Ahad, 01 Januari 2012 22:3
HELME HANAFI . .
"Rasanya macam pernah tengok lakonan begini" itu reaksi orang ramai apabila menyaksikan gambar seorang pelajar pro pembangkang terbaring di katil hospital 'kononnya' dicederakan polis di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim Sabtu malam.
Di laman-laman sosial macam facebook dan twitter, ramai yang pakat gelak tengok gambar berlakon tak jadi itu, sebab mula-mula macam 'nazak' sangat, tapi pada Ahad sekeping gambar lagi nampak ketawa riang.
Memang sah 'auta'. Sebab sebelum itu riuh puak-puak pembangkang menjerit kat facebook dan twitter kata mahasiswa nazak kena pukul dengan polis. Padahal yang sebenarnya cedera sebab rempuh pintu kaca sebuah klinik semasa hendak melarikan diri bagi mengelak ditangkap polis.
Kejadian di UPSI yang kononnya untuk mendesak AUKU dimansuhkan memang sudah dijangka sebagai sebahagian daripada rancangan nak buat gamat menjelang keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini.
Bagi yang ikut perkembangan politik dua tiga tahun terakhir ini, memang kenal sangat gaya pembangkang mencipta isu, mereka akan bermula dengan secara sengaja langgar undang-undang, kemudian apabila tindakan diambil pihak berkuasa, mereka berlakon jadi mangsa dan akhirnya pakat-pakat tuduh kerajaan zalim.
Ramai yang tentu dapat imbas kembali semasa demo Bersih tidak lama dulu bilamana Anwar terlantar macam teruk sangat di hospital kerana terkena gas pemedih mata di KL Sentral.
Sebab itu ada yang ketawa mendengar kisah drama di UPSI yang dianggap sebagai modus operandi ' yang macam pernah tengok'.
Kisahnya bermula apabila sekumpulan mahasiswa yang diketahui 'cukup mesra' dengan Anwar serta PKR buat satu perhimpunan haram di luar pagar universiti tersebut.
Lebih 70 orang yang terdiri daripada mahasiswa dari beberapa universiti sekitar Lembah Klang bukan sahaja tidak mahu bersurai apabila diarahkan polis, bahkan ada di antara mereka sampai baring di tengah jalan semata-mata untuk menarik perhatian.
Menurut Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan dakwaan yang tersebar di beberapa blog mengenai kecederaan dua individu akibat dipukul Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) adalah tidak benar dan merupakan fitnah.
"Semasa perhimpunan itu, tiada anggota FRU dipanggil bertugas... hanya anggota dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Tanjung Malim sahaja, dan ternyata blog berkenaan cuba membuat fitnah.
"Malah semasa menyuraikan perhimpunan haram itu, anggota kami tidak menggunakan sebarang kekerasan malah bertindak dengan sangat berhemah," katanya pada sidang akhbar di Tanjung Malim pada Ahad.
Beliau berkata kecederaan anggota kumpulan mahasiswa itu adalah disebabkan rempuhan yang mereka lakukan sendiri, dan bukan dipukul polis seperti didakwa.
Mohd Shukri berkata pada awalnya, polis cuba menasihati kumpulan itu dan memberi masa selama 30 minit untuk bersurai, namun mereka tidak menghiraukannya malah bertindak lebih agresif.
"Mereka kemudian mara dan berbaring di atas jalan raya, mengganggu lalu lintas... polis terpaksa bertindak demi keselamatan awam menghalang perlakuan berkenaan, namun ia masih dilakukan dengan berhemah.
"Mereka terus lari lalu merempuh pula klinik berdekatan sehingga berlaku kerosakan pada premis itu dan kemudian polis menahan 17 penuntut pada masa tersebut," katanya.
Jelasnya lagi, pihak berkuasa percaya kejadian itu didalangi pihak 'tertentu' berdasarkan cara pelajar tersebut 'melawan' arahan polis dengan agresif sekali.
"Saya percaya pastinya pihak tertentu di sebalik penganjuran perhimpunan itu, kita melihat cara pelajar agresif dalam ucapan, cara mereka bertindak... hingga sanggup tidur di atas jalan yang saya anggap keterlaluan hingga menyebabkan polis terpaksa buat tangkapan.," ujarnya.
Salah seorang yang ditahan adalah Adam Adli, budak UPSI yang sebelum ini nak berlagak hero bikin panas apabila menurunkan bendera gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan PWTC.
Menurut Mohd Shukri tiga laporan polis diterima Ahad, iaitu satu laporan daripada seorang penuntut perhimpunan berkenaan yang melihat rakannya dipukul polis, manakala seorang lagi membuat laporan mengenai kecederaannya akibat rempuhan di klinik dan satu daripada pekerja klinik berkenaan yang dirempuh.
Katanya, perhimpunan itu adalah haram kerana tidak mempunyai permit manakala SMM merupakan sebuah persatuan yang tidak berdaftar.
Mohd Shukri juga menyeru semua penuntut agar tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti perhimpunan haram serta tidak sewenang-wenangnya memfitnah PDRM tanpa usul periksa kerana pihaknya akan bertindak tegas demi menjaga ketenteraman awam.
Kesemua 17 penuntut yang ditahan berusia antara 19 dan 24 tahun disiasat mengikut Seksyen 186, 145 dan 147 Kanun Keseksaan serta Seksyen 27(5) Akta Polis. Namun dibebaskan kemudian dengan jaminan polis petang tadi setelah diambil keterangan.-1/1/2012

Penghuni Gua : Auta. Tok Selampit yang gerakkan patung-patung ini untuk berlakon. Biasalah. Tangan Tok Selampit kenan , ia akan ke kanan, bila ke kit=ri ia ikut ke kiri.
2. Kah kah kah kah. Habis semua nak diliwatnya.
TNC pelajar perlu lah bertelor jangan samapai anak buahnya pun tak dapat dikawalnya. Ambillah tindakan disiplin terhadap mahasewel yang buat undang-undangnya sendiri, kalau tak bertelor janganlah jadi pemimpin. itu aje.
ReplyDelete