FOLLOWERS

Monday, 9 January 2012

LELAKI Y PECAT SAYA !!!!





Di depan kira-kira 200 orang, terdiri dari sahabat, saudara mara, jiran, pelajar-pelajar Institut Tahfiz Al Quran yang diasaskannya bersama rakan taulan, juga wakil media bekas Naib Presiden PAS Datuk Dr Hasan Ali mendedahkan, pemecatan beliau tidak lain kerana individu bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Di perkarangan banglo putih yang betul-betul mengadap tangga Masjid Al Gufran Taman Tun Dr Ismail, Dr Hasan Ali menceritakan perkara tersebut dalam satu majlis penjelasan yang katanya dirancang secara mengejut "atas permintaan teman-teman saya,".
Berbaju Melayu warna kuning cair, beliau didampingi isterinya, anak-anak dan sebahagian besar ahli kariah masjid tersebut yang juga merupakan jirannya selama belasan tahun tinggal di pinggir Taman Tun Dr Ismail itu.
"Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim," kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor itu tanpa berselindung lagi.
Beliau pada petang Ahad dipecat serta-merta oleh PAS Pusat atas tuduhan melakukan perkara yang merugikan PAS tanpa dipanggil membela diri.
Menceritakan perkara di sebalik pemecatannya, beliau berkata, jika ada isu-isu yang berbangkit sebelum ini, semuanya sudah selesai apabila beliau bertemu dengan Muryidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu sebelum tahun baru lalu.
"Tok Guru Nik Aziz sudah kata selesai, dia hendak buat kenduri lagi, di JKR 10 (rumah rasmi Nik Aziz) hendak kenduri dan minta ahli-ahli PAS bagi sumbangan untuk kenduri besar-besaran kerana menyambut kemenangan selesainya masalan ini. Habis dah. Tapi di mana timbul saya dipecat, kerana ANWAR IBRAHIM," katanya dengan penuh bersemangat.
Jelas Dr Hasan, segala komen yang dibuatnya membabitkan isu peribadi ketua pembangkang itu kerana tidak mahu rakyat terjebak dalam permainan politik Anwar.
"Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa KOTOR BETUL, ini yang saya perjuangkan.
"Saya dah ikut dari tahun 1997, satu persatu, saya adalah orang yang belajar sampai PHD, saya tahu sistem reseach, saya tahu data, saya tahu memecahkan data, saya tengok data boleh dipercayai atau tidak, saya terdidik dengan itu, jadi saya hendak gunakan ilmu itu untuk melihat apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim...
"Saya tak sanggup saudara-saudara, tak sanggup, betul-betul tak sanggup..."
"Saya tidak sanggup hadir 901, saya antara orang PAS yang tidak sanggup keluar bersama Anwar Ibrahum untuk memberikan justifikasi mengapa Anwar mesti terus dilonjakkan jadi Perdana Menteri," katanya.
Sebelumnya, turut berucap sama adalah beberapa orang kuat PAS Selangor, antaranya bekas Setiausaha PAS negeri itu, Norman Taha, bekas Ketua Penerangan PAS Selangor Ustaz Hasan Basri, Presiden ISMA Ustaz Abdullah Zaik, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan paling menarik adalah kehadiran Ahli Parlimen PAS Bahcok, Ustaz Nasaruddin Mat Isa.
Sebagai bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin berkata kehadiran beliau bersama keluarganya adalah sebagai menyatakan sokongan peribadi kepada Hasan, yang sentiasa komited memperjuangkan syiar Islam walaupun berdepan pelbagai cabaran dan dugaan.
“Tindakan pimpinan PAS Pusat memecat Dr Hasan merupakan satu tindakan drastik tanpa memberi peluang kepada beliau untuk memberi penjelasan.
“Saya sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS ingin menyatakan ruang masih ada untuk beliau berkhidmat kepada parti dengan mengemukakan rayuan pemecatan beliau dalam tempoh 30 hari kepada majlis ini,” katanya.
Nasharudin juga berharap tidak timbul polemik di kalangan anggota PAS yang menganggap orang yang menyatakan pendapat dalam media proUmno ingin menjadi anggota UMNO.
“Saya harap politik kita lebih matang daripada itu, mesej perjuangan kita harus dikukuhkan agar Islam sentiasa berada di hati kita,” katanya.
Laungan takbir berselang seli dengan tepukan, di antara ucapan, ini mudah difahami, kerana PAS di kawasan Taman Tun Dr Ismail dan Bukit Damansara adalah PAS profesional yang pro ulama seperti Dr Hasan Ali sendiri.
Boleh dikatakan PAS di kawasan tersebut adalah PAS 'kem Hasan Ali' yang terdiri dari golongan profesional yang bukan jenis pak turut dan independent.
Mereka tidak takut menyatakan sokongan kepada siapa yang mereka fikir benar dan wajar.
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dalam ucapannya, mengatakan beliau menyedari PAS terpesong dari landasannya sejurus selepas menang besar Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU ke 12.

"Saya bertanding atas tiket PAS, tapi lepas saja PRU, saya lihat PAS berkompromi dengan tiga perkara yang saya fikir turut diperjuangankan oleh Dr Hasan hingga dia dipecat, iaitu Islam, Bangsa Melayu dan Institusi diraja," katanya yang kini merupakan Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas.

Beliau tidak segan silu mengajak Dr Hasan menyertai PERKASA,yang katanya, "saya sanggup bagi jawatan, ambilah Presiden pun tidak mengata, Dr Hasan ada PHD, saya tidak ada," katanya berselorah disambut gelak ketawa hadirin.
Ibrahim Ali barangkali bergurau tentang jawatan, tapi dia memang serius tentang semangat 'soladiriti' dengan Dr Hasan Ali, menurutnya, "Sebulan dua lagi, saya hendak bawa Dr Hasan 'pusing' Malaysia, dia jadi hero baru kita,".

Dr Hasan yang berucap terakhir sekali, berselorah menjawab Ibrahim yang katanya "Presiden seumur hidup PERKASA, saya tak boleh ganti beliau," menjadi isyarat jelas tentang masa depan politiknya.

Bagi Dr Hasan, penjelasan malam Ahad itu hanya untuk "teman-teman saya" tentang masa depan politiknya, "ke mana saya dalam PRU akan datang, saya akan terangkan dengan lebih teliti dalam sidang media yang akan diadakan beberapa hari akan datang,"

"15 tahun saya dalam PAS, saya berterima kasih kepada ramai guru-guru yang mengajar saya tentang politik Islam, termasuk yang bawa saya ke dalam dunia politik Allahyarham Datuk Fadzil Noor, Tok Guru Nik Aziz sendiri, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ustaz Taib Azamuddin, juga Datuk Dr Harun Din," katanya.

"Mereka banyak menyedarkan saya untuk terlibat aktif dalam politik Islam," katanya yang secara tidak langsung membayangkan bahawa NGO bukan pilihan beliau jika terus berpatah arang berkerat rotan dengan PAS.

Hasan dalam ucapan lebih 15 minit itu, berterus-terang tentang Anwar Ibrahim, yang menurut beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana mempunyai latar belakang ‘meragukan’ dan berpendapat Abdul Hadi Awang atau Nik Aziz lebih layak memegang jawatan itu.

"Saya orang PAS yang mencadangkan Nik Aziz atau jika faktor usia Nik Aziz tidak mampu, Haji Hadi...

"Ustaz Hadi bersama kita (PAS) sejak lebih 30 tahun dulu, dari saya kecil, pasal dia rekod bagus, moral bagus, DIA TAK SAPU ANAK ORANG, DIA TAK SAPU BINI ORANG....

"Tapi saudara-saudara orang ini, orang ini (Anwar) dia kata dalam penjara pun dia hendak jadi Perdana Menteri... saya tidak mahu komen lebih, dia sahabat saya, satu pengajian dengan saya, tapi... saya dipecat atas dasar itu.

“Dan saya paling tidak seronok bila ada desakan daripada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali untuk pecat saya. Macam mana orang PAS boleh ditunjuk sedemikian rupa.

“Apa hak Azmin mahu campuri rumahtangga PAS. Apapun terjadi, saya dipecat, digugur atau apa sekalipun, Demi Allah... saya akan berjuang demi Islam, institusi Raja dan demi bangsa Melayu di negara ini,” katanya disambut laungan takbir oleh hadirin.

Apakah reaksi keluarga Dr Hasan Ali di atas pemecatannya, ceritanya jujur, "Isteri saya ada gementar sikit, saya yakinkan beliau, saya bangga dengan isteri saya, saya bangga dengan anak-anak saya, anak saya dari Jeddah telefon tadi, tanyakan khabar saya, saya yakinkan mereka semua, isteri, anak-anak teman-teman saya, seluruh hidup saya, saya didikasikan untuk perjuangan Islam, perjuangan bangsa kita dan perjuangan untuk menegakkan institusi raja di bumi Malaysia ini... Insyallah..." katanya mengakhiri ucapan dengan laungan takbir yang lebih gemuruh.

Jika 15 tahun dulu, Dr Hasan pernah diusung PAS untuk 'memaku' semangat ahli-ahlinya, kita tunggu selepas ini, apakah kesan pemecatan Dr Hasan ini akan mengugat semangat ahli-ahli PAS di akar umbi. Sebagai 'tukang paku' , sekurang-kurangnya, Dr Hasan tahu, paku mana yang hendak cabut dulu. Terutamanya bagi yang waras, terutamanya yang berfikir 'PAS beyond Anwar"-9/1/2012


3 comments:

  1. TAKBIR..... ALLAHUAKBAR!
    TAKBIR..... ALLAHUAKBAR!
    TAKBIR..... ALLAHUAKBAR!

    Walau macamana pun aku tetap kata mak-kak-mah ni memang mak-kak-mah kanggaru...sebab sejak dari awal lagi sepatutnya kes ditolak dan tak perlu pendakwaan.

    Terbukti...UMNgOk Be-eNd pembawa fitnah semata-mata! Esok-esok hakim Zabidi ni akan ditukarkan dan diturunkan pangkat!

    Undi Sape Saje
    Asal Bukan UMNgOk Be-eNd
    Cukup takat ni aje
    Tamatkan riwayat Be-eNd...

    JOM BERTUKAR... cukup la 54 tahun penuh dengan RASUAH dan salah guna kuasa. (Mulai dari era MahaFIRAUN Chedet!)

    GAP... ape nko nak kate?
    Serban of Goat...nak sambung fitnah lagi ke?

    ReplyDelete
  2. TOK.....TOK.....TOK! Ada dalam gua ke? Awat sengap je, tak berpenghuni ke guan ni? Tertelan fitnah ke... kenyang tak makan fitnah?

    La... dah tua-tua ni pun BiNgai dan BaNgang juga... masih tak dapat menilai kebenaran.

    Bertobat selagi masih bernafas... kot-kot mampus masa menyelam kan dah tak sempat nak mintak maaf! Dosa memanjangkan fitnah sama beratnya denganh menfitnah, bang haji.... dah haji ke?

    Undi Sape Saje
    Asal Bukan UMNgOk Be-eNd
    Cukup takat ni aje
    Tamatkan riwayat Be-eNd...

    JOM BERTUKAR... cukup la 54 tahun penuh dengan RASUAH dan salah guna kuasa. (Mulai dari era MahaFIRAUN Chedet!)

    ReplyDelete
  3. KAH KAH KAH. KESIAN KAU LANGSI. MASIH MINUM KENCING LELAKI Y

    ReplyDelete

PETA PELAYAR