FOLLOWERS

Showing posts with label LTTE. Show all posts
Showing posts with label LTTE. Show all posts

Monday, 1 June 2009

SRI LANKA MINTA SEL LTTE DI LUAR NEGARA DIBUBAR : MALAYSIA BAGAIMANA ?


Utusan Malaysia


SINGAPURA 31 Mei - Sri Lanka hari ini meminta bantuan antarabangsa untuk membubarkan rangkaian politik Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di seluruh dunia selepas Colombo mengisytiharkan kemenangan mutlak tenteranya ke atas pemberontak tersebut.

Menteri Luar Sri Lanka, Rohitha Bogollagama memberitahu satu forum keselamatan peringkat tertinggi di sini bahawa Colombo memerlukan bantuan dalam usaha untuk melumpuhkan 'pelobi-pelobi politik' LTTE yang sangat berpengaruh di beberapa ibu negara tertentu.

''Lobi berkenaan sedang berusaha untuk menghidupkan semula LTTE. Adalah sangat penting masyarakat antarabangsa mengambil segala langkah yang perlu bagi membantu kerajaan Sri Lanka menjejaki rangkaian global LTTE," katanya. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Kerajaan perlu respon dengan segera di atas permintaan dan rayuan Kerajaan Sri Lanka ini. Kerajaan wajib menyokong penuh dan mengambil tindakan segera dengan melumpuhkan dan membubarkan serta mendiamkan pelobi-pelobi politik LLTE di Malaysia dan segala rangkaian mereka di negara ini.


2. Kejayaan Sri Lanka dalam melenyapkan pengganas LTTE ini seharusnya diambil ikhtibat=r dan contoh bahawa dalam setengah perkara , pendekatan kekerasan harus diberi perhatian dan digunakan sepenuhnya terhadap semua kumpulan yang menjadi penderhaka dan pengkhianat kepada negara.


3. Berkaitan rangkaian dan pelobi-pelobi LTTE dan rangkaian penyokong dan penyumbang wang ringgit kepada LTTE, Malaysia wajib mengambil tindakan mengekang dan seterusnya bertindak dengan menggunkan undang-undang yang ada untuk melumpuhkan mereka ini yang begitu ramai di Malaysia.


4. Kumpulan penyokong dan pelobi ini telah didokong dan digerakkan oleh seorang pemimpin mereka yang berpengaruh di dalam politik Malaysia yang berada di negrti utara tanahair dan menjadi timbalan ketua sebuah negeri. Beliau sebelum ini banyak menulis artikel dan mempromosi gerekan untuk meraih simpati masyarakat India di malaysia agar menyokong LTTE. Beliau seorang yang terpelajar dan bergelar Prof dan menjadi ahli parlimen juga.


5. Pada masa ini blog yang beliau selalu sumbangkan artikel dan bagi mempromosi serta meraihkan sokongan masyarakat Malaysia keturunan India telah ditutup sebaik sahaja LTTE tumpas di Sri Lanka. ( http://www.tamilnation.org/forum/ramasamy/index.htm ).


6. Mungkin beliau sudah merasakan bahana yang akan menimpanya dan setelah beberapa kali laman-laman blog termasuk blog PG mendedahkan tentang keterlibatan beliau dalam gerakan menyokong LTTE ini.


7. Pihak berkuasa Malaysia telah mengambil tindakan kepada mereka yang menjadi penyokong JI dan memberikan bantuan kepada JI atau mendapatkan latihan ketenteraaan JI di Afghanistan dan sebagainya. Juga kita mengambil tindakan kepada semua ahli Al Maunah, Al Arqam serta semua kumpulan ajaran sesat yang lain. Mengapa kita tidak boleh mengambil tindakan yang sama keatas pemimpin gerakan pelobi dan penyokong LTTE ini di Malaysia.


8. Apa keistimewaan mereka ini. Meraka penyokong pengganas LTTE. Mereka ini akan menyemaikan budaya kekerasan di Malaysia dalam jangka panjang.


9. Langkah pencegahan dan tindakan jangka panjag dan jangka pendek perlu dirangka bagi membenteras anasir ini. Ini kerana pelobi-pelobi dan pendokong LTTE ini juga adalah mereka yang menyokong pertubuhan haram Hindraf. jadi bertindaklah segera.


10. Tindakan terbaru kebiadapan mereka ini ialah dengan berdemontrasi haram di kuil Hindu Bt Cave dua minggu yang lepas. Termasuk dalam perhimpunan haram ini ialah seorang Menteri yang kurang cerdik dari MIC yang turut serta atas dasar politik sempit sehingga melanggar dan bertentangan dengan dasar kerajaan yang menyokong sepenuhnya tindakan Sri Lanka.


11. Jangan sesekali membiarkan dan kerajaan dilihat terlalu berlembut bagi menangani kumpulan ini. Jika lambat atau tindakan lambat diambil maka " ulat-ulat ini akan mula naik ke mata kita " semua dan mula hendak menggigit.

Friday, 29 May 2009

LTTE HERO ATAU PEMBUNUH KEJAM ? PESANAN KEPADA PENYOKONGNYA DI MALAYSIA


Berita Harian
29 mei 2009


MAYAT penduduk Muslim yang maut dalam letupan bom oleh LTTE di luar sebuah masjid di Matara, pada awal tahun ini.

Ramai penduduk Muslim jadi sasaran kekejaman Tamil Eelam sepanjang 25 tahun perang saudara KEMENANGAN tentera Sri Lanka mengalahkan kumpulan gerila Harimau Tamil Eelam (LTTE) Ahad lalu, tidak hanya menamatkan perang saudara yang berlanjutan lebih 25 tahun lamanya, tetapi turut mengakhiri trauma dan kesengsaraan penduduk Muslimnya. Apa tidaknya, bumi kecil yang dihuni 20 juta penduduk dengan etnik Sinhala kumpulan majoriti sebanyak 74 peratus, Tamil (18 peratus) dan Muslim (8 peratus), perang saudara itu sebenarnya tidak hanya menyaksikan pertikaian antara kerajaan dengan LTTE atau penduduk Sinhala dengan Tamil, tetapi turut sama mengheret penduduk Muslimnya.

Malangnya, derita dan kesengsaraan kira-kira 1.5 juta penduduk Muslim yang sebahagian besar bertumpu di wilayah utara dan timur yang juga kawasan konflik, serta di selatan, tidak diketahui ramai. Ketika media tempatan dan antarabangsa lebih banyak menghebahkan laporan dan gambar penduduk Tamil dan Sinhala menjadi pelarian dengan wajah sugul berjalan membawa beg atau sehelai sepinggang akibat konflik itu, sebaliknya tidak banyak kelibat penduduk Muslim dipaparkan sebagai subjek utama.

Jika masyarakat dunia masih belum dapat melupakan wajah mayat pemimpin LTTE, Vellupillai Prabhakaran yang mati dalam serangan beberapa hari lalu, hakikatnya tidak ramai yang mungkin dapat mengingati atau pun tahu mengenai ribuan jenazah penduduk Muslim yang terbujur kaku di dalam rumah, majid, sekolah serta di kaki lima akibat kekejaman LTTE yang berlaku hampir sepanjang tahun.

Hakikatnya, LTTE bukan sekadar kumpulan pemisah biasa, sebaliknya berstatus kumpulan pemberontak profesional, mempunyai kerajaan dan bala tenteranya sendiri termasuk pasukan penyerang bunuh diri menggunakan lilitan bom. Ia turut menjadi kumpulan militan pertama menggunakan wanita dalam serangan mereka, selain dikenali kerana tindakan ‘gila’ pengikutnya yang memakai rantai kapsul racun sianida bagi membolehkan mereka membunuh diri serta-merta jika tertangkap.

Tidak hairanlah ia mampu melancarkan lebih 200 serangan bunuh diri dan mencetuskan perang saudara yang meragut lebih 70,000 nyawa. Operasi kejamnya turut melangkaui bumi Sri Lanka dan dikaitkan dengan pembunuhan bekas Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi pada 1991. Namun, mangsa sebenar dan berterusan kekejaman LTTE itu adalah penduduk Muslim yang disifatkan sebahagian usaha pembersihan etnik penduduk Islam di Sri Lanka.

Kebencian yang bukan saja disebabkan perbezaan etnik dan agama, tetapi faktor perebutan wilayah di timur dan utara negara itu yang juga menjadi kubu kuat kumpulan gerila berkenaan sebelum ini. Dari segi ekonomi, penduduk Muslim jauh lebih berjaya berbanding masyarakat Tamil, manakala aspek politik pula menyaksikan parti politik Muslim memegang status sebagai ‘broker’ kuasa dan penentu kerajaan yang memerintah Sri Lanka. Ini disebabkan biarpun minoriti, tetapi pecahan kerusi dimenangi parti Muslim berperanan sebagai penentu penguasaan parti politik utama di Parlimen.

Kejayaan dan kelebihan itulah yang disifatkan penganalisis sebagai ramuan yang menyebabkan kebencian LTTE terhadap Muslim meluap-luap. Kemuncak kekejaman LTTE terhadap penduduk Muslim ketara pada 1990-1991 dan terbukti berterusan hingga Mac lalu. Tarikh 30 Oktober 1990 disifatkan detik hitam bagi masyarakat Muslim, apabila LTTE yang menguasai wilayah di utara, iaitu Semenanjung Jaffna, memberi kata dua kepada penduduk Muslim di situ - keluar dari kawasan itu atau dibunuh.

Lebih kejam lagi, arahan itu perlu dipatuhi dalam masa 24 hingga 48 jam, seperti dilaporkan media antarabangsa. Namun hakikatnya, hampir 90,000 penduduk Muslim diusir dalam masa dua jam! Malah kejadian itu disifatkan penganalisis tempatan, AJC Mohideen, sebagai pembersihan etnik paling cepat dalam sejarah moden dunia kerana penduduk Muslim diusir dalam masa dua jam hanya atas alasan wilayah itu adalah tanah tumpah dan milik masyarakat Tamil.

Penulis sendiri yang pernah mengunjungi beberapa wilayah Sri Lanka, beberapa tahun lalu dalam lawatan anjuran kerajaan negara itu bagi melihat proses damai, berkesempatan menyelami perasaan hiba segelintir penduduk Muslim di Jaffna yang mengakui tempoh dua jam itu ibarat neraka dunia bagi mereka apabila dipaksa meninggalkan harta benda sambil kepala diacukan senjata api dan parang oleh anggota LTTE.

Imam Masjid Jamek Jaffna ketika itu, Abdullah Marlim, turut menitiskan air mata menceritakan bagaimana ramai keluarga Muslim terpisah, anak kecil menjadi yatim piatu dan wanita menjadi balu serta janda dalam sekelip mata. “Masyarakat Islam dan Tamil dapat hidup aman damai di Jaffna sebelum ini. Tetapi kekejaman LTTE menghancurkan segala-galanya, keluarga porak peranda dan terpisah, masjid dimusnahkan dan harta benda kami dirampas. “Selain sehelai sepinggang, kami cuma dibenarkan membawa kira-kira 75 rupee (RM3). Kami diberi kata dua - keluar atau dibunuh.

Dengan berat hati, kami melangkah keluar untuk bergelar pelarian di tanah air sendiri,” katanya. Selepas keadaan diberitakan selamat, beliau dan beberapa penduduk Muslim memberanikan diri kembali ke Jaffna beberapa bulan kemudian, tetapi disambut pandangan yang memilukan. Hanya satu daripada 13 masjid dapat digunakan akibat bedilan bom tentera LTTE dan daripada kira-kira 100,000 penduduk Muslim di Jaffna, jumlahnya cuma mencecah lebih 1,000 orang manakala lebih 50,000 masyarakat Muslim yang tidak berani kembali, terus mendiami kem pelarian sehingga ke hari ini.

Terbukti kekejaman itu tidak terhenti apabila sebulan selepas itu, LTTE meneruskan kekejaman melancarkan serangan di sebuah masjid di Kathankudy. Seramai 172 Muslim yang khusyuk bersolat ketika itu, maut serta merta. Gambar pembunuhan kejam itu dengan mayat, termasuk budak lelaki yang masih lengkap mengenakan kopiah serta sejadah dipenuhi darah, bergelimpangan kaku dan terpampang di dada akhbar antarabangsa.

Seperti lazimnya, reaksi masyarakat dunia hanyalah dalam bentuk kecaman yang diibaratkan ‘angin lalu’ tanpa meninggalkan kesan atau menghentikan kekejaman LTTE yang terus mengganas membunuh penduduk Muslim di kawasan jajahan mereka. Pada 10 Mac lalu, LTTE yang tidak cukup menjadikan masjid di utara dan timur Sri Lanka sebagai sasaran utama, bertindak menyerang perarakan sempena Maulidur Rasul di Akuressa, di kawasan selatan, yang meragut 15 nyawa.

Jurugambar sempat merakam peristiwa tragik dan mengerikan itu apabila barisan penduduk Muslim, berpakaian serba putih, berlatar belakang percikan letupan bom di belakang mereka. Dalangnya sudah semestinya pihak LTTE dan hanya dua perkataan yang layak menggambarkan tindakan tidak berperikemanusiaan itu - kejam dan zalim. Kini selepas tumpasnya LTTE dan kematian Prabhakaran, mungkin ada yang menganggap doa masyarakat Muslim yang selama ini sengsara, sudah pun terjawab.

Namun apakah ini menjadi titik noktah kepada kesengsaraan penduduk Muslim ini? Apakah ada sinar bahagia bagi mereka dengan diberikan hak sepatutnya untuk hidup sama sama seperti bangsa Sinhala di Sri Lanka? Apa yang pasti, setakat ini, sebahagian besar penduduk Muslim yang miskin ini masih bergelar pelarian dan hanya masa menentukan sama ada mereka dapat kembali ke rumah masing-masing dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Apakah mungkin peranan mereka sebagai penyumbang ekonomi dan penentu kuasa politik, mendapat pengiktirafan sewajarnya daripada kerajaan pimpinan Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapakse. Namun lebih penting, masyarakat serta pertubuhan Islam antarabangsa perlu sama-sama menjadi pihak pemantau bagi memastikan penduduk Muslim Sri Lanka tidak lagi menjadi mangsa di tanah air sendiri selepas berkuburnya LTTE. INFO: Muslim Sri Lanka

Mewakili tiga etnik iaitu Moors yang berketurunan pedagang Arab, kumpulan etnik Jawa dan Melayu yang berasal dari Indonesia dan Malaysia serta India Muslim.

Setiap kumpulan itu mempunyai sejarah dan tradisi masing-masing. Masyarakat Moor adalah asalnya pedagang Arab yang yang datang pada abad kelapan dan berkahwin dengan wanita tempatan, sambil menyebarkan Islam. Mereka mewakili kumpulan majoriti penduduk Muslim Sri Lanka.

Ketika penjajahan Belanda dan Inggeris, ramai penduduk Kepulauan Jawa dan Melayu dari Malaysia dihantar ke Sri Lanka dan penduduk kumpulan etnik ini mencecah kira-kira 50,000 orang ketika ini.

Kumpulan lain Muslim berasal dari India dan Pakistan yang datang mencari peluang pekerjaan. Sebahagian besar berasal dari Tamil Nadu dan Kerala di selatan India.


Penghuni Gua : Selepas membaca artikel di atas, fikirkan samada LTTE ini pejuang atau pembunuh kejam, pengganas. Adakah ia perlu disokong oleh kita semua? Atau perlukah kita sanjung seperti sebahagian penyokongnnya lakukan di KL tempoh hari.


2. Kepada Pemimpin MIC ( Tim. Menteri ) yang hadir sama ke perhimpunan Haram di Bt Cave bagi menyokong LTTE tempoh hari, PG cadangkan agar beliau dituduh di mahkamah kerana menyertai perhimpunan haram dengan segera.


3. Diharap pihak polis segerakan tindakan bagi menuduh Tim. Menteri ini seperti mana polis menangkap dan menuduh Ketua Menteri Sabah dahulu iaitu Dato Yong Teck Lee kerana menyertai perhimpunan Haram di depan Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu berkaitan tidak puashati semasa pilihanraya. Akhirnya beliau didapati bersalah dan dihukum. Beliau hilang kelayakkan selama 5 tahun dari untuk bertanding di dalam pilihanraya.


4. Tindakan yang sama wajib dikenakan kepada Tim Menteri MIC ini kerana tindakannnya menyertai perhimpunan haram menyokong LTTE ini telah dilihat dan bercangggah dengan dasar kerajaan Malaysia yang tidak menyokong LTTE , sebaliknya menyokong usul Sri Lanka di PBB iaitu tidak campurtangan dalam hal ehwal negara lain. Apatah lagi LTTE adalah pembunuh dan pengganas. US pun sudah senaraikan LTTE ini sebagai pengganas.


5. Segerakan tindakan kepada Tim. Menteri yang sempit pemikirannya ini dan bertindak atas dasar politik sempit perkauman.

Monday, 25 May 2009

LTTE : MALAYSIA SOKONG USUL SRI LANKA DI PBB


Utusan Malaysia


DAMSYIK, 25 Mei (Bernama) — Malaysia menyatakan sokongan terhadap deraf resolusi yang dikemukakan Sri Lanka pada Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) di Geneva, satu tindakan yang selaras dengan pendirian prinsip Malaysia tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.

Menteri Luar Datuk Anifah Aman berkata anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dalam HRC yang turut menyatakan sokongan kepada deraf resolusi Sri Lanka berasaskan kepada prinsip sama.

Deraf resolusi berhubung situasi di Sri Lanka mengukuhkan prinsip dan matlamat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), termasuk prinsip tidak campur tangan dalam hal-hal yang merupakan perkara pokok dalam bidang kuasa sesebuah negara, katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama.

“Ini merupakan satu kes yang tepat dengan Sri Lanka, dan ia mempunyai hak kedaulatan bagi mengambil tindakan yang wajar bagi menangani suatu keadaan dalaman, tanpa campur tangan negara-negara lain atau PBB,” kata Anifah, yang menambah kata bahawa prinsip penting itu disokong oleh NAM dan juga OIC. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Tahinah Malaysia dan tahniah DS Najib. Dengan sokongan usul Sr Lanka ini akan menunjukkan bahawa Malaysia menjunjung prinsip tidak campur tangan mengenai hal ehwal negara lain.


2. JUga dengan tindakan ini juga , ia akan menghantarkan isyarat jelas kepada mereka yang menyokong LTTE atau mereka yang cuba bertindak atau menggerakkan satu-satu gerakan pemisahan atau pun menjatuhkan kerajaan dengan cara kekerasan : bahawa kedaulatan n egara adalah hak mutlak sesebuah negara dan semua tindakan adalah halal nagi mempertahankan kedaulatan ini.


3. Dengan usul ini juga kerajaan dilihat bertegas dan tidak tunduk dengan desakan politik pembangkang atau kerajaan juga dari kumpulan pendesak yang lain agar Malaysia tidak menyokong usul ini. Kepentingan politik sepatutnya dan semistinya di buang ketepi dan kedaulatan serta keselamtan sesebuah negara itu yang lebih diutamakan dan diberi keutamaan.


4. Tahniah kerana kerajaan telah menghantar mesej yang jelas kepada kumpulan-kumpulan tertentu di Malaysia dengan mengambil tindakan menyokong usul ini.


4. Tahniah Malaysia.

Sunday, 24 May 2009

MAKLUMAT KEPADA PENGANJUR DEMO MENYOKONG LTTE DI MALAYSIA : LIHAT KEKEJAMAN LTTE TERHADAP ORANG ISLAM



1. Hari ini di Bt Cave dianjurkan satu perhimpunan menyokong Pengganas LTTE dan membantah apa yang didakwa kononnya kekejaman Kerajaan Sri Lanka terhadap LLTTE dan masyarakat Tamil di Seri lanka. Kepada mereka ini PG ingin paparkan tulisan dari Blog : Faisal Tehrani yang menerangkan dengan jelas kekejaman LTTE terhadap minoriti India Islam di Semenajung Jaffna yang satu ketika dulu di kuasai oleh LTTE.

2. Kepada pengajur perhimpunan itu, jangan buta dan membutakan mata terhadap kekejaman pengganas LTTE ini hanya kerana persamaan kaum dan agama sahaja.

3. Lihatlah secara holistik kekejaman pengganas ini.


4. Pesanan ini juga di sampaikan kepada MIC yang membantah sokongan Malaysia kepada Sri Lanka berkaitan isu yang sama kelmarin dulu.


Dipetik dari Blog : Faizal Tehrani
24 May 2009

Bantahan Keganasan Perang atau Demo Pro LTTE?

Saat ini di New Delhi, media sedang hangat membincangkan tentang kabinet baharu Perdana Menteri Manmohan Singh. Lain dari itu berita kematian komander LTTE, Velupillai Prabhakaran turut mendapat liputan. Saat saya mengetik blog dan berita tanahair, saya agak terkejut membaca laporan mengenai ribuan orang berkumpul di kuil Batu Caves untuk membantah pembunuhan orang awam di Sri Lanka (baca orang Tamil: lihat sini).

Khabarnya mereka membantah jenayah perang oleh kerajaan Sri Lanka terhadap orang Tamil dalam peperangannya dengan LTTE yang mahu mewujudkan negeri Eelam di utara Sri Lanka. Protes tersebut dikatakan perlu, untuk menunjuk rasa terhadap nasib ribuan mangsa yang tidak berdosa: terkorban dan kehilangan kediaman.Saya ingin mengingatkan di sebalik kematian orang awam berbangsa Tamil yang tidak berdosa ini, orang terlupa polisi pembunuhan beramai-ramai LTTE terhadap muslim di utara Sri Lanka.


Sekiranya protes ini adalah protes terhadap pembunuhan orang tidak berdosa dan mangsa perang ia haruslah mengisi sama apa yang menimpa umat Islam Tamil di Sri Lanka. Sekiranya penganjur mengabaikan hakikat ini, maka protes dan perhimpunan ini hanyalah satu perhimpunan pro LLTE yang menurut saya amat amat menjengkelkan.Saudara pembaca mungkin terlupa atau kurang tahu apa yang berlaku pada 3 Ogos 1990, apabila LTTE Tamil Tiger (yang mendakwa pejuang masyarakat Tamil) ini telah membunuh 103 umat Islam Tamil yang sedang bersolat di Masjid Kattankudiy di Batticaloa.


Perkara sama berlaku pada 3 Ogos 2006 di Muttur. Badan hak asasi manusia - The Society for Peace, Unity & Human Rights in Sri Lanka (SPUR) - yang beribupejabat di Victoria, Australia menyatakan pembunuhan terhadap umat Islam Tamil oleh LTTE ini turut berlaku di Kebitigollewe (15 Jun 2006), juga di desa Kalyanapura, Gomarankadawala pada 23 April 2006 dan pembunuhan di Welikanda ada 29 Mei 2006.Untuk mengingatkan saudara akan tragedi berdarah ini, saya akan menurunkan sejumlah foto peristiwa kejam tersebut. Jangan teruskan melihat sekiranya saudara tidak cukup kuat.



Foto-foto mengejutkan ini dirakam oleh Martin Klejnowski dan Madeleine Leeson, dua orang jurnalis Reuters yang berjaya menyusup masuk ke dalam wilayah penguasaan LTTE pada waktu itu. Leeson melaporkan terdapat mayat ditemui tersandar di dinding masjid berhampiran jendela menunjukkan mangsa cuba melarikan diri tetapi tidak dilepaskan.


Pembunuhan beramai-ramai pada 3 Ogos 1990 tersebut menyaksikan kesyahidan Akram (6 tahun), Ajimeel, Jaroon dan Rizwan (10 tahun), Asroof 11 (tahun), Dalhan Haris, Fauser Hassan, Arip, M. Ajimal, Makeen, Kamaldeen dan Imtiaz (semua berusia 12 tahun), Anas, Faizal, dan M.B.Jawad (13 tahun), Sameeen, Jaufer, Samath, Mohammed Fauzer, Safar, M. S. M. Jaufer (14 tahun), dan Fazlan (15 tahun). Anak-anak ini dari sebuah sekolah yang sama dan dikatakan ke masjid pada hari tersebut untuk belajar membaca al-Quran.


Pembunuhan ini berlaku ketika mereka sedang sujud sedang mereka bukanlah tentera atau bersenjata.Pada jam 7.20 malam, seluruh pekan Katankudi bergelap. Jemaah meneruskan solat dalam gelap. Tidak lama kemudian muncul kenderaan Hiace putih, van rasmi LTTE dengan anggota bersenjata. Mereka masuk menembak secara membuta babi, malah kesan peluru turut tertanam di dinding masjid.Peristiwa ini dilaporkan oleh A. I. Ismail yang pada waktu itu berusia 55 tahun. Dan oleh M.M. Akbar yang ketika itu berumur 16 tahun.


Kedua-duanya terselamat dari pembunuhan dengan berpura-pura mati. Tetapi mereka cedera parah kerana gerila LTTE terus menembak mayat yang terbujur di lantai masjid demi memastikan mereka benar-benar mati.Dalam keghairahan Pakatan Rakyat khususnya PAS meraih sokongan bukan Islam (Melayu), saya ingin mengingatkan supaya parti PAS tidak sekali-kali ikut terlibat menyokong motif perhimpunan ini (meski dalam senyap). Malah saya berpendapat, sekiranya PAS mendiamkan diri pun tidak wajar.


Ini kerana PAS adalah parti Islam yang bertujuan untuk mengangkat maruah umat Islam secara global.Biarkan pemimpin sebuah 'parti sekutu' dalam Barisan Nasional dengan penuh desperado memuja Liberation Tigers Of Tamil Elam (lihat sini). Perhimpunan untuk mengutuk keganasan perang memang harus disokong, ia adalah hak dalam demokrasi; tetapi perhimpunan untuk menyokong LLTE harus dikecam dan harus dikekang.


LTTE adalah teroris yang bukan sahaja membunuh orang Islam tetapi juga bertanggungjawab terhadap pembunuhan Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi pada 21 Mei 1999 oleh Thenmuli Rajaratnam dari skuad berani mati LTTE (lihat di sini).LTTE bukanlah juara masyarakat Tamil seperti yang didakwa. Mereka adalah pengganas. Ini dianalisis secara akademik oleh Professor Shantha K. Hennayake dalam eseinya yang terkenal berjudul 'Is LTTE the Sole Representatives of Tamils?' (klik sini)Masyarakat Tamil tempatan perlu sedar mereka berada di Malaysia; dan kerukunan serta keharmonian antara ras perlu dikekalkan.


Apa pun masalah bangsa Malaysia harus diselesaikan dengan formula lokal. Perhimpunan pro LTTE hanya akan menyalakan api antara kaum dan agama tanpa kita sedari. Jika tidak, perseteruan di luar negara ini dapat berjangkit di negara kita. Maka pihak berkuasa amat perlu mengambil aksi preventif secara berani. Ini termasuklah, Barisan Nasional sendiri perlu mengambil tindakan terhadap 'pemimpin mereka' yang tanpa segan silu mengidolakan pengganas LTTE.


Saturday, 23 May 2009

LTTE : SAMY BANTAH CADANGAN MALAYSIA UNTUK SOKONG USUL SRI LANKA


Berita Harian
23 mei 2009

Jangan sokong resolusi Sri Lanka di PBB: Samy Vellu

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak sepatutnya menyokong resolusi yang dibentangkan Sri Lanka pada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), supaya anggotanya tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara itu, kata presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, hari ini.

Sambil meminta Malaysia menarik balik sokongan terhadap resolusi itu, Samy Vellu, yang juga bekas Menteri Kerja Raya berkata, beliau akan mengutus surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meminta supaya Malaysia tidak menyokong sebarang resolusi berkaitan perkara itu.

"Orang Tamil merangkumi 1.4 juta daripada 1.8 juta jumlah anggota masyarakat India di negara ini. Oleh itu, perasaan mereka perlu dihormati. Tribunal Perang perlu ditubuhkan di Sri Lanka untuk membicarakan mereka yang menganjurkan kekejaman terhadap masyarakat Tamil di sana dalam peperangan menentang Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Minta maaf Dato Seri Samy. PG tidak setuju dengan pandangan Dato Seri. Dalam hal ini Malaysia wajib menyokong usul Sri Lanka supaya pihak luar tidak mencampuri urusan dalamannya.

2. Sri Lanka adalah negara berdaulat seperti juga mana-mana negara lain di dunia. Mereka berhak dan berkuasa penuh di atas keselamatan negaranya.

3. Atas alasan Malaysia tidak perlu menyokong usul Sri Lanka ini hanya kerana ingin menjaga sensitiviti masyarakat India di negara ini adalah satu pandangan yang dangkal dan tidak memahami masalah perhubungan luar antara 2 negara.

4. Juga Malaysia perlu ingat sekiranya Malaysia menuruti cadangan Samy Vellu , maka ia akan memberi petunjuk yang salah kepada masyarakat india di negara ini bahawa kita merestui sebarang pemberontakkan dan pengkhianatan terhadap negara. Jika terjadi ( akan terjadi barangkali jika tidak dikawal )di negara ini bagaimana pendirian kita.

5. Samy Vellu mungkin kesilapan fakta mengenai pemberontakkan LTTE terhadap Sri Lanka. Juga tiada tindakan penghapusan etnik sepanjang gerakan menghapuskan pemberontakkan ini. Jangan kerana hanya kerana atas dasar kaum yang sama , Samy menjadi buta fakta sejarah.

6. LTTE memberontak untuk memisahkan wilayah Jaffna dari Sri Lanka. Adakah ini akan dibenarkan jika berlaku di mana-mana negara? Tidak. Malaysia juga akan mengambil tindakan yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Kita pernah bertindak tegas dalam membenteras anasir kominis.
7. Samy juga perlu ingat, berapa puluh ribu LLTE telah membunuh dan mencederakan penduduk awam hatta PM Sri Lanka juga sepanjang pemberontakkan ini. Jangan membutakan mata dengan melihat sesuatu perkara itu dari sudut kaum/bangsa dan agama.

8. Kepada Malaysia, PG sarankan agar memberi isyarat yang jelas kepada kesemua rakyat Malaysia dengan menyokong usul Sri Lanka ini. Dengan ini isyarat jelas dapat dihantar kepada semua rakyat Malaysia yang berhajat untuk mencontohi pemberontakkan dan pengkhianatan seperti LTTE akan menerima nasib yang sama atau kita akan bertindak lebih keras lagi kerana ia melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara.

9. Kepada Sri Lanka : Hapuskan hingga ke akar umbi anasir LTTE ini. Jangan benar ia bertapak kembali walau seinci pun di bumi Sri Lanka. Tindakan negara anda betul dan tepat.

Thursday, 21 May 2009

LTTE KALAH : BLOG PENYOKONGNYA DI MALAYSIA TUTUP ?


1. Nak cakap banyak malas. Tetapi blog di mana kerap kali TKM 2 Pulau Pinang Prof Dr Ramasamy menulis menyatakan sokongannya kepada LTTE di Sri Lanka nampak gayanya dah tutup semalam bila LTTE telah tumpas sepenuhnya. Mengapa ?

2. Kepada rakyat Malaysia yang lain, kalau nak sokong pun biar berpada. Ini kumpulan pemberontak dan LLTE sendiri telah membunuh hampir 40 ribu orang awam Sri Lanka. Jumlah keseluruhan kematian sengketa ini ialah 70 ribu orang tidak temasuk yang cedera dan cacat.
3. Pengkhianat ini , kalau kita baca dalam blog-blog penyokongnya di Malaysia , dianggap sebagai dewa dan wira mereka.

4. Mata mereka ini sudah buta rupanya. Tak tahu antara pejuang pembebasan dengan pemberontak/ pengkhianat.

5. Blog yang dimaksudkan ialah :http://www.tamilnation.org/search.htm . Katanya " Site Closed for Maintenance " . Biasalah . Sebenarnya tutup. Masa LTTE kuat, gempaknya bukan main. Bila kalah teruk / bungkuih , tak bercakap sepatah haram. Bawah kalau ok. Atas kalu siap le.

LTTE : RENCANA UTUSAN MALAYSIA 21 MEI 2009


Berakhirnya perjuangan yang sia-sia
Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY

SEBAHAGIAN daripada mayat-mayat gerila LTTE yang terbunuh selepas pertempuran dengan tentera kerajaan Sri Lanka.

AKHIRNYA konflik bersenjata selama lebih 25 tahun antara pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dan kerajaan Sri Lanka yang telah mengorbankan lebih 70,000 nyawa, berakhir pada Isnin lalu apabila pemimpin utamanya, Vellupillai Prabhakaran terbunuh dalam satu serang hendap oleh pihak tentera di timur laut negara itu.

Pada masa yang sama, kerajaan Sri Lanka telah mengisytiharkan kemenangan dalam konflik berdarah selama suku dekad dengan LTTE selepas berjaya menumpaskan saki-baki kumpulan pemberontak termasuk membunuh Prabhakaran.

Kemenangan itu diumumkan oleh Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa sendiri selepas pasukan komando negara pulau itu berjaya menembak mati kira-kira 300 anggota LTTE yang merupakan kumpulan terakhir pemberontak yang masih berkubu di kawasan hutan kecil di daerah Mullaithivu, timur laut Sri Lanka.

Sebelum itu, LTTE telah mengaku kalah melalui kenyataan ketua hubungan antarabangsanya, Selvarasa Pathmanathan di laman web propemberontak, Tamilnet pada 17 Mei lalu dalam apa yang disifatkan sebagai ‘pertempuran telah menemui penamat yang perit.’

Sehari kemudian (Isnin) tanggal 18 Mei 2009, perjuangan Harimau Tamil disahkan berkubur apabila Prabhakaran disahkan terbunuh ketika cuba melarikan diri bersama-sama beberapa anggota kanan kumpulan pengganas itu dengan menggunakan van berperisai yang menyamar sebagai kenderaan ambulans.

Rajapaksa juga telah menetapkan Rabu lalu (bersamaan 20 Mei 2009) sebagai cuti umum ketika rakyat Sri Lanka keluar dari rumah sambil menari dan menyanyi bagi meraikan kejayaan besar tentera kerajaan itu.

Sambutan itu sebagai tanda kegembiraan mereka setelah menderita begitu lama sejak LTTE memulakan perjuangan berdarah pada Julai 1983 membunuh tentera kerajaan dan orang awam bagi mencapai matlamat untuk menubuhkan sebuah negara merdeka dalam negara Sri Lanka.

Konflik bersenjata yang dicetuskan oleh LTTE adalah yang paling lama dan paling kejam di Asia dan telah meragut puluhan ribu nyawa dalam pertempuran, serangan hendap dan pengeboman berani matinya.

Nama LTTE sememangnya dikenali di dunia sebagai pertubuhan pengganas yang paling ganas dengan serangan berani mati yang lebih banyak jika dibandingkan dengan jumlah serangan serupa yang dilakukan Al-Qaeda, Pasukan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) dan beberapa organisasi pengganas yang lain.

Kumpulan pemberontak Tamil ini juga mempunyai rangkaian perhubungan antarabangsa yang sofistikated sejak ditubuhkan 33 tahun lalu dan ia menyukarkan usaha kerajaan untuk menundukkannya selama ini.

Perkara ini diakui sendiri oleh Setiausaha Pertahanan Sri Lanka, Gotabhaya Rajapakse yang mendakwa agensi bantuan dan pertubuhan berita antarabangsa menyebelahi Harimau Tamil sehingga memaksa kerajaan menghalau tiga wartawan saluran berita Channel 4 dari London yang dikatakan membuat laporan palsu pada minggu lalu.

Masyarakat Tamil seluruh dunia juga bukan setakat simpati, malah ada yang menghulurkan bantuan kepada LTTE yang kononnya 'memperjuangkan' penubuhan negara bagi etnik itu di Sri Lanka.

LTTE ternyata kumpulan pengganas yang paling dahsyat kekuatannya kerana memiliki kapal selam buatan sendiri, beberapa kapal terbang kecil dan sedikit teknologi ketenteraan yang disumbangkan dari luar.

Namun, segarang manapun 'harimau' ini, kerajaan Sri Lanka awal tahun ini telah membulatkan tekad untuk menundukkannya dengan operasi ketenteraan tidak sampai setahun selepas secara rasmi menarik diri daripada perjanjian gencatan senjata pada 16 Januari 2008.

Harimau Tamil mulai nazak sejak Rajapaksa pada 2 Januari lalu mengumumkan telah berjaya merampas 'ibu negerinya' iaitu Kilinochchi sejak operasi besar-besaran dimulakan pada November 2008.

LTTE kemudiannya terpaksa meninggalkan Semenanjung Jaffna seminggu kemudian dan berkubu di Mullaitivu, timur laut Sri Lanka, sebelum ia turut ditawan pihak tentera beberapa hari selepas itu.

Kekalahan demi kekalahan menyebabkan LTTE semakin terkepung ke kawasan hutan seluas kurang dari 15 kilometer persegi di Mullaitivu, sedangkan mereka pernah menguasai 15,000 kilometer persegi iaitu sepertiga daripada negara itu.

Ratusan ribu orang awam etnik Tamil menjadi mangsa keadaan dengan tentera kerajaan menuduh LTTE menjadikan mereka 'perisai manusia' manakala LTTE menuduh kerajaan terus membedil penduduk yang tidak berdosa.

Perkara ini turut mencetus kebimbangan masyarakat antarabangsa dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan beberapa negara Barat mendesak kerajaan Sri Lanka mengadakan gencatan senjata.

Namun setelah kira-kira 50,000 orang awam berjaya dibawa keluar daripada zon perang, tentera Sri Lanka terus menggempur LTTE habis-habisan seterusnya membawa kepada kemenangan besar Isnin lalu selepas operasi selama tujuh bulan.

Sehingga kini seramai hampir 300,000 orang penduduk etnik Tamil terpaksa menetap di kem pelarian di Varuniya, utara Sri Lanka sekali gus menjadi krisis kemanusiaan yang memerlukan penyelesaian segera di negara itu.

Kejayaan Sri Lanka dalam menyelesaikan konflik ini sebenarnya harus dipuji kerana pihak kerajaan telah membuka banyak ruang rundingan selama ini sebelum mengambil keputusan menggempurnya habis-habisan.

Kekalahan LTTE di Sri Lanka juga perlu menjadi teladan dan sempadan bagi pelbagai pihak di mana-mana negara dunia supaya bertindak segera dalam menangani sebarang unsur tuntutan melampau oleh pertubuhan haram atau pengganas.

Masalah yang ditimbulkan dalam perjuangan berasaskan perkauman seperti Hindraf di negara kita ini perlu dibanteras dengan segera sebelum ia melarat.

Apa yang perlu dipupuk adalah perpaduan antara kaum dan bukan saling mementingkan kepentingan sesuatu etnik sehingga menyebabkan negara terjebak dalam kancah perkauman yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969, bulan yang sama 40 tahun lalu................

Wednesday, 20 May 2009

TINDAKAN KURANG CERDIK PENYOKONG LTTE DI MALAYSIA


Berita Harian
20 mei 2009

Polis gagalkan perhimpunan simpati LTTE di Kedutaan China

KUALA LUMPUR: Tindakan pantas polis menggagalkan hasrat sekumpulan 100 orang mengadakan perhimpunan haram di hadapan bangunan Kedutaan China di Jalan Ampang di sini, hari ini, bagi membantah tindakan China yang mereka dakwa membantu kerajaan Sri Lanka dalam menghapuskan kumpulan pemberontak Harimau Tamil Eelam (LTTE).

Tindakan polis mengadakan sekatan jalan di semua laluan yang menghala ke bangunan kedutaan itu, sejak awal pagi, berjaya menggagalkan perhimpunan oleh kumpulan itu yang mendakwa China membekalkan kelengkapan ketenteraan dan bantuan kewangan kepada kerajaan Sri Lanka. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Masih ada lagi kumpulan yang kurang cerdik di Malaysia . Mereka cuba berdemo untuk menunjukkan sokongan kepada LTTE dan mengecam kerajaan China kerana dikatakan kerajaan China membantu Sri Lanka bagi menghapuskan pengkhianat LTTE di Sri Langka.

2. Kepada kumpulan ini, PG ingin berpesan, setiap negara yang berdaulat akan mengambil tindakan ketenteraan yang serupa jika mana-mana pihak atau kumpulan yang cuba memisahkan sebahagian tempat, daerah atau negeri atau wilayah dari negara asal.

3. Mereka, puak, pihak, atau mana-mana kumpulan yang cuba melakukan pengkhianatan kepada negara mereka denga memecah belahkan wilayah asal sesebuah negara adalah merupakan satu kesalahan pemberontakkan kepada sesebuah negara atau kita di Malaysia , cuba memberontak melawan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung. Kalau di Malaysia, jika ditangkap maka hukumannya adalah mandatori mati di tali gantung. Itu lah yang terjadi kepada Mohd Amin dengan kumpulan Al-Maunahnya.

4. Jadi sebarang penderhakaan, pengkhianatan dan pemberontakkan bagi pemisahan wilayah akan ditentang dengan kekerasan oleh mana-mana negara di dunia ini.

5. Mengapa kumpulan 100 orang ini mengecam China. Wajar dikalung tahniah kepada China kerana berjaya membantu Sri Lanka sehingga berjaya menamatkan pemberontakkan ini yang telah berlangsung hampir 30 tahun dan memakan korban 70, 000 orang termasuk pemimpin politik ( hatta PM Sri Lanka juga di bom ).

6. Inikah kumpulan yang perlu disokong kerana atas dasar persamaan kaum. Jangan jadi bodoh dengan tindakan anda. Gerakan Sikh yang cuba memisahkan Punjab dari India juga telah diambil tindakan keras yang serupa oleh pihak India.

7. Di China , gerakan pemisah Islam Yunnan yang cuba mendapatkan otonomi atau berpisah dari China juga menerima nasib yang sama. Memang mereka ini tidak patut menerima simpati dan bantuan hanya kerana berdasarkan agama atau kaum atau budaya. PG juga menyokong tindakan China terhadap gerakan pemisah ini. Ini keran ia boleh menjatuhkan maruah mana-mana negara yang berdaulat.

8. Berbeza dengan Palestin, PG menyokong kerana Israel telah merampas tanah Palestin bagi menubuhkan negara Israel. Mereka bukan pemberontak tetapi berjuang mendapatkan kembali bumi Palestin dari penjajah zionis.

9. Kesimpulannya, Kumpulan dangkal ini sepatutnya memikirkan semula tindakan bodoh mereka ini diluar kotak kaum dan agama. Kepada kerajaan, ambil tindakan sekeras mungkin kepada mereka ini jika tidak perkara yang serupa akan terjadi di negara ini. Jika isyarat yang salah dihantar oleh pemerintah dalam isu-isu seperti ini, maka di masa depan , akan ada tuntutan pemisahan yang akan dilakukan oleh pihak-pihak tertentu di negara ini.

10.Sebelum ini ia pernah berlaku,. Jadi jangan benarkan ia berlaku lagi.

NASIB PENGKHIANAT : BELAJAR SESUATU DARINYA

Monday, 18 May 2009

PENGKHIANAT HINDRAF NAK PERANG : SILAKAN KALAU BERANI !


Malaysiakini

Amaran Hindraf: Batalkan arahan atau 'perang'
Athi Veeranggan May 18, 09 6:32pm

Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy memberi kata dua kepada kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Tarik balik arahan terhadap abangnya yang juga pemimpin Hindraf, P Uthayakumar untuk bertemu dengan lembaga penasihat ISA atau bersiap sedia untuk berdepan sekali lagi dengan protes jalanan di seluruh negara.

Waythamoorthy yang tinggal di London berkata arahan ke atas Uthayakumar selepas beliau dibebaskan tanpa syarat dari Kem Tahanan Kamunting, adalah tidak sah dan melanggar perlembagaan.Oleh itu, beliau menggesa pihak berkuasa supaya segera menarik balik arahan tersebut, dan jika tidak, pergerakan itu akan mengisytiharkan 'perang' terhadap kerajaan Najib.Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Cuba kalau berani. Setakat ugutan anda, jangan kata kerajaan, kepada PG pun tak berbekas langsung. Gempak aje lebih. Kalau berani mengapa anda lari keluar negara. Balik ke Malaysia , tengok apa jadi.

2. Jangan besar kepala dan membuat berbagai ugutan. Ini Malaysia , sebuah negara berdaulat. Jangan cuba memperlekehkan kami dan Malaysia ( juga negara kami ).

3. Setakat nak tunjuk perasaan dan mengambil kesempatan di tempat tumpuan orang ramai tak payah le. Orang bodoh aje yang menyertainya. Perbodohkan penyokong anda boleh la, tetapi jangan nak perbodohkan kami semua.

4. PG dah lalui berbagai ugutan . Tak berbekas pun dari ugutan anda. Nak cabar kerajaan ? Tak perlu. Cabar PG cukup. Dah biasa alami ugutan orang seperti anda.

5. Bab mencabar dan menggugut ni jangan nak temberanglah. Lihat sahaja hari ini. Dah hancur kumpulan yang cuba diambil contohnya oleh anda ( dengan ketua pengkhianatnya pun bungkuih di sri Lanka ). Ambillah ikhtibar darinya.

6. Bawah kalu ok. Atas kalu hmmmmmmmmmmmmmmmmm.

SAH KETUA PEMBERONTAK LTTE MATI


Berita Harian
18 mei 2009

Ketua Harimau Tamil, Prabhakaran ditembak mati

COLOMBO: Ketua pemberontak Harimau Tamil, Velupillai Prabhakaran, ditembak mati hari ini selepas cuba melarikan diri daripada kepungan tentera kerajaan. Prabhakaran ditembak ketika bersama konvoi van dan ambulans bersama beberapa rakannya keluar dari zon perang.

Pegawai kanan Kementerian Pertahanan Sri Lanka berkata turut maut bersama Prabhakaran ialah dua yang lain dalam kenderaan yang dinaikinya.

“Apabila tentera melepaskan tembakan, van berkenaan tidak berhenti sebelum terus ditembak menyebabkannya terbakar," katanya. Awal hari ini, anak Prabhakaran, Charles Anthony dan beberapa orang kanan Harimau Tamil juga ditembak mati oleh komando khas. - AFP

Penghuni Gua : Balasan kepada pengkhianat negara. Ada ke pertubuhan di Malaysia nak mencontohinya ? Belajarlah sesuatu darinya. Penamatnya tetap kalah.

Sunday, 17 May 2009

LTTE DAH JAHANAM DAN KALAH PERANG


1. Berita TV3 17 mei 2009 jam 2000 menyiarkan berita bahawa LTTE telah kalah dalam pemberontakkannya / pengkhianatannya terhadap negara mereka Sri Lanka. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh mana-mana negara yang berdaulat sekiranya ada pengkhianat yang cuba menjahanamkan negara. Pembunuhan dan pengeboman serta mereka yang cedera / cacat mencecah angka berpuluh ribu orang angkara keganasan LTTE .

2. Mereka ini tidak mengenang budi. Tidak tahu di mana bumi di pijak dan langit mana sepatutnya di junjung. Penyokong kuatnya ada di sini dan telah menjadi orang no 2 di sebuah kerajaan di utara semenanjung. Beliau penyokong utama pemberontak ini.

3. Berita dari Asian Tribune melapurkan bahawa ketua pemberontak ini diperyai telah terbunuh dan mayatnya sedang dikenalpasti dari DNA. Harap-harap betullah berita beliau telah terbunuh.

Di Petik dari : Asian Tribune :

Prabhakaran body recovered?
Sun, 2009-05-17 18:59
By Asian Tribune Team

Colombo, 17 May, (Asiantribune.com): Latest report emerging from the war zone reveals that Prabhakaran’s body has been recovered and it has been flown to an Army camp in Colombo for DNA testing and to confirm it medically.

At the time of filing this report it is learnt that Sri Lankan Army has so far recovered more than 35 dead bodies of the Tigers and they continue to collect more bodies.

It is learnt that except for Dwaraka, the only daughter of Prabhakaran who is away somewhere in Dublin for her higher studies, said to be holding a Swedish Nationality Passport, all the other members of the family - Prabhakaran (father), Charles Anthony (son), Balachandran (son) and Mathivathani(wife) have deceased according to an unconfirmed report emerging from an army source, who wanted to remain anonymous.

In the meantime, Sri Lanka President Mahinda Rajapaksa who arrived early this morning and received a heroic welcome at the international airport at Katunayake, will not be delivering an address to the nation as earlier planned. Berita lanjut: KLIK

4. Peristiwa ini perlu diambil ikhtibar kepada kita di Malaysia . Keganasan dan juga tunjuk perasaan tidak akan membawa kita ke mana. Yang mejadi mangsanya nanti ialah rakyat terbanyak. Lihat sahaja peristiwa 13 mei. Pemimpin yang bertanggung jawab ada lagi sebahagiannya hingga sekarang. Mereka masih boleh minum kopi bersama.



4. Bagi rakyat paria macam kita semua ini, kalau sudah bergaduh, maka sampai ke mati tak boleh berbaik lagi. Jadi elakkan pergaduhan samada antara kaum atau sesama kaum atau berlainan agama. Pergaduhan dan peperangan itu amat teruk kesakitan dan kesusahannya. Tak ada yang menang jika terjadinya perkara di atas. Yang menang hanya kemusnahan dan kematian.

5. Jadi kepada semua, rakyat Malaysia, hargailah keharmonian yang ada di negara ini. Bukan Malaysia ini terlalu baik. Tetapi Malaysia lebih baik dari negara lain di dunia ini.

6. Malaysia tidak juga sempurna. Tetapi nak membetulkannya tidak memerlukan kita membetulkan dengan cara kekerasan, maki hamun dan memfitnah. Berbagai cara boleh dan saluran yang disediakan oleh kerajaan dan juga undang-undang negara. Betulkan dengan cara baik.

7. Kepada kerajaan Sri Lanka : tahniah atas kejayaan menumpaskan pemberontakkan dan pengkhianat ini. Walau bagaimana pun, yang menang bukan menang semua dan yang kalah bukan kalah semua. Ambil kira dan bantulah mereka yang lemah tanpa mengira kaum.

8 . Kepada Malaysia : Perbezaan dalam berbagai segi , adalah hikmah. Jadi uruskan hikmah yang telah Allah berikan ini dengan baik walaupun tidak sempurna. Kepada rakyat Malaysia, bantulah usaha ini dengan baik dan bukan dengan dendam kesumat.

Thursday, 23 April 2009

KEKEJAMAN PENGKHIANAT LTTE BERBALAS : TAHNIAH SRI LANKA !

( Gambar atas : wajah ketua pengkhianat negara Sri Lanka : Tengah )
Utusan Malaysia
23 apr 2009

Askar kerajaan tumpas 43 anggota LTTE


COLOMBO 22 April - Sebanyak 43 anggota kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) terbunuh apabila tentera kerajaan terus menggempur kawasan yang masih dikuasai pemberontak itu.


Pemberontak LTTE semakin terdesak apabila tentera kerajaan Sri Lanka meneruskan kemaraan menyebabkan hampir 82,000 penduduk terpaksa lari untuk menyelamatkan diri dari zon peperangan di utara negara pulau ini sejak 72 jam yang lalu.Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Inilah kewajipan setiap kerajaan dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan negara. Mana-mana negara akan melakukan tindakan yang sama kepada semua mereka yang cuba menjahanamkan negara dan memusnahkan keharmonian yang terjalin. Kekejaman LTTE kita semua tahu.

Mereka bukan sahaja membunuh tentera kerajaan malah penduduk awam. Pembunuhan dan kekejaman LTTE juga termasuk membunuh rakyat keturunan Tamil juga kerana disyakki dan jika tidak menyokong mereka termasuk membunuh anggotanya sendiri. Sudah berpuluh ribu nyawa terkorban di Sri Lanka. Menteri termasuk Perdana menterinya pun pernah di serang dan membawa kematian.

Inikah kumpulan pengkhianat yang perlu disokong dan didokong oleh sebahagian pemimpin dan rakyat Malaysia. Penyokong dan pembelanya terdapat di Malaysia. Ia termasuk pemimpin parti politik di Malaysia. Pertanyaan ! Kepada penyokong dan pendokongnnya di Malaysia. Jika seseorang mengganggu rumah tangga dan anak isteri kita , adakah kita akan biarkan. Ini analogi mudah. Jawapannya kita akan mengambil tindakan mempertahankan nya hatta dengan nyawa kita sekalipun.

Ini melibatkan negara dan kedaulatannya. Adakah kita hendak biarkan sebarang tuntutan pemisahan negara seperti yang diperjuangkan oleh LTTE? Jawapannya tidak. Tindakan keras seperti yang dilakukan kepada LTTE wajar dan semistinya dilakukan dengan serta merta tanpa sebarang penangguhan. Kuatkuasakan semua undang-undang yang ada termasuk undang-undang pencegahan jika perkara yang sama juga cuba dilakukan oleh mana-mana pihak di Malaysia.

Kejadian kekacauan di Thailand juga sepatutnya diambil ikhtibar oleh kita. jangan sesekali dibenarkan ianya berlaku di negara ini. Jika kita tidak bertegas dari awal dan kerajaan dilihat lemah dari segi tindakan maka perkara yang sama tidak mustahil akan berlaku.

Kekacauan yang berlaku akan memberi impak buruk kepada rakyat terbanyak dalam semua aspek.

Jangan sesekali dibenarkan ini berlaku di Malaysia. Hargai keamanan yang telah lama kita kecapai. Pertahankannya.

PETA PELAYAR