FOLLOWERS

Wednesday, 2 February 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PERTIKAIAN KELUARGA MENGENAI HARTA / RUMAH / WASIAT !!!!


[1995] 3 MLJ 165
Lim Kim Hua v Ho Chui Lan & Anor
Case Details:

Malaysia

Judges STEVE SHIM J

Date 27 JUNE 1995
Citation [1995] 3 MLJ 165


Catchwords:

Land Law — Indefeasibility of title and interests — Fraud — Onus of proof — Transferor bequeathed property to grandchildren in will — Transferee knew contents of will — Transferor trusted and depended on transferee in management of property — Transferor old and illiterate — Transferee did not draw transferor’s attention to will when transferor was executing transfer in her favour — Whether amounting to fraud — Whether transfer null and void
Land Law — Indefeasibility of title and interests — Undue influence — Transferee daughter of transferor — Transferor old and illiterate — Transferee depended on transferor for physical and financial needs — Whether special relationship existed — Whether transferee in a position to dominate transferor’s will — Whether could vitiate validity of transfer executed in transferee’s favour

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif merupakan tuan punya berdaftar sebuah rumah kedai di Kanowit (‘rumah kedai tersebut’). Pada tahun 1983, plaintif telah menyempurnakan suatu wasiat bagi mendevis dan membekues rumah kedai tersebut kepada empat orang cucunya seperti berikut: 1Ú2 bahagian untuk defendan kedua, yang merupakan anak lelaki defendan pertama, dan 1Ú2 bahagian yang tinggal untuk dibahagi sama di antara tiga orang cucunya yang lain. Pada 3 Mei 1984, beliau menyempurnakan suatu memorandum pindahmilik (‘MT1’) untuk memindahmilik 1Ú2 bahagian daripada rumah kedai tersebut kepada defendan kedua.

Kemudiannya, pada 30 Disember 1985, beliau menyempurnakan satu lagi memorandum pindahmilik (‘MT2’) untuk memindahmilik kepada defendan pertama dan seorang yang bernama Ho Chui Hiong 1Ú4 bahagian setiap seorang. Dalam guaman ini, plaintif telah memohon untuk, antara lain, suatu deklarasi bahawa kedua-dua MT1 dan MT2 adalah batal dan tak sah, dan untuk pembatalan catatan di dalam daftar tanah, atas alasan bahawa: (i) pindahmilik itu telah didapatkan melalui fraud atau ketidakjujuran; dan (ii) defendan telah mengenakan pengaruh tak wajar ke atasnya untuk memindahmilik rumah kedai tersebut. Adalah tidak dipertikaikan bahawa plaintif yang tua, buta huruf dan mempunyai daya ingatan yang lemah adalah bergantung kepada defendan pertama untuk makanan, tempat tinggal dan pengurusan hal-ehwal rumah kedai tersebut di antara 1983 dan 1986.

Plaintif berhujah dengan selanjutnya bahawa defendan pertama yang sedar akan kandungan wasiat itu dengan sepenuhnya dan pindahmilik 1Ú2 bahagian daripada rumah kedai tersebut kepada anak lelakinya, iaitu defendan kedua, telah secara sengaja menyembunyikan perkara itu daripada plaintif apabila MT2 disempurnakan, untuk melampaui kepentingan benefisiari. Walau bagaimanapun, defendan-defandan menyatakan bahawa plaintif sendiri yang mencadangkan penyediaan pindahmilik itu dan bahawa kerani pejabat daerah telah menerangkan kandungan pindahmilik tersebut kepada plaintif sebelum beliau mengecapkan ibu jarinya di dokumen-dokumen yang relevan.

Diputuskan:
Diputuskan, mengisytiharkan bahawa MT2 adalah batal dan tak sah, dan memerintahkan supaya catatan di dalam daftar tanah berkaitan dengan MT2 dibatalkan:

(1) Adalah mantap bahawa standard pembuktian yang tinggi adalah diperlukan apabila fraud dikatakan telah berlaku. Mengikut keterangan, plaintif belum dapat membukti pada imbangan kebarangkalian bahawa terdapat fraud atau ketidakjujuran pada defendan kedua yang berkesan menjadikan MT1 tidak sah, kerana tidak ada apa-apa yang mencadangkan bahawa defendan kedua mengetahui tentang kewujudan wasiat itu apabila MT1 disempurnakan.

(2) Walau bagaimanapun, fraud telah dibuktikan terhadap defendan pertama kerana selepas mengambil kira perhubungan yang rapat dan kepercayaan yang diletakkan ke atas defendan pertama oleh plaintif, beliau mempunyai kewajipan moral untuk membentangkan kesemua maklumat mengenai kandungan wasiat kepada plaintif sebelum beliau menyempurnakan MT2. Oleh kerana terdapat penyembunyian suatu fakta material secara aktif dan kelakuan yang tidak jujur pada pihak defendan pertama, MT2 adalah batal dan tak sah.

(3) Dalam kes ini, terdapat keterangan yang mencukupi untuk menunjukkan kewujudan suatu perhubungan yang istimewa di antara plaintif dengan defendan pertama kerana plaintif sangat bergantung pada defendan pertama untuk kedua-dua keperluan fizikal dan kewangannya. Boleh diinfer secara munasabah daripada keadaan kes ini bahawa defendan pertama telah mengenakan pengaruh tak wajar ke atas plaintif untuk menyempurnakan MT2.

(4) Untuk mematahkan dakwaan pengaruh tak wajar, defendan pertama harus menunjukkan dengan bukti yang ketat bahawa plaintif memahami maksud dan kesan sepenuhnya pindahmilik pada masa penyempurnaan, dan bahawa beliau telah menarik perhatian plaintif kepada peruntukan wasiat itu untuk membolehkan plaintif membuat keputusannya dengan bebas mengenai apa yang beliau ingin buat dengan hartanya. Dalam kes ini, defendan pertama telah gagal melakukan ini.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua termasuk pelajar. MLJ adalah dokumen awam dan ia boleh diakses oleh kita semua melalui laman web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

1 comment:

PETA PELAYAR