DUA peristiwa menarik berlaku di awal 2012 adalah pemecatan Dr. Hasan Ali daripada Pas dan pembebasan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat. Banyak pengajaran boleh didapati melalui peristiwa ini. Untuk sampai kepada suatu titik hukuman terhadap kes Anwar ia memakan masa hampir tiga tahun dengan lebih 50 kali penangguhan.
Itu pun sebelum hakim membuat keputusan mahkamah dituduh tidak berjalan secara adil dan Anwar seringkali mencuba supaya hakim itu disingkirkan.
Tetapi keputusan terhadap Hasan tidak pula begitu. Ia berlaku secara drastik dan mengejutkannya. Lazimnya apa pun peruntukan dalam peraturan parti surat tunjuk sebab diberi dulu. Selepas itu kalau ada kes barulah Hasan dibawa ke Jawatankuasa Disiplin supaya tindakan boleh diambil. Apakah tindakan itu dibuat hasil tekanan Azmin Ali. Apa hak untuk Azmin campur tangan isu rumah tangga parti lain.
Anwar suatu ketika dulu sebelum dipecat daripada UMNO diberi peluang untuk mempertahankan diri. Dia telah bercakap dan menyatakan pandangannya di Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebelum penyingkirannya berlaku. Paling tidak cara begini memberi ruang kepada keadilan mengambil tempat.
Tetapi Hasan tidak menikmati peluang itu. Kritiknya terhadap demonstrasi 901 menyebabkan tindakan memecat terjadi. Hasan memberi pandangan secara peribadi kerana Pas mengamalkan politik demokrasi.
Janganlah sistem syura yang ada digunakan untuk menyekat pandangan peribadi di kalangan ahlinya. Kalau isu begitu pun nak dirujuk pada syura yang dikuasai oleh kelompok tertentu, pandangan yang berbeza tidak mungkin akan diraikan.
Dengan pihak lain Pas mahukan ketelusan terjadi. Tetapi dengan diri sendiri, Pas membelenggu pandangan yang berbeza dan menyebabkan konflik terjadi. Pas mahu apabila syura memutuskan sesuatu, setiap anggota kena patuh. Tetapi kalau yang dominan membuat keputusan dalam syura ialah pihak yang berkepentingan bagaimana ketelusan boleh terjadi.
Kepatuhan kepada perjuangan organisasi memanglah baik. Tetapi harus ada ruang berbeza pendapat supaya sesuatu isu dapat didekati secara pro dan kontra. Maka baru lahir idea-idea segar dan kebebasan.
Tetapi apabila pandangan berbeza dilontarkan lalu kuasa digunakan untuk memecat orang yang berkaitan maka kaedah autokratik mengambil tempat.
Kes Anwar ini menjadi lebih menarik lagi kerana ia dikaitkan dengan isu konspirasi. Kerajaan dan UMNO dituduh melakukan konspirasi yang berniat jahat terhadapnya. Lalu tuduhan itu dianggap sebagai fitnah jahat untuk menghapuskan riwayat politik Anwar.
Dalam kes liwat ini jika konspirasi benar-benar berlaku bakal melibatkan para doktor, pakar forensik, ahli politik, ahli undang-undang, para hakim dan ramai lagi. Kalaulah ia suatu konspirasi tidak mungkin Anwar terlepas daripada hukuman. Sudah tentu konspirator dan sekutu-sekutunya akan menjalankan kerja sehingga kesudahannya memihak kepada mereka.
Keputusan yang ada ternyata memihak kepada Anwar. Apakah dakwaannya dulu direka cipta untuk menamatkan karier politik dan menyekat beliau untuk sampai ke Putrajaya. Ternyata fitnah itu meleset.
Yang berlaku di sebaliknya. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah telus walaupun penerimaan pro dan kontra adalah suatu perkara biasa.
Kalau begitu tuduhan terhadap kerajaan dan mahkamah selama ini adalah tidak betul. Sejak kes liwat pertama dulu, isu konspirasi berbangkit. Malah pihak yang menuduh tidak pernah ada bukti yang nyata dan kukuh. Ia digunakan sebagai senjata politik untuk membina persepsi buruk terhadap orang lain.
Menariknya kenyataan Hasan di rumahnya selepas dipecat menyatakan faktor Anwar menjadi sebab dirinya disingkirkan. Hasan tidak rela menjadikan Anwar sebagai pemimpinnya. Ini adalah suatu kenyataan yang berani walaupun Abdul Hadi Awang tahu sedikit sebanyak siapa Anwar itu sebenarnya.
Keberanian seperti inilah yang perlu ada dalam Pas supaya menegakkan kebenaran sentiasa menjadi obor perjuangan yang tidak ada tolak ansurnya.
Dengan pemecatan Hasan itu, kedudukannya sebagai Exco kerajaan negeri yang berkaitan dengan agama akan terjejas. Beruntunglah pakatan pembangkang di Selangor kerana manusia yang prihatin tentang isu pemurtadan sudah disingkirkan.
Berbahagialah Pas Selangor kerana orang yang berani menghadapi kemungkaran najis arak dan maksiat sudah tidak lagi berperanan. Dan lebih berbahagia lagi adalah DAP yang tidak lagi berhadapan dengan orang yang selalu melakukan social policing di Selangor sudah tidak mempunyai kuasa lagi.
Lebih-lebih lagi Anwar yang tidak bersetuju dengan tindakan Hasan bersama dengan JAIS cuba menangani isu pemurtadan DUMC pada 3 Ogos 2011 akan berasa lega dengan ketiadaan Hasan.
Kalau Anwar tidak menyenangi Hasan boleh difahami. Tetapi sikap rakan-rakan dalam Pas Selangor tidak bersamanya, ia adalah suatu hal yang menyedihkan. Tambah pula kepimpinan Pas Pusat yang dikuasai oleh pihak Anwarinas, sudah tentu Hasan mudah menjadi mangsanya.
Penghuni Gua : kah kah kah kah kah. Berbahagialah Khalid gerreja dan kafir DAP di Selangor. Berbahagialah anda. Pejuang Islam di pecat dan peliwat di bebas dan disanjung oleh PAS. PAS " Pejuang Islam Seejati " . Kah kah kah kah. Kerana undi punya pasal. Rugikan parti PAS bukan rugikan Islam. PAS pejuang Islam? kah kah kah kah !!!!
APE NAK HERAN..PAS PECAT HASAN PASTU LANTIK ANUWAR JD PRESIDEN..HJ HADI BLEH TUNGGU IKUT GILIRAN. TAK TAU LER 20 TAHUN AKAN DTG KOT. TU PUN KLU PNJG UMOR KEHKEHKEHKEH
ReplyDeleteyang muslimat dok terpekik terlolong MAMPOS UMNO elok la tu dan sesat dan sesat dan sesat dan sesatdan sesat dan sesat dan sesat dan sesatdan sesat dan sesat dan sesat dan sesatdan sesat dan sesat dan sesat dan sesatdan sesat dan sesat dan sesat dan sesatdan sesat dan sesat dan sesat dan sesatdan sesat dan sesat dan sesat dan sesatdan sesat dan sesat dan sesat dan sesatdan sesat dan sesat dan sesat dan sesatdan sesat dan sesat dan sesat dan sesatdan sesat dan sesat dan sesat dan sesatdan sesat dan sesat dan sesat dan sesatdan sesat dan sesat dan sesat dan sesat
ReplyDeleteSEKURANG2NYA HASSAN ALI BERJAYA MENYAMPAIKAN MESSAGE RAHSIA INI KELUAR DARI POKET PAS YANG ANWAR SEBENARNYA MEMANG PELIWAT.
ReplyDeleteDAN KENYATAAN ITULAH YANG SANGAT RAKYAT SPT KAMI INGIN KETAHUI.NAK HARAPKAN.HARUN DIN BERKATA "KELUAR MASUK PARTI PERKARA BIASA" TAPI YANG PENTING RAHSIA BUSUK YANG DISIMPAN OLEH PARTI PAS DAPAT DIHEBAHKAN KELUAR...DAN HASSAN ALI TELAH BERJAYA MELAKUKAN.T.KASIH HASSAN ALI.
Keputusan mahkamah dah keluar bagilah orang bernafas pulak, kesian anwar tu allah lagi pemaaf ini kan pula kita yang banyak dosa nak hukum orang ikut kenyataan saja bukan kita nampak pun anwar buat sodomi. Mungkin allah beri jalan baru buat anwarberubah kalau benar perlakuannya dan kita jangan pula nak lawan mahkamah....
ReplyDeleteYb hassan ali seorang doctor banyak ilmu berapa lama dia dalam pas baru sedar anwar tak boleh jadi pemimpin dia tak kaji ke sebelum dia masuk pas. ??tapi i solute anwar sebab kerana dia orang barisan tak berani buat onar lagi masa lebih banyak tumpu kepada kerja untuk rakyat kalau tak orang barisan ni lah sendiri yang jatuhkan maruah bangsa sendiri......than pru 12 kalah teruk...kalau barisan bagus tentu tak kalahcam ni... Konspirasi tak menjadi lah ni...anwar siapa penasihatnya....ziaonis,america, cia....kita siapa...
ReplyDelete