PETALING JAYA: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman mengesahkan bahawa beliau ada bertemu dengan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari beberapa hari yang lalu tetapi tidak membincangkan soal calon pilihan raya umum akan datang.
Oleh yang demikian katanya, spekulasi yang mengatakan Dr Aziz Bari mungkin akan diletakkan sebagai calon PAS menggantikan Datuk Dr Hasan Ali di Gombak Setia tidak berbangkit sama sekali.
Bagaimanapun Pesuruhjaya PAS Selangor itu tidak menolak kemungkinan perbincangan untuk menamakan pensyarah kontroversi itu sebagai salah seorang calon PAS di Selangor berlaku di peringkat Pusat tanpa membabitkan PAS negeri. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Dah nampak wajah sebenar . Baguslah Prof. Tunjukkan warna sebenar anda. Jangan dok berlindung di sebalik jubah Professor lagi. Cukuplah tu. Buat rosak budah UIAM aje !!!!
2. Laksakanlah apa yang anda perjuangkan. Dah negara demokrasi. Kalau kalah juga dalam PRU 13 ni , terimalah dengan lapang dada . Jangan pulak dok terpekik terlolong, itu salah , ini salah. Dah majoroti menyukai kerajaan yang ada, nak buat macam mana. Dah anda pejuang demokrasi dan pejuang kebebasan , maka terimalah hasil perjuangan anda. Jangan dok sibok lagi kalau kalah nanti. Faham ke ?
3. Kepada PAS dan Mustafa Ali pulaknya ...............Tak salah ke Pesuruhjaya PAS Selangor jumpa Prof ini? Tak nak siasat dan hantar KGB ke nak siasat pertemuan ini seperti mana Mustafa Ali hantar " KGB " Malaysia siasat Dr Hasan Ali kononnya jumpa pemimpin UMNO?
4. Kah kah kah kah kah !!!!!!
Tahniah Prof... jgn mcm Prof Kangkung dan Prof Kangkang yg lain yg ketara membodek tapi takut nak berkokok kat luar.
ReplyDeleteAntara Prof Kangkung - Ahmad Atory; Sivamurugan; dan ramai lagi...lupa namanya.
Prof Kangkang - Associate Prof Shamrahayu yg sepatutnya dipanggil ASS-so-cirit Pro-PISS-her Shame-r-you! Prof Ramlah dan ade lagi...lupa jugak.
Takde kerja lain...membodek je tu yg dapat pangkat tu!