FOLLOWERS

Thursday, 26 January 2012

CEO LUPA DIRI !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Dipetik dari blog : Tun Dr Mahathir

KAITAN BANGSA DENGAN BISNES

1. Seorang pengerusi badan Kerajaan berkata pembangunan negara ini akan tergendala selagi ada usaha mengaitkan bangsa dengan bisnes.


2. Kita akui yang pengerusi berkenaan mempunyai kebolehan tertentu yang menyebabkan ia dilantik oleh Kerajaan sebagai pengerusi, tetapi orang lain tidak mempunyai sifat tertentu dan masih perlu diberi pertimbangan dalam perniagaan dan lain-lain berasas kepada bangsa mereka.

3. Benarkah pengambilan kira bangsa dalam perniagaan di Malaysia melalui dasar DEB menghalang pertumbuhan ekonominya? Dunia mengakui bahawa Malaysia yang berbilang kaum ini lebih cepat dan tinggi tahap pembangunannya dari negara-negara membangun yang lain yang tidak mempunyai masalah bangsa untuk diambilkira.


4. Memang mungkin jika masalah kaum tidak menghantui Malaysia pertumbuhannya menjadi lebih pesat. Tetapi apabila agihan kekayaan begitu luas di antara kaum, besar kemungkinan permusuhan akan berlaku antara kaum yang miskin dengan kaum yang kaya.


5. Permusuhan ini sudah tentu akan menyebabkan ketegangan dalam masyarakat dan menjadikan negara tidak stabil dan terdedah kepada huru hara dan rusuhan.
6. Keadaan seperti ini akan menghalang pelaburan, dagangan dan perusahaan. Dalam iklim seperti ini ekonomi tidak mungkin tumbuh dengan baik. Pembangunan akan terjejas.

7. Yang jelas ialah mengenepikan masalah bangsa dalam negara berbilang kaum, tidak juga menjamin kepesatan pembangunan.

8. Kata pepatah Melayu, telan mati pak, luah mati emak.

9. Namun adalah lebih baik pembangunan terlewat sedikit daripada kehancuran akibat rusuhan.

Penghuni Gua : CEO ini dah lupa daratan dan tak dalami sejarah sebenarnya. Nampak untung jangka pendek aje. Tapi kemakmuran dan keuntungan negara jangka panjang gagal dilihatnya. Matanya kelabu kerana RM.........................Itui aje jawapannya. Dengan lain perkataan.........................lupa diri..................

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR