FOLLOWERS

Sunday, 22 January 2012

MALAYAN LAW JOURNAL : KES HARBEAS CORPUS !!!!!



[1994] 1 MLJ 60
Tan Hock Chan v Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors
Case Details:

                Malaysia              HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — CRIMINAL APPLICATION
                                NO 44–54–92

                Judges MOKHTAR SIDIN J

                Date      20 AUGUST 1993

                Citation                [1994] 1 MLJ 60




Catchwords:

Constitutional Law — Preventive detention — Habeas corpus — Earlier unlawful detention of applicant — Whether second detention was also unlawful — Whether second detention was continuation of earlier unlawful detention

Constitutional Law — Preventive detention — Habeas corpus — Whether detention of applicant was null and void for non-compliance with requirements of Extradition Act 1992 — Extradition Act 1992 requires that requisition be made by a country through its diplomatic services — Whether letter of requisition signed by consular officer of the British High Commission — Onus on respondent to satisfy court that he was a consular officer — Diplomatic and Consular Privileges Ordinance 1957 s 2(1)

Words and Phrases — ‘Country’ — Extradition Act 1992 s 38
Words and Phrases — ‘Consular officer’ — Diplomatic and Consular Privileges Ordinance 1957 s 2(1)

Bahasa Malaysia Summary:

Suatu rekuisisi telah dibuat oleh kerajaan Hong Kong di bawah Extradition Ordinance 1958 (‘Ordinan itu’) untuk penyerahan-balik pemohon ke Hong Kong. Pemohon telah ditangkap, ditahan dan dibawa ke hadapan mahkamah majistret di mana beliau telah dilepaskan atas jaminan. Suatu siasatan serah-ballik telah ditetapkan untuk pendengaran tetapi tidak diadakan dan suatu tarikh kemudian telah ditetapkan. Bagaimanapun pada tarikh itu, responden kedua telah memohon supaya perkara itu ditangguhkan kerana mereka memerlukan masa untuk mengkaji yang mana satu daripada dua undang-undang serah-balik yang terpakai memandangkan bahawa Akta Ekstradisi 1992 (‘Akta itu’) telah berkuatkuasa pada 20 Februari 1992. Suatu permohonan untuk pelepasan pasport pemohon telah ditetapkan untuk pendengaran tetapi memandangkan bantahan kuat yang dibuat oleh responden kedua, mahkamah telah menangguhkan pendengaran permohonan itu. Disebabkan penjalanan masa, pemohon telah menghentikan permohonan untuk pelepasan pasportnya.

Apabila perkara ini dibawa di hadapan mahkamah, peguambela responden kedua telah memberitahu mahkamah bahawa oleh kerana Akta itu terpakai, beliau memohon supaya pemohon dilepaskan dengan tujuan memulakan tindakan baru di bawah Akta itu. Pemohon kemudiannya telah dilepaskan oleh mahkamah tetapi telah ditangkap semula dengan serta-merta telah ditangkap dan dituduh untuk kesalahan yang sama di bawah Akta itu. Pendengaran siasatan di bawah Akta itu telah ditetapkan sementara waktu dan pada setiap masa material, pemohon telah dilepaskan atas jaminan. Responden mengaku bahawa walaupun pemohon telah dilepaskan atas jaminan, secara teknikal beliau masih di bawah tahanan dan berhak membawa permohonan ini ke mahkamah. Pada pendengaran permohonan ini, peguambela pemohon telah menimbulkan dua isu: (i) bahawa penahanan pemohon di bawah Akta itu adalah batal dan tidak sah kerana ia adalah suatu sambungan tahanan lain yang menyalahi undang-undang (tahanan di bawah Ordinan itu); dan (ii) penahanan pemohon adalah batal dan tidak sah kerana ketidakpatuhan dengan keperluan Akta itu, yang memerlukan supaya rekuisisi itu dibuat oleh sesebuah negara melalui perkhidmatan diplomatiknya.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan pemohon writ habeas corpus:

(1)    Walaupun koloni Hong Kong termasuk dalam takrif negara asing di bawah Ordinan itu, ia dengan sendirinya tidak mencukupi untuk membolehkan Hong Kong membuat suatu rekuisisi. Suatu ‘negara asing’ boleh menggunakan Ordinan itu hanya jika ia memenuhi keperluan di bawah s 3 Ordinan itu, iaitu, mesti terdapat suatu persetujuan di antara Malaysia dan negara asing it, di dalam kes ini koloni Hong Kong. Tanpa suatu persetujuan sedemikian, mesti terdapat suatu arahan khas oleh Menteri. Dalam sesuatu perkara di mana kebebasan seseorang rakyat terjejas, iaitu di mana seseorang telah ditahan, pihak yang menjalankan tahanan itu mesti memuaskan mahkamah bahawa tahanan itu telah dibuat secara sah. Dalam kes ini, responden bukan sahaja gagal memuaskan mahkamah bahawa tahanan di bawah Ordinan itu dibuat secara sah, mereka juga tidak menimbulkan isu sama ada tahanan di bawah Ordinan itu sah atau tidak. Oleh itu, responden mengaku bahawa penahanan pemohon di bawah Ordinan itu tidak dibuat secara sah.

(2) Kedudukan di Malaysia adalah jika tahanan seseorang adalah akibat tahanan terlebih dahulu yang menyalahi undang-undang, suatu tahanan kedua itu juga menyalahi undang-undang. Oleh yang demikian, penahanan pemohon di bawah Akta itu menyalahi undang-undang kerana ia sebenarnya adalah suatu sambungan penahanan yang menyalahi undang-undang. Oleh itu, perkara itu adalah mencukupi untuk mahkamah membenarkan permohonan ini.

(3) Beban membukti terletak atas responden untuk membuktikan bahawa surat rekuisisi itu telah dibuat oleh seorang pegawai konsul Surahanjaya Tinggi British. Seksyen 2(1) Akta itu menyatakan bahawa seseorang itu boleh dikatakan seorang pegawai konsul di mana terdapat suatu surat pemberikuasaan daripada kerajaan Malaysia untuk orang itu menjalankan fungsi konsul. Surat sedemikian tidak ditunjukkan dan oleh itu tidak ada keterangan untuk menunjukkan bahawa penulis surat itu adalah seorang pegawai konsul yang dibenarkan membuat permohonan bagi pihak United Kingdom. Oleh demikian, jika surat itu hendak dianggap sebagai suatu permohonan, ia bukan suatu permohonan yang sah di bawah Akta itu.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam . Ia boleh di akses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR