FOLLOWERS

Thursday, 26 January 2012

JKM BELUM BANGKIT DARI TIDOR !!!!!!!


Berita Harian




KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,077 pengusaha taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di seluruh negara belum berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga akhir tahun lalu. 

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) jabatan itu, Noraini Mohd Hashim, berkata sehingga kini hanya 770 TASKA di seluruh negara yang berdaftar dengan jabatan dan angka itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan jumlah yang belum berdaftar.

"Kami tidak faham kenapa ramai pengusaha tidak mahu mendaftar dengan JKM sedangkan mereka tahu banyak faedah akan diperoleh jika berdaftar dengan jabatan," katanya di sini.
Noraini berkata, pendaftaran dengan JKM bukan sahaja memudahkan penyaluran bantuan daripada kerajaan, tetapi memastikan semua pengasuh mempunyai latihan yang sewajarnya terutama dalam menjaga kanak-kanak. 

"Sebab itu kalau kita tengok kebanyakan kes kanak-kanak meninggal dunia dan kes keganasan adalah daripada TASKA yang tidak berdaftar sebab pengasuhnya ada yang tidak terlatih," katanya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua :  JKM masih tidor lena dan dari dulu lagi memang JKM tidor dan tidor sepuas-puasnya. JKM ini kerja seperti bomba. Ada kes aje, mulalah sibok lintang pukang dannbuat penjelasan itu ini. Semuanya nak cari salah orang dan yang penting dan jadi amalan JKM ialah mencuci tangan. Samalah dengan Menterinya itu. 

2. Kerja bila diketuk baru nak buat. Tak ada isu atau kes, maka JKM pun membuta. Rehat, serehatnya. Tak adalah nak buat pemantuan dan kerja proaktif sekit ke ?

3. Apa salahnya tiap hari buat satu pemeriksaan mengenai Taska haram ini dan buat proses penyetiaan atau mendapat perintah mahkamah untuk menghalang Taska haram ini dari beroperasi? Tak ada otak untuk berfikir ke. Kalau tak ada kuasa  untuk bertindak....................dapatkan kuasa tersebut melalui undang-undang. Itu guna ada ketua pengarah dan pengarah serta menteri untuk fikirkan hal-hal dasar ini. Bukan bila ada kematian...................JKM cakap ia tak faham mengapa Taska tak mahu daftar.

4. Buat penguatkuasaan tiap hari. Bukan bermusim dan sibok bila ada kes dan isu. Macam tak cukup tanah JKM lari sana sini bila ada kes. Kemudian bila isu mula senyap , maka JKM balik asal.....................TIDOR.

5. Nak harapkan menteri.................................harap cat rambut kuning bolehlah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Pada PG, tukar aje Ketua Pengarah JKM dan pengarah negeri-negeri ini. Gred pangkat bukan main besar. Nak jaga dan uruskan benda kecil sebegini pun,  macam kura-kura  cara kerja nya. " Slow ". Bila kena bantai kiri kanan, maka keluarlah alasan bodoh ..........................kami tak cukup kakitangan............................

6. Yang terima bahananya kerajaan......................sebabnya mempunyai kakitangan awam dan ketua jabatan yang berjuang hanya di atas permaidani merah..........................geli nak masuk ke kampung dan berdamping dengan masyarakat......................

4 comments:

  1. Dah terlalu complacent dan makan gaji buta.

    ReplyDelete
  2. meh la masuk keje JKM..tgk u bole tido atau tidak..

    ReplyDelete
  3. Menjawab Penghuni Gua, sesuai dgn namanya eloklah duduk dlm gua yg gelap dan jahil. Pergilah sekolah dulu belajar mengenai kebajikan masyarakat. Siapa anda nak pecat org senang2 kalau dah tak tahu janganlah tunjukkan kebodohan. Inilah dikatakan cerdik tak boleh tumpang bodoh tak boleh diajar

    ReplyDelete
  4. betul 2..meh masuk keje JKM...tengok ada masa nak tido ke x...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR