FOLLOWERS

Sunday 1 January 2012

MALAYAN LAW JOURNAL : HABEAS CORPUS / ISU TEKNIKAL ....!!!


[1993] 2 MLJ 359
Yeow Boon Kee v Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — CRIMINAL APPLICATION
NO 44–32-92

Judges LC VOHRAH J
Date 22 APRIL 1993
Citation [1993] 2 MLJ 359


Catchwords:


Constitutional Law — Preventive detention — Whether report of police officer to detain accused for more than 14 days should be addressed to the Inspector-General of Police or designated officer only — Application for habeas corpus — Whether s 3(2)(c) of the Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act 1985 had been infringed — Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act 1985 s 3(2)(c)


Evidence — Trial — Admissibility of certified true copy of report in evidence when maker not available — Whether it was a public document — Evidence Act 1950 ss 65 & 74(a)(iii)

Bahasa Malaysia Summary:


Pemohon telah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (‘Akta itu’) dan telah memohon untuk satu writ habeas corpus. Dua isu sahaja yang dibangkitkan dalam permohonan ini iaitu pertama, sama ada peruntukan di bawah s 3(2)(c) Akta itu telah dilanggar disebabkan fakta bahawa laporan di bawah seksyen tersebut dialamatkan kepada Ketua Polis Negara dan bukan kepada pegawai yang telah dilantik di bawah Akta tersebut. Oleh yang demikian, lebih daripada seorang telah menimbangkan laporan itu dan ini melanggar peruntukan seksyen tersebut. Kedua, sama ada laporan itu boleh diterima sebagai keterangan memandangkan bahawa hanya salinan yang diakui sah dikemukakan sebagai keterangan oleh pegawai yang dilantik itu. Ini adalah kerana pegawai yang menyediakan laporan itu berada di luar negara ketika itu dan tidak dapat mengemukakan laporan itu sendiri.
Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan ini:

(1) Tafsiran yang tepat untuk s 3(2)(c) Akta itu adalah sama ada pegawai yang dilantik itu telah menerima dan mempertimbangkan laporan itu. Tidak ada apa-apa dalam peruntukan itu yang mencadangkan bahawa laporan itu hendaklah dialamatkan kepada pegawai yang telah dilantik itu sahaja. Adalah menjadi amalan pentadbiran yang lazim dalam sesebuah jabatan kerajaan untuk mengalamatkan surat menyurat kepada ketua jabatan dan bukan kepada pegawai berkenaan. Oleh itu, mahkamah berpuas hati bahawa peruntukan s 3(2)(c) Akta itu telah dipatuhi.


(2) Laporan itu telah disahkan dengan betul dan ia merupakan suatu dokumen awam dalam ertikata s 74(a)(iii) Akta Keterangan 1950 dan oleh yang demikian, kandungannya boleh dikemukakan sebagai keterangan sekunder melalui salinan yang disahkan di bawah s 65 Akta yang sama.]

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR