FOLLOWERS

Tuesday, 24 January 2012

MALAYAN LAW JOURNAL : PERKIRAAN GANTI RUGI KEMALANGAN !!!!


[1994] 3 MLJ 233
Chan Chin Ming & Anor v Lim Yok Eng
Case Details:

                Malaysia    SUPREME COURT (JOHOR BAHRU) — CIVIL APPEAL NO
                  02–307–93
                Judges PEH SWEE CHIN SCJ
                EDGAR JOSEPH JR SCJ
                 MOHAMED DZAIDDIN SCJ
                Date      12 AUGUST 199
                Citation  [1994] 3 MLJ 233



Catchwords:

Damages (Personal Injury or Death) — Fatal accident — Appropriate multiplier — Claim by mother for loss of support in respect of unmarried son — Whether multiplier in s 7(3)(iv)(d) of the Civil Law Act 1956 applicable — Whether multiplier may be altered at court’s discretion — Civil Law Act 1956 s 7(3)(iv)(d)
Damages (Personal Injury or Death) — Fatal accident — Claim by mother for loss of support suffered on death of 24-year-old unmarried son — Duration of loss of support sustained by a parent compared with duration of loss of support sustained by a widow and her children — Possibility of the son getting married — Whether the possibility had been built into the statutory formula of 16 years’ purchase — Civil Law Act 1956 s 7(3)(iv)(d)

Damages (Personal Injury or Death) — Fatal accident — Claim by mother for loss of support — Mother received RM750 a month from son, half of which she spent on herself and the other half she spent on her other children — Whether mother could claim loss of support at RM750 a month — Civil Law Act 1956 s 7(1) & (2) — Guardianship of Infants Act 19

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif telah menuntut untuk kehilangan tempat bergantung disebabkan oleh suatu kemalangan yang membawa maut dalam mana anak beliau yang masih belum kahwin dan yang berumur 25 tahun (‘si mati’) terlibat. Hakim Mahkamah Tinggi telah memberi beliau award sebanyak RM144,000 atas dasar jumlah datum atau jumlah dasar sebanyak RM750 sebulan, tidak termasuk tuntutan untuk ‘lost years’. Hakim perbicaraan berpendapat bahawa jumlah itu merupakan purata jumlah wang bulanan yang diberi oleh si mati kepada plaintif sebelum si mati meninggal dunia. Defendan telah membuat rayuan.
Isu di hadapan mahkamah adalah:

(1) sama ada jumlah RM750 sepatutnya dikurangkan sebanyak separuh kerana plaintif hanya menggunakan separuh daripada jumlah itu untuk dirinya sendiri dan menggunakan separuh yang lain untuk tiga orang anaknya yang masih bersekolah; dan

(2) sama ada di dalam suatu tuntutan oleh seorang ibu bapa untuk penyaraan berkaitan dengan seorang anak lelaki yang belum berkahwin, jumlah tahun belian (‘years’ purchase’) yang telah ditetapkan oleh undang-undang sepertimana yang telah diperuntukkan di dalam s 7(3)(iv)(d) Akta Undang-Undang Sivil 1956 (‘Akta itu’) terpakai.

Diputuskan:
Diputuskanoleh majoriti, membenarkan rayuan itu dan mengurangkan jumlah award itu kepada RM24,375 (Edgar Joseph Jr HMA bertentangan sebahagian):

(1) Di bawah s 7 Akta itu, orang yang berhak membuat tuntutan untuk kehilangan tempat bergantung berhubungan dengan seseorang si mati adalah isteri, suami, ibu bapa dan anak sahaja, tidak termasuk adik-beradik. Oleh itu, satu-satunya orang yang berhak membuat tuntutan di dalam rayuan ini adalah plaintif. Dengan itu, jumlah RM750 sebulan sebagai kehilangan penyara bersih bulanan dikurangkan kepada RM375 sebulan.

(2) (Oleh Peh Swee Chin HMA) Keadaan sistem undang-undang am yang berkaitan dengan tuntutan seorang ibu bapa sebagai seorang tanggungan untuk kehilangan tempat bergantung berkaitan dengan seseorang anak yang belum berkahwin sebelum penggubalan perenggan-kecil (d) adalah bahawa kehilangan tempat bergantung sedemikian akan dihentikan atau dikurangkan sebahagian besarnya apabila kontingensi yang hampir tetap berlaku apabila anak yang belum kahwin itu berkahwin. Jika hakim itu betul apabila membuat keputusan bahawa kemungkinan si mati itu berkahwin sekiranya beliau masih hidup merupakan suatu faktor yang telah diambil kira dalam penetapan formula statutori 16 tahun belian itu, ini akan bermakna bahawa aspek undang-undang ini telah dihapuskan atau ditukarkan. Parlimen tidak mungkin menyimpang daripada sistem undang-udang am tanpa menyatakan tujuannya secara teramat jelas yang tidak wujud di dalam kes ini.

(3) (Oleh Peh Swee Chin HMA) Bilangan tahun belian telah dikurangkan kepada tujuh tahun dan daripada itu, mahkamah telah menolak kehilangan tempat bergantung sebelum perbicaraan sehingga tarikh perbicaraan yang biasanya telah diawardkan. Oleh itu, kehilangan tempat bergantung telah dikurangkan kepada RM24,375.

(4) (Oleh Edgar Joseph Jr HMA (bertentangan sebahagiannya) Apabila menggubal peruntukan terperinci s 7(3)(iv)(d), Parlimen bertujuan untuk menghilangkan budi bicara mahkamah untuk memilih pengganda yang sesuai apabila mentaksirkan kehilangan mata pencarian seseorang si mati untuk tujuan tuntutan bagi kehilangan tempat bergantung di bawah s 7(1). Jikalau tidak, mahkamah boleh menulis semula statut itu atau mengetepikan peruntukan statutori yang sangat jelas dan memilih pengganda yang sesuai dengan menggunakan budi bicaranya.

(5) (Oleh Edgar Joseph Jr HMA) Kontingensi seperti kemungkinan si mati itu berkahwin sekiranya beliau tidak meninggal dunia di dalam kemalangan itu dan, dengan yang demikian, penyumbangan beliau bagi menyara ibunya akan dihentikan atau dikurangkan secara substansial, telah dimasukkan ke dalam formula statutori 16 tahun itu.

(6) (Oleh Edgar Joseph Jr HMA) Mahkamah tidak mempunyai kebebasan untuk mengurangkan bilangan tahun belian daripada 16 tahun ke tujuh tahun, walau sedikitpun. Untuk sebab yang sama, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat sebarang pemotongan bagi tempoh yang mahkamah boleh memberi award sebelum perbicaraan untuk kehilangan tempat bergantung sehingga tarikh perbicaraan, daripada bilangan tahun belian.

(7) (Oleh Edgar Joseph Jr HMA) Oleh kerana mahkamah tidak mempunyai budi bicara untuk menukar pengganda statutori, dalam cara yang sama, ia tidak boleh berbuat demikian secara tidak langsung dengan mengurangkan ‘multiplicand’.

Per curiam:

(1) (Oleh Peh Swee Chin HMA) Pengenalan perkataan, ‘kehilangan tempat bergantung’ ke dalam s 7(3)(iv)(d) Akta itu tidak menambahkan apa-apa yang baru kepada keadaan undang-undang, tetapi hanya mengandungi apa yang selalu diputuskan oleh mahkamah sebelum penambahan sedemikian.

(2) (Oleh Peh Swee Chin SCJ) Jangkamasa kehilangan tempat bergantung yang dialami oleh seseorang ibu bapa berkaitan dengan seseorang anak yang belum berkahwin biasanya tidak sebegitu panjang berbanding dengan, sebagai contoh, jangkamasa kehilangan tempat bergantung yang dialami oleh seorang balu dan anak-anaknya berkaitan dengan suaminya.

(3) (Oleh Edgar Joseph Jr SCJ) Fakta bahawa si mati telah memberi emaknya wang bukan sahaja untuk menyara dirinya sendiri tetapi juga membolehkannya untuk menjalankan tugasnya di bawah ss 3 dan 6 Akta Penjagaan Budak 1961, sebagai orang yang bertanggungjawab untuk menyara, menjaga kesihatan dan pendidikan anak-anaknya yang masih bersekolah, tidak memberikan justifikasi kepada mahkamah untuk memperluaskan kelas orang yang dinyatakan di dalam s 7(2) Akta itu sebagai berhak membuat tuntutan bagi kehilangan tempat bergantung. Lebih-lebih lagi, suatu tuntutan untuk menambahkan nilai kehilangan tempat bergantung berdasarkan pertimbangan obligasi emak itu tidak boleh diramal secara munasabah oleh defendan pelaku tort dan oleh itu, adalah cacat kerana di luar duga.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

Monday, 23 January 2012

KATANYA PEJUANG KEBEBASAN BERSUARA! !!!!""!!

Penghuni Gua : Berdegar mengwarkan bahawa mereka pejuang hak asasi kebebasab bersuara. alih-alih Ibrahim Ali cuit sikit dah melatah tak tentu pasal. Apa kisahnya Faekah?

2. Sehingga nak larang Ibrshim masuk Selangor?  Kah kah kah kah. Tak langgar perlembagaan ke? Ia iaitu tiap rakyat Malaydia bebas bergerak ke mana sahaja?

e. PKR ini pejuang kebebasan tahi minyak aje. Tahi di punggung basuh pun tak cuvi.  Jadi lepas ni jangan cakaplah bab kebebasan dan itu ini. Buat lawak aje. Kah kah kah kah!!!!!!!!!

MENGAPA BABI HARAM ?

Sunday, 22 January 2012

KARPAL MASUK PERANGKAP SENDIRI !!!!

Dipetik dari blog : Dato Hafarizam

Friday, December 30, 2011


Karpal Masuk Perangkap Sendiri, Niat Jahat Burukkan Institusi Kehakiman Demi Anwar





Pengerusi DAP, Karpal Singh telah terjerumus dalam perangkap politiknya sendiri apabila cuba mengheret institusi kehakiman ke kancah politik dan cuba menimbulkan keraguan dalam kredibiliti instutusi tersebut dengan membuat aduan kononnya terdapat hakim yang melakukan plagiatrisme.

Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun melihat tindakan yang dilakukan oleh Karpal Singh dibuat kerana telah ketandusan idea dalam melakukan pembelaan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya melihat YB Karpal Singh telah kehabisan idea dan isu dalam mewakili ketua pembangkang, YB Datuk Anwar Ibrahim dalam kes-kes yang melibatkan ketua pembangkang tersebut, justeru itu sebagai suatu taktik pengalihan (diversion) dengan beliau terpaksa membangkitkan isu kredibiliti Hakim ini agar institusi kehakiman akan sentiasa dilihat tidak bebas dan sentiasa dipengaruhi oleh tangan-tangan ghaib,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama UMNO-Online.

Hari ini, Pejabat Hakim Negara telah mengeluarkan kenyataan berkenaan dakwaan plagiarisme oleh Hakim Datuk Malik Ishak selaku Hakim Mahkamah Rayuan yang kononnya telah dikatakan telah membuat plagiarisme terhadap salah satu keputusan yang beliau telah beri sewaktu beliau menjadi hakim di Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Isu ini telah hangat diperkatakan sehingga Karpal Singh telah cuba untuk membawa satu usul di Parlimen untuk didebatkan dan terbaru, semalam Karpal Singh sekali lagi membangkitkannya dalam akhbar The Sun (halaman dua).

“Hari ini saya telah dimaklumkan bahawasanya isu itu tidak timbul malahan ianya tiada merit berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Hakim Negara yang dengan Yang Arif Ketua Hakim Negara telah pun menyiasat dan berpendapat bahawa dakwaan itu adalah dakwaan yang tidak mempunyai merit dan aduan itu telah pun ditolak.

“Karpal Singh juga difahamkan telah dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara ini daripada pejabat Ketua Hakim Negara. Saya kesal terutamanya tuduhan yang melulu ini tanpa ususl periksa dan tidak berdasarkan fakta yang terperinci dan meyeluruh telah dibuat oleh seorang pengamal undang-undang yang sangat berpengalaman dan senior,” katanya.

Ujar beliau, nyatalah bahawasa Karpal Singh telah hilang pertimbangan selaku seorang peguambela dan peguamcara apabila telah mencampuradukkan isu perundangan dan profesionalisme seorang peguam dengan kepentingan politik.

“Saya berpendapat bahawasanya YB Karpal Singh telah terjerat dalam permainan sendiri yang beliau cuba untuk mengheret institusi kehakiman secara amnya dan secara khususnya untuk mengheret Yang Arif Hakim Datuk Malik Ishak ke kancah politik yang akhirnya telah memakan diri beliau sendiri.”

Aduan Karpal Singh menyatakan bahawasanya beliau telah mendapat maklumat Yang Arif Hakim Datuk Malik Ishak telah membuat satu plagiarisme penghakiman dengan mengambil secara keseluruhan penghakiman yang ditulis oleh seorang Hakim di Singapura iaitu Yang Arif Hakim GP Selvam, yang mana menurut siasatan yang telah dibuat Yang Arif Hakim GP Selvam daripada Singapura itu telah menafikan dengan menulis satu surat kepada Ketua Hakim Negara pada sekitar bulan November 2011.

”Surat yang telah ditulis tersebut jelas bahawasanya Hakim yang dituduh memplagiat penghakiman Hakim daripada mahkamah Singapura telah pun diheret ke satu kancah politik yang kotor yang bermaksud untuk membuatkan beliau dilihat sebagai seorang Hakim yang tiada kredibiliti.

“Serangan peribadi YB Karpal Singh ini juga saya percaya telah mengakibatkan Hakim itu terganggu dari segi fikiran dan juga perasaan beliau terutamanya keluarga beliau. Jadi saya menggesa terutamnya YB Karpal Singh memohon maaf secara bertulis dan terbuka kepada Yang Arif Hakim Datuk Malik Ishak berkenaan tentang serangan peribadi yang langsung tidak profesional dan tidak memeriksa asal usul perkara ini.”

Tegas Hafarizam lagi, apa yang boleh simpulkan daripada kenyataan rasmi ini dan juga fakta-fakta yang telah merangkuminya, Karpal Singh juga telah mengelirukan Parlimen Malaysia dengan membangkitkan perkara yang remeh, tidak benar dan langsung tidak berasas.

“Pada pendapat saya, telah timbul satu kejadian atau kelakuan yang menghina kemuliaan Parlimen Malaysia. Oleh itu, saya menggesa kepada ahli-ahli Yang Berhormat di Parlimen Malaysia supaya suatu aduan rasmi dibuat ke atas YB Karpal Singh kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen Malaysia agar kenyataan beliau yang sebelum ini berkenaan isu plagiarisme Hakim Yang Arif Datuk Malik Ishak diperbincangkan secara menyeluruh, terperinci dan seterusnya keputusan dibuat dalam peringkat jawatankuasa dan akhirnya dibawa ke dewan sidang Parlimen Malaysia agar suatu tindakan yang bersesuaian diambil terhadap beliau bagi memberi makna dan juga mesej yang jelas bahawasanya setiap ahli Parlimen perlu mematuhi peraturan-peraturan sebagai ahli Parlimen Malaysia dan tidak membawa isu-isu yang boleh menyeleweng kepada Parlimen Malaysia pada masa-masa akan datang.

“Saya juga menggesa supaya Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara dan juga Majlis Peguam Malaysia memandang serius akan perilaku dan amalan ketidakprofesionalan YB Karpal Singh selaku peguambela dan peguamcara dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan Akta Profesion Undang-undang 1976.”

Tambah beliau lagi, isu tersebut sangat serius kepada institusi kehakiman, profesionalisme kepeguaman dan yang paling penting kepada kemuliaan Parlimen Malaysia khususnya.

“YB Karpal Singh tidak boleh bebas daripada segala tindak-tanduk beliau dan kenyataan rasmi ini telah membuktikan ianya tidak bermerit dan tidak ada asasnya. Oleh itu, saya berharap bahawasanya isu tentang plagiarisme oleh Hakim Datuk Malik Ishak akan diberhentikan daripada dibicarakan sama ada dalam media atau di Parlimen.”

MALAYAN LAW JOURNAL : KES HARBEAS CORPUS !!!!!



[1994] 1 MLJ 60
Tan Hock Chan v Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors
Case Details:

                Malaysia              HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — CRIMINAL APPLICATION
                                NO 44–54–92

                Judges MOKHTAR SIDIN J

                Date      20 AUGUST 1993

                Citation                [1994] 1 MLJ 60




Catchwords:

Constitutional Law — Preventive detention — Habeas corpus — Earlier unlawful detention of applicant — Whether second detention was also unlawful — Whether second detention was continuation of earlier unlawful detention

Constitutional Law — Preventive detention — Habeas corpus — Whether detention of applicant was null and void for non-compliance with requirements of Extradition Act 1992 — Extradition Act 1992 requires that requisition be made by a country through its diplomatic services — Whether letter of requisition signed by consular officer of the British High Commission — Onus on respondent to satisfy court that he was a consular officer — Diplomatic and Consular Privileges Ordinance 1957 s 2(1)

Words and Phrases — ‘Country’ — Extradition Act 1992 s 38
Words and Phrases — ‘Consular officer’ — Diplomatic and Consular Privileges Ordinance 1957 s 2(1)

Bahasa Malaysia Summary:

Suatu rekuisisi telah dibuat oleh kerajaan Hong Kong di bawah Extradition Ordinance 1958 (‘Ordinan itu’) untuk penyerahan-balik pemohon ke Hong Kong. Pemohon telah ditangkap, ditahan dan dibawa ke hadapan mahkamah majistret di mana beliau telah dilepaskan atas jaminan. Suatu siasatan serah-ballik telah ditetapkan untuk pendengaran tetapi tidak diadakan dan suatu tarikh kemudian telah ditetapkan. Bagaimanapun pada tarikh itu, responden kedua telah memohon supaya perkara itu ditangguhkan kerana mereka memerlukan masa untuk mengkaji yang mana satu daripada dua undang-undang serah-balik yang terpakai memandangkan bahawa Akta Ekstradisi 1992 (‘Akta itu’) telah berkuatkuasa pada 20 Februari 1992. Suatu permohonan untuk pelepasan pasport pemohon telah ditetapkan untuk pendengaran tetapi memandangkan bantahan kuat yang dibuat oleh responden kedua, mahkamah telah menangguhkan pendengaran permohonan itu. Disebabkan penjalanan masa, pemohon telah menghentikan permohonan untuk pelepasan pasportnya.

Apabila perkara ini dibawa di hadapan mahkamah, peguambela responden kedua telah memberitahu mahkamah bahawa oleh kerana Akta itu terpakai, beliau memohon supaya pemohon dilepaskan dengan tujuan memulakan tindakan baru di bawah Akta itu. Pemohon kemudiannya telah dilepaskan oleh mahkamah tetapi telah ditangkap semula dengan serta-merta telah ditangkap dan dituduh untuk kesalahan yang sama di bawah Akta itu. Pendengaran siasatan di bawah Akta itu telah ditetapkan sementara waktu dan pada setiap masa material, pemohon telah dilepaskan atas jaminan. Responden mengaku bahawa walaupun pemohon telah dilepaskan atas jaminan, secara teknikal beliau masih di bawah tahanan dan berhak membawa permohonan ini ke mahkamah. Pada pendengaran permohonan ini, peguambela pemohon telah menimbulkan dua isu: (i) bahawa penahanan pemohon di bawah Akta itu adalah batal dan tidak sah kerana ia adalah suatu sambungan tahanan lain yang menyalahi undang-undang (tahanan di bawah Ordinan itu); dan (ii) penahanan pemohon adalah batal dan tidak sah kerana ketidakpatuhan dengan keperluan Akta itu, yang memerlukan supaya rekuisisi itu dibuat oleh sesebuah negara melalui perkhidmatan diplomatiknya.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan pemohon writ habeas corpus:

(1)    Walaupun koloni Hong Kong termasuk dalam takrif negara asing di bawah Ordinan itu, ia dengan sendirinya tidak mencukupi untuk membolehkan Hong Kong membuat suatu rekuisisi. Suatu ‘negara asing’ boleh menggunakan Ordinan itu hanya jika ia memenuhi keperluan di bawah s 3 Ordinan itu, iaitu, mesti terdapat suatu persetujuan di antara Malaysia dan negara asing it, di dalam kes ini koloni Hong Kong. Tanpa suatu persetujuan sedemikian, mesti terdapat suatu arahan khas oleh Menteri. Dalam sesuatu perkara di mana kebebasan seseorang rakyat terjejas, iaitu di mana seseorang telah ditahan, pihak yang menjalankan tahanan itu mesti memuaskan mahkamah bahawa tahanan itu telah dibuat secara sah. Dalam kes ini, responden bukan sahaja gagal memuaskan mahkamah bahawa tahanan di bawah Ordinan itu dibuat secara sah, mereka juga tidak menimbulkan isu sama ada tahanan di bawah Ordinan itu sah atau tidak. Oleh itu, responden mengaku bahawa penahanan pemohon di bawah Ordinan itu tidak dibuat secara sah.

(2) Kedudukan di Malaysia adalah jika tahanan seseorang adalah akibat tahanan terlebih dahulu yang menyalahi undang-undang, suatu tahanan kedua itu juga menyalahi undang-undang. Oleh yang demikian, penahanan pemohon di bawah Akta itu menyalahi undang-undang kerana ia sebenarnya adalah suatu sambungan penahanan yang menyalahi undang-undang. Oleh itu, perkara itu adalah mencukupi untuk mahkamah membenarkan permohonan ini.

(3) Beban membukti terletak atas responden untuk membuktikan bahawa surat rekuisisi itu telah dibuat oleh seorang pegawai konsul Surahanjaya Tinggi British. Seksyen 2(1) Akta itu menyatakan bahawa seseorang itu boleh dikatakan seorang pegawai konsul di mana terdapat suatu surat pemberikuasaan daripada kerajaan Malaysia untuk orang itu menjalankan fungsi konsul. Surat sedemikian tidak ditunjukkan dan oleh itu tidak ada keterangan untuk menunjukkan bahawa penulis surat itu adalah seorang pegawai konsul yang dibenarkan membuat permohonan bagi pihak United Kingdom. Oleh demikian, jika surat itu hendak dianggap sebagai suatu permohonan, ia bukan suatu permohonan yang sah di bawah Akta itu.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam . Ia boleh di akses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

Saturday, 21 January 2012

CONTOH TERBAIK EXCO AGAMA SELANGOR DAN PULAU PINANG !!!!



Penghuni Gua : Contoh Exco agama Islam terbaik di dunia. Kah kah kah kah kah kah !!!!! Nak lanjut lihat di KLIK

HOI..... MENGAPA DIAM !!!!



Sehubungan itu, DPPP mengulangi pendiriannya mendesak pemansuhan AUKU.

Dalam satu kenyataan, ketuanya Nasrudin Hassan berkata, beliau tidak mengambil sikap menghukum siapa benar dan siapa pula salah dalam hal kes penggantungan mahasiswa KUIN itu.

"Kerana pastinya kedua-dua belah pihak mempunyai hujah masing-masing dalam mempertahankan sikap dan tindakan yang diambil, tetapi saya mempersoalkan bentuk hukuman dan cara ianya diambil.

"Menggunakan AUKU bukanlah langkah bijak sebagaimana menafikan hak mahasiswa bersuara juga bukan langkah yang baik," katanya. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua :  Mengapa Adam UPSI tu tak buat tunjuk perasaan di KUIN atau di depan pejabat MB Kedah. Beraknya bukan main berbau kononnya perjuangkan kebebasan bersuara mahasiswa. Dalam kes KUIN senyap pulak.

2. Mana Sodilariti Mahasisiswa , dan berbagai pertubuhan mahasiswa pro pembangkang yang nak jadi juara kebebesan mahasiswa dan akedemik tu? Tak berkokok pun dalam kes KUIN ni. Mana semuanya?

3. Mana? Jawapannya ..........................semuanya pejuang tahi minyak aje. Pejuang ada udang disebalik batu. Cakap aje lebih. Tahi penuh di dubur masing-masing. Semuanya peminum air kencing lelaki Y aje. Hanya kain basahan dan hanya menjadi tisu kesat hingus PKR dan lelaki Y aje. Kah kah kah kah kah !!!!

4. Tak gitu.? Fikirkan pengundi muda. Fikirkan. Mereka ini hanya pejuang tahi minyak aje. Pejuang berpilih!!!! Kah kah kah kah !!!!

Friday, 20 January 2012

JANGAN GEMBIRA SANGAT BANG .... EPISOD BARU BERMULA BANG !!!!!! KAH KAH KAH KAH !!!!




Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat.

Ia difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Jenayah) Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang ini.


Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari yang juga bekas pembantunya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Mana mau lari Bang. Tak boleh lari bang. Kesalahan abang buat tu berat sangat. Sukar di ampun baik dunia atau akhirat. 

2. Keadilan bukan untuk anda sahaja. Tetapi untuk Saiful dan kami rakyat marhain ni. Berani buat beranilah menanggungnya. Kalau tak salah apa takut. 

3. Liwat ini atau zina ke, samada buat cara tertutup atau terbuka tetap salah bang. Tak kiralah cara mengendap ke, atau apa ke. Ia tetap salah. Bukan kira priasi indiidu ke atau tidak. Ia jenayah baik jenayah biasa atau jenayh hudud. Semuanya di larang untuk kemaslahatan umat dan dunia bang................ Bang,...... oh bang. Nak lari ke mana ....................

4. Ingat satu je bang................jangan suka sangat bila di bebaskan dulu. Hakim tak cakap pun liwat tak berlaku. Hakim tak cakap pun abang tak salah. Cuma teknikal dari segi bukti aje bang. Jadi tiap berakhirnya satu perkara tu bang .... bukan penamat segalanya bang...............tetapi sesuatu yang baru akan bermula..............................kah kah kah kah kah !!!!!
    

MENGENDAP LIWAT ZINA, HARAM..... MELIWAT SECARA SEMBUNYI HALAL !!!!!



Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya undang-undang yang didakwanya digunakan untuk mengaibkan seseorang, dipinda termasuk peruntukan dalam seksyen 377 (B) dan 377 (C) Kanun Keseksaan.

Katanya, pindaan tersebut perlu dibuat bagi memastikan supaya ianya tidak digunakan untuk menghina seseorang khususnya terhadap musuh dalam politik.

"Memang undang-undang yang ada, (seperti) 377 (B), 377 (C) digunakan untuk mengaibkan orang, digunakan untuk musuk politik," dakwanya.

"Orang bertanya kenapa tidak meminda undang-undang yang ada. Ya, saya akan pinda... supaya memastikan (ianya) tidak bermaksud  untuk menghina orang," katanya yang juga ketua pembangkang.


Anwar turut menempelak pihak tertentu yang mempertahankan undang-undang yang didakwanya "jumud" digunakan untuk memfitnah seseorang................................................................................


“Tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan,” kata Anwar dalam temubual dengan BBC itu................................................................................

Anwar yang juga bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata, umat Islam tidak boleh menghukum seseorang melakukan "perselingkuhan" kecuali ianya dilakukannya di hadapan umum.

"Orang berkata, itu kalau di tempat persendirian? Kamu tahu mana?... Bukan mengendap atau merobek privasi orang, tidak boleh," tegasnya di hadapan tetamu yang hadir di kediamannya di Segambut Dalam, malam tadi.

Selain beberapa pemimpin PKR, turut hadir di majlis itu ialah bekas menteri kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, yang turut serta bersolat maghrib, solat hajat, solat Isyak serta majlis bacaan Yassin sebagai tanda kesyukuran di atas pembebasan Anwar daripada tuduhan tersebut. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Pelik lelaki Y ni cakap. Mungkin dah kemaruk dia ni. Apa yang fitnahnya. Fitnah ni tuduh tak ada bukti. Ini kes liwatnya di bawa ke mahkamah. Cuma kekurangan bukti aje. Yang fitnah tu seperti dia tuduh PM bunuh Atlantuya dan konspirasi itu ini. Tapi buktinya tak ada. Ini baru fitnah.

2. Mengendap orang berzina dan ,eliwat tak noleh dan salah kerana ceroboh priasi seseorang. Hotak dia. juga tak boleh tuduh orang meliwat dan berzina  kecuali liwat dan zina di hadapan umum..... Lelaki Y ini belajar di mana peraturan tu. Ikut Islam ke. Apa komen PAS agaknya.

3. Apa komen ABIM agaknya. PG agaklah.....................Otak lelaki ini tak tak betul ini. Kita semua patut betulkannya. Tapi bagaimana ye? Sungai Buloh aje boleh betulkannya........................Rosak dah otak lelaki Y ini. Dah rosak teruk..................Musnah dah otak Islamnya. ..................

4. Tak gitu ?

Thursday, 19 January 2012

LEMBU BARU DAP !!!!! KAH KAH KAH KAH !!!



Penghuni Gua : Sah sekarang , Hatta sekarang menjadi lembu baru DAP. Mungkin boleh bertanding di Perak dan akan dilantik menjadi MB Perak. Bolehlah DAP tarik dan cucuk hidung Hatta ini ke kiri atau kekanan.

2. Nak tengok juga sejauh mana Hatta nak bebaskan akhbar Roket . Dah dia juga yang cakap nak perjuangkan kebebsan akhbar. Nak juga tengok pengharaman oleh DAP terhadap Utusan Malaysia dari membuat liputan berita di Pulau Pinang ditarik balik. Hatta boleh buat kot.? Kah kah kah kah !!!!

3. Kebebasan akhbar tahi minyak boleh lah. Cakap aje lebih. Buatnya hampeh. Kah kah kah kah kah !!!!!

PETA PELAYAR