ALANGKAH baiknya jika kerajaan negeri Kedah menyerahkan kepada masyarakat membuat hukuman terhadap organisasi media, jika mempercayai sesuatu media berlaku tidak adil dalam membuat laporan melibatkannya.
Langkah melarang akhbar dan stesen televisyen tertentu membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri sebenarnya hanya mendedahkan betapa kerajaan negeri pimpinan Pas tidak yakin pada dasar keterbukaan dan kebebasan bersuara.
Mereka perlulah menelan kritikan oleh media. Laporan atau liputan media tidak semestinya memihak atau selari dengan pendirian mana-mana pihak. Dalam isu ini kerajaan negeri Kedah.
Namun, ia tidak pula bererti media terbabit tidak bebas. Kebebasan media, jika difahami betul-betul, ialah ia bebas menyokong, mengkritik atau menyatakan pendapat yang bertentangan dengan sesuatu idea atau tindakan.
Janganlah kita cuba menyatakan laporan atau liputan sesuatu media itu cukup adil hanya semata-mata kerana kandungannya sealiran atau tidak menyanggahi kita.
Apabila berlaku larangan ke atas media massa tertentu daripada memasuki Wisma Darul Aman, Awang teringat bagaimana pakatan pembangkang mencanang kebebasan bersuara menjelang pilihan raya umum 2008. Kebebasan bersuara apa?
Awang – Sudah lali.
Penghuni Gua : Kebebasan bersuara ? PAS bercakap mengenai kebebasan bersuara? Kebebasan bersuara tahi kucing dia. Cuba lihat fitnah Harakah sebaik buka mata. Apa yang tidak difitnahnya Tun Mahathir dan PM DS Najib. Lihat aje bila mereka mainkan isu Atlantuya kononnya PM terlibat.
2. Tapi PM tak bising pun. Itulah yang PG selalu katakan. Kalau mereka memerintah Malaysia bukan kata Akta Hasutan, Akta Mesin cetak atau ISA nak dihapuskan. Mereka akan ketatkan lagi adalah. Kita semua blogger ini memang bungkus semuanya sebab tak menyokong mereka. Tengok pada gayanya begitulah.
3. Kebebasan tahi kucing lah PAS. Cuba lihat pandangan Mahfuz serba tahu mengenai kebebasan media di Harakah semalam. Kita membacanya pun naik gelak. Patutnya Mahfuz tujukan pandangannya pada Harakah Daily lagi baik. Mahfuz. Mahfuz. Mahfuz mengata pada diri sendiri. Gelak-gelak !!!!
kebebasan tahi anjing. Media pilihan dia saja yang bole masuk DUN.
ReplyDeleteDulu pantang tak kena apa sikit pakat buat sidang media.
ReplyDeleteDulu ada saja silap sikit nak buat sidang media.
La ni kalut pulak tak bagi media buat liputan,
apa punya mangkuk hayun hampas ni. kutuk orang saja pandai, akai takdak, mana belajar pun tak tau.
Kedah Sejahtera.... pi jahanam la.....