Malaysia. Tetapi satu ajelah. Perumpamaan orang ada mengatakan :

" Kalau jumpa orang yang macam Bala ini dan pada masa yang sama terjumpa juga ular senduk. Maka ketuk orang macam Bala dulu dari ketuk ular tu. Sebab belitnya lebih dari ular tersebut".

4. Kepada PDRM : Ambil tindakan tegas sehingga kepada pembuangan kerja kepada pembelot yang ada dalam PDRM seperti ASP Suresh tersebut. Inilah mungkin dalangnya yang menyebabkan banyak kes-kes siasatan polis terganggu dan terbengkalai. Mungkin pengesanan Raja Petra yang gagal juga kerana ada pegawai polis pembelot seperti ini. ASP Suresh ini adalah racun dalam polis. Buang dan nyahkan pengkhianat ini.

!@#^&*()(*&^%$#@(*^%$#$%^&*()_)(*& Bala, Bala. Kesian PG pada anda. Tak cerdik lagi nak menipu. Juga , PG nak tanya : Siapa pula taja kau ke hulu ke hilir ke India dan menetaop di sana. Mana kau dapat duit tu. Berapa sen sangat pendapatan anda semasa menjadi penyiasat persendirian ini? Tak sampai RM 5 k sebulan pun. Tapi mewah ke hulu ke hilir. Siapa menajanya?

Nota : hairan juga , dalam Bala takut dengan Deepak, dia dedahkan juga tentang lokasi isterinya di Sentul dan sekolah anaknya. Juga dia kerap balik dan jumpa isterinya di situ. Tak takut ke dengan pendedahan ini Deepak akan pergi cari ata arahkan orang-orangnya awasi rumah isterinya di Sentul? Belit-belit , hindu ni.

MALAYSIA LAW JOURNAL : KES BUDI BICARA MAHKAMAH DALAM MENGHUKUM !


[1993] 3 MLJ 736
Public Prosecutor v Lim Hong Chin
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUCHING) — CRIMINAL APPEAL NO KG55 OF
1992(I)

Judges CHONG SIEW FAI J

Date 4 SEPTEMBER 1993

Citation [1993] 3 MLJ 736




Catchwords:

Criminal Procedure — Sentence — Binding over — Handling stolen property — Plea of guilty — Whether s 294(i) of the Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) was capable in law of being applied — Whether the court’s discretion to invoke subsection could be exercised in offences punishable with imprisonment or fine or both — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 294(i)

Bahasa Malaysia Summary:

Tertuduh telah mengaku salah terhadap tuduhan menolong melupuskan barang-barang tertentu secara sukarela walaupun mengetahui bahawa barang-barang itu adalah barang-barang yang telah dicuri, iaitu suatu kesalahan di bawah s 414 Kanun Keseksaan (FMS Bab 45). Selepas mendengar rayuan meringankan hukuman oleh peguambela, majistret perbicaraan telah membuat suatu perintah di bawah s 294(i) Kanun Acara Jenayah (FMS Bab 6) (‘Kanun itu’), ‘binding over’ tertuduh dengan dua orang penjamin dalam jumlah RM5,000 supaya berkelakuan baik selama tempoh tiga tahun.

Di dalam rayuan ini, timbalan pendakwa raya telah mempertikaikan penggunaan s 294(i) Kanun itu, memandangkan hukuman untuk kesalahan itu yang diperuntukkan di dalam Kanun Keseksaan (FMS Bab 45), dan selanjutnya berhujah bahawa walaupun s 294(i) boleh digunakan dari segi undang-undang, ia telah digunakan dengan salah memandangkan sifat kesalahan yang telah dilakukan dan dengan mempertimbangkan faktor yang tidak relevan.

Berkaitan dengan pemakaian s 294(i), isu yang telah dibentangkan adalah sama ada budi bicara untuk memakai subseksyen itu boleh digunakan untuk kesalahan seperti di dalam kes ini di mana kesalahan itu boleh dihukum dengan pemenjaraan atau denda atau kedua-duanya.
Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:

Jika badan perundangan berniat menghadkan penggunaan s 294(i) kepada kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan sahaja, tanpa opsyen untuk sebarang penalti yang lain, ia dengan jelas akan menyatakan demikian dengan menggunakan perkataan yang sesuai atau dengan menambahkan perkataan ‘only’ di tempat yang sesuai di s 294(i).

Walau bagaimanapun, oleh kerana ini merupakan suatu undang-undang keseksaan, faedah keraguan mengenai apa-apa yang tidak jelas harus diberikan kepada mereka yang dikenakan penalti itu, dan peruntukan perlu ditafsirkan supaya seseorang yang mungkin atau semunasabahnya ditakluk olehnya tidak akan dikecualikan daripadanya.]

Judgment:

Cur Adv Vult

Chong Siew Fai J:

Section #1

This is an appeal by the prosecution against the order of ‘binding over’ of the accused with two sureties in the sum of RM5,000 to be of good behaviour for a period of three years. The order was made under s 294(i) of the Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) (‘the Code’).

The accused pleaded guilty to the charge of voluntarily assisting in the disposal of certain articles knowing them to be stolen property, an offence under s 414 of the Penal Code (FMS Cap 45). After hearing the plea of mitigation by counsel for the defence, the learned trial magistrate ordered as stated above.

In this appeal, the learned deputy public prosecutor raised the availability of s 294(i) of the Code having regard to the form of punishment provided for the offence in the Penal Code (FMS Cap 45), and further contended that even if the said s 294(i) was capable, in law, of being applied, it was wrongly resorted to having regard to the nature of the offence committed and by taking irrelevant factors into consideration.

In relation to the applicability of the said s 294(i), the issue raised was whether the discretion to invoke the subsection could be exercised in offences as the present one where they were punishable with imprisonment or fine or both. The learned deputy public prosecutor contended that there was no discretion to invoke the said s 294(i) in the circumstance, citing PP v Loo Choon Fatt1 and PP v Idris2.

There appears to have been no Supreme Court decision on the point. A number of cases at the High Court level applied or approved the use of the said s 294(i) without dwelling upon the issue raised above, eg Raja Izzuddin Shah v PP3; Teo Siew Peng & Ors v PP4; and Tan Khoon Eng v PP5.

Section #2

As to the two cases referred to by the learned deputy public prosecutor:

(1) In PP v Idris2, Thomson J (as he then was) said (in my opinion, obiter) that s 294 of the Code applied only to offences punishable with imprisonment without the option of a fine. I say obiter because there the offence involved (s 4(2) of the Motor Vehicles (Driving Offences) Proclamation) was punishable with a fine only and the observation of Thomson J was made in the course of distinguishing ss 173A and 294 of the Code.

(2) In PP v Loo Choon Fatt1, Hashim Yeop A Sani J (as he then was) was of the opinion that s 294 of the Code could not be applied to an offence under s 12(2) of the Dangerous Drugs Ordinance 1952 because of the alternative punishment of either a fine or imprisonment therein provided.

Holding the contrary view is the case of PP v Yeong Yin Choy.6 In that case, the sole question referred for determination was whether s 294 of the Code was applicable to an offence punishable with imprisonment with the option of a fine. Abdoolcader J (as he then was) after discussing at length, concluded that the provisions of s 294 were applicable in the case of a conviction for an offence punishable with imprisonment whether with or without the option of a fine or other alternative penalties.

After some anxious consideration and with the greatest respect, I tend to agree with PP v Yeong Yin Choy6. If the legislature had intended to confine the application of the said s 294(i) to offences punishable with imprisonment only without the option of any alternative penalty, it would have expressly so enacted by using some appropriate words to that effect or by simply adding the word ‘only’ in the appropriate place in the said s 294(i). In any event, this being a penal law, the benefit of doubt of any uncertainty should be given to the subjects on whom penalty is to be enforced, and the provisions should be so construed that those persons who are or might reasonably be within it should not be excluded from it.

Two more recent case, however, may be mentioned:

(1) PP v Leonard Glenn Francis;7 and
(2) PP v Mohamed Nor & Ors8 which was referred to by learned counsel for the respondent. <6>PP v Leonard Glenn Francis7 was a case concerning s 8 of the Firearms (Increased Penalties) Act 1971 which provides:

Any person who is in unlawful possession of a firearm shall be punished with imprisonment for a term which may extend to fourteen years and with whipping with not less than six strokes.

And Edgar Joseph Jr J (as he then was) said [at p 161]:

Once a conviction is recorded in respect of an offence under s 8 of the Firearms (Increased Penalties) Act 1971, the provisions of s 294 of the Criminal Procedure Code are overridden and the court must proceed to impose a sentence of imprisonment and whipping with not less than six strokes.

Section #3

As may be seen from the above, the said s 8 provides not only two mandatory forms of punishment, ie imprisonment sentence andwhipping, but also that the whipping has to be not less than six strokes whereas the issue raised in our present appeal is whether s 294(i) of the Code is exercisable in offences punishable with imprisonment with the option of a fine or with both imprisonment and fine. In other words, PP v Leonard Glenn Francis7 dealt with a penal provision different from that raised by the issue in the present appeal. The case is, therefore, to that extent, distinguishable. Also, PP v Yeong Yin Choy6, it may be noted, was not considered in PP v Leonard Glenn Francis7.

As regards the case of PP v Mohamed Nor & Ors8, (a Supreme Court decision) although that case did not deal directly with the issue raised in the instant appeal before me, there is some indication that s 294(i) of the Code may be properly invoked. That case involved s 298A of the Penal Code (FMS Cap 45) which, at the material time, provided punishment of imprisonment for a term that might extend to three years, or with a fine, or with both — similar form of wording as that in s 414 of the Penal Code (FMS Cap 45). The Supreme Court declined to interfere with the decision of the High Court imposing ‘binding over’ orders under the said s 294.

As regards the facts and circumstances of the present case under appeal, it is not disputed that the articles concerned formed no component part of a motor vehicle and that the role of the accused in the disposal took the form of purchase of the articles which the accused gave to his relatives as gifts.

In the grounds of judgment, the learned trial magistrate gave various factors as to why she considered the case a proper one for resorting to s 294(i) of the Code. These included the remorse shown by the accused, his clean record, the plea of guilty, the motive for the purchase, co-operation with the police, public interest, and the unsuitability of custodial sentence on the facts and circumstances of the case. The learned trial magistrate seemed to be of the opinion that given the opportunity, the accused was unlikely to commit offences of a similar nature again. In any event, should the accused fail to observe the condition of the bond during the period of three years, he may be directed to appear in court to receive judgment.

In all the circumstances, I do not consider that there is good reason for interfering with the discretion exercised by the learned trial magistrate.

Section #4

The appeal is dismissed.
Appeal dismissed

Penghuni Gua : Semuga semua pembaca dan pelajar mendapat menafaat dari kes yang dipaparkan. Tq

Thursday, 19 November 2009

BEKAS ISTERI DAKWA ADUN MELOR KAYA !






KOTA BHARU 19 Nov. — Bekas isteri Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Melor, Siti Aishah Chou Abdullah, 25, yakin bekas suaminya mampu membayar tuntutan mutaah sebanyak RM3 juta berdasarkan kemampuan defendan.

Siti Aishah yang berasal dari Kemboja berkata, ini kerana defendan Wan Ismail Wan Jusoh pernah memberitahu bahawa dia (Wan Ismail) mempunyai wang simpanan sebanyak RM1 juta dalam bentuk saham amanah termasuk aset yang lain.

"Bekas suami pernah beritahu ada wang simpanan sebanyak RM1 juta dalam saham amanah tidak termasuk di bank simpanan yang lain.

"Defendan juga selain itu ada beberapa ladang getah di Gua Musang dan mempunyai syarikat di luar negara,” katanya ketika menjawab soalan peguamnya, Mohd. Sibri Ismail di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Abdullah Man. - Bernama

Penghuni Gua : Wow banyaknya harta ADUN Melor ni. Sudah buat pengistiharan harta pada MB Kelantan ke? Kalau tak istihar salah tu dan.................

2. Sudah berapa penggal YB ni jadi ADUN Melor? Saja-saja nak tahu. Minat juga PG nak jadi ADUN macam ni......................Terutama ADUN PR. ADUN dan MP PR tak susah. Pandai putar beli sikit, pandai cakap sikit dan rajin pergi ceramah cukup le , lepas tu sebar fitnah banyak-banyak. Orang bagi duit pun boleh ambil kerana takkan jadi rasuah . Itu sedekah dan beri dengan ikhlas. . Bukannya perlu fikir pelan strategik untuk bangunkan negeri dan negara. Senang bukan ?

KEPUTUSAN UPSR : TAHNIAH NOOR MATTA SIMMIA BIN ARIF



Baru sekejap tadi isteri PG menalifon untuk memaklumkan anak PG yang ketiga ,Noor Matta Simmia ( gambar ) yang mengambil peperiksaan UPSR di Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Berendam telah mendapat keputusan peperiksaannya dengan cemerlang. Dapatlah 5A. Alhamdullillah. Mungkin nak masukkannya ke MRSM Terendak Kem , Melaka kalau dapat.InsyaAllah .

2. Anak ini juga baru sahaja dapat hadiah minggu lepas dari sekolah yang sama kerana akan mewakili Negeri Melaka dalam acara menembak Air Pistol dalam SUKMA pada Oktober tahun 2010 di Melaka.

3. Tinggal seorang lagi yang belum mendapat keputusan Peperiksaan iaitu anak ketiga Noor Saddam Marwan yang masih menunggu keputusan PMR yang akan keluar sebulan dua lagi. Mudah-mudahan mendapat keputusan cemerlang juga.

4. Setakat ini syukor alhamdullillah semua anak PG menjadi juga le. Yang sulung perempuan Nor Dalila Diyana akan dapat ijazah di UUM dan dijangka tamat pengajian pada June 2010. Juga Yang kedua masuk Kolej Mara di Kelantan dalam bidang IT . Dah tahun 2.

5. Inilah sahaja harta yang ada pada PG . PG pun masih belajar walau dah tua bangka ini. sedang menghabiskan masters di UKM. Dijangka tamat pada 29 Dis 2009. Ini pun sedang menonggeng juga le di KL untuk siapkan tesis. Masih tak siap-siap. Dah panas punggung dan seluroh badan dah mula berpeluh.

6. Ok le. Alhamdulillah. Syukor. Terima kaseh kepada isteri yang bertungkus lumus menjaga anak-anak. Semuga anak-anak anda juga demikian atau lebih lagi cerdiknya.


KU LI TIMBANG PELAWAAN DSAI UNTUK KAUKUS !






KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, akan menimbang pelawaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantiknya sebagai pengerusi kaukus mengenai royalti minyak Kelantan.

Tengku Razaleigh yang terbabit sejak awal penubuhan Petronas itu berkata, buat masa ini beliau memerlukan masa untuk memikirkan mengenai tawaran tersebut. "Terlebih dulu saya akan mengikut perkembangan dan tengok sama ada saya boleh menyumbang kerana sebelum ini saya sudah terbabit dengan penubuhan Petronas, memahami kandungan perjanjian, merangka undang-undang berkaitan dengannya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Pergi ajelah Pak Ungku. Pergi ajelah. Terima sahaja tawaran DSAI tu. Apa nak timbang-timbang. Buang masa aje. Terus aje terima.

2. Walau pun ia tiada kena dengan politik ianya hanya Kaukus bagi mengkaji mengenai royalti minyak, tetapi ingat !, kesannya kepada UMNO / BN. Ia akan dijadikan modal oleh PR. Kesannya amat besar. Mengenai duti minyak; Isunya bukan tak beri, beri. Cuma cara beri dan samada ia royalti atau ehsan. Pada PG , tindakan Ku Li yang menimbang untuk terima tawaran DSAI itu amat bahaya dan mempunyai impak besar kepada kerajaan.

3. Ku Li perlu ingat: DSAI hanya ingin mengambil kesempatan atas segala isu dalam negara ini. Inilah kelebihannya. Ia sanggup buat apa sahaja dan sanggup berlutut agar hasratnya untuk jadi PM tercapai.

4. Tetapi pilihan ada kepada Ku Li. Tetapi kalau nak terima , terimalah. Lagi bagusnya pergi terus. Ikut macam Zaid Ibrahim tu. Bukan kita semua tidak kenal siapa Ku Li. Banyak kali menikam kawan dari belakang dan hanya mengambil kesempatan. Atau Ku Li cuba main tarik tali dengan PM?

5. Kalau hanya berhasrat untuk main tarik tali atau hanya nak acah-acah PM dan TPM, PG rasa Ku Li buat silap besar. Jangan pandang sebelah mata dengan keupayaan kedua mereka. Sebaliknya kalau kita lihat rekod Ku Li dalam politik Malaysia ini sejak dulu, beliau kerap silap percaturan dan kerap silap strategi. Kerjanya dan prestasinya memang ok. Tetapi banyak juga yang tak ok.

6. PG ada baca buku Ahli Nujum Politik iaitu buku tulisan Hussein Alatas dan melihat banyak gambar-gambar pejabatnya semasa dia menjadi Menteri kewangan dan menteri MITI dulu. Pejabatnya di Bangunan Bank Bumiputra. Selain Pinggan mangkuk dan gelas serta sudunya yang bersalut emas, kepala paip sinki pun dari emas. Jadi kepada pembaca, carilah buka ini. Dikeluarkan pada tahun 90. Gambar warna lagi. Kerusi ruang tamunya ...wow.

7. Jadi kalau alasan Ku Li nak tolong rakyat Kelantan dengan ikhlas : ehhhhmmmmmmmmmmm Tak payah cakap le. Meluat mendengar dan melihatnya.

PETA PELAYAR