FOLLOWERS

Tuesday 10 January 2012

JANGAN LETAK JAWATAN EXCO, DR HASAN !!!!




Ini katanya jelas kerana beliau tidak lagi mewakili PAS setelah dipecat dari parti itu.
BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH ITU:

Kerajaan Negeri menghormati keputusan PAS memecat Datuk Dr Hasan Ali dan Dato' Menteri Besar telah mendapat nasihat daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri berkenaan status Dr Hasan sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO).

Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri telah menasihatkan bahawa Dato' Menteri Besar mempunyai kuasa untuk menggugurkan Dr Hasan sebagai ahli Exco kerana beliau tidak lagi mewakili Pas dalam Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.
Namun begitu, Dato' Menteri Besar menyeru supaya Dr Hasan melepaskan jawatannya secara sukarela kerana adalah amat jelas beliau tidak lagi mewakili Pas.
"Saya berpendapat beliau sebagai seorang 'gentleman' perlu melepaskan jawatan ahli Exco secara sukarela kerana ini adalah untuk kebaikan beliau sendiri dan mereka yang terlibat," kata Menteri Besar, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Dah kata MB ada kuasa, apa nak suruh Dr Hasan letak jawatan cara paksa. Buang ajelah kalau berkuasa sangat dan kononnya DYMM tak ada kuasa pecat. Nak tengok juga setara mana berkuasanya MB atau kuasa DYMM melantik dan memecat Dr Hasan.

2. Bahasa mudahnya.... kalau dah DYMM berkuasa melantik maka hanya DYMM berkuasa berkenan memecat Dr Hasan. Tak usah nak pusing itu ini. MB hanya memberi nasihat. Kalau tak nak ikut, apa yang MB boleh  buat.

3. Kepada Dr Hasan....... anda telah diasak kiri kanan dalam isu ini dan kemudian dipecat oleh PAS. Jadi jangan mengalah dan jangan letak jawatan. Kita tengok, apa yang MB dan PAS boleh buat terhadap anda.

4. Anda telah dimalukan dan PAS hanya mengikut telunjuk parti peliwat yang tak ada asas perjuangan. PAS dah jadi pak kaduk. Kerana undi, PAS sanggup buat apa sahaja.

5. Tok Guru Pok Nik pun, tumpang semangkok dengan menuduh anda tak senonoh. Jadi Jangan letak jawatan exco. Buat tak senonoh .... jangan letak jawatan. Nak tengok Pok Nik nak  buat apa..............

6. Tak gitu?


No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR