FOLLOWERS

Tuesday, 23 November 2010

EMAIL PESANAN PEMIMPIN CABANG PKR : PKR PERLU HENTIKAN LAWAK BODOH MEREKA !!!!





Dalam dunia politik Malaysia sifirnya mudah. Samada rakyat memperguna orang politik atau orang politik memperkuda rakyat. Samada kita sebagai rakyat memperguna Anwar Ibrahim untuk mencapai cita-cita perubahan atau Anwar Ibrahim memperguna kita untuk cita-cita beliau menjadi PM semata-mata, atau beliau memang ikhlas memimpin perubahan.

PKR telah berjaya mengakhiri sebuah pemilihan paling demokratik di Malaysia apabila membuka proses memilih pemimpin kepada semua anggota parti. Walau apa pun yang diperkutukkan, PKR harus diberi pujian atas usaha mengembangkan demokrasi. Pemilihan parti 2010 akan termaktub dalam lipatan sejarah politik tanah air sebagai usaha baik yang gagal. Kisah kegagalan ini harus kita terima dengan berlapang dada dan ikhlas. Jangan sekali-kali kita gusar dengan sesuatu yang memalukan kita.

Kata orang “sendiri buat sendiri tanggung”. Pemilihan parti jelas gagal menarik penyertaan 400,000 anggota parti. Puratanya peratus anggota yang keluar mengundi kurang daripada 10%. Bermakna 90% anggota parti tidak endah untuk terlibat memilih kepimpinan. Setiausaha Agung harus menelan alasan yang beliau beri kepada kita semua bahawa faktor final Piala Malaysia dan 2 pilihan raya kecil menjadi punca peratusan keluar mengundi begitu teruk.

Menjawab kepada ketermaluan ini, pembesar-pembesar parti juga seperti YB Ketua Umum, juga YB Senator Timbalan Presiden, juga YB Setiausaha Agung, juga Yang Belum Ketua AMK tetap mengatakan bahawa kita lebih baik daripada UMNO sebab pemimpin kita dipilih oleh 20,000 anggota berbanding UMNO yang hanya melihat sekitar 2,000 perwakilan terlibat memilih pemimpin.

Kata orang “Jangan ditegak benang yang basah, akibat nanti tertonjol kemaluan sendiri”. Latar proses pemilihan UMNO, PAS dan DAP berbeza dengan latar pemilihan parti kita. UMNO anjur kejohanan futsal 5 sepasukan, dan kita anjur kejohanan bola sepak padang 55 orang sepasukan. Acara kita gagal apabila hanya 7 orang yang menyertai pasukan yang asalnya diriuh-rendahkan 55 orang sepasukan. Selepas acara kita gagal, janganlah kita beritahu orang kata kita lebih baik sebab kita main 7 orang, sedangkan UMNO hanya main 5 orang.

Kata orang “pakai baju ikut saiz”, “bertelur sebiji jangan riuh satu negeri”. Pembesar parti janganlah berterusan buat lawak-lawak seumpama ini. Apa saya nak jawab tatkala pulang ke kampung, ibu-bapa saya bertanya, saudara-mara menyindir, teman-teman PAS mengutuk, kawan-kawan UMNO mengeji. Apa saya perlu jawab kalau 7 orang sahaja keluar mengundi MPP dan 3 orang keluar untuk memilih Ketua dan Exco AMK di Pekan, Pahang yang mempunyai 645 anggota.

Henti buat lawak, bina semula parti, biarlah kemaluan terdedah tetapi jangan sekali-kali nampak bodoh.

Khairul Pahang


Penghuni Gua :Di atas adalah email dari seorang penyokong / pemimpin PKR peringkat cabang PKR yang meluahkan perasaan dan pesanan agar PKR serta pemimpinya menghentikan segala lawak bodoh mereka selama ini.

2. Memang lawak bodoh pun pemilihan PKR yang penuh dengan demokerusi itu. Pemenang yang tidak bermandat. Hanya tak sampai 20, 000 undi dari sejumlah 400,000 ahli. Sah ke pemilihan tersebut? Mandat mencukupi ke kalau ikut amalan demokrasi.

3. Pemenang tanpa sebarang mandat. 10 % , mandat ke apanya !!!Demokrasi tahi kucing ade le !!!!!!

4. Pengundi muda : Fikirkan. Adakah parti sampah ini layak mentadbir negara kalau dilihat cara ia menguruskan proses pemilihan parti mereka sendiri? Jahanam negara jika mereka memerintah. Keadaan proses pemilihan PKR adalah gambaran wajah dan standard pentadbiran mereka nanti jika memerintah negara. PKR dan PR ini biasalah. Mereka akan buat dulu kemudian baru fikir bagaimana nak selesaikannya. Mereka nak menang dalam keadaan apa pun dalam PRU. Kemudian baru fikirkan bagaimana nak mentadbir negara. " Blue print " nya tak ada. Simpan kat otak bodoh mereka ajelah. Fikirkan pengundi muda. Fikirkan!!!!

Nota : Ingat semua pembaca , selepas ini kalau ada pemimpin PKR yang bercakap banyak lagi, katakan kepada mereka, baik mereka diam dari bercakap. Ini kerana mereka adalah pemimpin politik yang tak bermandat. Percakapan mereka bukan percakapan ahli PKR. Mereka bercakap hanya untuk 10% dari jumlah keseluruhan ahli mereka. Jadi mereka tak layak pun untuk bercakap. DSAI tu pulak jangan cakap le. Si peliwat ini, apa pun diliwatnya. Buykan ada muka pun

3 comments:

  1. beriya2 PG kluarkan statement hentam pembangkang
    hahaha smuanya x btl
    politik..politik..
    kalu x kluar statement panas mana nak untung
    btl x PG?untung lebih blh bg anak bini mkn lebih ckit, beli kuda baru btl x PG?
    nak tunggang bini dh kerepot x selera!
    tunggang kuda jer la gamaknyer!dpt anak hantar sekolah harapan!hahahaha

    ReplyDelete
  2. Anon 15:42,

    Kau sajalah yang amalkan sek songsang tu seperti idola kau tu!!!!

    Janganlah diajak orang lain melakukan perkara songsang tu!!!!

    ReplyDelete
  3. Salam tuan PG & Sema2...,

    EMAIL PESANAN PEMIMPIN CABANG PKR : PKR PERLU HENTIKAN LAWAK BODOH MEREKA !!!!

    Salam tuan PG...

    Anon 15:42

    Ni memang bangang 2000 kali bangang, ahli 400,000, satu cabang 500 ahli, keluar pangakh satu undi satu ahli seramai 50 ahli, jumalah undi diperolehi 350, total 2000% ngok dari kaldai... heh heh heh...!!!

    16 November 2010 00:33

    - Hampir sama dan EMAIL PESANAN PEMIMPIN CABANG PKR :

    Sabit pun tuan PG, ada orang marah2kan PG melatih sahabat, anak2/ saudara, pelatih menunggang kuda berlatih dan riadah menunggang kuda. Nanti2 puak ni akan “ambush” pulak kuda2 PG tu, bimbang didaftarkan jadi pengundi menjelang pru ke 13. Awal2, dah marahkan PG menunggang kuda, ntah esok ntah lusa mereka akan buat “head count” keatas semua ternakan di seluruh Malaysia takut dijadikan pengundi hantu. Sabit tulah ahli2 sendiri telah protes, yang mengundi tak sampai pun 10% dari setiap cabang, namun calun pilihan masih mendapat undi tertinggi daripada bilangan ahli2 yang keluar mengundi.

    Pang5 Beliung, kejutan dan kejutan telah berlaku…

    ReplyDelete

PETA PELAYAR